Tuesday, August 16, 2011

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah:

1.) Dia bekerja dengan Tuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA........







Sunday, August 14, 2011

Kencing Bercabang


Selingkar Kisah 1

Masa makin hampir.. gua punye gabra Tuhan saja yang tahu. Tujuh yang ada sudah bersiap sedia, aku selaku tuan rumah harus pergi dahulu. BERKHATAN.

"Pagi esok kencing bercabang la mu jae"

"hahahahaha" ramai.

Aku diam tak paham, mini operation yang baru siap melegakan. Tak sakit pun, tipu je semua orang. 3 jam selepas ubat bius abis. adoiiiiiiiiiiiii!!!!! 2 hari pertama, aikkk ok je, xda bercabang pun, lagi skali aku rase kena kencing sampai hancing.

Hari ketiga, elok2 mencangkung, teran.... Seketika, aikkk rasa pelik. Teran lagi, x kuar gak. Maaaaaa, bakpo ni!!!!!!!!!! Datang abang aku, ajar skit2, ok dah kuar, errrr bercabang, ok dah paham....


Selingkar Kisah 2

"Mu kencing bercabang lagi jae!!"

Seorang rakan memberi gelaran tersebut kepada aku. Aku pada mulanya terpinga-pinga. Kencing bercabang? Buat donno, aku teruskan main bola kat kampung. Masa umur sekitar belasan tahun lagi. Kenapa muncul perkataan itu, aku dah lupa.


Selingkar Kisah 3

Bila dah abis blaja, ramai yang dah kawin. Aku masih tatau apa nak jadi masa depan. Tak terfikir langsung apa yang dilalui. Member dah ramai dapat anak.

Seronok bila berkumpul ramai-ramai dengan kawan lama. Masing-masing menayang kereta, kerjaya dan anak masing-masing. Aku pun dengan selamba ada jugak bercakap hal keluarga, ebendo belum kawin, menyampuk sana sini. Bercakap dari teori bukan fakta atau realiti. Banyak juga dari, errrr Permata Yang Hilang?

Maka, keluarlah sindiran...

"Mu kencing cabang lagi jae, tatau mende lagi".

Tajam lagi menghiris.


Selingkar Kisah 4

Umur aku dah melangkaui 31. Kawan rapat aku hanya ada 2 orang saja lagi tak kawin, tapi kerjaya mereka cemerlang. FB menjadi wadah memperlihat kejayaan dan kemajuan hidup masing-masing.

Akhirnya, aku sendiri yang berkata kepada diri sendiri.

"Mmmm, betul la, aku masih kencing bercabang!!".









Selingkar Kisah Wardina...



Alhamdulillah.
Sekurang-kurangnya pernah melihat ramai teman rapat yang berubah.
Sehingga terlalu ketara perubahan tersebut.
Jangan harapkan balasan, ingatlah Allah yang memberi hidayah, bukan kita.
Termasuk aku yang masih dalam golongan jahil.




Kenapa makin kurus???

Sekarang, pegi je mane2, semua org akan tanye:

1.Kenapa nampak kurus jae?
2.Guane napok kurus ngat ni?
3.Bakpo napok kurus ni jae?

MMmmmm....

yess, dah setahun, berat badan aku makin menyusut, x pernah naik selepas mencapai yang tertinggi 72kg 2 tahun lepas. anyone pun tatau y including me.




Thursday, August 11, 2011

Salam takziah untuk Bos

Hari ni, 11 Ogos 2011, 11 Ramadhan, Bos aku Prof Lokman kehilangan adikknya. Adik beliau mengalami sesak nafas, beliau memandu sendiri ke klinik Balqis, kawasan asrama UMT.


Alhamdulillah, tadi berkesempatan melihat jenazah sekujur tubuh beliau, Al Fatihah. Tenang dan mudah beliau pergi di kala bulan yang sangat mulia ini. Anak-anak hanya menangis tanpa dapat mengerti dan memikirkan masa depan masing. Semoga Allah melindungi anak-anak yatim ini, insyaAllah. Di luar, si isteri yang sudah menjadi balu, tetap menerima pelukan semangat dari rakan masing-masing.


Arwah baru berumur 34/35. Masih muda, anak-anak masih kecil, tetapi sudah dipanggil Ilahi, kerana itu sudah ketentuan umurnya setakat itu sahaja. Alhamdulillah, beliau pergi dengan ramai orang menyayangi beliau.


InsyaAllah, tiba giliran, orang yang menyayangi aku akan datang dan menyedekahkan bacaan doa, itu sahaja pintaku. Pemergiannya cukup memberi kesan, sehingga termenung dibuatnya. Ramai btul skang yang pergi dengan umur yg begitu muda, begitu juga kwn2 aku yg bala skali, sudah ramai yang pergi. Ada yang sudah pergi sebelum kawin, dan ada yang pergi belum mempunyai zuriat, malahan ada yang baru sahaja dianugerahkan keturunan....

Monday, August 8, 2011

Rahmat Ramadhan ke 8 - jumpe kwn lama, abby!!

Pagi tadi, saje kemas-kemas bilik, sebagai persediaan untuk pindah bangunan opis baru. Dengan brg yg sgt banyak, dan brg pemilik yang belum dikembalikan, entah bila dapat tunaikan jnji dgn brg sebanyak itu. Kemudian terjumpa kotak rokok, rokok yang seludup (hehehe) y diberikan Abby masa dia kerja kt port dulu. Aku jdkan rokok tu sbg kenangan... sampai skang!!!

Kemudian.. ptg td, dpt sms dari abby, dia br smpai kt KT, ada kije kat Merang Suria dan Bachok. Mmg terkejut, sudah bertahu kami tidak berjumpe.

Mlm ni kami sembang di rumah aku, dari maghrib sampai la hampir pukul 11. Seronok, mcm kembali zaman belajar dulu. Kami sebenarnye hosmet kt Tmn Uda Tok Jembal, dia final year, aku br abis blaja, jd RA mase tu.

Seronok betul... bile dpt jumpe kwn2 lama.Kwn2 waktu susah dan senang!!!!







Saturday, August 6, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan 2011

Salam, walaupun terlambat, tidak salah rasanya saya ingin mengucapkan Selamat Bepuasa kepada seluruh umat Islam di dunia ini.

Maafkanlah segala kesalahan saya. Sesungguhnya, kasih dan sayang sangat global dan subjekif.

Maka, maafkanlah saya dan saya maafkan semua umat Islam.

Saya sayang sesiapa sahaja yag menyayangi saya :)