Sunday, May 29, 2011

Hujung Minggu Bersama Bella









28.05.2011. Seperti biasa, hujung minggu entah ke berapa kali, mintak dgn papa bella utk bawak bella jalan kat Giant KT. Mane lagi kalo bukan mainan (playground) dia tu. Ramai betul orang aritu, lupa cuti sekolah. Ibubapa memang cukup setia tunggu anak-anak diorang main. Aku tunggu bella main pun sampai 2 jam. Ada setengah tu aku sampai dah ade, aku nk balik pun ade lagi. Memang hari santai sekeluarga la kot. Sebelum main tu kitorang makan kat Ciken Rice Shop dulu. Erkkk, baik mkn kt Yunan Nasi Ayam Batu Burok, sedap lagi kot, murah pun murah. Mende la Ciken Rice ni.




anak yii siang yg cukup susah nk ajak bergambar hehehe.




Lepas balik, kitorang lepak depan tv... layan citer Rango. "ankel ajae, nak tgk cite katun". aikkk citer katun la ni. Hurmm maybe katun ni heavy sangat kot utk budak2 umor bella ni. Takpe2, lepas abis Rango ni ankel bukak citer lain ok? Mula tu nk bukak citer upin ipin kt laptop,skali codec xde, lupa nk install. bukak movie sin chan je la.Futurama kang, bdk ni lagi x paham plak.dah la Futurama ade unsur2 utk org dewasa.




Bella, ankel ngantok dah ni, jom tdo..jom!!! aku pun lali-lali la skit. terlelap jugak kot. Bile sedar, eh, mane bella. rupanya tgh main dgn bella, sah budak ni tak tdo lagi.


"ankel, nak nasi" alamak, kul 4pm ni. ok ok, pas asar kite g makan ok. Kebetulan plak papa bella sms nak join jugak. Awalnya janji kat warung siang mlm, skali tutup la pulok. Langsung gi Pok Wan Kopitiam. Lokasi standard kitorang lepak petang2.





tak padan kecik, cakap pun tak boleh lagi. tapi boley snap pic guna hp mama dia, bukak lagu sendiri, main game sendiri. x payah suruh2 org tlg bukakkan.






Thursday, May 26, 2011

Harga Minyak Malaysia



Tanda-tanda minyak akan DINAIKKAN bila pasaran dunia melonjak:


1.Kita perlu mengkaji harga minyak apabila pasaran dunia melonjak, jika tidak kita akan menanggung subsidi yang begitu besar. Sedangkan wang tersebut sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan rakyat jelata.


2.Rakyat perlu berhemah dalam berbelanja, menggunakan elektrik hanya ketika betul-betul perlu. Rancang perjalanan supaya tidak menggunakan petrol dengan begitu banyak.


3.Kita putuskan RON95 kekal namun akan mengkaji semua jika harga dunia melepasi paras USD 110-120 setong.



Tanda-tanda minyak tidak akan DITURUNKAN bila pasaran dunia menjunam:


1. .......................


2. ( )


3. Krohhh krohhhhhhh zzZZZZZ






Auntie Susan Boyle - GIFTED




Auntie Susan

Seorang tua berumur 47

Punya harapan dan impian

Punya maruah dan perasaan


Auntie Susan

Persetankan sape-sape sekeliling auntie

Gelak bak gegak gempita

Mentertawakan auntie


Auntie Susan

Mereka memang cantik

Mereka memang muda

Mereka memang seksi

Mereka hanya penonton

Bukan peserta

Tapi hati mereka seperti anjing

Bibir menjuih mereka seperti keldai


Auntie Susan

Bila saja auntie buka mulut

Mereka pula ternganga

Kenapa?

Terkejut?

Bodoh....


Auntie Susan

Bile auntie tarik panjang suara

Ada yang sampai berdiri

Kenapa?

Terkejut?

Bodoh...


Auntie Susan

Saya salute auntie

auntie mmg tua

auntie memang nampak dari kampung

auntie tak seksi

auntie tak pandai fesyen


TAPI..

auntie ada TALENT

auntie ada MARUAH

i love u auntie










Wednesday, May 25, 2011

Papaku Rocker



Biar sesibuk mana, Amy tetap luang waktu bersama keluarga

DARI jauh sudah kedengaran gelak tawa lima beranak bercanda ria sambil bermandi-manda. Kolam renang Hotel Palm Garden, Putrajaya menjadi pilihan untuk bersantai melepas lelah. Sesekali kedengaran suara si bapa meminta anak kecilnya berhati-hati bermain di gigi air. Walau sekadar merehatkan minda di pinggir ibu kota, percutian singkat sebegitu sudah menjadi rutin bagi keluarga rocker tersohor, Amy Search, yang sempat mencuri masa untuk bersama anak dan isteri di tengah kepadatan jadualnya. Bagi Pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9) itu, bukan soal di mana destinasi atau berapa panjang tempoh diperlukan dalam memperuntukkan hari bersama insan tersayang, sebaliknya kualiti masa menjadi keutamaan supaya si anak tidak berasa diketepikan.

“Kalau sehari diberikan 25 jam sekali pun, jika tidak pandai membahagikan waktu pasti kita berasakan ada sesuatu yang tidak sempat dilakukan. Acara santai yang dilakukan tanpa dirancang selalunya lebih menjadi, sekali gus kejutan buat anak-anak.

“Jika tidak keluar ke mana-mana pun kami akan menghabiskan masa di rumah. Ada kalanya saya mengambil alih tugas isteri memasak dan sambil menjamu selera kami akan saling bertukar cerita dengan anak-anak,” katanya sambil melirik si isteri, Norish, yang leka mengulit si bongsu, Qaqa At-Tameemi, genap dua tahun pada September ini.

Perkahwinan keempat vokalis tersohor dengan Norish atau nama sebenar Norhaniza Hassan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 7; Sania Samara, 6; dan Qaqa, malah menerusi perkahwinan terdahulu, Amy mempunyai dua anak, Nabila Huda, 26; serta Irisha Myra, 15 (di luar negara).
Katanya, sepatutnya anak sulungnya yang selesa disapa Abil bersama cucunya, Keisha Laila Zaidi, 1, turut menyertai acara santai itu namun disebabkan komitmen terhadap drama terbarunya, hasrat itu terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

Namun sambung Amy yang tampak cukup berbangga menyandang gelaran datuk pada usia 53 tahun, mereka sekeluarga akan berkumpul lagi pada sebelah malamnya untuk meraikan kelahiran bayi kesayangan keluarga yang dilahirkan pada 11 Mei 2010.

“Diam tak diam cucu saya sudah genap setahun. Cepat benar masa berlalu macam baru semalam saya mengendong Nabila dan sekarang anak sulung saya sudah memberikan cucu. Syukur saya masih dikurniakan umur panjang untuk menikmati pengalaman ini.

“Apabila mempunyai anak kecil dan cucu yang hampir sebaya, saya berasa diberi kenikmatan yang tiada taranya. Berpeluang melihat anak serta cucu membesar di depan mata adalah anugerah tidak terhingga. Mungkin dulu saya terlampau sibuk bekerja, sekarang sesibuk mana pun saya berusaha mengisi masa dengan mereka,” akuinya.

Seperti didedahkan isterinya, Amy meletakkan keluarga pada tangga pertama, malah seboleh-bolehnya mahu semua anak berkumpul sekali pun si sulung sudah punya keluarga sendiri. Selepas menunaikan umrah sekeluarga, mereka bercuti beramai-ramai pula ke Australia.

Bukan mahu menunjuk-nunjuk, kata Norish dengan merendah diri, sebaliknya rezeki yang diperoleh sememangnya untuk anak-anak, malah mereka menyimpan berdikit-dikit untuk memastikan perancangan percutian keluarga dapat direalisasikan.

“Kami pergi 10 orang termasuk dua bayi, Qaqa dan Keisha. Walau penat, ia pengalaman menyeronokkan. Saya nampak Amy begitu gembira dapat menunaikan permintaan anak-anak. Sebenarnya kami berdua tidak kisah bercuti di mana saja, tetapi Australia destinasi yang diidamkan anak-anak.

“Insya-Allah selepas ini Amy merancang membawa kami sekeluarga menunaikan haji. Semoga impiannya itu dipermudahkan Yang Maha Kuasa. Jika tiada aral melintang kami harap dapat kembali semula ke Tanah Haram tahun ini juga,” katanya yang sudah tiga kali menunaikan ibadat Umrah.




