Wednesday, April 15, 2009

Pasar Malam


Masa kecik-kecik dulu, bila dengar je abah ajak gi pasar malam, berebut nak naik moto. Dah terbayang dalam kepala apa nak beli. Kepala budak apa lagi, mainan melebihi makanan dan segala-galanya. Dapat mainan kete, tolak je kuar bunyi dah suka sakan. Tiup sabun, kuar belon. Gosong dengan tangan batang dia, baling (kipas) dia terbang. Maklum la, mainan budak-budak dulu bukan macam skang. Sofistikated, futuristik, boombastic.

Ada jiran beli Brick Game susun kotak tu pun melopong dah kita tengok. Mahal, sapa nak belikan. Hidup susah kena terima je lah, tak susah mana pun, soru tak pernah miss. Thanx to abah n ma. So, sekarang aku dah keje, aku tanak dengar mana-mana pihak pertikai aku beli helikopter RC ke, motobot ke. Bila lagi nak merasa, zaman kita dulu takda, tengok orang punya je.

Biasa makanan wajib beli kat pasar malam ialah keropok gote. Dia lain sikit dengan keropok lekor terengganu. Kat Kelantan biasa dia nipis skit, sedikit keras. Tapi cicah dia best. Havoc nya pasal malam tak payah cerita lah, dengan bisingnya, dengan senda gurau kelakar si penjual. Pembeli pun kadang-kadang ketawa dengan taktik penjual. Geli hati. BIasa bermula jam 5-9pm.

Bila diperingkat dewasa, ada sesuatu terdetik bila tengok pasar malam. Meriahnya masih sama. Tapi bila habis je pasar malam, terdetik di hati, kotornya, banyak sampah. Penjual dan pembeli sama-sama mengotorkan kawasan jualan. Penjual dan pembeli sudah tiada, tinggalnya si tukang penyapu sampah seorang diri.

Apa salahnya jika PBT mengeluarkan arahan atau menggunakan sewa tapak pasar malam untuk membeli plastik sampah dan diedarkan kepada penjual. Arahannya senang. Setiap penjual harus mengutip sampah kawasan tapak masing-masing dan diikat kemas. Letak sahaja disitu dan akan diambil oleh PBT di tempat tersebut malam hari.

Rasanya ini lebih praktikal dan meresap ajaran kepada penjual untuk menjaga kebersihan. Kadang-kadang bila kita bawa orang luar negara melawat pasar malam, bangga jugak sebab dapat diorang mengenali budaya dan aktiviti ekonomi negara kita. Tapi bila lalu tapak pasar malam jam 10-11 malam atau keesokan pagi, terkedu kita bila nak menjawab pasal kebersihan.

Ada jugak terdengar kata-kata berikut dari rakan-rakan "Kalau buat macam tu, takda keje lah si tukang sapu sampah". Dalam hati aku, kalau macam tu macam mana minda kita nak maju, setakat berslogan ke arah negara maju. Minda kelas bawah, buat apa!!!

No comments: