Sunday, August 14, 2011

Kencing Bercabang


Selingkar Kisah 1

Masa makin hampir.. gua punye gabra Tuhan saja yang tahu. Tujuh yang ada sudah bersiap sedia, aku selaku tuan rumah harus pergi dahulu. BERKHATAN.

"Pagi esok kencing bercabang la mu jae"

"hahahahaha" ramai.

Aku diam tak paham, mini operation yang baru siap melegakan. Tak sakit pun, tipu je semua orang. 3 jam selepas ubat bius abis. adoiiiiiiiiiiiii!!!!! 2 hari pertama, aikkk ok je, xda bercabang pun, lagi skali aku rase kena kencing sampai hancing.

Hari ketiga, elok2 mencangkung, teran.... Seketika, aikkk rasa pelik. Teran lagi, x kuar gak. Maaaaaa, bakpo ni!!!!!!!!!! Datang abang aku, ajar skit2, ok dah kuar, errrr bercabang, ok dah paham....


Selingkar Kisah 2

"Mu kencing bercabang lagi jae!!"

Seorang rakan memberi gelaran tersebut kepada aku. Aku pada mulanya terpinga-pinga. Kencing bercabang? Buat donno, aku teruskan main bola kat kampung. Masa umur sekitar belasan tahun lagi. Kenapa muncul perkataan itu, aku dah lupa.


Selingkar Kisah 3

Bila dah abis blaja, ramai yang dah kawin. Aku masih tatau apa nak jadi masa depan. Tak terfikir langsung apa yang dilalui. Member dah ramai dapat anak.

Seronok bila berkumpul ramai-ramai dengan kawan lama. Masing-masing menayang kereta, kerjaya dan anak masing-masing. Aku pun dengan selamba ada jugak bercakap hal keluarga, ebendo belum kawin, menyampuk sana sini. Bercakap dari teori bukan fakta atau realiti. Banyak juga dari, errrr Permata Yang Hilang?

Maka, keluarlah sindiran...

"Mu kencing cabang lagi jae, tatau mende lagi".

Tajam lagi menghiris.


Selingkar Kisah 4

Umur aku dah melangkaui 31. Kawan rapat aku hanya ada 2 orang saja lagi tak kawin, tapi kerjaya mereka cemerlang. FB menjadi wadah memperlihat kejayaan dan kemajuan hidup masing-masing.

Akhirnya, aku sendiri yang berkata kepada diri sendiri.

"Mmmm, betul la, aku masih kencing bercabang!!".









No comments: