Thursday, August 11, 2011

Salam takziah untuk Bos

Hari ni, 11 Ogos 2011, 11 Ramadhan, Bos aku Prof Lokman kehilangan adikknya. Adik beliau mengalami sesak nafas, beliau memandu sendiri ke klinik Balqis, kawasan asrama UMT.


Alhamdulillah, tadi berkesempatan melihat jenazah sekujur tubuh beliau, Al Fatihah. Tenang dan mudah beliau pergi di kala bulan yang sangat mulia ini. Anak-anak hanya menangis tanpa dapat mengerti dan memikirkan masa depan masing. Semoga Allah melindungi anak-anak yatim ini, insyaAllah. Di luar, si isteri yang sudah menjadi balu, tetap menerima pelukan semangat dari rakan masing-masing.


Arwah baru berumur 34/35. Masih muda, anak-anak masih kecil, tetapi sudah dipanggil Ilahi, kerana itu sudah ketentuan umurnya setakat itu sahaja. Alhamdulillah, beliau pergi dengan ramai orang menyayangi beliau.


InsyaAllah, tiba giliran, orang yang menyayangi aku akan datang dan menyedekahkan bacaan doa, itu sahaja pintaku. Pemergiannya cukup memberi kesan, sehingga termenung dibuatnya. Ramai btul skang yang pergi dengan umur yg begitu muda, begitu juga kwn2 aku yg bala skali, sudah ramai yang pergi. Ada yang sudah pergi sebelum kawin, dan ada yang pergi belum mempunyai zuriat, malahan ada yang baru sahaja dianugerahkan keturunan....

No comments: