Sunday, February 26, 2012

Kafa akan bina stadium RM300 juta di Bandar Baru Tunjong

Adakah ini permulaan kepada mengkorporatkan persatuan bola? Seperti eropah? Jadi, sepatutnya ia adalah permulaan baik ke arah mengelakkan persatuan bola terlalu dipolitikkan apabila dikuasai oleh banyak pihak dalam masa yang sama.

25/02/2012 9:25pm

KOTA BHARU 25 Feb. – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bakal memiliki sebuah stadium sendiri di sebuah tapak yang dikurniakan oleh Sultan Muhammad Ke-V di Bandar Baru Tunjong.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, stadium itu, yang bernilai kira-kira RM300 juta, akan dibina secepat mungkin di tanah seluas kira-kira lapan hektar.

"Sultan Muhammad Ke-V telah berkenan untuk membenarkan tanah seluas kira-kira 40 hektar di kawasan Tunjong dibangunkan, termasuk membina stadium canggih seluas lapan hektar di mana reka bentuknya berdasarkan Stadium Cardiff City.

"Baginda juga bersetuju untuk melantik Syarikat Casamesra Sdn Bhd untuk membina stadium berkenaan berdasarkan reka bentuk yang diberikan oleh Kafa.

“Selain itu, Kafa juga akan menguruskan mengenai pengurusan stadium berkenaan,” katanya ketika ditemui pada majlis penajaan Mamee-Double Decker (M) Berhad kepada persatuan itu hari ini.

Pada majlis itu, Mamee-Double Deecker (M) Berhad memeterai perjanjian dengan Kafa dan menaja Akademi Al-Hambra Red Warriors (ARMY) dengan jumlah kira-kira RM200,000 untuk program pembangunan bola sepak di Kelantan. – BERNAMA

No comments: