British mula bertapak keatas Sabah seawal tahun 1760-an apabila Alexander Dalrymple membuat perjanjian dengan Sultan Sulu untuk membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan yang terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Dalrymple kemudian mengganti nama pulau Balembangan kepada “Felecia”.
Pada tahun 1878 pula, Overbeck telah berunding dengan Sultan sulu untuk menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Sultan sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya dengan bayaran $ 5,000 setahun. Perjanjian ini lah yang menjadi kontroversi dan isu tuntutan Sulu terhadap Pantai Timur Sabah sehingga sekarang kerana Sultan Sulu beranggapan, pihaknya hanya menyewakan tanah tersebut kepada British sedangkan dalam surat yang di tulis dalam bahasa arab menyatakan SULU MENYERAHKAN BORNEO UTARA kepada British. Sehingga kini, Sabah masih membayar sewa kepada Sultan Sulu sebanyak $5000 di sebabkan terdapat klausa dalam perjanjian tersebut yang berkata ; “sekarang ini saya berikan ini kepada kamu sebagai sewa sehingga tidak ada matahari dan bulan”.
Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah jajahan British kerana BNBCC tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negeri selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini. Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang adalah sama dengan sistem pentadbiran pada era BNBCC. Pembinaan semula dan pembangunan negeri Borneo Utara menjadi fokus utama para pentadbir. Pihak BNBCC berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun 1945. Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946
Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura. Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar kepada SABAH.
Pada 12 September, 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal, Wilayah Borneo Utara, telah diserahkan oleh Sultan Sulu yang memerintah ketika itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I, kepada Republik Filipina. Penyerahan ini telah memberikan kerajaan Filipina kuasa penuh untuk menuntut hak keatas Sabah di Mahkamah Antarabangsa. Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas. Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan. - See more at: http://www.lamankongsi.com/2013/03/antara-sebab-tentera-sulu-menceroboh.html#sthash.7nFnGIGj.dpuf
No comments:
Post a Comment