Monday, August 24, 2009

PELIK




IPOH: “Saya tidak akan menyaman mana-mana pihak,” kata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya, bahawa penahanan dan hukuman sebatan dikenakan kepadanya sebagai melampaui batasan.Ibu kepada dua anak itu bagaimanapun berkata, dia menerima dan menghormati pandangan Ismail itu.

Saya menghargai pandangan beliau, tetapi tetap dengan keputusan sebelum ini selepas berbincang dengan keluarga saya,” katanya. Laporan akhbar semalam memetik Ismail mengeluarkan kenyataan Kartika boleh mengambil tindakan saman kerana penahanan dan hukuman sebat terhadapnya tidak sah.

Hukuman sebatan itu dilihat sebagai ‘ultra vires’ atau melampaui bidang kuasa kerana hanya banduan saja boleh dikenakan hukuman itu dan saya bimbang ia menjadi satu isu sekiranya tetap dijalankan.“Dalam kes ini, Kartika hanya boleh dipenjara sekiranya gagal membayar denda RM5,000, tetapi saya difahamkan dia sudah menjelaskannya. Justeru, (dengan pembayaran denda) hukuman sebatan terhadapnya tidak boleh dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Kartika berkata, dia sudah bersedia sepenuhnya untuk dihantar ke Penjara Wanita Kajang hari ini bagi menjalani hukuman enam kali sebatan selepas disabitkan kesalahan meminum arak.Dia tetap akan meneruskan niat menjalani hukuman yang pertama kali dilaksanakan di negara ini walaupun ada beberapa pihak memujuknya supaya menarik balik keputusan itu.Katanya, tidak pernah terlintas di hatinya untuk menarik balik keputusan itu kerana ia dibuat dengan kehendak dirinya sendiri tanpa paksaan daripada orang lain.

Saya tahu saya tidak bersendirian kerana keluarga dan rakan-rakan tetap menyokong saya walau apapun terjadi dan ia menjadi kekuatan saya,” katanya.

Kartika yang kelihatan tenang mengharungi hari-hari terakhir sebelum dibawa ke Penjara Wanita Kajang berkata, dia kini berasa lega dan segala beban yang dipikulnya seakan-akan hilang apabila banyak pihak memberi sokongan dan kata-kata nasihat kepadanya sebagai bekalan ketika menjalani hukuman itu.

Saya ada berjumpa dengan individu yang arif mengenai agama bagi meminta nasihat dan banyak panduan diberikannya.“Saya juga dibekalkan dengan ayat-ayat zikir dan doa yang akan saya amalkan sepanjang berada di penjara,” katanya.Kes Kartika mendapat liputan meluas selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu menjatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 terhadapnya selepas dia disabitkan kesalahan meminum arak.

Terdahulu pada 1 Disember tahun lalu, wanita itu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating, Kuantan, kira-kira jam 11.40 malam, 11 Julai 2008.Sebelum ini, Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus, memerintahkan Kartika ditahan di Penjara Wanita Kajang, berkuat kuasa hari ini bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan.

p/s aku dah pening sekarang dengan apa yg berlaku. Satu pihak melaksanakan undang-undang yang diluluskan. Satu pihak lagi kata cukup dengan membayar denda. Agaknya undang-undang ciptaan manusia memang tak pernah lengkap. Khabarnya hari ini beliau sudah dibebaskan. Padahal beliau redha dengan hukuman malahan mohon dilaksanakan di tonton awam lagi sebagai peringatan kepada yang lain.

No comments: