Monday, December 31, 2012
KOntroversi Pemindahan Kubur di Pengerang
Lihatlah mayat2 orang Islam yang dikorek di Pengerang. Dibungkus dan dilonggok begitu sahaja di bawah pokok. Dihempap dengan cangkul atas kenderaan.
Mana etika dan syariat yang dijamin oleh Kerajaan negeri Johor seperti terkandung dlm Majalah Holistik edisi Pengerang?
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=315792561871731&set=a.216576541793334.47838.100003229707933&type=1&theater
Beberapa kata kunci berkenaan Emas Yamashita
Of Yamashita's Gold
2-24-4
|
Sunday, December 30, 2012
Saturday, December 29, 2012
Kem Tentera Bawah Tanah Terbesar Di Dunia
Terletak di Sweden, Muskö merupakan kemudahan ketenteraam bawah tanah terbesar di dunia. Ia digunakan sebagai Pangkalan Angkatan Laut Sweden.
Info Ringkas:
Pangkalan tentera Musko dibina di bawah gunung batu granit, yang dikatakan mustahil untuk dihancurkan oleh meriam, bom penghancur bunker malahan bom berskala nuklear sekalipun.
Musko digunakan untuk pembuatan kapal Fregat, Kapal Perusak dan kapal selam mempunyai dermaga terpanjang mencapai 350 meter.
Terdapat juga tempat membaiki kapal, kedai makan, berek, mall, bilik mesyuarat dan pelbagai lagi, semuanya di bawah gunung.
Selain itu, ia juga mempunyai sebuah hospital khas untuk tentera dengan kapasiti 1000 buah katil.
Thursday, December 27, 2012
Rebat RM200 hanya untuk telefon pintar harga RM500
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.
SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam lamanwebnya:
1) Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
2) Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
3) Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
4) Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.
5) Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.
Menurut notis yang disiarkan semalam, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.
Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui lamanweb SKMM.
Bagaimanapun, mendapati lamanweb tidak boleh diakses sejak pagi ini.
Pada 28 September, di bawah Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun, dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah atau tanpa pendapatan bulanan, daripada peniaga yang dibenarkan bawah Pakej Komunikasi Belia.
kesian adik UiTM ni hehehe, smartfon ape 500 dik?
Kereta Api Laju Beijing-Guangzhou mula beroperasi
Landasan kereta api laju terpanjang di dunia, landasan kereta api Beijing-Guangzhou yang jaraknya 2,298 kilometer mula beroperasi hari ini. Panjang keseluruhan landasan kereta api laju di China kini mencecah 9,300 kilometer.
BEIJING 26 Dis. - China hari ini melancarkan perkhidmatan kereta api laju di laluan terpanjang di dunia, dengan industri pengangkutan itu semakin berkembang tetapi sering berdepan dengan masalah.
Pembukaan laluan antara Beijing dan Guangzhou sejauh 2,298 kilometer akan membolehkan perjalanan antara kedua-dua bandar tersebut memakan masa hanya selama lapan jam berbanding 22 jam sebelum ini.
Badan penyiaran China Central Television melaporkan kereta api laju pertama bergerak pukul 9 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) dari Stesen Kereta Api Beijing Barat.
Stesen televisyen berkenaan juga melaporkan secara langsung keadaan di dalam kereta api itu yang menunjukkan penumpang bergambar kenang-kenangan sempena pelancaran perkhidmatan kereta api laju tersebut.
Agensi berita Xinhua pula melaporkan sebuah lagi kereta api berlepas dari Guangzhou ke ibu negara ini kira-kira pukul 10 pagi.
Kereta api itu akan bergerak dengan kelajuan purata 300 kilometer sejam yang meliputi 35 hentian di bandar-bandar utama seperti Zhengzhou, Wuhan di Sungai Yangtze dan Changsha.
Media rasmi melaporkan hari ini dipilih bagi memulakan perkhidmatan kereta api laju Beijing-Guangzhou sempena tarikh kelahiran pemimpin China, Mao Zedong yang dilahirkan pada 1893.
Laluan Beijing-Guangzhou dilengkapkan dengan penyelesaian pembinaan laluan antara Zhengzhou dan Beijing kerana laluan Zhengzhou-Wuhan-Guangzhou sudah beroperasi.
Rangkaian kereta api laju China dibina pada 2007 namun menjadi industri paling berkembang pesat di dunia.
Xinhua melaporkan, China kini mempunyai laluan kereta api laju sejauh 9,300 kilometer.
Akhbar rasmi, China Daily hari ini melaporkan, laluan perkhidmatan kereta api laju itu akan meliputi sejauh 50,000 kilometer menjelang 2020. - AFP
Askar Israel disepak oleh budak perempuan Palestin berumur 10 tahun
Seorang budak perempuan Palestin berusia 10 tahun yang tampil dalam sebuah video sedang memukul seorang tentera Israel tiba di Turki sebagai tetamu kehormatan dari Kota BaÅŸakÅŸehir Ä°stanbul.
Ahed Tamimi telah menjadi hero bagi rakyat di Turki setelah video yang menunjukkan dia memukul tentera Israel telah diposting secara online pada 28 November. Dia tiba di Ä°stanbul hari Isnin lalu.
Ahed Tamimi telah menjadi hero bagi rakyat di Turki setelah video yang menunjukkan dia memukul tentera Israel telah diposting secara online pada 28 November. Dia tiba di Ä°stanbul hari Isnin lalu.
FELDA Disaman RM200 juta Oleh 351 Peneroka
Seramai 351 peneroka Felda Mempaga 1, 2, dan 3 serta Felda Bukit Damar, Pahang hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi keseluruhan kira-kira RM200 juta terhadap Felda kerana menipu kadar perahan gred (KPG) sawit.
Saman difailkan melalui Tetuan Daim dan Gamany di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang pagi tadi menamakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan kedua.
Plaintif dalam writ saman antara lain mendakwa, Felda Palm Industries berniat jahat dan sengaja menurunkan KPG sehingga enam peratus bertentangan dengan kadar sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah sawit.
Peneroka terbabit turut mendakwa wujud konspirasi antara defendan pertama dan kedua menyalahgunakan kaedah penggredan untuk memastikan KPG diturunkan, selain menjual buah sawit dibawah KPG yang sepatutnya tanpa pengetahuan plaintif.
Disebabkan itu, plaintif mendakwa setiap mereka mengalami kerugian sebanyak RM30,912 pada tahun 2008.
Manakala bagi buah yang ditahan tapi tak dilupuskan, setiap peneroka telah kehilangan pendapatan sebanyak RM1345.63 (RM560.
08 setan).
“Kerugian kesemua plaintif untuk tahun 2008 lebih kurang RM11.322 juta,” writ saman itu menyebut.
Ganti rugi
Sehubungan itu, plaintif memohon mahkamah untuk mendapatkan printah supaya Felda dan Felda Palm Industries membayar ganti rugi khas kepada plaintif berdasarkan jumlah keluaran dan harga sawit untuk setiap tahun bermula tahun 1995.
Selain itu, peneroka terbabit turut meminta ganti rugi am dan teladan untuk penipuan dan pecah amanah, kadar faedah empat peratus setahun dikenakan keatas jumlah ganti rugi khas bemula dari tahun 1995 serta empat peratus jumlah ganti rugi am dari tarikh pemfailan writ sehingga kes selesai sepenuhny dan lain-lain kos.
Saman difailkan wakil peneroka Abdul Rashid Abdul Wahab sebagai plaintif pertama dan Din Mohd Arif (plaintif ke-331).
Mereka diwakili Ketua Biro Guaman PKR Latheefa Koya dan Timbalan Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR T Kumar.
Turut hadir Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR Suhaimi Said serta timbalannya Bob Manolan. -FMT
Wednesday, December 26, 2012
Sunday, December 16, 2012
isu CIMB
Dalam video ini antara yang penting ;
1. Hamidah seperti mempersoalkan kewujudan/fungsi kesatuan pekerja CIMB bagi membela nasib pekerja CIMB.
2. Ketua bagi HR CIMB pusat, Hamidah Naziadin telah dikesan melakukan pembohongan dalam isu kebajikan pekerja CIMB. Hamidah cakap pekerja CIMB mempunyai insentif perubatan yang unlimited, termasuk keluarga kakitangan, juga termasuk rawatan gigi, bonus dan sebagainya. Ini sebenarnya telah membuka unlimited risk kepada company [unlimited kos rawatan kesihatan kakitangan termasuk keluarga]
3. Namun kesatuan menafikan. Bahkan memberikan butiran lanjut berkenaan perkara tersebut. Hanya kakitangan tertinggi CIMB dan pegawai2 atasan tertentu je merasai insentif tersebut. Kakitangan CIMB mempunyai limited dan had masa untuk merasai insentif tersebut. Contohnya rawatan gigi, rm300 lebih kurang. Untuk pekerja yang berusia 40 tahun ke atas, medical checkup hanya akan ditanggung jika melakukan checkup 2 tahun sekali..
4. Insentif untuk berpantang, bersalin dan blablabla [kakitangan wanita] langsung tak pernah wujud.
5.NUBE mempersoalkan kenapa bonus contractual 2 bulan menjadi isu besar kepada hamidah?
6. NUBE menegaskan bahawa kakitangan berhak berkongsi keuntungan yang diraih syarikat kerana CIMB dibangunkan bersama. Ia tidak tertegak dengan atas tangan sorang seseorang. Ia kerjasama semua jadi apa masalahnya kakitangan CIMB turut merasai keuntungan yang diraihkan oleh syarikat?
7. CIMB tidak transparent dalam beberapa polisi yang mereka sendiri wujudkan. Contohnya laporan berkaitan prestasi dan PMS [maaf aku tatau PMS ini apa].
8. Ramai kakitangan yang dah lama berkhidmat [usia] tidak disambung semula, boleh jadi ia adalah agenda CIMB mahu mengyahkan kakitangan seperti ini.. apatah lagi dengan kewujudan skim MSS [Mutual Separation Skim = Masa sudah sampai]. Menurut NUBE ialah adalah dikriminasi usia.
9. Namun NUBE mengatakan itu tidak sepatutnya kerana mereka telah lama bersama CIMB, berkhidmat, jatuh bangun, ada jasa...
Dan yang kedua ialah gambar kat bawah neh hah ;
Sumber : sini
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/12/isu-cimb-mesti-sebar.html#ixzz2FBWjx4Bb
Norlaily Mat Loddin yang berkhidmat di CIMB Bandar Baru Nilai dan hamil 4 bulan telah dijerit, dimarahi dan diugut oleh Pengurus Cawangan, Amiruddin Hanuddin di hadapan para pelanggan dan rakan-rakan sekerjanya apabila enggan melakukan transaksi secara salah. Akibatnya, beliau pengsan dan terlantar di hospital.
Satu laporan polis telah pun dibuat.

FB:

Saturday, December 15, 2012
Utusan Malaysia kalah lagi 2-0
Fitnah: Utusan diperintah bayar Karpal RM50,000
|
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mendapati akhbar Utusan Malaysia milik Umno bersalah memfitnah Karpal Singh dan diperintah membayar gantirugi dan kos sebanyak RM70,000 kepada pengerusi DAP itu.
Ia berhubung penyiaran satu tulisan dan akhbar itu empat tahun lalu melibatkan satu acara pada malam sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Satu bahagian dalam tulisan berkenaan dipetik sebagai kenyataan Karpal walaupun peguam itu tidak hadir di acara tersebut.
Penulisnya, Zulkifli Jalil yang kini merupakan pengarang berita akhbar tersebut, membuat permohonan maaf secara terbuka ketika memberi keterangan dalam kes tersebut awal tahun ini.
Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan bahawa permohonan maaf semata-mata tidak membebaskan Utusan daripada kesalahan fitnah.

2 MP PAS berjaya tuntut gantirugi kes BERSIH 2.0
|
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penahanan dua Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 dilakukan secara salah.Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham juga memutuskan supaya kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia supaya membayar RM70,000 setiap seorang daripada mereka.
Keputusan itu dibaca di Mahkamah Tinggi Shah Alam memandang Dr Prasad kini ditugaskan di mahkamah tersebut.
Peguam Zulhazmi Shariff ketika dihubungiMalaysiakini berkata kedua-dua pemimpin PAS itu memfailkan tuntutan sivil meminta gantirugi kepada Kerajaan Malaysia dan PDRM ke atas penahanan salah terhadap mereka sewaktu perhimpunan itu.
Tuntutan itu difailkan pada 8 Ogos 2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kedua-dua pemimpin dan ahli parlimen PAS itu diwakili oleh empat peguam iaitu Zulhazmi Shariff, Faiz Fadzil, Abdul Aziz Hamzah dan Surya Putra Taulan.
Mereka memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Daerah Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dan pegawai polis yang menangkap mereka Inspektor Mohd Zaid Madzizat.
Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Mereka sebelum ini mendakwa penahanan mereka di KL Sentral ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak sah kerana dilakukan di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.
Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang. Sepanjang penahanan pihak polis tidak mengambil apa-apa keterangan dan juga tidak diberitahu sebab-sebab penahanan mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)