Saturday, September 5, 2009

Pejuang la sangat....





Ini muka yang kononnye pejuang Islam, membantah pembinaan kuil? Itu je ke yang diperjuangkan?

Kekecohan ini berlaku semasa dialog dengan penduduk seksyen 23 berkenaan pembinaan kuil. Belum apa-apa dah kecoh satu dunia. Molek sangat la perangai tu.
Lihat gambar di bawah. Gambar ini bukan berada di negeri yang ramai penduduk bukan Islam. Gambar ini dirakan di Tumpat, Kelantan di mana penduduknya hampir 100% beragama Islam. Tidak pernah pulak terdengar berlaku perbalahan agama sehingga hilang naluri kemanusiaan. Atau tiba-tiba muncul pejuang atau hero agama Islam.
Jangan pula berlagak serba tahu, hayati maksud ayat ini :
Surah al-An’am ayat 108 “Dan janganlah kamu maki sesembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat men...ganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan

Wednesday, September 2, 2009

Rahmat daripada kes Kartika!


Setelah seminggu hingga 2 minggu ini memerhati dan meneliti kes Kartika, rupanya lebih banyak rahmat muncul. Saya agak kabur juga berkenaan hukum Islam berkaitan dengan kesalahan meminum arak. Rupa-rupanya sebelum undang-undang ini dilaksanakan, penjualan arak secara berleluasa haruslah diharamkan terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Barulah hukum itu boleh dilaksanakan.

Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim pernah berkata hukum sebat mahkamah sivil ibarat dipukul dengan besi dan kemudian dipukul dengan rotan jadi sangat kejam, ganas dan tidak berperikemanusiaan. Sesiapa yang pernah melihat hukuman sebat sivil, boelh sampai hilang selera makan daging. Saya pernah melihat sebatan sehingga 20 kali sebatan. Daging terkoyak seawal sebatan ke 4 lagi. Pesalah hanya mengeluarkan kata-kata "Allahuakbar" berulang kali. Sampai ke sebatan 9, langsung tiada kedengaran suara pesalah. Hancur daging punggung sehingga tidak boleh berjalan sendiri lagi. Khabarnya sebulan dua memang pesalah tak boleh tidur terlentang seperti biasa.

Sebenarnya menurut hukum syariah, orang yang disebat perlu berpakaian (berlapik), mesti menutup aurat dan sebatannya tidak boleh di satu tempat sahaja. Rotannya tidak boleh besar dan apabila sebat dilaksanakan tukang sebat tidak boleh mengangkat tangan lebih dari paras bahu (menampakkan ketiak). Sebat dalam Islam ini bukan untuk menyakitkan tetapi sebagai hukuman disiplin seperti ibubapa memukul anak. Lebih kepada mendidik dari menyeksa.

Ini dibuktikan dengan mengikut cara perlaksanaan telah diperincikan dengan jelas sekali di dalam Seksyen 125(2) dan (3) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002. Menurut peruntukan ini, alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 m dan tebalnya tidak melebihi 1.25 cm. Jika pesalah itu hamil, hukuman hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya. Hukuman perlu dilaksanakan di depan pegawai perubatan dengan tidak boleh terkena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Jika membahayakan nyawa ketika sebatan, pegawai perubatan boleh menangguhkan hukuman sehingga pesalah sihat kembali.

Hukuman sebat bagi meminum arak sebanyak 40 kali dan sekiranya seseorang itu melakukan perbuatan tersebut berulangkali ia dikenakan sebat tidak lebih daripada 80 kali.

Oleh itu, ingatan tulus dari saya. Sekiranya kita agak kabur berkenaan hukum dari Allah, lebih baik diam dari bercakap. Risau apa yang kita ucapkan sedikit mencabar hukum Tuhan. Fikirlah sedalamnya.

Kepala Lembu!!! Ntah betul ntah tidak....

WALLAHUALAM


Tuesday, September 1, 2009

Spiderman Perancis


WARGA Perancis, Alian Robert (Spiderman) berjaya memanjat menara Berkembar Petronas
KLCC setelah tiga kali mencubanya sejak 1997. Beliau mula memanjat pada jam 6 pagi dan tiba di puncak pada jam 7.40 pagi tanpa di sedari orang ramai dan pengawal keselamatan, hari ini. - Foto Rosdan Wahid.

Tahniah kepada spiderman ni. Setelah berusaha banyak kali, akhirnya dapat jugak dia habiskan kerja-kerja hebat dia ke puncak KLCC. Sesetengah orang menganggap dia gila. Bagi aku, itu semua adalah kebolehan dia. Cuba suruh orang lain, jangan harap dapat.

Dulu seingatnya, dia dapat panjat setakat tingkat 40 je, terus kena tangkap. Sekarang, sampai ke puncak. Tak sangka boleh berdiri kat puncak tu, nampak kecik je.

Lain kali, tak payah la susah-susah nak tangkap dia. Kalau jadi apa pun, dia tanggung sendiri, kita tak rugi apa pun. Kalo susah sikit pun, cuma polis dan ambulans, sebab kena amik body dia kat atas lantai hehehehe. Lagipun, dengan kes ini, semua akhbar dunia mungkin menyiarkan berita ini. Famous sikit Malaysia.

