Monday, March 2, 2009

Adab

Semalam aku minum kat restoran depan masjid KUSZA. Sambil tunggu member yang nak datang tumpang rumah, aku layan bola kat restoran tu dulu. Dah sorang, dok meja kosong je lah. Masa tu tgh berpeluh, baru lepas main badminton.

Tengah syok layan tv, tiba-tiba 5 orang datang dengan bising duduk di meja aku. Walhal banyak lagi meja kosong. Dengan muka selamba bodoh terus duduk di meja aku.Meja aku tu besar jugak la, combined 2 meja. Punya tersentak aku, dah la meja aku, pastu dok langgar meja sampai beberapa kali nak tumpah air aku. Nak kata set2 brutal, aku tgk muka nerd pun ade jugak. Takda la nampak brutal. Cuma jenis tak beradab.

Aku terus pindah meja lain, sambil buat-buat tarik muka. Pun diorang buat bodoh je, ataupun memang bodoh!!!(opsss terlepas sudahh).

Punya la berdesing telinga aku. Kot ya pun nak dok semeja, bgtau la. Macam jugak adab nak ambil sos, kerusi, sudu or what ever kat meja makan orang lain. Mesti kita mintak izin dulu kan. Itulah yang kita panggil sebagai ADAB. Kalau tak buat, maknanya kita kategori orang yang tidak beradab.

Teringat statement member yang baru balik belajar di UK, "Kalau tengokkan budaya orang luar, cuba kita nilai yang baik-baik sahaja dan nampak di mata seperti soal adab, kebersihan dan sebagainya. Alamatnya, lambat lagi la negara kita nak maju". Sebab kemajuan bermula dengan sikap dab adab untuk membentuk ketamadunan. Membezakan manusia bertamadun dan manusia barbarian.

No comments: