Saturday, November 28, 2009

Sir Henry Gurney

Terjumpa artikel menarik di internet.

Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "di maki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "di kencingkan" oleh generasi mendatang!

Tahun 70an, buku Tawarikh(Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki. Digambarkan juga bagaimana beliau "menghapuskan kejumudan" orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki dan meperkenalkan topi menggantikan kopiah. Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai Kerajaan zalim dan mundur.
Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Artatturk perwira Islam Turki.

Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh(Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita dalam keadaan kita sudah merdeka.

Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris. Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan.

Awal tahun 80an, barulah kisah mereka semua "dipulihkan" dalam buku Sejarah sekolah setelah puluhan tahun perjuangan mereka di hina dan "di kaburkan" oleh kita sendiri.

Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM)di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951. Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda. Tololkah kita?

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Saya berharap pada guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.

Tuesday, November 24, 2009

Royalti Minyak Kelantan II

http://razaleigh.com/2009/11/28/oil-payments/ (That agreement is made out in language simple enough for a schoolboy to understand, in both Bahasa Malaysia and English- Ku Li)

Tuan Hasan Harun? Rasanya Dato Hasan Harun tu kan? Pengerusi KUB. Apapun tahniah, kerana beliau orang pertama yang memperjuangkan tuntutan royalti minyak Kelantan di peringkat awal lagi.

Saturday, November 21, 2009

Dua Tokoh Tersohor Malaysia

Lupakan sekejap soal perbezaan pendapat.



Kebelakangan ini ada 2 tokoh utama Malaysia yang menjadi ikon kebanggaan Malaysia. Dua tokoh ini sedikit sebanyak telah mengharumkan nama negara Malaysia di peringkat dunia. Mereka ialah:

1. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad (Mantan PM Malaysia)

Mahathir telan muncul dalam saluran History kendalian Astro yang memaparkan kisah hidup beliau sebelum dan selepas menjadi PM Malaysia. Antara sinopsis yang diambil dari website astro ialah:

Mahathir:
Discover the life of Mahathir Mohamad, one of Southeast Asia´s most outspoken and controversial leaders. As Prime Minister for 22 years, he modernises Malaysia. The world´s tallest twin towers is one of his projects. Mahathir strives to modernise his country and encourage confidence and pride in his Malay race. He fearlessly lashes out at the U.S., the U.K., Australia, and anyone who dares challenge him. He makes Malaysia one of the most successful economies in the region and secures its place on the world map. But success comes at a price. Power struggles, crises, and scandals plague his career; institutions and free expression are among the victims. With the sacking and jailing of his own deputy, Anwar Ibrahim, accusations of ´dictator´ echo throughout the western media. Mahathir makes an art form out of bold outrageous statements, such as his speech asserting that "Jews rule this world by proxy", which the West condemns. But why would a man so fearless and powerful, suddenly break down in tears at the podium?

Antara sejarah yang tidak dilupakan ialah:

a.Dipecat dari UMNO oleh Tunku Abd Rahman kerana mengkritik beliau melalui buku "Malay Dilema". Diampun semula oleh Tun Razak sehingga diangkat menjadi menteri.
b.Menjadi PM Malaysia 1981, tahun di mana Malaysia mula memperolehi nikmat emas hitam iaitu petroleum.
c.Pergaduhan dengan Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah sehingga UMNO diharamkan atas dakwaan wujud perwakilan haram smeasa pengundian. Mahathir mewujudkan UMNO Baru dan Ku Li menubuhkan parti baru Semangat 46. Tahun 1990 di mana perkataan BARU dibuang dan UMNO dikenali dengan UMNO semula. Musa Hitam kekal dia di dalam UMNO.
d.Pergaduhan dengan Anwar Ibrahim menyebabkan hilang Terengganu kepada PAS.


2. Tuan Guru Dato' Bik Abdul Aziz Nik Mat (MB Kelantan)

Sumber gambar : http://www.flickr.com/photos/33126057@N07/3493653168/

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009. Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia) Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Berikut pula sejarah kehidupan TGNA:

a.Belajar di pondok Besut, ijazah Universiti Deoband, India. Seterusnya ke Pakistan untuk belajar ilmu tafsir Quran. Terus ke Mesir untuk menyambung ke peringkat sarjana perundangan Islam. Selepas berbelas tahun di luar negeri, akhirnya pulang ke Kelantan selepas mendengar ada orang Malaysia memaklumkan ingin pulang ke Malaysia (Tanah Melayu).

b.Masuk politik dengan memilih PAS sebagai wadah perjuangan.

c.Menjadi MB Kelantan pada tahun 1990 dengan menempa sejarah di kalangan ulamak yang pertama memegang kuasa eksekutif selepas pelancaran Kempimpinan Ulamak.

d.Banyak mempunyai pandangan yang berlainan dengan orang lain sehingga menjadi isu untuk difikirkan/dibahaskan ramai di dada-dada akhbar.

Wednesday, November 18, 2009

Royalti Minyak Kelantan

(Sapa nak tengok peta telaga minyak ni, boleh lah melawat di Stadium Negeri Terengganu, sama ja, fikir-fikirkanlah)


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974 bersama perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri hanya memperuntukkan bayaran tunai bagi petroleum dicarigali dan diusaha hasil dalam sempadan negeri. Katanya, berasaskan tarif sempadan negeri itu, tiada petroleum diusahakan di perairan Kelantan, sekali gus tiada asas perundangan bayaran royalti petroleum kepada negeri itu.

"Mengikut Ordinan Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1969 (no 7), perairan sesebuah negeri ditakrifkan kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika diukur dari tikas air surut dan ketika ini, medan minyak dan gas di perairan Malaysia yang mengeluarkan hasil adalah di luar tiga batu nautika atau di luar kawasan perairan negeri," katanya ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat.

Ketika 1st year degree marine science dulu, nota aku mencatatkan 1 batu nautika =1.852 km. Maka tanpa menggunakan teori cakerawala Adi Putra, 3 batu nautika bersamaan dgn 5.556 km. Secara automatisnya, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan tidak layak LANGSUNG menerima royalti JIKA jarak 3 batu nautika diambil kira. (Teringat sejarah Sabah & Sarawak hampir keluar Malaysia sebab dapat royalti 5% shj).

Untuk memudahkan pemahaman jarak 3 batu nautika ini, sila lihat senarai jarak antara tanah besar dengan pulau-pulau tersohor di Malaysia. (sapa2 yang pernah melancong ke tempat2 ni boleh lah mengagak jarak 3 batu nautika atau 5.56km tu).

1.Jeti Merang - Pulau Redang = 24km.

2.Besut - Pulau Perhentian = 18km,

3.Marang - Pulau Kapas = 5.3km,

4.Mersing - Pulau Tioman= 43.7km,
5.Lumut - Pulau Pangkor = 3.6km,
6.Burterworth - P.Pinang=8.21km,
7.Kuala Perlis - Langkawi=24.9km.
Maka, mana2 negeri jgn perasan nak dpt royalti, korek je la antara tanah besar dgn pulau korang tu je ye...jgn lupa, jangan lebih 5.5km dari pulau (tanah terdekat) ke offshore. Ingat, jangan lebih.

Pertama apa yang perkara sangat penting dalam menentukan atau menguruskan permasalahan ini? Antara yang boleh di bincangkan adalah seperti berikut:

1.Jarak pesisir

Garis pangkal: Tertakluk kepada subseksyen (2), garis pangkal bagi maksud menentukan zon maritim Malaysia ialah-

(a) garis air surut sepanjang pantai sebagaimana yang ditandakan dalam carta berskala besar;
(b) garis air surut arah laut suatu terumbu sebagaimana yang
ditunjukkan dengan simbol yang sesuai di atas carta;
(c) garis air surut pada ketinggian air surut yang terletak keseluruhannya atau sebahagiannya pada jarak tidak melebihi lebar laut wilayah dari tanah besar atau sesuatu pulau.
2.Jarak EEZ (zon ekonomi ekslusif)

Sumber gambar:
(http://www.cybertroopers.net/modules.php?name=News&file=article&sid=351)



3.Perjanjian asal Petronas dan kerajaan2 negeri (main point).

Intipati dalam perjanjian:
a.Akta Kemajuan Petrolian 1974:
i."Tanah" berhubung dengan Negeri di Semenanjung Malaysia, ertinya mana-mana kawasan tanah di daratan dan termasuk tanah di luar pesisir yang bersempadanan dan berdmapingan dengan tanah di daratan dan berhubung dengan negeri Sabah dan Sarawak; ertinya tanah di luar pesisir sahaja.
ii. "Tanah di daratan" termausk pantai di pesisir depan dan kawasan bawah laut di bawah perairan wilayah negeri.
iii."Tanah di luar pesisir" ertinya kawasan luar pantai benua.

b.Perjanjian antara Kerajaan Kelantan & Petronas 1974.
Cuba lihat perjanjian ini pula antara MB Kelantan, Datok Mohamed Nasir dan Pengerusi & Ketua Eksekutif Petronas:



KESIMPULAN

Dalam perjanjian antara setiap kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia dengan Petronas tiada di berikan secara spesifik jarak hak milik Pusat atau negeri di perairan Malaysia. Asalkan ia berada di bahagian Sabah, maka sabah la pemiliknya. Jika berada di Terengganu, maka Terengganu lah miliknya. Perjanjian ini kekal di pegang sehinggalah sekitar 2000-2001. Kenapa harus berlaku begitu?

Kerajaan negeri mempunyai hak milik sepenuhnya ke atas tanah, air dan balak di negeri masing-masing. Jika diikutkan logik, sepatutnya royalti kepada pusat hanyalah 5% dan negeri mendapat 95% kerana berada di dalam tanah negeri. Tapi itu tidak berlaku kerana semua negeri bersetuju ia diberikan jagaan kepada pusat agar semua orang dapat menikmati nikmat Tuhan tidak ternilai ini melalui perjanjian tahun 1974 tersebut.

Saturday, November 14, 2009

Pulau Payar Marine Park

Pada 7.11.09 kami bertolak ke Alor Star untuk ke Pulau Payar Marine Park. Projek penyelidikan ini adalah kerjasama dengan Agensi Remote Sensing Malaysia, Fisheries Research Institute (Bt Maung), Seafdec, USM dan UMT. Semasa perjalanan kami singgah tugu peringatan lebuhraya Timur-Barat. Dah lama nak berenti, nak tgk apa dia tulis kat situ? Guess what? ramai pekerja JKR meninggal diserang komunis, 63 trak pembinaan jalan di bom.


Malam 8hb, kami makan di Stadium Darul Aman, Kedah. Sambil menyaksikan pesta bunga api di Stadium Nasional Bukit Jalil. Keesokannya terus ke jeti Kuala Kedah untuk ke Pulau Payar. Opsss lupa, kami suka tinggal di Hotel Seri Malaysia Alor Star. Tapi malam tak best, siang je best kat lobi tu hehehe.


Dah sampai dah Pulau Payar.............


Aktiviti malam? tak ada apa pun kat pulau ni, main terup, declare. Sempat ajar 2 abang2 dari Jabatan Perikanan main, meriah la skit main ramai2. Aku ade jugak hatrik kena cong. Tapi Shuk dahsyat, dah la pecah rekod aku, boleh plak cong fourtrik (4 cong berterusan). Kalo kat redang xpe la, ada kedai lepak2, minum, ada live band sambil tgk org mabuk (rosak kije kt pulau nih), karaoke free, dan bley main pool.

Tempat tido? 7 Bintang beb....sebenarnya meja tempat main terup tu la katil aku. Chalet yang dia kasi 2 je untuk 10 orang!!!! Ajaibnya pulak, bilik aku ekon rosak, so kitorang mai dok wakaf kat lereng bukit tu, line tepon pun agak kuat situ. Nyamuk? toksah citer panjang la kalo dok pulau.


Ni je lah gambar masa buat keje. Tu pun tolong geduak, dia kije dengan Agensi Remote Sensing Malaysia skang. Menyelam 3 orang rekod seabed (pasir, hard coral, soft coral), aku kat atas pulak guna alat spectroradiometer dan poklan rekod position guna DGPS.

Ni pic kat pantai sebelah utara jeti. Kena jalan kaki la skit untuk ke tpt ni. Ada kusi malas, sempat lena dua kali situ. Sambil mata tgk orang mandi, alamakkkkkk takde spek itam, nanti kantoi hehehehe.


Sunrise at Pulau Payar. Subhanallah.


Friday, November 13, 2009

Realiti yang berlaku di Bukit Jalil...


Terjumpa artikel yang menarik untuk dibaca.


Apa Sebenarnya Berlaku Disebalik Kejadian Keganasan Penonton Di Stadium Bukit Jalil TUESDAY, 10 NOVEMBER 2009 17:52

AMPANG, November 09, 2009 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.

Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh.

Penonton yang kebanyakannya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.

Suasana yang tenang pada mulanya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat. Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak nampak saja apa yang berlaku diluar sana.

Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya di anak tiri dalam segala hal.

Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan RELA, membawa segala-galanya.

Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini? Pintu akhirnya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.

Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.

Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalaulah “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan RELA akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air.

Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.

Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain. Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.

Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah. Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop.

Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya. Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan.

Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut.

Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib. Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah.

Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA. Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika meraikan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa? Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis? Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?

Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku? Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased”kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi. Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras. Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, November 11, 2009

abah...12.11.1997


Jam dah 11.15pm. Lagi 45 minit, masuk tarikh baru dalam hidup kita iaitu 12.11.2009. Tarikh ni sangat penting bagi sesetengah orang, berbilion manusia di bumi pasti ada kenangan masing-masing pada tarikh ni.