Monday, May 23, 2011

Sham Kamikaze sudah berubah





Tidur sudah tidak selena dulu



Tidur malam

Sudah terganggu


Tidur malam

Sudah tidak selena dulu


Tidur malam

Selalu tersedar

Diganggu rasa kebas


Tidur malam

Kadang-kadang tersedar

Kedua tangan rasa kebas

Walaupun hanya sebelah yang terhimpit

Bila tidur mengiring


Tidur malam

Terlentang pun kebas

Tangan di atas perut atau dada pun kebas

Apatah lagi tidur mengiring

Kebas


Tidur malam

Dulu tersedar apabila kebas secara bersilang

Tangan kanan bersama kaki kiri

atau

Tangan kiri bersama kaki kanan

Kebas...

Sekarang kebas kedua belah tangan

3 hingga 4 kali semalaman


Tidur malam

Sehingga takut untuk tidur

Rindu waktu tidur dulu-dulu

Yang tidak diganggu kebas

Dihiasai dengan mimpi indah

Impian setiap insan


Tidur malam

Terpaksa

Kerana

Anggota lain juga sudah penat

Seharian berkhidmat

.........................




Sunday, May 22, 2011

Anak yatim tertimbus di Hulu Langat












SEKUMPULAN murid tahfiz melihat jenazah tujuh mangsa tanah runtuh untuk disembahyangkan di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Pekan Batu 14, Hulu Langat, tengah hari tadi. Mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal itu dikebumikan dalam satu liang lahad selepas solat Zohor tadi. - Foto BERNAMA
May 22, 2011 4:11 pm

Sumber: http://www.bharian.com.my


Sumber: http://mso.blogspot.com




Saturday, May 21, 2011

Drama KonVo YuYu Yaacob - Kelas perTAAAAma

Selingkar Drama 1


Selasa, 17 Mei 2011.. balik umah kt kg, untuk ke konvo adik di UiTM Shah Alam. Sampai umah sekitar jam 12.30pm ase. Pastu lepak2 tatau nak buat apa. "Ma, lepas zohor kita g terus la, boring la dok umah. Sampai awal bley rehat lama skit".


Otw ke Rawang umah kazen, ira, segalanya agak lancar. Bawak pun slow je, maklum la bawak ma kan hehe. Ni bosan jalan Merapoh - Gua Musang, jalan hancur, treler dgn lori balak bapak ah banyak. Tiba-tiba, sampai Kuala Lipis, kete dah lain macam. Adoiiii mesti rim bengkok lagi. Bila masuk highway Karak-Bentong, SAH rim bengkok, macam naik kete lembu.


Sampai Shah Alam dah maghrib, lepas amik adik, yuyu, terus ke rawang. Tak jadi tido Klang. Tu pun sebab blom pernah lagi tdo umah ira, bandar tasik puteri.



Selingkar Drama 2


Hari kedua, cari bandar Rawang, nak repair tayar. Tokey tu ckp, rim 3 sudah bengkok, tayar 1 dah bengkak. nampak jelas kot bengkak tu, adoiiiii, rabak2. Tukar rim baru, plus sebiji tayar baru dah 700 lebih. "Lu apa ni pakai tayar murah". "Itu je yang mampu tokey".


Petang tu jugak kuar jalan, lepas bayar tol, tetiba rasa berangin kat tepi telinga. ALAMAKKKKK cermin pulak takleh naik. Adoiiii drama apa lagi nak berlaku ni. "Mu ikhlas dok mari konvo ayu ni" "Ikhlas laaaaaa" hehehe. Esoknya terus cari bengkel, soh dia ikat dulu dgn wayar. Balik repair teganu je.





Selingkar Drama 3


Jumaat pagi bertolak balik ke Machang. Tersengih-sengih mengenangkan rim baru, comel plok tu, jekk diri sendiri. Agak laju skit, sebab x banyak kete, lagipun lalu siang, so dapat tgk jelas la lubang-lubang jalan.


Sampai je Gua Musang, aikkkkkk apehal kete ni, stereng goyang lagi mase slow atau 120 km/h. kalo 100 km/h tak rase pape pulak. Takkan rim baru bengkok, adoihhhhh alamakkkkk, tertekan da ni, tertekan. Mane ade langgar lubang sangat td.



Selingkar Drama 4


Awal pagi sabtu, gi bandar machang, nak check tayar lagi. Sampai kedai pertama, citer serba sikit kat cina tu, pastu jawab ok lah, cek lah. tibe2 dia tanye, "dah amik no blom? "no?". Pastu dia tunjuk kat dinding, bapak la senarai no tepon customer, aku yg last skali, mau 2 hari baru turn aku.


Aku gi kedai kedua, haaaa agak friendly skit. Seronok gak berbual. Skali dia tgk je, tayar dah bengkak ni, haaaaa bengkak lagi? bari kelmarin tukar dah sebijik. "demo pakai tayar muroh, pakai la silverstone, brapo jah beza" mm tukar la tokey, nak wat gano. Tayar baru yg tukar kat KL pun murah jugak, jenama ntah pape, rabak lagi la in future. Pasni tobat tanak pakai dah tayar brand ntah pape.

OO lupe, sebelum dia repair, ade brader dia bwk kete nak masuk dlm bengkel, dia gi turunkan cermin, langsung cermin driver jatuh, takley naik2 dah. Aku dgn muka Undertaker, mintak screwdriver, aku bukak cover pintu tu, repair sendiri.


Lepas setel semua, balik umah. Lepas zohor balik teganu smula. Terpikir jugak, ada drama lagi ke? Bile dah sampai jam 4.30pm tu, alhamdulillah, dah xda drama. Cuma tnggu gaji je la utk repair cermin tu.......


Kuang ajar... lupa byr parking pun diorang dah amik kete aku.



Teknik Hati Ais Batu (Pedang Setiawan), bagus pd sape2 yang ade masalah peribadi.








Aku tatau masalah diorang, masing2 nak tunjuk perot mengandong diorang, tgn prot aku, maintain je. Xde tanda2 nak boncit.





Kami - Lots with Love










Monday, May 16, 2011

Kronologi Kedatangan Yahudi ke Palestin







1882-1904

Gelombang pertama penghijrahan pendatang haram Yahudi dari Eropah ke Palestin.



1897

Kongres Zionis pertama bertemu di Basel, Switzerland. Kongres tersebut dilancarkan untuk menempatkan lebih ramai Yahudi di bumi Palestin. Di dalam kongres yang sama, Organisasi Zionis sedunia (World Zionist Organization) ditubuhkan.


1904-1914


Gelombang penghijrahan kedua pendatang haram Yahudi.



1917

2 November, Menteri Luar England, Lord Arthur James Balfour, mengutus surat (yang kemudiannya dikenali sebagai Deklarasi Balfour) kepada Lord Edmund de Rothschild bagi menyokong usaha penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin.


Lord Arthur James Balfour






1918

9 Disember, Tentera British menjajah Palestin.

1920

24 April, Persidangan San Remo telah memberi kuasa kepada England ke atas Palestin.

1936-39

Rakyat Palestin cuba bangkit bagi menentang penjajahan.

1947

29 November, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), melaluiJawatankuasa Khas mengenai Palestin telah mencadangkan supaya negara Palestin dipecahkan menjadi dua negara, sebahagian bagi rakyat berketurunan Arab Palestin dan sebahagian lagi bagi pendatang haram Yahudi (Resolusi 181 perhimpunan agung PBB). Manakala Baitul Maqdis (atau Al-Quds atau Jerusalem) dan daerah di sekitarnya dijadikan kawasan antarabangsa, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pihak Palestin.

1948

9 April, Pasukan pengganas bawah tanah Yahudi yang dikenali sebagai kumpulan Irgun dan Stern Gang melakukan pembunuhan kejam ke atas 254 rakyat Palestin di perkampungan Deir Yassin berdekatan BaitulMaqdis.





14 Mei, Mandat England ke atas Palestin berakhir secara rasminya. Yahudi Zionis serta-merta mengishtiharkan penubuhan negara Israel. Amerika Syarikat menawarkan hubungan diplomatik penuh bagi mengiktiraf negara haram Israel.




1949

Pada penghujung tahun 1948, Israel meluaskan penjajahannya ke atas 78% daripada tanah Palestin. Akibat dari rampasan tersebut 750,000 orang Palestin menjadi pelarian dan hidup dalamkeadaan yang sangat daif. Sebelum tahun 1947, Yahudi hanya berjaya memiliki 7% tanah Palestin.


1967

5 Jun, Israel melancarkan serangan ke atas beberapa negara Arab. Peperangan ini dikenali sebagai ‘Perang Enam Hari.’ Israel mendapat bantuan kewangan dan persenjataan dari Amerika Syarikat. Di dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Timur Baitul Maqdis, Tebing Barat dan Gaza. Akibatnya, 500,000 lagi warga Palestin dihalau dari kampug halaman mereka.



LEBIH 6 JUTA RAKYAT PALESTIN TELAH MENJADI PELARIAN SEMENJAK TAHUN 1948!

Sumber: http://zharifalimin.blogspot.com/2011/05/kronologi-kedatangan-yahudi-ke-palestin.html