Tuesday, February 28, 2012

Kitab Injil 1,500 tahun ditemui

2012/02/28

KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan   kedatangan Nabi Muhammad.




KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad.




Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW

ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.



Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.



Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. - Agensi





Sunday, February 26, 2012

Kafa akan bina stadium RM300 juta di Bandar Baru Tunjong

Adakah ini permulaan kepada mengkorporatkan persatuan bola? Seperti eropah? Jadi, sepatutnya ia adalah permulaan baik ke arah mengelakkan persatuan bola terlalu dipolitikkan apabila dikuasai oleh banyak pihak dalam masa yang sama.

25/02/2012 9:25pm

KOTA BHARU 25 Feb. – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bakal memiliki sebuah stadium sendiri di sebuah tapak yang dikurniakan oleh Sultan Muhammad Ke-V di Bandar Baru Tunjong.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, stadium itu, yang bernilai kira-kira RM300 juta, akan dibina secepat mungkin di tanah seluas kira-kira lapan hektar.

"Sultan Muhammad Ke-V telah berkenan untuk membenarkan tanah seluas kira-kira 40 hektar di kawasan Tunjong dibangunkan, termasuk membina stadium canggih seluas lapan hektar di mana reka bentuknya berdasarkan Stadium Cardiff City.

"Baginda juga bersetuju untuk melantik Syarikat Casamesra Sdn Bhd untuk membina stadium berkenaan berdasarkan reka bentuk yang diberikan oleh Kafa.

“Selain itu, Kafa juga akan menguruskan mengenai pengurusan stadium berkenaan,” katanya ketika ditemui pada majlis penajaan Mamee-Double Decker (M) Berhad kepada persatuan itu hari ini.

Pada majlis itu, Mamee-Double Deecker (M) Berhad memeterai perjanjian dengan Kafa dan menaja Akademi Al-Hambra Red Warriors (ARMY) dengan jumlah kira-kira RM200,000 untuk program pembangunan bola sepak di Kelantan. – BERNAMA

Polis cadang Pengerusi Eksekutif NFC didakwa pecah amanah

25/02/2012 10:58pm

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Polis mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail atas pertuduhan pecah amanah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan oleh pihak Peguam Negara Selasa lepas bagi menyiasat beberapa perkara lain.

"Kita ada menyelitkan cadangan ini agar pihak Peguam Negara mengambil tindakan itu. Kertas siasatan ini akan dikembalikan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Isu NFC, yang diterajui Mohamad Salleh, suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Ia semakin panas selepas pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek ”Lembah Daging” di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. – BERNAMA

Saturday, February 18, 2012

Gambar Menara Azerbaijan – Bakal Bangunan Tertinggi Di Dunia

Azerbaijan Tower atau Menara Azebaikan yang akan mula dibina tahun hadapan bakal menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 3,445 kaki (1,050 meter). Menara Azerbaijan akan mempunyai 187 tingkat dan apabila siap akan melangkaui ketinggian Burj Khalifa dan Kingdom Tower yang sedang dibina di Jeddah.


Menara Azerbaijan ini akan menelan belanja sekurang-kurangnya USD 2 Billionmanakala pembinaan Khazar Islands sekitarnya pula sekitar USD 100 Billion! Azerbaijian Tower dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2020. Jom tengok gambar menarik Menara Azerbaijan yang bakal dibuat ini. Memang cantik!






Rupanya Ikan Pun Mabuk Laut

Seorang pakar Zoologi dari Stutgart, Dr Reinhold Hilbig yang mengkaji kesan keadaan berkurangnya berat di dalam air menemui hasil yang mengejutkan.

Kajian itu sebahagian daripada penyelidikan bagaimana manusia terpengaruh dalam ruangan.

Dalam kajian berkenaan, 49 ekor ikan diletakkan dalam akuarium mini dan kemudian dihantar dengan pesawat ke angkasa. Pesawat itu mewujudkan simulasi kepada keadaan hilang graviti yang akan dialami angkasawan bila berada di angakasa.

Hasilnya, lapan ekor daripada ikan-ikan berkenaan mulai berputar tanpa orientasi yang jelas.

Mereka berenang membentuk lingkaran. “Mereka telah kehilangan keseimbangan, berperilaku seperti manusia yang mengalami mabuk laut,” ujar Hilbig.

“Ikan-ikan itu kehilangan orientasi, mereka benar-benar bingung dan terlihat seolah-olah hendak muntah,” tambahnya.

Di alam liar, ikan ‘mabuk laut’ seperti itu boleh menjadi mangsa ikan lain kerana mereka tak mampu menyelamatkan diri dari bahaya, katanya.

Kelapan-lapan ikan ‘mabuk laut’ itu pun kemudian dipisahkan dan diperiksa otaknya untuk melihat penyebab kepada’sakit’ mereka.

“Sepertinya kehilangan kenalan dengan pergerakan air dan getaran berperanan besar dalam menentu diorientasi mereka.” ujarnya.