Wednesday, August 26, 2009

Tok Janggut





Cicit Tok janggut minta jasa moyang dikenang

(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090826120003/Article)

PASIR PUTEH: Cicit kepada Allahyarham Tok Janggut, pahlawan Melayu yang menentang penjajahan Inggeris pada tahun 1914, mahu kerajaan memberi perhargaan yang setimpal terhadap jasa moyangnya sempena menyambut kemerdekaan negara yang ke-52.

Sulaiman Ismail, 85, berkata sekiranya kerajaan sanggup memberi penghargaan kepada pejuang kemerdekaan seperjuangannya di negeri-negeri Pahang, Perak dan Negeri Sembilan dengan membina memorial mengenai mereka kenapa tidak pada moyangnya.

"Ini penting kepada generasi sekarang dan akan datang supaya mereka tidak hilang jati diri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya Kampung Batu Hitam di sini, hari ini.


Bagi mewakili sesetengah generasi sekarang, saya sekadar ingin bertanya. Ya, Tok Janggut dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan yang TERawal sebelum tertubuhnya parti-parti di Tanah Melayu. Tetapi, semasa perjuangan Tok Janggut siapa yang menghalang perjuangan beliau? MELAYU!! Polis bangsa apa yang cuba menangkap beliau? MELAYU!!! Kita selalu menyalahkan Inggeris, tapi MELAYU juga adalah pekerja kepada kerajaan Inggeris.

Itu baru cerita Tok Janggut. Belum cerita pejuang lain yang bersepah di merata negeri. Yang mengganggu penentangan mereka juga MELAYU.

Adakah baru sekarang kita mahu mengiktiraf mereka?

Adakah selepas 52 tahum kemerdekaan kita masih belum memberi pengiktirafan yang sewajarnya?
Adakah kita perlu menunggu keluarga pejuang merayu baru kita hendak anugerahkan?
Atau pengiktirafan hanya kepada orang kaya-kaya? Datok Sdn Bhd, Tan Sri Holding?
Kita selalu terlambat.

Tuesday, August 25, 2009

Perlu menipu sejarah untuk membangkitkan semangat patriotik?


Salam.

Akhirnya, dah abis baca buku 13 Mei: Dokumen-dokumen Deklasifikasi Tentang Rusuhan 1969 Malaysia. (Penulis: Kua Kia SoongTahun: 2008). Buku ni aku beli kat MPH Bookstore Midvalley Megamall. Masa tu wife ada reunion dengan kawan-kawan sekolah dia. Macam biasa, aku melilau masuk kedai sport dan buku.

Agak menarik tetapi sedikit frust.

Sebab sebelum ni dah banyak buku yang aku baca, years later aku dapat maklumat lain yang bertentangan dengan buku sebelum ini. Buku ini seolah tesis yang menggabungkan pandangan pemimpin lama seperti Tunku Abd Rahman, wartawan asing dan maklumat dari Pejabat Rekod Awam London.

Risau takut jadi macam cerita Balai Polis Bukit Kepong. Baca sejarah wahhhh hebat perjuangan berbalas tembakan. Tapi bila dengar dari cerita orang tempatan, eksklusif dari Bukit Kepong sendiri, perasaan frust melanda. Sebabnya, diorang tak melawan pun, senjata disusun elok, khabarnya tengah bermain daun terup. Filem Bukit Kepong seolah-olah banyak pulak menipu sejarah. Polis yang diangkat hero kerana selamat dalam ambush komunis tu padahal memang beliau selamat, sebab beliau sedang bercuti masa tu. Adakah perlu menipu sejarah untuk membangkitkan semangat patriotik?

Namun, aku tak letak buku ini betul 100%. Apa yang diharapkan ialah sejarah yang masih kabur perlu sentiasa ada perbincangan baru supaya ilmu itu sentiasa menjadi segar. Berilah peluang kepada rakyat untuk terus berdiskusi tanpa dituduh tidak patriotik. Lagipun buku ini sendiri disahkan oleh Pak Lah (ketika masih PM) sebagai tidak bahaya. Hanya garapan diskusi baru berkenaan kejadian itu. Kehebatan Hang Tuah pun aku pertikaikan ini kan pula berkaitan kejadian yang berkaitan sentimen perkauman. Ataupun muncul tiba-tiba keturunan Iskandar Dzulkarnain di pergunungan untuk menjadi sultan di negeri-negeri Melayu? Takkan ada ilmu ghaib kot.

p/s Agakanya siapa yang menjadi punca? Sindiran kaum cina? Perhimpunan Melayu di depan rumah MB Selangor? Atau sengaja dijadikan Tunku Abd Rahman sebagai kudeta untuk mengambil kuasa beliau oleh kalangan kapitalis. Lagipun selepas itu wujud felda, tabung haji, bank bumipuuta dan lain-lain sekaligus mewujudkan jutawan kalangan Melayu. Jika betul, alangkah malangnya penghujung riwayat politik tunku. Lagipun, beliau meninggal ketika dalam Semangat 46, bukan UMNO. Sama macam Onn Jaafar dalam Parti Negara, bekas pengasas UMNO.