Tuesday, January 3, 2012

MYKAD baru untuk warga Malaysia.


Haaaa ni la gambar Mykad baru belah kanan tu. Takde la beza sangat pun, kecuali hologram muka kita. Apa yang penting, jangan lah mudah terbelah dua, cepat rosak macam Mykad lama. Tu je yang paling penting.

Aku sokmo kena "seletep" keliling, kalo tak, boleh cicir la cip dia tu :p


PETIKAN DARI BERITA HARIAN 3-01-2012

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengeluarkan MyKad baharu yang mempunyai reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan terkini.

Antara ciri terpenting MyKad ini ialah ia diperbuat daripada bahan polikarbonat dan menggunakan cip baru yang lebih berdaya tahan, selain mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan. Ketua Pengarah, Datuk Jariah Mohd Said yang meninjau operasi di JPN Putrajaya berkata, setakat jam 10 pagi tadi, 370 permohonan sudah diproses dan 700 nombor giliran dikeluarkan kepada orang ramai. Jariah berkata, sebagai permulaan orang ramai boleh membuat MyKad baharu di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, manakala di negeri lain akan dimulakan secara berperingkat mulai 15 Februari depan pada harga RM10.

"MyKad baru mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad selain dilengkapi dengan perlindungan anti salin bagi mengelakkan pemalsuan berlaku," katanya ketika ditemui sini.

Beliau berkata, pengeluaran MyKad baru yang mengikuti piawaian antarabangsa, tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.

Selain itu, beliau yakin MyKad yang mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi itu juga dapat mengekang aktiviti pemalsuan.
Menurutnya, orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baharu itu tetapi ia bukan wajib.

Sementara itu, Wong Kye Sang, 76, dari Labis Johor tidak menyangka menjadi orang pertama mendapat MyKad baru, hari ini.

"Tidak sia-sia saya tiba di Kuala Lumpur pada jam 4 pagi untuk memohon menukar MyKad baru. Saya bertolak dari Labis, Johor seorang diri menaiki bas dan turun di Stesen BTS sebelum mendapatkan teksi untuk datang ke JPN Putrajaya. - BERNAMA

No comments: