Wednesday, April 28, 2010

Ketenangan di Puncak Gunung


Kadang-kadang ketenangan jiwa hadir bila kita berada di puncak gunung. Kesunyian dan kesejukan betul-betul membuatkan hati terasa tenang. Tapi tekanan tetap hadir bila hendak melelapkan mata. Semua akan hadir bila mata mahu melabuhkan tirai...




Trek Irau yang sangat berlumpur

Saturday, April 10, 2010

SHUT UP!!!! is better



Stress :

Stress is a term in psychology and biology, first coined in the 1930s, which has in more recent decades become a commonplace of popular parlance. It refers to the consequence of the failure of an organism – human or animal – to respond appropriately to emotional or physical threats, whether actual or imagined.

Stress symptoms commonly include a state of alarm and adrenaline production, short-term resistance as a coping mechanism, and exhaustion, as well as irritability, muscular tension, inability to concentrate and a variety of physiological reactions such as headache and elevated heart rate.

Tak sangka teruk juga penangan stress.

lagi difikirkan lagi stress...
lagi diungkap lagi stress...
lagi disebut lagi stress...

My heart is too fragile!!!

SO......

Thursday, April 8, 2010

Reproductive system


The reproductive system or genital system is a system of organs within an organism which work together for the purpose of reproduction. Many non-living substances such as fluids, hormones, and pheromones are also important accessories to the reproductive system. Unlike most organ systems, the sexes of differentiated species often have significant differences. These differences allow for a combination of genetic material between two individuals, which allows for the possibility of greater genetic fitness of the offspring.

The major organs of the human reproductive system include the external genitalia (penis and vulva) as well as a number of internal organs including the gamete producing gonads (testicles and ovaries). Diseases of the human reproductive system are very common and widespread, particularly communicable sexually transmitted diseases.

Most other vertebrate animals have generally similar reproductive systems consisting of gonads, ducts, and openings. However, there is a great diversity of physical adaptations as well as reproductive strategies in every group of vertebrates.

Human reproduction takes place as internal fertilization by sexual intercourse. During this process, the erect penis of the male is inserted into the the female's vagina until the male ejaculates semen, which contains sperm, into the female's vagina. The sperm then travels through the vagina and cervix into the uterus or fallopian tubes for fertilization of the ovum. Upon successful fertilization and implantation, gestation of the foetus then occurs within the female's uterus for approximately nine months, this process is known as pregnancy in humans.
Gestation ends with birth, the process of birth is known as labor. Labor consists of the muscles of the uterus contracting, the cervix dilating, and the baby passing out the vagina. Human's babies and children are nearly helpless and require high levels of parental care for many years. One important type of parental care is the use of the mammary glands in the female breasts to nurse the baby.

Humans have a high level of sexual differentiation. In addition to differences in nearly every reproductive organ, numerous differences typically occur in secondary sexual characteristics.


Saturday, March 27, 2010

Aku, Anak dan SPM



Jika dan sekiranya anak aku:

Lahir tahun 2011, dia akan amik SPM 2028, masuk universiti 2029...

Lahir tahun 2012, dia akan amik SPM 2029, masuk universiti 2030...

Lahir tahun 2013, dia akan amik SPM 2030, masuk universiti 2031...

Lahir tahun 2014, dia akan amik SPM 2031, masuk universiti 2032...

Lahir tahun 2015, dia akan amik SPM 2032, masuk universiti 2033...

Lahir tahun 2016, dia akan amik SPM 2033, masuk universiti 2034...

Lahir tahun 2017, dia akan amik SPM 2034, masuk universiti 2035...

Lahir tahun 2018, dia akan amik SPM 2035, masuk universiti 2036...

Lahir tahun 2019, dia akan amik SPM 2036, masuk universiti 2037...

Lahir tahun 2020, dia akan amik SPM 2037, masuk universiti 2038...

.........................................................................................................................

Kalau dapat tahun 2011, umur aku 39 mase dia masuk universiti.

dan

Kalau dapat tahun 2020, umur aku 58 mase dia masuk universiti. ngam-ngam dah pencen.

.........................................................................................................................

1997 abah aku meninggal, bezanya hanya 5 bulan hampir-hampir dapat tengok aku masuk universiti. Sesuatu hadiah paling bermakna dari anak untuk sebuah keluarga yang sederhana di kampung.

.........................................................................................................................

My child, i will fight for everthing just for u !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, February 26, 2010

Sejarah Yang Di Gelapkan : Jatuhnya Empayar Melaka kerana pemimpin!


Kejatuhan Empayar Melayu Melaka Satu Konspirasi
hijabulcrewz.blogspot.com

Sekali lagi sejarah digelapkan. Gelap dan semakin malap dek kerana ramai antara kita yang malas mengkaji dan menggali asal-usul sejarah tamadun kita. Kita hanya menerima bulat-bulat apa yang diajar dalam buku teks sejarah di sekolah, universiti dan lain-lain pusat pengajian tinggi.

Saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak mahu kita tahu. Pihak yang mana? Banyak... Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja.

Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan politik pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.

Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?

Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?

Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak Melayu kalah? Kuno dan mundur ketinggalan zaman.

Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?

Jawapannya tidak sama sekali. Malah, ada kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan melayu di nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol. Catatan-catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan melayu lain di Asia Tenggara.

Malahan, Kerajaan Islam Turki Uthmaniah juga pernah membeli meriam-meriam yang berkualiti daripada kerajaan-kerajaan kesultanan melayu di nusantara. Apakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki pelabuhan paling kaya di timur menjadi buta dan tuli tidak mendapatkan senjata-senjata ini daripada kerajaan-kerajaan yang berjiran sedangkan kerajaan-kerajaan Eropah, Timur Tengah, India dan Cina mahupun Jepun berebut -rebut ingin mendapatkan senjata-senjata ini daripada nusantara ini ???

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?

Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh gabungan tentera-tentera Portugis,Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa,askar-askar upahan dari Goa,Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan orang-orang melayu sendiri.Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno. Dari dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam-meriam besar, pemuras, istinggar dan lain-lain senjata api. Melayu juga sudah mengenal apa itu baju besi dan sudah mahir menempa baju besi untuk kegunaan ketenteraan. Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang. Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.

Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak. Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?

Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka. Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang?

Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah. Tiada satu pun yang menyebut tentang angkatan tentera laut Melaka yang ikut mempertahankan kota Melaka. Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?

Memang perlu diakui bahawa Sultan yang memerintah Melaka ketika itu telah melakukan kesilapan besar antaranya melantik pembesar-pembesar yang gilakan kuasa serta korup. Sultan Melaka ketika itu juga dikatakan sering berfoya-foya dengan penzinaan dan arak.Wallahualam.

Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?

Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! Sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot. Si Kitol dan Raja Mendeliar sudah pasti. Namun, masih ada pembelot yang lain yang terlepas daripada catatan sejarah.

Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah baginda menyesal atas segala perbuatannya dahulu?“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!”

Jadi, semua rakyat Malaysia boleh mengambil pengajaran daripada peristiwa kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ini. Pemimpin yang korup serta tidak amanah menjual kedaulatan negara haruslah diganti dengan pemimpin yang amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara serta yang paling penting mengamalkan perintah Allah dan rasulnya.

http://kraiutara.blogspot.com

Monday, February 1, 2010

Royalti Hak Kelantan

Perjanjian Royalti Minyak adalah diantara Negeri Kelantan dan Petronas. Tiada kena mengena dengan JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan).

KuLi: Ada satu kawasan di Utara Kelantan yang telah kita berikan konsesi kepada Shell untuk carigali minyak. Harga 2 Dollar setong berbanding kos 8 Dollar menggali minyak setong menyebabkan Shell membatalkan projek menggali minyak di kawasan tersebut. Kita juga telah melakukan kesilapan kerana tidak mendaftarkan kawasan tersebut sebagai hak milik Malaysia di Geneva kerana sibuk untuk memerangi komunis. Kita telah meminta bantuan Thailand untuk memerangi komunis di Betong (sempadan Thai-Perak). Sebagai timbal balik, Thailand meminta kerjasama carigali di kawasan tadi. Kawasan tadilah yang sekarang ini dinamakan sebagai JDA (Joint Development Area) sedangkan dulu terang-terang milik Malaysia.

Sekian terima kasih.