12 tahun lalu, 12.11.1997, abah aku meninggalkan dunia, menuju dimensi peralihan sebelum ke dimensi kekal abadi. Meninggalkan isteri, 8 anak dan anak bongsu yang masih 6 bulan di dalam kandungan.

10.11.1997 - Pagi yang biasa, tapi mungkin agak senyap, sunyi. Sudah mandi, pakai baju sekolah, aku dok depan umah sambil pakai stokin. Abah ada sebelah. 5 - 10 seconds baru perasan, dari tadi abah perhatikan aku.Jeling jugak kiri kanan kot2 ada salah pape kat baju aku ni. Biasa kalo kena tenung, ada yang abah tak berkenan. Lepas minum, aku terus tunggu bas sekolah depan umah. Abah terus bonceng dgn adik2 ke SK Ayer Merah. Jam 3pm, aku sampai umah, adik aku cakap abah masuk wad, punca tak tahu. Rupanya lepas solat zohor, abah hampir rebah kat tangga, strok. Malam pertama aku jaga abah kat wad.

11.11.1997 - Abah boleh dikatakan dah sedar, tapi sebelah badan (kanan) dah tak boleh bergerak. Tak boleh bercakap. Banyak dia buat isyarat mata, tapi tak faham. Khabarnya memang abah kena strok, agak teruk, dan ada tanda-tanda kencing manis. Malam tu, aku berjaga dengan abang sulung (arwah tahun 2000, denggi di JB). Terlelap juga. Kul 5am, ma dan makcu bagitau abah macam menggeliat-geliat tadi, sampai sakit tangan abg pian kena cengkam. After a minutes, abah terus diam, mata tutup.

12.11.1997 - Abah masih tak sedar. Giliran abg no 2 dan pakmuda (adik abah) berjaga. Dapat khabar, jantung abah pulak bermasalah. Aku balik rumah sebab esok SPM start dah. Malam, jam 9pm, dapat call dari Kubang Kerian, abah dah takda. Aku terdiam, sampai jam 2am. Aku masuk bilik, belek buku-buku untuk recover semula. Aku blank....

Dari kecik, abah sangat tekankan pelajaran, ma cakap dia tanak anak-anak dia jadi mcm dia. Blaja pandai, tapi tersekat sebab perceraian parent. Sampai aku pernah sembunyi buku rekod sebab tanak abah tau aku dapat no 11 dalam kelas. Abah nak paling kodi 10 ke bawah.

Masa kecik-kecik abah selalu cakap nak beli kete, tp tak mampu...aku tak dapat tunaikan.

Masa kecik-kecik abah selalu cakap nak naik kapal terbang, tp tak mampu....aku tak dapat tunaikan.

Abah kije kat SK Ayer Merah, ma kata abah hampir jadi askar kat sabah sebab ma ada bf lain masa tu. Jawatan abah tukang kebun sekolah je, yang mengkagumkan, dapat je abah jaga anak-anak dia 8 orang tu. Dapat je besarkan umah dari dinding buluh ke kayu, 1995 terus ke umah batu. Abah memang pandai bertukang. Gaji abah terakhir RM464, takde je anak-anak dia kebulur tak boleh makan. Aku yang gaji 3k pun rase tak cukup, ntah lah, edaran zaman atau tak berkat ke apa ke tatau la.

Waktu sekolah, aku tukang bukakkan semua pintu-pintu kelas, abah bagi kunci. Rasa bangga jugak, budak2 semua kena tunggu aku bukakkan. Yang paling best, ada cikgu suruh aku yang gelek kertas soalan untuk copy budak2 kelas aku. Belum pun start exam, aku dah baca soalan. Maklum la zaman tu mana ada fotostat atau printer. Kalo abah ada keje, dia soh aku je.

Sekarang, aku tak sempat nak tunjukkan ijazah aku (zaman dulu, ni je la harapan paling besar ibu bapa). Tak sempat nak tunjukkan aku dah ada kete, umah sendiri.

Aku belum dikurniakan zuriat sebagai penyambung warisan keturunan abah dan ma. Kalau ada, aku buat benda yang sama kat diorang. Yang paling penting dalam hidup, PENDIDIKAN. Walaupun setiap orang ada hadnya, tapi kesungguhan perlu ada. Berjaya atau tidak itu cerita lain. Teringat ayat abah ke cikgu faizul "cikgu buat ah anak saya mcm2 mana pun, janji dia dapat english A, asal tak buta, patah". Biasa ayat gini kita dengar citer2 dulu2 atau dalam tv je, ini live depan aku sendiri. 3 bulan, lebam jugak pipi dengan paha aku kena penampar n cubit.

Aku janji akan sambung kesungguhan abah. Juga berusaha untuk dapatkan zuriat keturunan abah. InsyaAllah, jika dikurnia Tuhan aku terima, jika tidak, aku anggap itu kehendak Tuhan. Anak angkat? ada jugak cadangan dari kawan. Tapi aku tak amik anak angkat kot, aku terima jika Tuhan mentakdirkan begini. Lagipun aku masih muda, baru 29. Masa masih panjang untuk terus berusaha. Seronok juga dengar cerita, 10, 15 tahun kawin baru dapat anak. Seronok dengar cerita kesabaran mereka.

Al fatihah untuk abah, Mat Yaacob Bin Abd Aziz

Friday, November 6, 2009

Wang Ehsan @ Royalti?


ok, kita abaikan perjanjian 1975 yg tidak menetapkan jauhnya telaga minyak dgn coastline sebagai hak mutlak untuk mendapat 5% (sahaja). Katakan kita terima ia sebagai wang ehsan.

1.Apa kata wang ehsan itu digunakan utk membina lebuhraya KB-KL dan KB-Baling. Rasanya itu adalah keperluan tertinggi buat masa sekarang yang boleh dimanfaatkan oleh negeri2 jiran sama. InsyaAllah, kadar kemalangan jalan gua musang - kuala lipis dan jalan jeli-grik dapat diminimumkan, kerajaan pun tidak akan rugi apa-apa akan kehilangan nyawa akibat kemalangan jalan raya.

2.Apa kata 50% masuk ke kantung JPP (Jbtn Pembangunan Prsekutuan) dan 50% lagi masuk terus ke akaun negeri. Maka masing2 boleh memikirkan projek pembangunan terbaik yang mengikut keperluan semasa. Manfaatnya boleh dinikmati oleh rakyat juga. Kerajaan negeri juga berhak kerana mereka mendapat kuasa melalui rakyat bukannya mahkamah. Kerajaan persekutuan juga boleh menggunakan duit tu melalui JPP sebagai balasan kepada 40% pengundi parti peringkat persekutuan.

Yang pastinya jangan la duit tu buat masjid kristal ke apa ke. Baik duit tu buat upgrade masjid2 yang sedia ada. Itu lah yang terbaik.

Wednesday, November 4, 2009

1421: The Year China Discovered the World


1 November 2009 aku ke Batu Maung, Penang untuk hadir ke satu mesyuarat projek penyelidikan bersama Institut Penyelidikan Perikanan di sana. Oleh kerana dapat surat lambat, tak sempat nak keluarkan waran MAS, so apa lagi, naik airasia je la. Sedang jalan-jalan kat LCCT sorang2, tiba2 aku terpandang buku yang dah lama nak beli, 1421: The Year China Discovered the World, ditulis oleh Gavin Menzies. Harga RM49.90.

Antara ayat-ayat yang paling menarik dalam buku ini ialah:

Lost was the knowledge that Chinese ships had reached America seventy years before Columbus and circumnavigated the globe a century before Magellan. They had also discovered Antarctica, reached Australia three hundred and fifty years before Cook and solved the problem of longitude three hundred years before the Europeans and last of all comes the biggest controversy.

Menarikkan? Seperti yang kita pernah tengok dalam filem-filem cina, ada banyak faktor yang menyebabkan kenapa bukti-bukti ini hilang. Contohnya apabila berlaku pertukaran dinasti atau maharaja, biasanya mereka akan memusnahkan kegemilangan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kerajaan terdahulu. Inilah yang akan menyebabkan sejarah hilang di telan zaman. Jika dihukum bunuh, biasanya satu keturunan akan dibunuh tanpa meninggal bekas. Penemuan baru dalam buku ini membuktikan sejarah sentiasa perlu ditulis semula sekiranya terbukti wujud bukti-bukti baru. Sekurang-kurangnya kita tidak mengharapkan sejarah dari barat dan telan kata-kata mereka bulat-bulat. Yang menariknya, buku ini ditulis oleh orang barat, bekas navy.


Ini website penulis tersebut: http://www.1421.tv/. Banyak disertakan gambar-gambar artifak dan sebagainya sebagai pelengkap kerana beliau tidak sempat masukkan semua dalam buku.

Bacalah sejarah lepas supaya kita dapat memperbaiki kehidupan pada masa akan datang!