Showing posts with label keluarga mat yaacob. Show all posts
Showing posts with label keluarga mat yaacob. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

Pokwa, abah Dania dan Adam bersama Kereta Mainan


Jangan tertipu dengan gambar di atas. Belum tentu kereta tersebut dibeli untuk anak-anak beliau. Terdapat kisah disebalik kerete mainan tersebut.

Suatu masa dulu, bilik ma (berhadapan ruang depan bilik cik ngah sekarang)adalah kawasan terletaknya khazanah keluarga Mat Yaacob. Walaupun aku masih belum mecuwed (matured)aku follow je apa yang abang-abang aku buat sesuai dengan umur aku masa tu. Antara yang sering aku jadi hamba abdi ialah, tolong buat reban ayam daging/arnab, cat basikal, kutip durian awal-awal subuh sebelum pegi sekolah, bergusti dengan Jeru (jiran depan umah), berlumba basikal dengan jefrizai yang lebih tua dari aku (boley diorang acting mcm Don King).

Ketika itu, mana ada lagi wujud kereta remote kontrol (masih belum wireless, paling moden lagi terhebat ialah kereta ada wayar, butang ke depan dan belakang sahaja, tu pun ada kat kedai tok seh depan pasar Machang.

Satu hari terbau operasi sulit pokwa (abah nia n adam la ni), aku follow dari belakang. Seperti biasa aku yang budak kecik ni terlibat dengan operasi rembat hasil masyhul kedai runcit abah n ma, seingat aku sekeping kertas kaler merah dan hijau menjadi sasaran. Antara yang juga terlibat sebagai saksi adalah hakim dua pupu kami. Dia aak cikgu, kira bapak anak orang kaya la kat kampung kami kalau anak cikgu. Biasa apa yang dia dapat jauh lebih hebat dari kami dari segi mainan, basikal bmx atau apa sahaja. Mungkin ni terjadi sebab kami tak mampu untuk memiliki seperti budak-budak lain. Arwah abg pian x terlibat masa ni, sebab rasanya dia dah start masuk sekolah asrama.

Selang selepas itu, kami dapat mainan yang menjadi idaman kalbu. Bukan kereta kontrol berwayar pun, kereta tu muncung depan ke atas, bila kite tekan mucncung depan tu ke bawah, kereta akan gerak sendiri. Lokasi tempat main? Tapak umah Su Aya skang. Dulu umah Cik (moyang paksu pa), rumah dia tiang tinggi, so kat bawah umah tampat kami bermain. Situ la tempat main daun terup kartun, tangkap menatang "undur-undur puyoh" dan keretea lumba tadi.

Selepas puas main, masing2 takut nak balik rumah. "Amik duit mana beli kerete 2 3 biji tu?" Mampus, nak jawab mcm mana nanti. Tetiba entah idea bernas sapa tatau, "kita tanam dalam tanahm letak dalam plastik (jabil rokrak), plastik tak hancur dalam tanah, selamat la kete ni". Selaku hamba abdi aku terlibat juga dalam menggali tanah untuk simpan harta karun ni. Yang tak tahan, siap tanam pokok keladi atas lubang tu supaya tiada yang sangsi. Lokasi lubang tu betul-betul belakang umah Su Aya skang. Lebih tepat dulu antara umah Cik dan baluh padi (rumah kecil untuk simpan padi).

Agak-agak selamat tak harta karun tu? Tak pun, kalo duit dari duit haram memang tak akan berkat punya. Kami tak dapat main pun, sebab masih ingat lagi, selang beberapa lama, bila gali balik tak jumpa dah mainan tu, mungkin lama sangat sampai lokasi sebenar dah lupa. Kalo hari-hari main, kompom kena soal siasat dari mana amik duit.

Itu antara kenangan yang masih utuh dalam kepala ni. Boleh buat kita senyum sendirian. Zaman seronok-seronok masa kecikd ah berlalu. Dah xda zaman seronok-seronok macam tu. Skang yang ada zaman dari berat 72kg skang dah jadi 66kg (3.6.11). Entah-ntah boleh balik asal masa blaja dulu, 53-55kg hahaha.

Oklah, kalo mood ok, ankel cite pasal abah (pokwa) hilang dari kampung, satu kampung carik abah korang. I Love u anak sedara ankel terchenta, dania dan adam :). Selagi ankel hidup, kamulah antara nyawa ankel untuk terus bernafas!!!







Tuesday, March 22, 2011

Abah, Ma dan Pian



UNTUK ARWAH ABAH (Al Fatihah).
Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar. Pergi abah bersama nombor 44. Badan abah yang masih kuat kalah dengan derasnya darah mengalir dalam salur yang tersepit, lemah tubuh beliau dengan gula yang manis dan akur juga dengan hati yang seakan tidak mahu berdegup.



UNTUK MA
Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan. Ma, kami masih memerlukan ma walau dalam apa keadaan sekalipun. Anak ma tidak sekuat yang disangka seperti bidalan penduduk sekeliling dengan gelaran "anak yaacob semua hero-hero".

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah tak lain adalah KITA... ..

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "


UNTUK ARWAH ABG PIAN (Al Fatihah)
Tindakannya selalu agresif, tapi boleh memimpin adik-adik yang ramai. Garangnye kemain, tapi kebanyakan adalah untuk kebaikan. Jika tidak suka, kasut sekolah baru pun terbelah dihiris begitu sahaja. Cita-citanya tinggi, namun takdir Tuhan sudah begitu. Tubuhnya masih kuat, tetapi akur dengan kuman-kuman aedes, 25 hanyalah satu nombor untuk beliau. Perginya beliau di kala kami belum bersedia untuk menerima kehilangan yang lain. Perginya meninggalkan kenangan, perginya meninggalkan tanpa keturunan....


Semoga aku dapat merasa semuanya sebelum menutup mata, untuk ke akhir kali....