Wednesday, November 18, 2009

Royalti Minyak Kelantan

(Sapa nak tengok peta telaga minyak ni, boleh lah melawat di Stadium Negeri Terengganu, sama ja, fikir-fikirkanlah)


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974 bersama perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri hanya memperuntukkan bayaran tunai bagi petroleum dicarigali dan diusaha hasil dalam sempadan negeri. Katanya, berasaskan tarif sempadan negeri itu, tiada petroleum diusahakan di perairan Kelantan, sekali gus tiada asas perundangan bayaran royalti petroleum kepada negeri itu.

"Mengikut Ordinan Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1969 (no 7), perairan sesebuah negeri ditakrifkan kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika diukur dari tikas air surut dan ketika ini, medan minyak dan gas di perairan Malaysia yang mengeluarkan hasil adalah di luar tiga batu nautika atau di luar kawasan perairan negeri," katanya ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat.

Ketika 1st year degree marine science dulu, nota aku mencatatkan 1 batu nautika =1.852 km. Maka tanpa menggunakan teori cakerawala Adi Putra, 3 batu nautika bersamaan dgn 5.556 km. Secara automatisnya, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan tidak layak LANGSUNG menerima royalti JIKA jarak 3 batu nautika diambil kira. (Teringat sejarah Sabah & Sarawak hampir keluar Malaysia sebab dapat royalti 5% shj).

Untuk memudahkan pemahaman jarak 3 batu nautika ini, sila lihat senarai jarak antara tanah besar dengan pulau-pulau tersohor di Malaysia. (sapa2 yang pernah melancong ke tempat2 ni boleh lah mengagak jarak 3 batu nautika atau 5.56km tu).

1.Jeti Merang - Pulau Redang = 24km.

2.Besut - Pulau Perhentian = 18km,

3.Marang - Pulau Kapas = 5.3km,

4.Mersing - Pulau Tioman= 43.7km,
5.Lumut - Pulau Pangkor = 3.6km,
6.Burterworth - P.Pinang=8.21km,
7.Kuala Perlis - Langkawi=24.9km.
Maka, mana2 negeri jgn perasan nak dpt royalti, korek je la antara tanah besar dgn pulau korang tu je ye...jgn lupa, jangan lebih 5.5km dari pulau (tanah terdekat) ke offshore. Ingat, jangan lebih.

Pertama apa yang perkara sangat penting dalam menentukan atau menguruskan permasalahan ini? Antara yang boleh di bincangkan adalah seperti berikut:

1.Jarak pesisir

Garis pangkal: Tertakluk kepada subseksyen (2), garis pangkal bagi maksud menentukan zon maritim Malaysia ialah-

(a) garis air surut sepanjang pantai sebagaimana yang ditandakan dalam carta berskala besar;
(b) garis air surut arah laut suatu terumbu sebagaimana yang
ditunjukkan dengan simbol yang sesuai di atas carta;
(c) garis air surut pada ketinggian air surut yang terletak keseluruhannya atau sebahagiannya pada jarak tidak melebihi lebar laut wilayah dari tanah besar atau sesuatu pulau.
2.Jarak EEZ (zon ekonomi ekslusif)

Sumber gambar:
(http://www.cybertroopers.net/modules.php?name=News&file=article&sid=351)



3.Perjanjian asal Petronas dan kerajaan2 negeri (main point).

Intipati dalam perjanjian:
a.Akta Kemajuan Petrolian 1974:
i."Tanah" berhubung dengan Negeri di Semenanjung Malaysia, ertinya mana-mana kawasan tanah di daratan dan termasuk tanah di luar pesisir yang bersempadanan dan berdmapingan dengan tanah di daratan dan berhubung dengan negeri Sabah dan Sarawak; ertinya tanah di luar pesisir sahaja.
ii. "Tanah di daratan" termausk pantai di pesisir depan dan kawasan bawah laut di bawah perairan wilayah negeri.
iii."Tanah di luar pesisir" ertinya kawasan luar pantai benua.

b.Perjanjian antara Kerajaan Kelantan & Petronas 1974.
Cuba lihat perjanjian ini pula antara MB Kelantan, Datok Mohamed Nasir dan Pengerusi & Ketua Eksekutif Petronas:



KESIMPULAN

Dalam perjanjian antara setiap kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia dengan Petronas tiada di berikan secara spesifik jarak hak milik Pusat atau negeri di perairan Malaysia. Asalkan ia berada di bahagian Sabah, maka sabah la pemiliknya. Jika berada di Terengganu, maka Terengganu lah miliknya. Perjanjian ini kekal di pegang sehinggalah sekitar 2000-2001. Kenapa harus berlaku begitu?

Kerajaan negeri mempunyai hak milik sepenuhnya ke atas tanah, air dan balak di negeri masing-masing. Jika diikutkan logik, sepatutnya royalti kepada pusat hanyalah 5% dan negeri mendapat 95% kerana berada di dalam tanah negeri. Tapi itu tidak berlaku kerana semua negeri bersetuju ia diberikan jagaan kepada pusat agar semua orang dapat menikmati nikmat Tuhan tidak ternilai ini melalui perjanjian tahun 1974 tersebut.

No comments: