Sunday, May 2, 2010

Blok M dan L: Sapa Betul, sapa bohong???!!!


1. Dr M: Pak Lah serah 'blok minyak RM320b' pada Brunei

30 April 2010

http://malaysiakini.com/news/130661
http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/04/malaysias-generosity.html

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, sebelum bersara awal tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion).

Menurutnya, Abdullah telah menyerahkan 'Blok L' dan Blok M' di Laut Cina Selatan, dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.

"Blok L dan Blok M dituntut oleh Malaysia berdasarkan kepada fakta sejarah. Menurutnya, Petronas menandatangani kotrak perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil (Corp) untuk memulakan pengeluaran minyak.Simpanan minyak di kawasan itu adalah hampir 1 bilion tong".
"Abdullah berunding dengan sultan (Brunei) untuk mengambil Limbang di Sarawak. Sebagai balasannya, beliau bersetuju untuk menyerahkan dua blog tersebut kepada Brunei".

"Tidak ada wakil Petronas yang hadir, hanya kakitangan pejabat luar dan pnasihat halehwal luar kepada PM," dakwa Mahathir.

2. Ini penjelasan Pak Lah...

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau telah 'menyerahkan' 'dua kawasan yang kaya minyak' kepada Brunei.
Dalam kenyataannya lewat petang ini, Abdullah berkata sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac tahun lalu.

Walaupun blok L dan M kini berada di bawah kedaulatan Brunei, tetapi katanya, Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usaha bersama untuk memajukan pengeluaran minyak dan gas di situ untuk tempoh 40 tahun.

Menurut Abdullah, ia bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.

3. Kontrak Tamat

Petronas serah dua blok minyak kepada Brunei 7 April lalu

KUALA LUMPUR: Petronas semalam mengesahkan kontrak perkongsian pengeluaran bagi Blok L dan M yang diberikan kepada Petronas Carigali Sdn Bhd dan Murphy Oil Co Ltd pada 2003 sudah ditamatkan pada 7 April lalu kerana blok berkenaan bukan lagi sebahagian daripada Malaysia.
Petronas dalam kenyataan medianya berkata, Blok L dan M ditandakan semula, masing-masing sebagai Blok CA1 dan CA2 dan syarikat itu dijemput Brunei untuk membangunkan dua kawasan penerokaan luar pesisir itu atas dasar persetujuan komersial.
Katanya, syarikat sudah menubuhkan sebuah pasukan dan memulakan rundingan dengan Brunei untuk memperincikan terma bagi pembangunan kedua-dua kawasan itu.

"Kedua-dua pihak komited untuk mencapai satu persetujuan yang memberi manfaat bersama secepat mungkin," katanya dalam kenyataan empat perenggan itu.

Petronas berkata, persetujuan itu dibuat berikutan Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac tahun lalu.

"Pertukaran Surat ini adalah kemuncak kepada isu tertangguh antara kedua-dua negara untuk mencapai satu persetujuan yang memberi manfaat bersama, bagi membolehkan Petronas memasuki kontrak perkongsian pengeluaran yang baru bagi kedua-dua blok," katanya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam laman blognya Khamis lalu mempersoalkan sebab kedua-dua blok itu bukan lagi milik Malaysia yang mengakibatkan kerugian kepada negara sekurang-kurangnya AS$$100 bilion (RM320 bilion).

Dr Mahathir mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kedua-dua blok itu kepada Brunei sebagai pertukaran bagi Limbang.

Abdullah yang menandatangani Pertukaran Surat itu, mengesahkan bahawa konsesi Blok L dan Blok M kini milik Brunei tetapi perjanjian persempadanan laut dan darat dengan Brunei pada Mac 2009 itu meliputi persetujuan komersial yang membolehkan Malaysia menyertai dan membangunkan bersama sumber minyak dan gas di kawasan itu untuk tempoh 40 tahun.

"Kaedah kewangan dan operasi bagi melaksanakan persetujuan ini akan dibincangkan lagi oleh kedua-dua pihak. Ini bermakna dari segi sumber minyak dan gas, perjanjian ini bukan satu kerugian bagi Malaysia,” kata Abdullah.

Brunei mempunyai kedaulatan ke atas dua kawasan yang kaya dengan minyak mengikut peruntukan Konvensyen Undang-undang laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982 dan kawasan berkenaan akan dibangunkan secara usahasama dengan Malaysia.
Sehubungan itu, menurut kenyataan media Kementerian Luar Negeri, hari ini, 'penyerahan' dua blok kawasan petroleum oleh Malaysia kepada Brunei menerusi “Pertukaran Surat” adalah selaras dengan undang-undang antarabangsa.

“Konsesi minyak blok L dan M Malaysia bertindan dengan blok J dan K Brunei yang diiktiraf menerusi 'Pertukaran Surat' sebagai kawasan maritim Brunei dan negara itu mempunyai hak atas kedaulatannya mengikut UNCLOS.

"Penamatan kontrak perkongsian pengeluaran membabitkan Blok L dan M, yang diberikan oleh Petronas kepada Petronas Carigali Sdn Bhd dan Murphy Oil pada 2003, adalah selaras dengan pewujudan CAA seperti yang ditetapkan dalam Pertukaran Surat," kata kenyataan itu.

Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei pada Mac tahun lalu itu juga dikatakan telah menyelesaikan isu-isu dua hala tertangguh antara kedua-dua negara melalui penyelesaian secara baik.

Menurut Wisma Putra lagi, ia juga membawa lembaran baru dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Satu daripada elemen penting dalam perjanjian yang ditandatangani oleh mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, pada 16 Mac, 2009, adalah memuktamadkan penyempadanan kawasan maritim antara Malaysia dan Brunei,” katanya.

Selain itu, perjanjian itu berjaya menyelesaikan pewujudan Kawasan Aturan Komersial (CAA) bagi minyak dan gas, memuktamadkan modaliti bagi pembatasan sempadan darat antara Malaysia dan Brunei, dan hak laluan maritim yang tidak boleh dicabuli bagi warganegara dan penduduk Malaysia menyeberangi zon maritim Brunei.

Kontroversi berhubung dua blok minyak itu timbul apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam blognya pada Khamis lalu, mempersoalkan kenapa Blok L dan M tidak lagi menjadi milik Malaysia dan mendakwa keadaan itu menyebabkan Malaysia kerugian kira-kira US$100 bilion (RM320 bilion).

Dr Mahathir mendakwa penggantinya, Abdullah, telah menyerahkan kedua-dua blok itu sebagai pertukaran kepada Limbang.

Menurut kenyataan Wisma Putra, kandungan “Pertukaran Surat” itu mendapat kelulusan Kabinet, dan malah kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga dirundingi dan diberikan taklimat penuh mengenai perkara berkenaan.

“Pertukaran Surat” antara Malaysia dan Brunei itu juga dikatakan telah berjaya menyelesaikan isu-isu dua hala tertangguh antara kedua-dua negara melalui penyelesaian secara baik.

1 comment:

ArLeen said...

elok kongsi dgn brunai.... biasa org kecoh-kecoh ni dia ada akai nak manipulate hasil tu kat kroni dia.lebih baik dapat kat brunai sebab
diorang very well share the cake, kalau kita pandai cakap je akhirnye masuk perut sendiri.