Sekumpulan penyelidik di University of Washington, yang dibiayai oleh NASA dikatakan secara teori telah berjaya mencipta sebuah enjin roket lakuran (fusion-powered engine) yang berkuasa. Roket ini, sekiranya berjaya dibina secara praktikal, ia boleh menggerakkan kapal angkasa yang membawa manusia ke Marikh dalam jangka masa perjalanan selama 30 hari - berbanding dengan anggaran pihak NASA sebelum ini iaitu 4 tahun jangka masa perjalanan ke Marikh dengan teknologi sedia ada.
Menurut Ketua Program UW, John Slough, kuasa roket lakuran ini akan menghasilkan satu tenaga letupan yang besar iaitu kira-kira 67,000 batu sejam (108,000 kilometer sejam) kuasa tujahan. Tindak balas letupan ini akan berulangan setiap 10 saat di mana akan mempercepatkan pergerakan roket kira-kira 200,000 batu sejam - kira-kira 10 kali ganda kelajuan yang tak pernah kita gambarkan sebelum ini dari perjalanan Bumi ke Marikh.
Untuk dianggap sebagai berjaya sepenuhnya, roket lakuran UW ini mestilah memenuhi dua kriteria: pertama, ia perlu bekerja secara berterusan dan berfungsi dengan baik dan kedua, ia mestilah mampu menjana lebih banyak tenaga haba daripada tenaga elektrik yang diperlukan bagi memulakan tindak balas lakuran.
No comments:
Post a Comment