Kronologi Team Terengganu :
2011 - masalah bermula dari ketidak telusan dalam jual tiket final pm 2011...sian ke awok2 beratur panjang jela kat jabat pbsnt, tp cmj dengan selamba kata tiket abis...hehehehe
2011 - masa latihan menjelang final PM 2011, mmg ada krisis doh. Irfan tembor lari bodo gitu jer masa training ork...
2011 - Selepas ganu kalah ngan n9 final pm 2011, ib mengeluarkan statement yg pemain ada gangguan misteri
akhir 2011 - Ib memilih untuk tidak menyambung kontrak dengan pasukan terengganu walaupun mengakui terengganu adalah pasukan terbaik pernah dia latih
akhir 2011 - dok dang 1 minggu ib tinggal ganu, cmj pantas mengumunkan Mat Zan mat aris sebagai pengganti..
akhir 2011 - terengganu menghadapi masalah nok cari pemain import berkualiti
akhir 2011 - akhir nya terengganu mengumunkan bekas pemain import kl plus nunes ( kalu dok silap nama ) dengan muhamad sumareh sebagai pemain import, tp dok sign kontrak lg
akhir 2011 - nunes dok leh main liga super sebab dok lulus syarat pemain import yg ditetapkan FAM
akhir 2011 - sumareh dikatan memalsukan biodata diri..ada ura2 mengatakan dia bukan la pemain profesional dan tidak pernah bermain dimana2 club dalam dunia kecuali hanya main dengan liga damasara je dan terus menyepi tanpa berita
akhir 2011 - PBSNT berjaya mencuri tumpuan para peminat kerana berjaya sign Francis Doe dan Biano. Dalam game friendly pertama doe berjaya score hatrick masa lawan perlis . lantas dengan itu pbsnt telah sign kontrak 2 pemain itu .
awl 2012 - menjelang sepak mula liga super 2012, timbul pulok isu pbsnt salah faham surat yg dihantar FAM kepada PBSNT. Pendaftaran doe dan biano dianggap tidak sah oleh FAM yang diketuai oleh mantan Timbalan presiden FAM..hehehhe
awal 2012 - perang mulut bermula antara che mat vs FAM ( judin dan midin ) che mat keras nok wat turun gop game pertama masa lawan perak...
awal 2012 - che mat mengaku kalah ...akhir nya terengganu bermain 2 game awl tanpa pemain import
awl 2012 - akhir muncul seorang hero ...hero tersebut ialah MB kita ,Dato Ahmad Said ...MB kita wat kerah kekung suruh fam benar doe ngan biano main..kalu dok nok suruh terengganu ngan t-team tarik diri
awal 2012 - FAM takut ...terus mengadakan mesyuarat tergempar ..akhir nya FAM akur dengan hasrat MB teganu itu ..terus melanjutkan tempoh daftar pemain import..kesempatan ini lantas digunakan oleh semua pasukan hok ada dalam liga malasyia ini
2012 - ku sangkakan panas sampai tgh hari, rupanya hujan lebat dalam kol 12..hehe.masalah timbu pulak apabila penyokong dok puas hati dngan mat zan...pah cerooh kaloh + Seri..rezak molek
2012 - Mat zan dan dcm didesak supaya letok jawatan ekoran prestasi hambar pasukan terengganu..namun cmj tetap mempertahankan mat zan ..sabo kata cmj..
awal 2012 - timbul pulak isu doe keras pala dok leh nak training sama ngan team..training ngan adik dia bira padang...hahaha
2012 - Kekalahan semi final piala fa 1 st leg kepada sime darby 2-1 membuat cmj dan mat zan tidak lena tido malam..pintu pagor umah cmj kene ogeh..cmj debo perut.
2012 - akhir nya setelah gagal melayakakn diri ke final piala fa , pbsnt membuat tindakan drastik dengan merehatkan mat zan sebagai coach ...hureee gembira penyokong ganu..dcmj pulak nak lari dari masalah
2012 - dalam tempoh rehat 2 minggu, PBSNT membuat kejutan lagi dengan mengumunkan akan mengambil PETER JAMES Butler sebagai coach pasukan ganu. agoknya dcmj g indon kot cari butler nie ...
2012 - aii mat zan pulop ngamuk...kata pbsnt menganiyai dia ..mat zan wat keras keng ..dia mintok pbsnt bayar gaji dia ikut kontark..kalu kontrak 10 tahun, 10 tahun ar pbsnt kene bayar..hehehehehe
2012 - pbsnt wat kerah xboh bayar ...mat zan ai dok leh jadi..see u in court..pah lening dok tau gane kesudahan dia
2012 - ok PM 2012 start dok..tp para penyokong ganu resah sebab pbsnt lembap wat keje ..sampai xdok sorang pemain pinjaman..setara juara liga super kelantan amek 3 orang pemain pnjaman...star dia ramai lg tu..doh la friendly xdok..
2012 - permulaan bergaya ganu dalam pm 2012, apabila menewaskan kelantan 2-0..hohohho..bukan main suka penyokong ganu ...mcm menang piala doh ( kata seorang blogger popular negeri jiran )
2012 - kalah dengan atm ...sabi pulak dikatakan pengsan sebab dok tahan gatal..abis sebadan ye garu...hehehe...dikaitkan dengan santau oleh sesetengah pihak
2012 - lawan kedah ..disini bermula double, treble problem..selepas tewas ngan kedah , butler membuat kenyataan rasmi menyatakan ismail faruqi dan muslim ahmad di gugurkan dari team ...sebab wat alik orang puan masuk dalam bilik....
2012 - muslim dan mail menafi sekeras-kerasnya dan akan mengambil tindakan saman ke atas butler ...aii kes berat nie ...parop la lagu nie ...cmj pon wat kenyataan dia masih tunggu laporan bertulis butler (agok2 butler tulis report dalam bm ke kot orang putih ) hehehehe
2012 - game lawan kedah lagi ...keadaan semakin keruh dan tegang ...sabi dan butler kelihatan bertelagah mesra sambil menolak bahu dan beleber dan mengarahkan sabi keluar dan balikkkkkk...ia berpunca dari sabi yang melepaskan gol mudah ....sabi melawan dengan lepor botol air..nasib dok kene cmj ..hahahaha ...doh la doe kene kad merah
2012 - ada sorang pulak pemain terengganu melepas tension dalam jamban selepas abis game dengan berteriak mengatakan " keeperrrrr bodo " ...aii guana gini..koho berat je masalah ini ..
2012 - setakat tu je la..hok lain deme tamboh diri ar ...hahahahah ...sayonar PM 2012..2013 dok tau lagu mana ....kita tunggu lepas abis game pm 2012 nie ..Persoalan dia ??? adakah butler akan tembor ????
* Lu Pikir La Sendiri...
http://www.facebook.com/KelabPeteh/posts/497816410248072
Monday, September 3, 2012
Pembetulan sejarah Tok Janggut perlu! (wajib share)
15 Syawal 1433H. [MOD] -Tolong... Tolong... Tolong, perbetulkan sejarah gambar ini.
Ini BUKANnya jasad Tok Janggut, Haji Mat Hassan Bin Munas, tetapi jasad askar sikh yang terkorban semasa Perang Pasir Puteh, Tok Janggut telah diselamatkan Mat kelubi dan dilarikan ke Gua Musang dalam keadaan cedera.
Tok Janggut terus hidup dengan menggunakan nama Haji Ahmad dan menetap di Panji Kota Bharu Kelantan berkahwin dan mempunyai zuriat , hidup sehingga tahun 1969.
Perlu kita ketahui bahawa tujuan jasad ini dipamerkan pada masyarakat kota bharu adalag untuk menakutkan orang melayu ketika itu, penting kita tahu kenapa diarakkan sekitar kota bharu sahaja, Kerana orang kota bharu tidak pernah melihat wajah Tok Janggut, hanya mendengar cerita berkaitan perjuangannya sahaja(british gelar pemberontakan).
Sejarah berkaitan gambar ini perlu diterang jelaskan, bagi mengelakkan aib pada Haji Mat Hassan Bin Munas, dan keturunannya.
sumber: cucu cicit Tok Janggut
TV Mesir mansuh larangan bertudung penyampai berita
15 Syawal 1433H. [MOD] -
| Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 03 Sep 2012 |
(Fatma Nabil menjadi wanita pertama negara tersebut untuk menyampaikan berita sambil memakai tudung dalam tempoh setengah abad- AFP)
KAHERAH: Stesen televisyen negara Mesir telah menarik balik larangan berusia satu dekad yang menghalang penyampai berita wanita mereka dari memakai tudung.
Larangan itu berkuatkuasa di zaman rejim-rejim sebelum ini yang cenderung kepada fahaman sekular.
Fatma Nabil yang muncul Ahad lalu dengan memakai tudung berwarna krim dan sut berwarna gelap, menyampaikan berita pada pukul 12 tengah hari.
TV Mesir memberitahu ini adalah penampilan pertama seorang penyampai wanita bertudung sejak stesen TV itu ditubuhkan separuh abad lalu.
Pegawai stesen TV tersebut, Mohammed Fathi berkata bahawa penampilan Nabil akan menggalakkan pemakaian tudung oleh ramai wanita lain yang ingin memakai tudung tetapi takut kehilangan pekerjaan mereka.
TV Mesir mengekalkan dasar larangan pemakaian bertudung kepada penyampai berita sepanjang era Presiden Hosni Mubarak, diKtator yang digulingkan dalam kebangkitan Dunia Arab tahun lepas, serta rejim-rejim sebelumnya.
Sesetengah penyampai berita menyaman stesen TV tersebut, dan menang kes, tetapi mereka masih dihalang dari muncul di kaca TV.
KELANTAN BANGKIT SELEPAS KETINGGALAN UNTUK TEWASKAN ATM
Kelantan bangkit selepas ketinggalan untuk menang dengan keputusan 4 – 3 menewaskan ATM dalam perlawanan yang penuh mendebarkan itu.
Hujan lebat di awal perlawanan tidak merencatkan permainan kedua dua pasukan yang saling membalas serangan.
Kelantan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Afiq Azmi pada minit ke 8″ sebelum disamakan oleh Marlon Alex James pada minit ke 26″.
Shahrul Idlan Talaha kembali meletakkan Kelantan dihadapan minit ke 29″ namun Marlon Alex James pantas menyamakan kedudukan pada minit ke 35″.
Pasukan Kelantan kali ini ketinggalan pada minit ke 43″ selepas Hairuddin Omar berjaya menjaringkan gol ke – 3 ATM untuk menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan Kelantan 2 – 3 ATM.
Bersambung babak kedua, Kelantan melakukan serangan bertali arus dan hasilnya Norfarhan berjaya menyamakan kedudukan manakala gol kemenangan Kelantan hadir pada minit ke 86″ menerusi jaringan pemain gantian Nurul Azwan Roya.
Tamat Perlawanan Kelantan 4 – 3 ATM.
VIDEO GOL KELANTAN ATM dari Sokernet.com
KEDUDUKAN KUMPULAN B PIALA MALAYSIA SELEPAS 4 PERLAWANAN

Saturday, September 1, 2012
Ustaz Don Jawab Perkara Yang Menjadi Isu Di Majlis Perkahwinannya
Juru gambar rasmi di majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna iaitu nadiazahariphoto Artmosphere Photographyjuga Photoline-Creative-Studio melalui FBnya ingin berkongsi pengalaman ketika berbual dengan Ustaz Don menjawab isu -isu yang menjadi kontroversi tentang majlis perkahwinannya.
1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.
2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.
3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.
Gambar romantik perkahwinan Ustaz Don dan Husna
4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.
5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.
6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.
7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.
8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.
Diharap bagi mereka yang musykil dan tertanya-tanya perkara yang Ustaz Don dan Husna lakukan di majlis perkahwinannya telah terjawab. Maklumlah nanti takut mengundang fitnah pula sebab tidak tahu sebabnya tapi memandai-mandai beri komen bila tengok gambar perkahwinan Ustaz Don dan Husna.
Gambar henna & Hantaran Ustaz Don & Husna dari facebook.com/tho.redgincu.
Isu bendera Sang Saka
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap menggunakan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi biarpun ada cubaan daripada sesetengah pihak yang melakukan provokasi mengibarkan bendera 'Sang Saka Merah' semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi.Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kununnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara ini, Jalur Gemilang dengan Sang Saka Merah. Menjawabnya di Twitter sebentar tadi, Anwar menegaskan:
@anwaribrahim PR tdk jdkan ini sebgai isu! @_Joe__7: harap DSAI dpt selesaikan isu bendera itu....jika tidak pasti Dlm PR sendiri akan wujud perpecahan disebabkan isu yg remeh ini
Dan satu lagi tweet dari Anwar juga menjelaskan:
@anwaribrahim PR -bendera Msia @razzanismail: apa pendapat DS tentang mereka yg kibarkan 'sang saka malaya' malam tadi?
Malam tadi, beberapa individu yang kelihatan semasa himpunan Janji Demokrasi dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Merah yang didakwa bendera asal Tanah Melayu sebelum bendera itu digantikan dengan Jalur Gemilang semasa negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957.
Ia mendapat reaksi pelbagai di laman sosial Twitter selain blog pro-Umno-APCO cuba menjadikannya sebagai modal untuk menghentam Pakatan Rakyat kunun sekiranya pakatan tersebut memerintah Malaysia nanti, bendera Jalur Gemilang akan digantikan dengan bendera asal.
Pendapat Anwar turut disokong ahli parlimen Sibu, Wong Ho Leng yang berkata ia hanyalah satu bentuk pembohongan mengalihkan cerita (spin) akibat kegagalan Umno-APCO menghalang himpunan Janji Demokrasi malam tadi yang dihadiri lebih 10 ribu orang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
@wongholeng "@anwaribrahim: No such decision by PR.Why spin? @mukhlis_30: Pls advice me y after 55 years we must change our flag.."Lousy spin culture Tambah Wong lagi, tidak ada makna sambutan kemerdekaan dirayakan kerana pemimpin BN langsung tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri sambutan tersebut yang diadakan tahun ini di Sibu bagi peringkat Sarawak.
Jelas cubaan Umno-APCO menjadikan isu bendera sebagai modal untuk menempelak Pakatan Rakyat gagal lagi. -wargamarhaen


APA ITU BENDERA SANG SAKA BERBINTANG 12
Pada bulan April 1948, PETA telah mengadakan kongres kebangsaan selama 3 hari 3 malam di bandar Temerloh dengan dihadiri oleh wakil-wakil berbagai negeri dari seluruh Malaya.
Di kemuncaknya, kongres telah memutuskan untuk mengadakan perarakan secara besar-besaran walaupun diharamkan oleh penjajah British. Mencium berita itu, penjajah telah mengarahkan anggota-anggota polisnya dari Betong dan Raub ke Temerloh.
Polis-polis itu bersiap sedia dengan benet terhunus dihujung senapang masing-masing untuk menggugat para perwakilan Kongres dan rakyat ramai yang sedang menunggu perarakan dimulakan.
Akan tetapi, semangat massa rakyat bukan saja tak tergertak jatuh, sebaliknya kemarahan mereka semakin meluap-luap. Mereka berpekik dengan lantang: “Mesti berarak!” “Jangan takut pada benet!” “Keras lawan keras!” dan lain-lain slogan yang militan.
Pada pukul 10 pagi, perarakan dimulakan dengan dipelopori oleh anggota-anggota PETA, AWAS, PKMM dan Barisan Tani Malaya. Lebih dari 5,000 pemuda dan wanita revolusioner bersama massa rakyat yang luas telah mengambil bahagian dalam perarakan itu. 2 helai bendera dikibarkan dengan megah, satu helai bendera merah putih berbintang 12 (bendera PUTERA-AMCJA dan juga lambang Malaya merdeka) yang melambangkan kesatuan negara kita yang mengandungi 12 buah negeri bahagian), satu helai lagi bendera AWAS yang tersulam dengan gambar Clara Zetkin.
Peserta-peserta perarakan menjulang tinggi-tinggi beratus-ratus sepanduk, cogan kata dan slogan-slogan revolusioner yang bertuliskan kata-kata seperti
“MERDEKA!MERDEKA!”,
“SEMUA BANGSA BERSATU LAWAN PENJAJAH BRITISH!”
“PENJAJAH BRITISH NYAHLAH DARI MALAYA!”
danl ain-lain. Di samping itu sorak dan pekikan-pekikan “MERDEKA” berkumandang di angkasa raya dengan tak henti-hentinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)











