Showing posts with label selingkar politik. Show all posts
Showing posts with label selingkar politik. Show all posts

Friday, December 2, 2011

"Energy Positive/Negative" Sukan Boley Dipraktikkan Dalam Politik







“Kenapa Indonesia tidak bisa mengalahkan Malaysia di GBK? Jawabannya adalah kerana motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energi yang sangat negatif. Maka begitu, berkumpul di stadion yang penuh dengan aura kebencian dan dendam energi negatif itu terakumulasi besar sekali. Dan percaya atau tidak energi negatif itu akan menular ke dalam lapangan. Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadion yang menyumpah serapah negara lawan. Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan.

Justru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. Kenapa? Karena mereka termasuk orang-orang yang teraniaya, sebagai tamu mereka bukannya dihormati, tetapi malah disumpah-serapah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan mengabulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul.”




Ini adalah petikan dari seorang penyokong Indonesia. Sangat realistik. Soal cas positif dan negatif ni aku percaya boleh mempengaruhi seseorang atau keadaan. Contohnya kenapa kita digalakkan solat berjemaah. Dalam perantaraan 5 waktu solat kita, tubuh kita telah bekerja atau rehat dengan lama, maka casnya agak berterabur. Apabila kita berjemaah, berada berdekatan antara satu sama lain aku mengalihkan lebihan atau kekurangan cas pada setiap tubuh masing-masing. Maka tubuh kita akan kembali normal secara dalamannya.

Cuba ingat pula kepada peringatan nabi kita supaya sentiasa mendekati golongan ulamak dan terpelajar. Mungkin ini ada kaitan dengan keseimbangan cas yang boleh kita tumpang dari orang berkenaan. Maka teori ini, sangat logik.

Untuk golongan POLITIK pula, nasihat/kajian orang Indonesia itu patut di baca dan di fahami. Adakah kita akan mendekati rakyat menggunakan cas positif atau negatif? Adakah kita akan memperolehi sesuatu yang positif jika kita berpolitik cara negatif.

Adalah lebih baik, berpolitik cara positif, dengan menerangkan dasar-dasar yang akan dibuat kepada rakyat dalam bidang ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya. Maka suasana positif akan saling beri memberi cas dan berpolitik harmoni.

Jika berpolitik cara negatif, akan menyebarkan cas negatif kepada rakyat di hadapan. Kedua belah pihak menghina sesama sendiri tanpa kesudahan, mencaci dan menyalahkan sesama sendiri. Apa salahnya duduk di pentas yangs ama, dan jawab soalan rakyat sesama supaya rakyat dapat menilai. Adakah kita melakukan politik negatif, rakyat selamanya akan memberi balik dengan cas negatif? Adakah rakyat akan menghina kita balik jika kita menghina orang lain?







Saturday, July 9, 2011

Sunday, April 17, 2011

Pembangkang di Kelantan, Terengganu dan Sarawak

Tiba- tiba terfikir... apabila selesai sahaja PRN Sarawak.



KELANTAN

Pembangkang Kelantan membolot DUN di Parlimen Gua Musang iaitu Galas, Paloh, dan Nenggiri. DUN di Jeli pula ialah Kuala Balah, Bukit Bunga. DUN Bukit Bunga agak istimewa kerana secara betulnya ia terletak di Jajahan Tanah Merah, namun bagi DUN ia terletak di bawah Parlimen Jeli. DUN Pengkalan Kubur dan Kok Lanas sahaja yang boleh dikatakan dimenangi Pembangkang Kelantan berada di kawasan yang berhampiran bandar-bandar. Orang Kelantan adalah satu satunya negeri yang mempunyai ramai calon luar menang di kawasan Parlimen seperti Kubang Kerian, Machang, Bachok dan Kuala Krai.



TERENGGANU

Pembangkang di Terengganu hanya memenangi DUN yang pada dasarnya bertumpu pada bandar-bandar utama. DUN yang dimenangi oleh pembangkang Terengganu di Parlimen Kuala Terengganu ialah Ladang, Wakaf Mempelam, dan batu Burok. Selain itu mereka juga memenangi DUN Sura, Bukit Payung, Bukit Tunggal dan Rhu Rendang, kesemua ini di bawah Parlimen Marang dan Kuala Nerus yang boleh dikatakan . Orang luar yang bertanding di Terengganu akan ditolak seperti yang ditunjukkan oleh kekalahan calon Mat Sabu di Parlimen Kuala Terengganu.



SARAWAK

PRN Sarawak baru sahaja selesai semalam. BN telah memenangi PRN tersebut dengan mengekalkan majoriti 2/3. Pembangkang Sarawak berjaya menambah 8 kerusi melalui parti DAP dan PKR. Menariknya, semua DUN yang dimenangi oleh kedua parti tersebut adalah dia kawasan bandar iaitu DUN kawasan Parlimen Kuching Sibu dan Miri. Hanya Be'kalalan sahaja yang boleh dianggap kawasan luar bandar dimenangi oleh PKR.



KESIMPULAN

Parti bersifat pembangkang di peringkat Pusat banyak memenangi DUN yang lokalitinya berada di kawasan atau berhampiran pusat-pusat bandar.

Parti bersifat kerajaan di peringkat Pusat pula banyak memenangi DUN di kawasan yang jauh dari pusat-pusat bandar seperti yang ditunjukkan di negeri Kelantan dan Terengganu.

Orang Kelantan tiada masalah menghantar calon parti bukan anak jati negeri ke Parlimen.




Barisan Nasional pertahan Sarawak dengan peroleh majoriti dua pertiga


KUCHING: Barisan Nasional (BN) terus mendapat kepercayaan rakyat Sarawak pada pilihan raya negeri ke-10 dengan kemenangan dua pertiga dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud kekal menerajui kerajaan negeri.


Kejayaan BN membentuk kerajaan negeri diketahui seawal jam 8.59 malam selepas memperoleh majoriti mudah 36 kerusi melalui kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, manakala majoriti dua pertiga 48 kerusi diperoleh jam 9.43 malam dengan kemenangan di DUN Tamin.


Kira-kira 45 minit selepas mendapat mandat dua pertiga, Abdul Taib mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri untuk penggal ketujuh. Abdul Taib, 75, yang memakai baju Melayu warna ungu, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam satu majlis ringkas. Ini adalah penggal kelapan Abdul Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak memegang tampuk pemerintahan negeri sejak dilantik Ketua Menteri Sarawak pada Mac 1981.


Keputusan penuh yang diumum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada jam 10.55 malam menyaksikan BN menang 55 kerusi, DAP (12), Parti Keadilan Rakyat (tiga), manakala Bebas menang satu kerusi. Kemenangan BN disambut dengan nada gembira oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak yang mengikuti keputusan pilihan raya negeri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta pemimpin BN lain.


Sebaik kemenangan mudah diperoleh, Najib mengadakan sidang video dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Abdul Taib Mahmud di kediaman rasmi Ketua Menteri Sarawak di Demak Jaya di sini untuk mengucapkan tahniah kepada kepimpinan BN Sarawak dan rakyat negeri itu.


BN bertanding di semua kerusi dengan komponen utamanya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meletakkan calon di 35 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di 19 kerusi, manakala Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) masing-masing di sembilan dan lapan kerusi. Daripada 55 kerusi dimenangi BN, PBB menang semua 35 kerusi ditandinginya, SPDP dan PRS masing-masing menyumbang tujuh kerusi, tetapi SUPP yang bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina, tewas teruk apabila hanya mampu menang enam kerusi iaitu Bawang Assan, Engkelili, Simanggang, Senadin, Opar dan Bengoh. A


bdul Taib menang selesa dengan majoriti 5,154 undi untuk mempertahankan kerusi Balingian, menewaskan calon Bebas, Datuk Salleh Jafaruddin, bekas Timbalan Menteri Pelajaran yang juga dua pupunya serta Suriati Abdullah daripada PKR. K


ejutan bagaimanapun, berlaku di DUN Piasau, Miri apabila penyandang kerusi, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang juga Presiden SUPP tewas kepada muka baru daripada DAP, Ling Sie Kiong. Dua pemimpin komponen BN lain, iaitu Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan Ikom berjaya mempertahankan DUN Pakan dengan 3,938 undi, mengalahkan Jamal Abdullah @ Tedong Gunda (SNAP) dengan kelebihan 1,197 undi, manakala Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Masing kekal di DUN Baleh selepas memperoleh 5,242 undi, mengetepikan calon PKR, Bendindang Manjah dengan majoriti 3,898 undi.


Turut menang Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Openg; Naib Presiden Kanan parti itu, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Ketua Penerangannya yang juga Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, masing-masing mempertahankan kerusi DUN Satok, Bukit Sari dan Tanjung Datu.


Sumber: Berita Harian