Thursday, March 5, 2009

Suara Majoriti



Salam,

Kali ni nak bercerita tentang sesuatu isu yang agak lewat untuk diperdebatkan. Walaupun baca akhbar hari-hari. Kadang-kadang ada sesuatu yang terlepas pandang untunk dibaca.

Kejayaan amir raja lawak (im soriiiii) masuk ke peringkat akhir banyak dipertikaikan oleh pihak yang tentunya menjadi pengundi peserta lain. Yang pasti mereka adalah pihak yang mengundi LNJ. Apa yang didebatkan ialah faktor kejayaan amir yang bagi mereka tidak layak untuk memasuki peringkat akhir.

Kita tinggal dulu cerita raja lawak.

Dalam pilihanraya pun, sesiapa yang menang juga adalah pilihan MAJORITI rakyat. Konsep sama sahaja. Semua keputusan undian telah dikira dari semua pihak. Pihak A dan pihak B. Yang menang majoriti akan diisytihar sebagai ADUN atau MP. Tapi tidak pernah pulak dengar ada orang mempertikaikan kreadibiliti pemenang itu. Sama ada wakil rakyat itu mempunyai kebijaksanaan, cerdik dan bermutu. Padahal wakil rakyat adalah sangat penting kepada negara, yang menentukan dasar-dasar negara. Yang akan membawa acuan kepada negara. Salah acuan, kesannya hingga ke anak cucu.

Alih-alih, kemasukan amir ke peringkat akhir dipertikaikan. Bukankah, keputusan memilih itu 100% terletak kepada pengundi? Lainlah jika yang membuat keputusan itu juri atau pengadil yang dilantik. Itu bukan suara majoriti, maka boleh dipertikaikan.

Hairan, bila bab hiburan je, kecoh satu malaya. Yang peri penting, diam seribu bahasa. Tapi kalau cakap, nampak sangat rubber stamp. Dah lah, malas cakap pasal hiburan hehehehe. Lagipun aku takkan biarkan HP aku digunakan untuk mengundi raja lawak ke, AF ke, OIAM ke. Baik guna sms untuk perli penyokong-penyokong chelsea dan liverfool hehehe.

No comments: