Wednesday, April 17, 2013

Air Mata Tok Guru Nik Aziz



Penyokong PAS berusia veteran bersama yang muda segar dari PENDANG melawat Tuan Guru Nik Aziz di Pulau Melaka sempena lawatan tarbawi.

Gembira mereka kerana hajat untuk bertemu dengan jarak dekat tercapai. Situasi agak beremosi. Sudah lama berbicara.

Semua diam.

TGNA sambung : "Ambo ni dah tak berapa nak larat. Ada yang suruh ambo berenti sebab faktor usia dan kesihatan". Tok guru berhenti, kami yang hadir menarik nafas, kembang kembung dada . Sebak.

Seorang pak cik tua menyeka air matanya mencelah : "Tapi Tok Guru, Rasulullah berjuang sehingga wafat". Lantas dilap air jernih panas yang mengalir.

Tok Guru angkat kepala : "Sebab itu ambo malu pada Rasulullah (untuk berenti perjuangan walhal hayat masih dikandung badan)

*Tanpa disedari empangan airmata kami deras..Ya Rabb, panjangkan usia Murabbi Ummah ini..Ameen!

No comments: