Wednesday, April 28, 2010

Sejarah - Bahtera Nabi Nuh Dijumpai di Gunung Ararat, Turki

HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki. Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung. Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

Sumber:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2010&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Lihat video:

http://fajridil.blogspot.com/2010/04/video-lokasi-bahtera-nabi-nuh-ditemui.html

















Ilustrasi Noah's Ark

2 comments:

Mohamad Idham said...

ini lah kebesaran allah s.w.t
ini merupakan pengajaran buat umat islam yang mana telah tersesat jauh ambil iktibar dari sejarah nabi nuh ... islam itu mudah tiada yang semudah dari ajaran agama islam....


~mohamad90~

abuya said...

mastimur.blogspot