Thursday, January 29, 2009

PATRIOTIK

USA sangat mementingkan usaha-usaha untuk meningkatkan
semangat patriotisme di kalangan warganya melalui pengiklanan.
Bagaimana dengan kita?


Patriotic – Kalau ikut kamus maksud dia setia negara atau yang mempunyai sifat cintakan tanah air.

Patriotism – Kalau ikut Wikipedia “is commonly defined as love of and/or devotion to one's country. The word comes from the Latin, patria, and Greek patritha. However, patriotism has had different meanings over time, and its meaning is highly dependent upon context, geography and philosophy”.

Sambutan merdeka - Patriotikkah kita bila beramai-ramai mengibarkan bendera dengan menunggang motosikal laju tahap gaban di kawasan kampung dan bandar. Eksiden, polis ambil bendera Malaysia tutup mayat di atas jalan dengan lumuran darah.

Rumah/kedai/bangunan – Patriotikkah kita bila mengibarkan bendera di bumbung-bumbung bangunan tetapi membiarkannya dengan lusuh. Melakukan penipuan dalam perniagaan seperti menyembunyikan barang keperluan (gula, minyak) apabila mendengar ura-ura akan dinaikkan harga. Patriotikkah kita bila membiarkan kawasan kejiranan menjadi tumpuan pencuri dan perompak. Tiada istilah cakna, takut digelar penjaga tepi kain orang. Bila diri sendiri kena, baru padan muka (maaf).

Kereta - Patriotikkah kita bila kita beli kenderaan import sedangkan kita mempunyai kereta nasional proton. Tiada satu negara pun yang mempunyai kenderaan hanya satu jenama berkeliaran di atas jalan raya. Kebebasan memilih harus diberi seluas-luasnya. Apa yang paling penting adalah kualiti. Paling asas sesuatu kenderaan itu mestilah mempunyai ABS dan airbag, demi keselamatan. Bukannya hanya mewajibkan tali pinggang belakang. Jika anda mampu, apa salahnya beli kenderaan import. Jika ada yang bising soal patriotism, cuba check kat rumah dia, sure paling koman ada mercedes dan honda.

Filem – Patriotikkah kita bila kita hanya menonton filem hollywood. Di Malaysia filem paling tidak membosankan adalah filem P Ramlee. Tanyalah sapa-sapa pun. Filem generasi baru, paling koman pun filem sembilu 2, mungkin ada yang tengok 3 4 kali. Kalau sekarang KL drift kot, tengok budak2 suka cerita berkenaan kereta sport. Cuba tanya peminat Kuch Kuch Hota Hai, zaman 97-2001. Rasanya ada yang pernah tonton sampai lebih 20 kali (antaranya aku, kah kah kah). Filem Hollywood kesukaan saya pula star wars, back to the future, lord of the ring, pirate of carribean, the terminal, catch me if you can, cast away, king kong (peter Jackson) dan berbagai-bagai lagi. Tak salah, kerana di sana ada kepuasan. Kesungguhan warga kerja mereka melakukan sesuatu.Berminggu-minggu di zoo hanya untuk memerhatikan pergerakan binatang, untuk diilhamkan ke dalam filem. Bukan hanya menciplak bas meletup dari filem Hong Kong. Jadi, tak salahkan kalau minat filem luar. Kenapa mahu banned filem luar?

Konsert - Patriotikkah kita bila mengadakan konsert-konsert yang tiada kena mengena dengan sambutan kemerdekaan. Apa makna merdeka dengan konsert? Arak, rogol dan zina semestinya berleluasa kala malam menjelma. Tak percaya, bacalah akhbar. Arak dan dadah membuatkan manusia menjadi seperti seorang yang bodoh. Tapi arak dapat jugak lesen. Jangan kita masih dibelenggu dengan denial syndrome, tolonglah.

Menora/mak yong/main puteri - Patriotikkah kita bila mengekalkan apa yang dikatakan budaya Kelantan seperti menora dan mak yong dan main teri (puteri). Segolongan pihak berhempas pulas cuba mempertahankannya dari pupus. Sampai mati saya tak akan mengaku itu budaya Kelantan. Tengok pakaian menora pun sudah tahu asalnya dari siam. Hanya wayang kulit sahaja saya akui sebagai budaya kesenian Kelantan. Pun begitu saya tidak setuju jika bahannya berkenaan cerita dewa dewi Rama dan Sitta. Saya bukan menghina orang Hindu. Tapi sebagai orang Islam, kenapa kita mahu mengekalkan cerita berkenaan percintaan Rama dan Sitta. Biarlah orang Hindu sahaja yang bercerita berkaitan dengan agama Hindu mereka. Banyak lagi cerita lain yang boleh disampaikan. Main puteri pula dianggap sebagai satu ilmu perubatan. Kawan dah lama sakit, tiba-tiba boleh bangun ikut sama menari. Perubatan apa namanya kalau bukan menggunakan jin. Ada akhbar nasional pernah menyiarkan kenyataan dari pengamal perubataan main puteri di Kelantan. Saya memohon pertolongan dari jin untuk melakukan perubatan, walaubagaimanapun saya masih mengharap dari Allah. Tolonglah, kenapa dicampur adukkan?

Cuba renung kembali apa sumbangan kita kepada negara. Bagi saya, saya tidak menyusahkan negara. Saya tidak melakukan jenayah seperti curi dan sebagainya. Masyarakat akan rasa selamat dan aman jika tidak terlibat dengan jenayah tersebut. Saya tidak pernah merosakkan harta awam. Bagi saya, itulah sumbangan saya sebagai lambang patriotik kepada negara tercinta. Nampak kecil, tapi bermanfaat.

Fikir-fikirkanlah.

No comments: