Monday, January 12, 2009

Hong Kong mahu laksana sistem kewangan Islam


Utusan Malaysia 10.01.2008 mengeluarkan sedikit artikel pendek berkenaan penguasa Hong Kong mahu sistem kewangan islam. Kecik je, kalau tak teliti, tak perasan pun. Kadang-kadang bingung juga memikirkan sebuah kerajaan bukan islam mahu tukar sistem kewangan kapitalis, perdagangan bebas kepada sistem kewangan islam.

Umum mengetahui, negara Barat yang memulakan penggunaan wang kertas. Sistem kewangan yang berasaskan nilai wang kertas. Jika dulu, kita dengar wang syiling emas, perak dan bermacam-macam lagi benda berharga dijadikan sebagai agen penukaran jual beli.

Menjelang abad ke 21, sudah masuk tahun ke 8, dunia tergamam apabila sistem kewangan kapitalis yang tentunya berasaskan riba telah jatuh teruk sehingga merugikan trilion dollar US. Kesannya sehingga ke seluruh dunia, yakni sesiapa yang berniaga dengan USA turut terkena tempiasnya. Agaknya, selamat sedikit kot negara yang dikenakan sekatan ekonomi oleh USA. Bayangkanlah, seorang warga amerika (Bernard Madoff) telah ditangkap kerana menjalankan perniagaan sistem piramid. Dengan kejatuhan ekonomi 2008, 5o billion US hangus begitu sahaja yang melibatkan wang orang kaya dan miskin. Bayangkan jika ada 1000 orang di US yang melaksanakan sistem piramid ketika itu.

Bagi orang islam, agama bukan sahaja mengajar cara-cara untuk solat, atau mandi wajib ataupun istinjak sahaja. Malahan merangkumi cara-cara membentuk perlembagaan negara islam dan mentadbirnya dengan sistem kewangan islam. Sistem yang tidak riba, tidak merampas hak orang miskin. Pembahagian kekayaan seadilnya mengikut yang hak. Tetapi yang rajin bekerja tetap dapat memperolehi kekayaan melebihi orang lain. Sistem kapitalis atau riba pula menyedut keuntungan dari segenap sudut semaksimum mungkin.

Ekonomi dunia nampaknya akan mengalami masalah setiap 10 tahun secara putaran roda. Dulu 1987-1988 juga zaman kemelesetan ekonomi. Kemudian tahun 1997-1998, Malaysia teruk juga kena bila kita miskin 10 tahun ke belakang. Sekarang ini tahun 2008-2009, pun zaman ekonomi jatuh teruk.Bila jatuh sahaja ekonomi akan kedengaranlah suara-suara kecil mahu menukar sistem kewangan yang berasaskan nilai emas. Satu nilai yang tidak akan jatuh nilainya smapai bila-bila.Tetapi usaha ke arah itu tak pernah berlaku secara konkrit, nak ajak negara arab huhhhhh buang masa saja.Jika ada sekelumit manusia cuba menggunakan wang emas, nanti ada kedengaran suara bising menghina. Entahlah.

Akhirnya, kedengaran tiba-tiba Hong Kong mahu laksanakan sistem kewangan islam di tengah kekalutan dunia tadi. Kita bila agaknya???

No comments: