Sunday, February 1, 2009

Pengorbanan demi kemajuan

Sesuatu kemajuan, tentunya memerlukan pengorbanan. Pantai Tok Jembal, dulunya sangat cantik, bersih dan sangat lebar. Tahun 1999, kalau mandi boleh sampai jauh ke tengah. Paras air masih di paras pinggang kita.

Tetapi selepas landasan kapal terbang dibina, berlaku hakisan teruk. Tambahan pula tengkujuh datang sebaik sahaja landasan itu siap. Dengan pantai yang panjang, pasir pantai bergerak dari Kuala Terengganu ke Kelantan. Buktinya setiap pembinaan penahan ombak akan menghasilkan pelebaran pantai (sebelah Kuala Terengganu) dan hakisan (mengarah ke Kelantan). Tak percaya, periksalah setiap penahan ombak (breakwater) di Kuala Merang, Kuala Besut, Tok Bali, Pantai Senok, dan Tumpat. Breakwater ini akan menyekat pergerakan NSD (arah hanyutan endapan pantai). Taip net shore drift + breakwater kat internet, sure jumpa banyak maklumat. Sesuatu kemajuan, memerlukan pengorbanan....atau ada alternatif kemajuan lain untuk mengelak dari mengorbankan sesuatu???





2 comments:

SM Noor said...

Salam,
En Azam atau ?
Nampak ada lukisan ringkas yang explain macaman berlakunya hakisan di tok jembal, boleh tak terangkan sdikit

Rabitah said...

salam..
sy pelajar UMT..
diberi tugasan utk megkaji NSD dan kesan dr airport runway (airport k.Terengganu)..
sy nk mintak jasa baik sesiapa yg sudi memberi sedikit sebyk fakta tentg kejadian ini..
segala bantuaan didahului jutaan terima kasih...