Sunday, May 23, 2010

Bagaimana Hulagu Khan meruntuhkan Kota Baghdad


Hulagu Khan adalah cucu kepada Genghis Khan, yang menguasai sebuah empayar Mongolia yang meliputi China, Siberia di sebelah Timur hinggalah kepada Moscow, Baghdad (Iraq) dan Iran di sebelah Barat.
Kerajaan Bani Abasiyah mempunyai 37 khalifah yang berkuasa selama 508 tahun. Khalifah yang terakhir ialah Al-Musta'shim Billah (1242-1258M). Beliau menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat utama pemerintahan.

Selepas berkuasa selama 5 abad, berikut adalah antara sebab mengapa empayar boleh dikalahkan oleh cucu Genghis Khan:

1.Musuh dalam selimut adalah dari kalangan menteri khalifah sendiri yang cemburukan dan gilakan kuasa. Sanggup berpakat dengan Hulagu Khan semata-mata ingin diangkat sebagai Khalifah selepas kejutahan kerajaan Abbasiah.

a. Umayiduddin Muhamad Al-Aqami mengatur perdamaian kononnya untuk mengelak peperangan. Padahal perjumpaan perdamaian itu adalah perangkap utnuk membunuh ulamak-ulamak dan ketua-ketua masyarakat utama dalam kerajaan Baghdad.
b.Umayiduddin berjaya mempengaruhi Khalifah untuk mengurangkan tentera daripada 100,000 sehingga tinggal 10,000 sahaja untuk berhadapan dengan tentera Mongol.

2.Perbalahan antara kaum atau fahaman kebangsaan di kalangan menteri kabinet.

a.Tentera Islam ramai terdiri daripada orang Turki dan Parsi, kesetiaan mereka telah diragui. Ketika diserang oleh tentera Mongol mereka pulang kerana ingin mempertahankan tanah air masing-masing, dan bukan pusat pentadbiran Islam.
b.Semua menteri mahu melindungi bangsa masing-masing, dan bukan meletakkan Islam di tempat pertama dalam membuat keputusan atau kesepakatan.
3.Sebelum Kota Baghdad diserang, Hulagu Khan telah mengumpul semua alim ulamak Baghdad kononnya sebagai penghormatan dengan memberi jamuan yang hebat-hebat.

a.Guo Khan: "Nenek moyang kami berpesan, apabila kami hendak menakluk negara Islam maka perdayakanlah dulu para alim ulamak mereka supaya doa-doa mereka tidak makbul".
b."Kami sengaja memasak daging babi dan anjing untuk dihidangkan kepada kamu maka 40 hari doa-doa kamu tidak akan termakbul".

Perkara biasa berlaku selepas kejatuhan sesebuah kerajaan adalah rintihan manusia tali barut musuh (Menteri Umayiduddin Muhamad al-Aqami):

a."Semasa Khalifah al-Musta`shim Billah berkuasa, aku menjadi menteri. Tapi selepas baginda tiada, aku bukan sahaja kehilangan pangkat, malahan keluargaku. Aku menggadaikan kehidupanku, tapi apa yang aku dapat?"
b."Aku yang membantu kamu menakluk Baghdad, sekarang aku mahu tuntut untuk aku dijadikan khalifah".
c."Aku ditipu dan aku menyesal kerana mengkhianati khalifah".

No comments: