Thursday, September 15, 2016

Selingkar Kisah 3 Oostende to Amsterdam - Lawatan singkat ke Brugge

Hari terakhir training, kami decide untuk short tour ke Brugge. Kelas abis jam 1pm. Balqis bagitau dekat je dan tiket train sehala 9 euro (Ooostende - Brugge). Seronok punya seronok dlm train, baru teringat, sijil training???

Design train station kat Belgium ni mcm speseng je. tapi comel


Sampai dah, 10 minit je dari Oostende. Untuk ke town, turun escalator amik kiri, lintas jalan dan ke kiri sampai jumpa jambatan.


Ni kalau kuar ke kanan, sesat barat, area perumahan je kalo kuar sini


Lepas jumpa jambatan ni, follow je jalan ni untuk ke town dia



Ok, ni kawasan permulaan untuk ke town Brugge. Terus je, target church paling tinggi kat sana. Masa tu main redah je buat jalan sendiri n jalan mana yang paling ramai org guna.











Kedai cekelat dan souvenier banyak kat sini. Shopping cekelat belgium je kat sini. Rasa macam banyak kat sini lagi berbanding kat Oostende, Berat juga beg bawak balik cekelat.



Bersih je terusan air diorang, mcm mana la diorang jaga. Sempat juga masuk kedai buat arca dari pewter? besi? lupa.


Ok boleh balik dah lepas shopping cekelat. Jam dekat 10pm dah. Kalo kat Malaysia org tengah tgk games UCL dah. Esok kena banguna awal pagi, balik melalui Amsterdam. Sampai hotel, receptionist panggil, ade envelope. Nasib baik Claudia kirim sijil kami ke hotel :p

Tuesday, September 6, 2016

Selingkar Kisah 2 Oostende to Amsterdam - Kursus OTGA QMF di IODE Project Office, Oostende, Belgium

INFO SEBUTAN OOSTENDE.
Utara Belgiun kebanyakan bercakap bahaya Belanda. Selatan Perancis dipengaruhi bahasa Perancis.
Org Belgium sebut bandar ni dengan Oostend, tapi org english biasa x boleh sebut Oostend, so diorang akan sebut Oostende.

Lepas bangun awal pagi, hujan lebat pulak kat luar. Dengan angin sejuk masih ada mcm semalam. Sebagai orang darak baru gi negara 4 musim, saje bergambar kat luar. Test sejuk..... memang aku kena pakai 4 lapis daaaaa. Baju heat fiber, tshirt, baju sejuk, dan baju hujan kat luar.

Test sejuk, awal sangat masa ni. semangat, konon!!! orang lain dok bfast lagi.

Ok ni dah cerah, n smua orang pun dah ready nak gerak ke jeti feri.


Ni surat dan name tag, ada dlm envelop masa check in hotel.

Keluar hotel, jalan kaki dalam hujan ke jeti, kemudian naik feri dalam 10 minit je sampai ke seberang untuk kursus. Pun macam naik bot dari Seberang Takir ke Syahbandar, KT.


                                                                Murid-murid kelas kami



Ni Claudia, Coordinator OTGA


Ni cikgu Greg, slow and steady














Koya x sejuk, lepas snap terus lari masuk dlm kelas. Suhu 0 - 9 degree
Pintu masuk IODE Project Office, Oostende

Balqis, student UPM. tapi dia course lain, kelas dia kat tingkat bawah.














Ni malam kedua, kuar cari makanan sendiri, kedai kebab Turki. x jauh pun dari hotel. Yang aku order 18 euro. Kalu dok asyik convert currency memang makan roti je la. Yang kecik tu 5 euro je.







Malam x ramai yang kuar, musim sejuk. Jumpa abg salleh ni, asal UK, bukak kedai Belgium waffle, boleh cakap melayu skit2 dia ni. Dia kata dia ada kawan Malaysia masa kat UK.









Oostende bila waktu sejuk mungkin bandar mati, sebab x ramai orang pun. Tapi pantai dia pasir halus gila dan lebar. Mesti seronok kalau datang musim panas (kih kih kih). Banyak monumen yang menarik kat sini. Balqis x dapat banyak join kitorang, cikgu dia asal Brugge area sini, so diorang follow cikgu diorang je.



Kawasan pantai Oostende



Persediaan tempat untuk menyambut Krismas. Sini je ramai skit org lepak, ala2 khemah besar tertutup gitu.




Kawasan Church, antara bangunan tertinggi di Ooostende.



Pilih-pilih nak perisa apa.

Monday, September 5, 2016

Selingkar Kisah 1 Oostende to Amsterdam - Ke Eropah untuk pertama kali

Semasa tengah berehat di rumah, dapat msg wasap dari bos, "Sapa nak pergi Belgium untuk kursus ISO Database?".

Aku terus cadangkan Nurul, sebab dari awal dia programmer kami untuk Database INOS. Semua ahli lab bersetuju.

Kemudian, semasa kursus OTGA pertama kali dianjurkan oleh INOS dihadiri oleh Claudia, OTGA Coordinator. Bos suruh acah2 tanya boleh ke hantar 2 orang dari institusi yang sama, biasa 2 orang dari institusi sama sorang je dapat full support. Dengar khabar tarikh akhir dilanjutkan sebab tahap sambutan rendah. Mungkin sebab tarikh kursus musim sejuk.

Claudia cakap dia akan tengok dulu. 

Kemudian last day OTGA Marine GIS di INOS, Claudia datang berbisik, Nurul dah terpilih dari awal lagi, awak saya dah pilih, tapi diam2 dulu, sebab dia nak finalise. Sengih sorang dah aku masa tu.

Masa tu my boss sangat sporting, siap tolong carikkan hotel backpakers kat Oostende, kot2 dia cover bajet pengangkutan sahaja. Kitorang siap kira semua termasuk duit makan. In case x dapat full support ke sana.

Dua hari kemudian, dapat email dari organiser, aku dpt full support. Kedua-dua orang kami dapat full support. Perghhhhhhhh. Kemudian selepas beberapa aksi pujuk rayu dengan Christine maka aku dapat tiket MAS dan Qatar Airways dan pulang melalui Amsterdam untuk bercuti di sana. Connecting rupanya sangat meletihkan.

Personal Insurans kami bayar sendiri, RM120.00 seorang untuk jumlah hari berada di sana untuk Belgium dan Belanda.

KT - KL - Sejam
KL - Doha - 7 Jam
Doha - Brussels - 8 Jam


Iconic place kat Doha Airport

Surau aiport Doha, mewah kot.........

Masa ke Brussels, kotobang lalu atas Iran plak, jauh plok korner. Tapi masa tu la 1st time aku dpt tengok salji atas gunung masa lalu atas pergunungan Iran. Pokcik Belgium sebelah seat yang ajak tengok skali. Aku siap amik gambar (darat).

1st time tgk salji ori weyhhhh

Pokcik sebelah Nurul tu Pokcik dari Antwerpen, Belgium baru balik bercuti sorang2 dari Vietnam dan Indonesia x silap.



Ni makanan aku. Dijamin halal atas Qatar Airways ni.

Ni stndard bila aku naik kapal terbang yang belum naik, B787 Dreamliner, Selpi dalam tandas.


Selepas hampir 24 jam, kami sampai juga di Brussels dengan selamat. Balqis (student UPM) dan Nurul nampak kepenatan dah. Masa nak naik train ke Oostende, boleh rasa angin sejuk masuk, cepat2 baru nak carik baju sejuk tebal, tutup kepala dan sarung tangan.

Kaunter beli tiket train, sambil cari Balqis sebab dia naik Emirates

Ni staf train suruh snap gambar. Aiport - Gent - Ooostende. Bagus juga apps dia, menyenangkan pelancong dan dia sendiri.

10 minit kami tunggu dalam train, tiba2 kena halau sbb dia suruh naik train lain. Train tu rosak hahahaha. 

Pastu pakat-pakat pening nak pilih train lain. Tukar gate lain plak. Semua diskas, sama ada nak amik train direct ke Oostende selama 3 jam atau 2 train untuk 2 jam sahaja. Kami decide senang amik direct train je, konpom akan sampai Ooostende (21 euro sehala). Naik train semua tido, aku jugok tido2 ayam sbb nak jaga beg masing2.

Ni gambar pertama snap lepas kuar Airport Brussels. Design bangunan lama dan looks ancient

Apabila sampai di Stesen Oostende, kami keluar je dari train, semua berlari tatau nak gi mana. Masa tu ribut kuat dan angin dia sejuk sampai tulang. Sampai lupa simpan mana glove n tutup kepala bagai. Mat salleh aku tgk relax je. Aku nyorok belakang bangunan sambil selongkar beg untuk tambah satu lagi baju sejuk. Nurul n Balqis tatau bukak beg kat mana. Sejuk sampai ke tulang. Minah Mexico pun sama, selongkar beg cari baju sejuk, dia sama kursus dengan Balqis berkenaa OBIS.

Minah Mexico tu yang tunjuk tempat biasa naik taxi, rupanya dia pernah datang kursus kat sini. Dapat teksi, terus ke Bero Hotel, kira waktu Isyak kat sana. Letak beg dalam bilik, tanpa bukak beg, terus tido. Jaga balik 4 5 jam kemudian sebab masa tu kat Malaysia jam 10am dah. Mata kelip-kelip takleh tido, sambil tgk jam, ade 5 jam lagi untuk bangun n siap ke tempat kursus..........

Friday, January 9, 2015

Kenali Empangan Kenyir 2 Hulu Terengganu- Empangan Puah & Empangan Sungai Tembat

Ada kawan hantar messege yang dicopy paste dan minta saya mengulas mengenai isu Empanan Kenyir 2 yang didakwa sebagai punca negeri Kelantan dilanda banjir yang teruk pada tahun ini. Malas sebenarnya sebab dah beberapa minggu tak upate blog. Momentum belum berada pada tahap yang memuaskan. Lemak tepu menyebabkan jejari malas menekan papan kekunci.
Saya ada share beberapa gambar dengan kawan-kawan di Twitter dan Instagram dan bila mood dah rajin sini, barulah nak update kat blog. Ok saya akan jawap isu ini berserta bukti bergambar.
Projek Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu ini belum diberi nama secara rasmi tetapi kebanyakkan orang memanggilnya sebagai Kenyir 2.
Bila cakap dgn Loh…dia maklumkan aku 1 info yg buat aku tersentak dgn perihal Sungai Tembat ni.
Sungai tembat blh lah aku katakan anggaran 300meter lebih tinggi dr aras air tasik kenyir sekarang
Apa yg mengejutkannnya sekarang diatas puncak sg tembat ini sdg dibina 1 lg dam utk sistem janakuasa baru..Loh kata projek kenyir 2
Aku x prnh tahu dan mugkin kita x prnh tahu perihal projek kenyir 2 ni
Skrg kerja2 menebang balak d aliran Sg Tembat sdg giat dijalankan serentak dgn proses penakungan air
Penebangan balak awal dilakukan krn x mahu berlaku pembaziran balak sebagaimana yg tlh berlaku semasa projek tasik kenyir sediada skrg.
Berapa org yg dimaklumkan perihal ini? Hatta org politik pun mungkin x semua yang tahu
Bila sampai musim tengkujuh hujan yg lebat byk berlaku sekitar hulu …aliran air yg byk melimpah akan merosakkan empangan yg sdg dibina…salah satu cara adalah membiarkan air tersebut memenuhi aliran sebelah hulu sungai… (hulu Sg. Tembat berakhir di gunung-lihat google map) mustahil air tersebut d lps ke Tasik Kenyir krn ianya akan merosakkan empangan yg sdg dibina di hilir..dan jika dialir juga air tersebut, maka ada 2 keadaan yg mungkin berlaku..
1)empangan kenyir akn menerima takungan air yg terlampau byk  .Jika ini berlaku maka seluruh Terengganu akn menerima nasib sebagaimana Kelantan terima skrg
2) tembok pintu empangan yg sdg dibina akan musnah dgn kekuatan air ini akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit.
Kalau d search dgn map google..kita akan lihat Sg Tembat sebenarnya bersebelahan dgn Kuala Krai, Dabong, Gua Musang, Manik Urai..
Limpahan air kenyir 2 inilah yg mnyebabkn Kelantan menerima nasib yg buruk…kwsn sekitarnya bertukar menjadi tasik segera..
Mmg TNB maklumkan bhw TNB Tasik Kenyir x lps air..info itu adalah utk tasik kenyir sediada…manakala kenyir 2 x termasuk dlm fasa kenyir sediada…kenyir 2 blm diisytihar jd ianya dianggap limpahan air sungai biasa
Krn itu kalau kita lihat kenyataan TNB..paras air tasik kenyir jauh lg dr paras bahaya….persoalannya Knp begitu?...x lain x bukan adalah krn air hulu yg sepatutnya trn ke tasik kenyir..disekat oleh empangan kenyir 2..dan air kenyir 2 inilah yg menenggelamkan kelantan
Krn apa skrg baru berlaku?..krn mulai tahun ini baru berlaku sekatan air bermakna air mula ditakung dari empangan tersebut sdgkn pintu limpahan blm siap sepenuhnya…ada rakan2 yg memberi telahan bahawa banjir ini hanyalah curahan air hujan biasa cuma sungai kelantan x dpt menampung takungan air yg byk krn Kelantan x mempunyai jaluran sungai yg byk sebagaimana Terengganu
Sebelum kita pergi jauh, kita kena fahami dulu projek Empangan Kenyir 2 ini ada 2 empangan. Empangan utama iaitu Empangan Sg Puah yang ditambak tanah  dan empangan sokongan iaitu di atas Empangan Sungai Puah iaitu Empangan Sungai Tembat yang dibina dengan konktik.  Ada 2 jenis binaan empangan dan kedua-duanya berfungsi dengan tujuan yang berbeza.
Empangan Puah guna cara cut and fill berbeza dengan pembinaan Empangan Sungai Tembat.
Empangan ini terdiri dari beberapa bahagian yang utama.
  1. Empangan Puah
  2. Empangan Tembat
  3. Puah spillway
  4. Access Road
  5. Swicthyard
  6. Turbain House
  7. Terowong Puah
    • Intake
    • MAT (Main Access Tunnel)
    • Tail Race
    • ECV (Emegency Cable & Ventilation)
8. Terowong Tembat
  • Transfer
  • Access To Outlet.
empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2 hulu terengganu
Ini adalah Empangan Sungai Puah – empangan utama dalam projek ini. Telah siap sepenuhnya dan InsyaAllah tak musnah dan rosak.
empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2 hulu terengganu 2
Ini adalah keadaan Empangan Sungai Puah pada 29hb Disember 2014. Kuantiti air belum mencapai tahap maksimum kerana pintu air empangan ini ditutup pada 01/10/2014. Boleh google berita ini kerana ada menteri yang datang merasmikan.Projek ini bukan projek rahsia, sila semak di laman werb TNB dan kontraktor yang terlibat. Mustahil orang politik tidak mengetahuinya seperti yang didakwa.

empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2-1
Ini adalah spillway yang telah siap sepenuh.  Dalan pembinaan empangan, spillway adalah alur limpah iaitu tempat air keluar apabila takungan air di dalam empangan mencapai tahap maksimum.  Spillway ini kering kontang pada tarikh 17/12/2014.  Air yang melimpah melalui spillway ini akan memasuki Tasik Kenyir.
empangan kenyir 22014-12-03 14.53.32
Air yang keluar dari  spillway akan melalui alur limpah ini ke Tasik Kenyir .  Kawasan ini perlu dilimpahi air  untuk sampai ke Kelantan dengan melepasi banjaran gunung di sekelilingnya.
empangan kenyir 22014-12-03 14.55.29
Spillway dari arah dalam empangan… itulah level maksimim air di dalam Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu.  Gambar ini pada 17/12/2014
empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2 intake
Ini adalah paras air di Empangan Puah Intake iaitu laluan air yang akan memasuki tubin janakuasa pada 29/12/2014. Level air masih jauh daripada mencapai takungan maksimum.  Lebih kurang 15 meter.  Untuk takungan seluas tasik ini, 15 meter mungkin memerlukan beberapa bulan untuk dicapai.
Air yang masuk melalui Puah Intake ini melalui terowong masuk ke turbin dan menjana tenaga elektrik sebanyak 250Mwatt. Tenaga elektrik akan disalurkan keswicthyard melalui ECV. Di swicthyard,  elektrik akan melalui ‘transformer’ untuk dikecilkan dan dihantar ke seluruh negara melalui rangkaian kabel sedia ada.
Setelah memusingkan turbin untuk menjana elektrik, air akan di buang melalui Tail Race Tunnel ke Tasik Kenyir bukan juga ke Kelantan.  Macam tu lah prosesempangan hidroelektrik berfungsi.
empangan hulu terengganu
Saya di lokasi ini dari 01/12/2014 hingga 22/12/2014.
Dakwaannya air di Tasik Kenyir jauh daripada takat bahaya kerana ditakung di empangan ini adalah benar!  Tetapi dakwaan air tersebut melimpah ke Kelantan adalah tidak logik sama sekali kerana sekiranya air di dalam takungan ini mencapai paras maksimum, limpahannya tidak mungkin mendaki gunung sempadan negeri kerana air akan tetap mengalir ke hilir iaitu Tasik Kenyir.
Secara geografi, mana mungkin air mengalir ke hulu….memanjat gunung yang lebih tinggi daripada empangan.  Kedudukan empangan ini lebih rendah daripada sempadan negeri.
Empangan ini pun belum penuh airnya, macam mana boleh melimpah ?
empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2 sungai tembat
Ini pula Empangan Sungai Tembat.  Inilah empangan kedua yang dibina untuk sokongan kepada empanan utama Empangan Puah.  Gambar ini saya ambil pada 17/12/2014.  Empangan ini tidak ditutup dan air masih mengalir melaluinya ke Tasik Kenyir.
empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2
Air tidak bertakung seperti yang didakwa.  Empangan ini belum siap dan belum ditakung air. Kalau ada pun hanyalah limpahan air daripada hujan yang lebat pada waktu ini.
Kalau pun pintu Empangan Sungai Tembat ini ditutup, 2 minggu belum cukup untuk mengumpul air sehingga melimpah ruah ke Kelantan.
empangan kenyir 22014-12-12 17.57.45
Dari Empangan Sg Tembat, air dihantar ke Empangan Sg Puah melalui Puah Transfer Tunnel. Pada 17/12/2014 Transfer Tunnel pun kering kontang tak ada air pun.
Akhir sekali saya akan sentuh bab yang sensitif iaitu pembalakan. Apabila air di Tasik Kenyir menjadi keruh , projek ini dipersalahkan 100%.  Memang projek ini akan memberi kesan tetapi tidaklah 100%.  Projek ini dipantau dan kerja-kerja dibuat mengikut keperluan dalam undang-undang kejuruteraan pembinaan. Semua teres dan longkang disiapkan dengan baik supaya meminimumkan pencemaran alam.
Tetapi… pernah tak korang datang ke kawasan ini.  Melalui jalan ini – Jalan FT 185 Aring – Kenyir?
Kalau tak pernah, simpan dulu prasangka tersebut.
Lihat dengan mata kepala sendiri, pembalakan tanpa seliaan berlaku disekeliling projek empangan dengan tahap keluasan yang berganda ganda daripada keluasan projek ini.  Kalau projek ini diselia secara profesional,pembalakan disekitar dilalukan sesuka hati.  Kesan kepada pencemaran alam berlaku tanpa kawalan. Inilah peyumbang paling besar kepada masalah hakisan yang tidak terkawal.
Tak mungkin pihak berkuasa tidak tahu.  Orang yang tidak pernah melalui kawasan ini hanya tahu projek empangan baru yang dikenali sebagai Empangan Kenyir 2 sedang dibina dan itulah punca pencemaran hakisan tetapi projek penebangan balak tidak pernah diwartakan dan tidak ramai yang tahu.

empangan hidroelektrik hulu terengganu2014-12-03 14.09.30
Lokasi projek ini lebih kurang 70km daripada bandar Kuala Berang, kampung terdekat adalah 35km. Elektrik dan air semua dijana sendiri. Sistem kumbahan semua diselia sendiri dan ada jadual pembentungan yang datang ke sini.
empangan hidroelektrik hulu terengganu2014-12-08 10.16.58
Kawasan penempatan pekerja juga ada perkhidmatan mengutip sampah tapi bukan dengan lori Alam Flora tu la…. Caterpillar tu
Nota Kaki Kujie :  Jangalah sebar benda yang kita tak faham apalagi kalau mengaku tidak tahu.  Untuk projek sebesar ini, ada ramai pekerja dan level kefahama yang berbeza.  Walaupun dia kerja di sini 3 tahun, belum tentu dia tahu dan faham keseluruhan empangan ini berfungsi.  Nota ini hanya menjawap mengenai tuduhan air dari Empangan Kenyir 2 yang menyebabkan banjir teruk di Kelantan.  Mungkin ada beberapa isu lain yang ditimbulkan, fokus saya hanya kepada tuduhan tersebut.
Nota tambahan :  Saya cuma domestic engineer ( suri rumah ) dan blog ini bukanlah menulis secara teknikal…maaflah kalau beberapa term engineering yang saya silap.  Kalau fakta saya mengenai punca banjir itu masih diragui, baca saja blog ini sebagai ilmu pembinaan empangan. Tengok saja gambar² ekslusif dari saya mengenai keadaan di empangan. Gambar² macam ni susah nak jumpa di google.

Edit 03/01/2014 – Gambar terkini Empangan Kenyir 2 ( Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu )
empangan kenyir 2 hulu terengganuIMG-20150103-WA0005
Paras air di Tasik Puah pada 03 Januari 2015 masih dibawah paras pelepasan melalui pintu limpahan empangan ( spillway )
empangan kenyir 2 hulu terengganuIMG-20150103-WA0004