Monday, February 23, 2009

80,000 WORKERS TEMPORARILY LAID-OFF

DENGKIL, Feb 19 (Bernama) -- Some 80,000 workers from various sectors have been temporarily laid-off until last month, almost double than the figure expected, said Human Resources Minister Datuk Dr S. Subramaniam.He said some 19,000 workers had been retrenched until last month, 4,000 more than the expected figure.

"We had expected 45,000 workers would be temporarily laid-off by last month. Some workers are working up to four days a week while others had their working hours shortened from 12 hours to eight hours a day," he told reporters after launching the Women Empowerment Project sponsored by ExxonMobil here today.

Dr Subramaniam said most of the workers involved were in the manufacturing, electrical and electronic sectors with less than 20 factories winding up operation to date.
Retrenched workers could join various training courses and entrepreneur development programmes provided by the ministry, he said, adding that trainees would be given the cost of living allowance.

Thursday, February 19, 2009

PROTON EXORA

Bunga Siantan (Ixora Fistula)

Exora bukan nama bunga

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Proton Holdings Bhd. hari ini menjelaskan bahawa kenderaan pelbagai guna (MPV) barunya, Exora, tidak mengambil sempena nama sejenis bunga. Bagaimanapun, sebutannya serupa dengan nama bunga, 'Ixora', kata pembuat kereta itu dalam satu kenyataan hari ini. "Exora dipilih kerana ia bukan nama haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Perkataan Exora tidak wujud," kata Proton sambil menambah bahawa nama tersebut dipilih selepas proses pemilihan yang teliti dijalankan.

MPV baru itu mencetuskan isu berikutan nama Exora yang hampir sama dengan nama sejenis bunga, sedangkan peraduan menamakan kereta itu tidak membenarkan nama bunga atau haiwan digunakan. Proton berkata, semasa proses pemilihan itu, syarikat itu telah menolak semua penyertaan yang merujuk kepada haiwan atau tumbuhan-tumbuhan. Contohnya, Proton menerima sejumlah 139 penyertaan yang memberikan nama Ixora dan 39 penyertaan yang memberikan nama Exora. Syarikat itu menolak Ixora kerana ia nama sejenis bunga. - BERNAMA.

Cuba kita banding statement dari akhbar yang sama iaitu Utusan Melayu sehari sebelum.

SUBANG JAYA 17 Feb. Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pemilihan Exora dibuat berdasarkan nama saintifik Bunga Siantan iaitu Ixora Fistula yang mana bunganya mengembang secara dalam kumpulan. Pemenang utama peraduan itu ialah guru pelatih Institut Perguruan Darul Aman, Jitra, Norsholihan Abd. Eanich, 29, dari Changlun Kedah yang akan membawa pulang sebuah MPV Proton Exora pada hari pelancaran kenderaan tersebut pada bulan April ini.

Syarat Pertandingan:
1.Berikan MAKSUD nama yang anda pilih. (Kenapa Exora dipilih jika didakwa perkataan itu tiada makna)
2.Tidak boleh ambil nama Haiwan atau Tumbuhan.
Do you intend to purchase a car in the next 6 months? =
What car model? =
I want to name it as =
Provide us a tagline to go with your MPV name =
Tell us what your MPV name means =
I can be contacted via Phone =

So?
Tahniah kepada pemenang hehehe.

Kisah Pemimpin dan Hakim

Kisah Saidina Ali ini boleh diambil istifadah (pengajaran) agar kita mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan berfikir melalui hayaatus sohabah (kehidupan sahabat yang dimuliakan) sebagai teladan.
"Dalam perang Siffin, Khalifah Ali bin Abi Talib kehilangan baju besinya. Beberapa hari kemudian, Ali melihat baju besinya yang hilang itu di tangan seorang Yahudi. Ali berkata kepada Yahudi itu; "Baju itu adalah kepunyaanku. Aku tidak pernah memberikan atau menjualnya kepada sesiapapun." Jawab orang Yahudi itu; "Tidak! Baju ini adalah kepunyaanku sejak dahulu."
Baik Ali mahupun orang Yahudi itu masing-masing mempertahankan hak masing-masing. Akhirnya tidak juga dapat penyelesaian, maka keduanya sepakat pergi menemui hakim Syuriah untuk meminta penyelesaian secara jujur dan adil. Di situ, terjadilah dialog antara sang hakim dengan pihak pendakwa dan yang didakwa. Ali berkata; "Baju besi yang ada di tangan orang Yahudi ini adalah kepunyaanku sejak dahulu."
Hakim Syuriah berkata kepada orang Yahudi itu; "Bagaimana, Ali telah menyatakan bahawa baju besi yang ada di tanganmu itu adalah miliknya?" Jawab orang Yahudi itu; "Tidak, baju besi ini adalah kepunyaanku."
Hakim Syuriah bertanya kepada Ali; "Apakah ada bukti di tangan Amirul Mukminin yang menunjukkan bahawa baju besi itu kepunyaan baginda?" Jawab Ali; "Ada! Puteraku Hassan dan Hussain tahu betul bahawa baju besi itu kepunyaanku sendiri."

Hakim Syuriah berkata; "Kesaksian anak sendiri terhadap ayahnya tidak dapat diterima menurut hukum yang berlaku.." Selanjutnya, hakim Syuriah berkata; "Kerana Amirul Mukminin sendiri tidak boleh membuktikan dengan pengakuan dua orang saksi yang sah, maka aku memutuskan bahawa baju besi ini adalah milik orang yang memegang sekarang iaitu Yahudi tersebut."

Lalu hakim Syuriah menjatuhkan palunya sebagai tanda persidangan telah selesai.

Sementara Khalifah Ali bin Abi Talib walaupun sebagai Amirul Mukminin dia boleh mengambil tindakan atau sekurang-kurangnya memberikan tekanan kepada sang hakim untuk memenangkannya, tapi beliau tidak menempuh jalan itu. Dia tetap patuh kepada ketentuan hukum yang berlaku.

Adapun hakim Syuriah telah menunjukkan satu contoh bagaimana mestinya sikap seorang hakim yang harus mempertahankan keadilan hukum di atas segala-galanya. Adapun orang Yahudi tadi yang mempersaksikannya dalam mengalami kejadian tersebut merasa takjub dan hairan sekali melihat kepatuhan seorang pembesar tinggi terhadap ketentuan hukum, ketegasan pendirian seorang hakim dalam menegakkan hukum yang semuanya bersumber kepada unsur-unsur keadilan di dalam Islam.
Terpesona dengan kejadian itu, orang Yahudi tersebut lantas turut memeluk Islam.

Orang Kuat Malaysia

Perghhhhhhhh

SEORANG pekerja ambil upah angkat barang, Lajang Kurau, 30 mengangkat motosikal seberat hampir 200 kilogram dari bot ekpres menaiki lima tingkat bertangga milik pelanggannya ke jeti pengkalan bot Kapit, Kuching, Sarawak. Dia diberi gelaran Orang Kuat Kapit dibayar upah sebanyak di antara RM35 hingga RM50 bergantung jenis motosikal setiap hari tanpa rasa penat lelah. Dari jam enam pagi Lajang yang berbekalkan makanan dua biji telur rebus dan teh tarik sentiasa bersedia mengangkat pelbagai jenis barangan dari bot ekpres atau perahu panjang seperti barang berkotak, tong gas, peti sejuk dan televisyen telah melakukan kerja berat itu sejak lima tahun lalu. - Foto Nik Hariff Hassan. (http://www.bharian.com.my/)

Tuesday, February 17, 2009

Bogel

Tahun 2009 ni penuh warna warni betul. Baru masuk bulan Februari dah macam cerita.
Kalau dulu kes nasha aziz, penyebab kes tu dah dijatuhkan hukuman. Keputusan mahkamah adalah betul kerana tuan rumah tersebut telah menceroboh privacy nasha aziz. Jika tidak tersebar, orang tak pernah fikir pun pasal nasha nak pakai apa kat dalam rumah dia. Ikut dialah, peribadi dia nak pakai ke tanak pakai. Jangan berbogel kat tepi jalan sudah.
Sama jugak dengan kes pramugara, video tu bersifat peribadi. Namun dari sudut keagamaan tetap salah. Lucu betul bila dia didakwa menjual VCD, mungkin tiada peruntukan undang-undang lain untuk digunakan. Kalau didakwa dalam mahkamah syariah dah sah-sah kena hukum. Tak payah carik saksi 3 orang (saksi dah berjuta pun), tak payah DNA test. VCD saja sudah cukup.
Tahun lepas pun gempak jugak bila video bekas Menteri Kesihatan disebarkan oleh pihak yang nak menjatuhkannya. Sekurang-kurangnya beliau membuktikan layak menjadi Menteri Kesihatan hehehehe. Antara statement yang tidak boleh dilupakan "kesilapan saya adalah bila menggunakan bilik yang sama".
Bulan Februari 2009 gempar pulak dengan foto Elizabeth Wong dalam keadaan tidur. Dari satu sudut lain, itu hal peribadi dia, dia bukan orang Islam pun. JAIS pun tak boleh tangkap dia. Tapi dia kena sedar, dia adalah wakil rakyat bertaraf exco. Rasanya, jika betul dia berada di bilik dengan teman lelaki, elok lah letak jawatan sebagai exco. Budaya bebas patut tidak ditonjolkan di negara kita. Akan ada minda rakyat seperti kes rasuah "orang atas boleh buat kenapa aku tak boleh buat".
Antara kesilapan terbesar kita adalah, masih menerima orang yang baru habis hukuman rasuah dan sebagainya, masih diangkat sebagai pemimpin. Patutnya bersaralah, bagi peluang kepada orang lain lagi. Seperti negara maju, kan kita nak ke arah negara maju. Betulkan?

Monday, February 16, 2009

Cuti-cuti Malaysia 2009 versi 1

Salam

Tahun 2009, musim percutian (musim ke, rasanya takde musim pun hahaha) dah bermula. Kali ni Pulau Langkawi. Paling best, dapat bersalam dengan Tony Fernandez di LCCT. Dari jauh tengok semacam je, macam kuli je. Tegur orang sana sini, pakaian tak payah citer lah. Bila selisih depan-depan, laaaaaaa bos airasia.














Sejarah



Berikut adalah petikan menarik dari Berita Harian 16 Februari 2009. Ini lah fungsi sebenar akhbar, antaranya mengingatkan kita tentang sejarah yang terbiar.

Lombong bijih timah Sungai Lembing terus dilupakan selepas berjasa kepada ekonomi EnglandUMPAMA memasuki bilik kecil yang dipasang penghawa dingin 24 jam tanpa henti, begitulah sejuknya udara di dalam terowong bijih timah ketika memasuki bekas lombong di Sungai Lembing, Pahang, kira-kira 40 kilometer dari Kuantan. Tanggapan awal mungkin suhu di dalam lombong itu panas disebabkan kedudukannya jauh ke dalam bukit dan ke dalam tanah jauh meleset kerana kawasan perlombongan yang wujud sejak lebih 100 tahun dulu sebenarnya sudah dilengkapi sistem penghawa dingin menggunakan alam semula jadi.

Memang menarik menyaksikan sendiri kehebatan teknologi pada masa itu yang membuatkan bandar Sungai Lembing cukup masyhur di merata dunia, bahkan digelar 'El-Dorado Timur' di Tanah Melayu hinggakan wujudnya sebuah perkampungan Inggeris yang istimewa di Lembah Sungai Kenau. Di situlah British membawa pulang kekayaan dan keuntungan untuk menyelamatkan England yang ketika itu dilanda kemerosotan ekonomi dan tidak hairanlah Sungai Lembing juga dianggap 'Penyelamat Mahkota Ratu England'. Berbicara soal kemasyhuran Sungai Lembing sudah kerap diutarakan, namun generasi masa kini seharusnya belajar mengenai teknologi yang diguna pakai ketika ini membuatkan pelombong yang mencari gali hingga kedalaman 12,000 kaki boleh bekerja dengan tenang dan selesa.

Beberapa lubang angin yang disalut konkrit di dalam terowong itu masih kukuh dan sama sejak dikorek lebih 100 tahun dulu. Saiznya yang boleh memuatkan badan orang dewasa menghala ke puncak bukit sudah membayangkan bagaimana sistem itu berfungsi. Lubang angin itu disambungkan ke terowong utama di permukaan sebelum disambungkan ke terowong menegak ke bawah tanah. Ia bertujuan memastikan udara panas di dalam terowong sentiasa bertukar ganti dengan udara baru yang masuk secara automatik melalui lubang di puncak bukit. Jika sistem pengudaraan di dalamnya teruk, sudah pasti beribu pelombong yang bekerja di situ akan sesak nafas. Situasi sekarang jauh berbeza kerana ada pelombong dibekalkan tabung oksigen bagi kes kecemasan tetapi kemudahan itu masih belum wujud pada ketika itu. Kayu yang digunakan sebagai penahan hakisan di terowong daripada jenis kayu cengal juga masih kukuh dan menurut beberapa bekas pelombong, kayu itu masih boleh bertahan hingga 50 tahun lagi.

Satu fakta penting ialah Sungai Lembing adalah bekas lombong tertua, terpanjang dan paling dalam di dunia pada waktu itu, iaitu sedalam 971 meter (2,400 kaki). Sehingga tahun 1915, keseluruhan kawasan pembangunan meliputi kawasan seluas 40 batu dan lombong paling dalam iaitu 'Nicholsons Shaft' telah sampai ke aras 12,000 kaki dari permukaan. Mungkin ramai yang beranggapan hanya terdapat satu lombong bijih timah di Sungai Lembing yang dikendalikan oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL), hakikatnya dalam lingkungan lapan batu persegi Sungai Lembing terdapat sembilan lombong berasingan. Jika diambil kira jarak perjalanan jalan darat dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Pahang, dianggarkan lebih 300 kilometer (km). Ini bermakna, sejak lebih 100 tahun dulu, sudah ada laluan terowong bawah tanah yang sama panjangnya dengan laluan itu yang berpangkalan di Sungai Lembing.

Pantang Melayu

Salam

Dua tiga minggu ni kita dibingitkan dengan falsafah "Pantang Melayu Derhaka Kepada Sultan"

Tapi, yang tidak pernah kita dengar;

"Pantang Melayu Derhaka Kepada Tuhan".

Hati-hati, nanti takut tergelincir, buruk padahnya.

Teringat kat posting lama, pasal Tuah 5 Bersaudara.

Tuesday, February 10, 2009

Cuti2 Malaysia 2008


















Sekadar tambahan yang sebelum ini. Bukit Merah, Penang hill, PD

Sunday, February 8, 2009

Bosan

Di tengah-tengah zaman kemelesetan ekonomi, pembuangan pekerja dengan nombor yang agak besar dan kenaikan harga barang, rupa-rupanya orang "kita" (baca melayu) masih seronok untuk berpolitik. Politik, politik, politik. Ingatkan, bila dah meleset macam ni, masing-masing melupakan seketika politik. Cuba renung, padangan seseorang ini:
“Ini bukan soal Melayu (menderhaka) tetapi dalam Islam, raja atau rakyat, orang bandar, orang kampung tidak kira raja, tok guru setaraf semuanya. Dan mereka bertanggungjawab kepada Allah diakhirat kelak.”
Nampaknya orang ini sentiasa berpesan-pesan supaya menjaga hubungan dengan Allah, ingat dosa dan pahala. Bagus!!!!!!!!

Wednesday, February 4, 2009

Mesyuarat


Mesyuarat.....kalau lama sangat inilah jadinya...terutama kalo melebihi 3 4 jam...entah2 hasil pun takde, takde keputusan kah kah kah. Takpa, dapat minum free

Sunday, February 1, 2009

Pengorbanan demi kemajuan

Sesuatu kemajuan, tentunya memerlukan pengorbanan. Pantai Tok Jembal, dulunya sangat cantik, bersih dan sangat lebar. Tahun 1999, kalau mandi boleh sampai jauh ke tengah. Paras air masih di paras pinggang kita.

Tetapi selepas landasan kapal terbang dibina, berlaku hakisan teruk. Tambahan pula tengkujuh datang sebaik sahaja landasan itu siap. Dengan pantai yang panjang, pasir pantai bergerak dari Kuala Terengganu ke Kelantan. Buktinya setiap pembinaan penahan ombak akan menghasilkan pelebaran pantai (sebelah Kuala Terengganu) dan hakisan (mengarah ke Kelantan). Tak percaya, periksalah setiap penahan ombak (breakwater) di Kuala Merang, Kuala Besut, Tok Bali, Pantai Senok, dan Tumpat. Breakwater ini akan menyekat pergerakan NSD (arah hanyutan endapan pantai). Taip net shore drift + breakwater kat internet, sure jumpa banyak maklumat. Sesuatu kemajuan, memerlukan pengorbanan....atau ada alternatif kemajuan lain untuk mengelak dari mengorbankan sesuatu???