Showing posts with label selingkar sukan dan rekreasi. Show all posts
Showing posts with label selingkar sukan dan rekreasi. Show all posts

Friday, June 29, 2012

KELANTAN BERADA DI PUNCAK LIGA 29 06 2012

TABIK SPRINGGGGG kepada Para pemain Kelantan yg berjaya mengawal metal mereka walaupon menerima kekasaran TERLAMPAU dari para pemain Selangor. Admin bulih katakan bahawa PASUKAN KELANTAN MEME HEBAT DARI SEGI PERMAINAN DAN MENTAL male ni. Kalu Kelantan 5 tahun lepah...errmmm lamo doh keno..tak main bola dohh rasonya..Jurulatih Selangor pulok dok ingat metal pemain Kelantan mcm 5 tahun lepas lagi dengan mengarahkan para pemain menggangu mental para pemain Kelantan supaya pemain Kelantan tidak fokus kepada permainan...TABIKKK SPRING TRW.





Amri suka main timbuk bawah,Bosko suka main timbuk dengan siku,Nasril suka main sepak dengan kaki kat muka dan Bunyamin suka main tumbuk kat muka orang.mohon KAFA buat pendakwaan untuk ke empat empat pemain ini yang tiada semangat profesional.



Terjahanan kasar pemain Selangor Nasriq Baharom terhadap pemain Kelantan Mohammad Ghaddar menyebabkan beliau dilayangkan kad kuning pada pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super 2012 di Kota Bharu pada 29 Jun 2012. 

Sunday, February 26, 2012

Kafa akan bina stadium RM300 juta di Bandar Baru Tunjong

Adakah ini permulaan kepada mengkorporatkan persatuan bola? Seperti eropah? Jadi, sepatutnya ia adalah permulaan baik ke arah mengelakkan persatuan bola terlalu dipolitikkan apabila dikuasai oleh banyak pihak dalam masa yang sama.

25/02/2012 9:25pm

KOTA BHARU 25 Feb. – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bakal memiliki sebuah stadium sendiri di sebuah tapak yang dikurniakan oleh Sultan Muhammad Ke-V di Bandar Baru Tunjong.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, stadium itu, yang bernilai kira-kira RM300 juta, akan dibina secepat mungkin di tanah seluas kira-kira lapan hektar.

"Sultan Muhammad Ke-V telah berkenan untuk membenarkan tanah seluas kira-kira 40 hektar di kawasan Tunjong dibangunkan, termasuk membina stadium canggih seluas lapan hektar di mana reka bentuknya berdasarkan Stadium Cardiff City.

"Baginda juga bersetuju untuk melantik Syarikat Casamesra Sdn Bhd untuk membina stadium berkenaan berdasarkan reka bentuk yang diberikan oleh Kafa.

“Selain itu, Kafa juga akan menguruskan mengenai pengurusan stadium berkenaan,” katanya ketika ditemui pada majlis penajaan Mamee-Double Decker (M) Berhad kepada persatuan itu hari ini.

Pada majlis itu, Mamee-Double Deecker (M) Berhad memeterai perjanjian dengan Kafa dan menaja Akademi Al-Hambra Red Warriors (ARMY) dengan jumlah kira-kira RM200,000 untuk program pembangunan bola sepak di Kelantan. – BERNAMA

Wednesday, December 28, 2011

Friday, December 2, 2011

"Energy Positive/Negative" Sukan Boley Dipraktikkan Dalam Politik







“Kenapa Indonesia tidak bisa mengalahkan Malaysia di GBK? Jawabannya adalah kerana motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energi yang sangat negatif. Maka begitu, berkumpul di stadion yang penuh dengan aura kebencian dan dendam energi negatif itu terakumulasi besar sekali. Dan percaya atau tidak energi negatif itu akan menular ke dalam lapangan. Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadion yang menyumpah serapah negara lawan. Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan.

Justru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. Kenapa? Karena mereka termasuk orang-orang yang teraniaya, sebagai tamu mereka bukannya dihormati, tetapi malah disumpah-serapah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan mengabulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul.”




Ini adalah petikan dari seorang penyokong Indonesia. Sangat realistik. Soal cas positif dan negatif ni aku percaya boleh mempengaruhi seseorang atau keadaan. Contohnya kenapa kita digalakkan solat berjemaah. Dalam perantaraan 5 waktu solat kita, tubuh kita telah bekerja atau rehat dengan lama, maka casnya agak berterabur. Apabila kita berjemaah, berada berdekatan antara satu sama lain aku mengalihkan lebihan atau kekurangan cas pada setiap tubuh masing-masing. Maka tubuh kita akan kembali normal secara dalamannya.

Cuba ingat pula kepada peringatan nabi kita supaya sentiasa mendekati golongan ulamak dan terpelajar. Mungkin ini ada kaitan dengan keseimbangan cas yang boleh kita tumpang dari orang berkenaan. Maka teori ini, sangat logik.

Untuk golongan POLITIK pula, nasihat/kajian orang Indonesia itu patut di baca dan di fahami. Adakah kita akan mendekati rakyat menggunakan cas positif atau negatif? Adakah kita akan memperolehi sesuatu yang positif jika kita berpolitik cara negatif.

Adalah lebih baik, berpolitik cara positif, dengan menerangkan dasar-dasar yang akan dibuat kepada rakyat dalam bidang ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya. Maka suasana positif akan saling beri memberi cas dan berpolitik harmoni.

Jika berpolitik cara negatif, akan menyebarkan cas negatif kepada rakyat di hadapan. Kedua belah pihak menghina sesama sendiri tanpa kesudahan, mencaci dan menyalahkan sesama sendiri. Apa salahnya duduk di pentas yangs ama, dan jawab soalan rakyat sesama supaya rakyat dapat menilai. Adakah kita melakukan politik negatif, rakyat selamanya akan memberi balik dengan cas negatif? Adakah rakyat akan menghina kita balik jika kita menghina orang lain?







Sunday, June 12, 2011

Kelantan Kalah Bukan Kerana Daudsu !!!!!


Mungkin Ramai Yang salahkan Daud Su kerana menyebabkan kekalahan Kelantan dalam Final Piala FA tapi…

Ya memang betul Daud Su Yang Jaringkan Gol di Minit terakhir, tapi hakikatnya bukan itu yang di ingikan beliau, mana ada pemain yang sanggup menjaringkan gol sediri di saat Kejuaran betul betul hampir dalam gengaman, dan kalau pun Daud Su tiada di situ jaringan mungkin akan tetap terjadi keran masih terdapat dua pemain Terengganu Yang berada di belakang beliau dan mampu Rebound bola tersebut ke Gawang.

Yang pasti jangan kerana kesilapan yang tidak di sengajakan, Peminat Kelantan Menghukum dan mencemuh Daud Su yang pada hakikatnya telah banyak membantu Pasukan Red Warriors selama ini, dan kejadian tadi pun berpunca daripada semagat beliau untuk menyelamatkan gawang dari dibolosi.

Tapi Ada satu Hakikat yang sepatunya kita sedar…..

Kekalahan malam ini adalah berpunca daripada Peminat Bolasepak Kelantan sendiri, iaitu penonton, Tapi bukan Ahli Kelab Red Warriors, kerana dia memang tidak layak untuk menjadi peminat Red Warriors, Peminat dan Individu yang aku maksudkan ialah Makhluk Yang telah membaling mercun kearah Gol Terengganu dan menyebabkan Perlawanan terpaksa dihentikan selama 4 minit, Kalau makhluk tu tidak ada di Stadium Malam Ni memang Kelantan dah pun bawak balik Piala FA,

Kalau bukan kerana makhluk yang baling mercun tu perlawanan dah ditamatkan lebih awal, dan kita akan tersenarai sebagai salah seorang Juara Piala FA,

Kalau Bukan Kerana Makhluk yang baling Mercun tu kita mungkin mampu melengkapkan senarai piala kemenagan…

Kalau bukan Kerana Makhluk Yang Baling Mercun tu Kita sekali lagi akan merayakan kejayaan dengan melakukan perarakan besar besaran…

Jadi Pada Daud SU… Ini Bukan Salah Anda dan anda tetap salah seorang tunggak Red Warrior yang Berjasa…

Untuk Makluk Yang baling Mercun tu….. Jasa Mu tetap dikenang dan terima kasih kerana menghampakan seluruh rakyat Kelantan

Ps : Lepas NI buat la lagi….

Sumber:
http://dnobiz.com/santai/daud-su-kelantan-kalah-bukan-kerana-daud-su-tapi-kerana/







Sunday, April 10, 2011

INOS Johan Tenis Antara PTJ UMT 2011

2009

Projek 2011 - Selingkar Kenangan

Fathy: Dah tukar nama Lance Amstrong.

Yani: Faktor Biologi dan Sekitaran menyebabkan tak main tahun 2011.

Huda: Dah balik kampung.

Yusri: Terbang oversea sambung belajar.

Zul: Tak main jugak sebab menerima ujian terbesar dalam hidup beliau.

Shuk: Sampai pencen boleh jaja baham opponent 8-0 single dan double.

Jojo: Tenkiu sifu.


Zaman pinjam raket Syahnon :p


Muka debor sebelum lawan

Status FB JoJo (10.04.2011)

Huhuhuhu...Teringat aku kisah diawal pembentukan kumpulan tenis INOS tahun 2009....sanggup tunggu hujan berhenti kat Hiliran & sapu air atas court utk main tenis....lepas tu ada seminar di Seremban, siap bawa reket tenis masing2, & sewa court di Komplek Sukan Tenis Paroi & main tenis kat situ....Huhuhuhu...rasa juga jadi juara...
2011

Pada 8-9 April, telah berlangsung Kejohanan Tenis Antara PTJ UMT 2011 bertempat dia gelanggang tenis UMT. Alhamdulillah, INOS (Institut Oseanografi & Sekitaran) telah berjaya menjadi Johan buat pertama kalinya.

Untuk pengetahuan semua, INOS sejak penubuhannya pada 2001 belum pernah menang dalam mana-sukan sukan antara PTJ. Kami mula main tenis pada penghujung 2009, tewas kesemua dengan bergaya sekali. Timbul satu keseronokan di kalangan kami untuk terus bermain tenis. Selepas setahun, alhamdulillah kami menjado Johan. Kalau nak dikirakan Jojo dan Syahnon saja yang kategori pandai, tapi berkat minat bermain menyebabkan kekuatan kami agak seimbang di semua regu.


Zulkamal pernah pesan sesuatu, ketika awal berlawan jangan sebut ayat PUAKA!!!

"mmm boleh, boleh" (sambil hangguk-hangguk).

Memang sah, ada mamat 2 ekor tu kena belasah 8-1 hahaha. Hampeh betul. Tapi takpe diorang juga yang member mata kemenangan kat final, siap shuffle lagi lepas menang ngeh ngeh ngeh.

Tak lupa juga kepada Wafi, pemain unik dengan seluar mahaguru kungfu mabuk dengan peningkatan yang ketara dari segi permainan. Juga Syahnon yang memang player tenis. Best juga permainan dia. Bapak laju bola dia, tak caya tanye azri, penah kena kat belakang bola penangan forehand Syahnon :p.

Tahniah, tahun depan jumpa lagi. Terima kasih kepada semua yang menyokong. I luv u all..