Monday, May 27, 2013

Turun harga kereta perlukan masa




27 Mei 2013
Turun harga kereta
KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton, kata JF Apex Securities.
  
Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.
  
"Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara  menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex.
  
Kerajaan berjanji menurunkan harga kereta antara 20 peratus dan 30 peratus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
  
JF Apex berkata pasaran kereta terpakai akan teruk terjejas jika harga kereta dikurangkan antara 20 peratus dan 30 peratus menerusi pengurangan duti eksais antara 75 peratus dan 105 peratus, yang menyumbang kepada sebahagian besar harga kereta.
  
"Pengurangan harga kereta akan mengurangkan insentif untuk menjual kereta terpakai memandangkan nilai kereta terpakai jatuh teruk," katanya.
  
Pada masa yang sama, kata firma penyelidikan itu motivasi untuk membeli kereta baharu adalah lebih tinggi memandangkan harga yang murah terutama bagi pembeli kali pertama Model Segmen B.
  
Bagaimanapun, minat tidak akan sama bagi pemilik kereta sedia ada yang mahu menjual kereta lama untuk membiayai kereta baharu.
  
"Namun impak pasaran kereta terpakai terkawal, memandangkan kerajaan tidak akan membenarkan perubahan drastik dalam sekelip mata kerana ini akan memberi kesan kepada industri automotif secara keseluruhan," kata JF Apex.
  
JF Apex juga berkata minat pembeli juga akan terarah untuk membeli kereta import dalam jangka panjang jika pengurangan duti eksais dilaksanakan, dengan pengurangan 30 peratus merupakan penjimatan yang besar.
  
"Atas sebab ini, jika pengurangan 30 peratus dilaksanakan, kami menjangkakan permintaan untuk kereta mewah akan meningkat, yang semestinya memberi manfaat kepada pembuat/pengedar seperti UMW (Lexus) dan DRB-Hicom (Volkswagen, Mercedes Benz).
  
"Ini akan mengorbankan Proton dan Perodua memandangkan hampir semua komponen kereta berkenaan dipasang dalam negara dan tidak dikenakan duti eksais," katanya. - Bernama

Sunday, May 26, 2013

Selamat Pengantin Baru Buat Ustaz Azhar Idrus


gambar terbaru ustaz azhar idrus kahwin
Tahniah diucapkan ke atas Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang baru selamat diijabkabulkan dengan anaksaudara Tn Hj Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak, atas pernikahan beliau dengan isteri ke 3 hari ini.
Kami Mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Buat Ustaz Azhar Idrus, semoga berpanjangan sehingga akhir hayat Amin.
Berikut kami lampirkan beberapa foto semasa Majlis Pernikahan Ustaz Azhar Idrus – Isteri Ke 3 untuk tatapan anda semua : sumber gambar (JKKK)
gambar majlis pernikahan ustaz azhar idrus
gambar ustaz azhar idrus kahwin dengan isteri ke 3
Ustaz Azhar Idrus kahwin
gambar ustaz azhar idrus kahwin dengan isteri ke 3
ustaz azhar idrus kahwin
Barakallahula kuma wabarakah alaikuma wajamaa bainakuma fi khair Ustaz Azhar Idrus dan isteri :)

Thursday, May 23, 2013

Patma dan tiga pekerja ladangnya dihukum mati



NORAWAZNI YUSOF
23 Mei 2013
Sosilawati Lawiya
SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya  dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.
 
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.

Wednesday, May 22, 2013

Nasihat bagi yang suka marah-marah



Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

Monday, May 20, 2013

AirAsia Statement berhubung kejadian di Vietnam





















[AirAsia Statement]

Referring to the issue raised in social media in regards to the guest denied boarding flight AK1455 from Ho Chi Minh to Kuala Lumpur, we wish to clarify that the guest was not allowed on board because the child had chicken pox. This was confirmed by the Vietnam airport doctor on duty who declared the baby unfit to fly.

On being informed the situation of the guest, AirAsia has made arrangements to fly back the mother and the baby as well as 2 accompanying adults for free, once the child is declared fit to fly by the doctor.

AirAsia is following global health standards in which guests with chicken pox may only travel 5 days after the rash first appeared, providing the spots are scabbed over. This is to be supported by a medical certificate or doctor's letter confirming you are fit to fly.

As per guideline established by World Health Organisation (WHO); to minimize the risk of passing on infections, passengers who are unwell, particularly if they have a fever, should delay their journey until they have recovered. Passengers with a known active communicable disease should not travel by air.

We advise that passengers travelling with any infectious illness such as chickenpox, rubella, measles or mumps check our website about the guidance to whether you can fly.

------------------------------------------------------------------------------

Merujuk kepada isu yang dibangkitkan dalam media sosial mengenai tetamu yang dinafikan menaiki penerbangan AK1455 dari Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur pada 18 Mei 2013, kami ingin menjelaskan bahawa tetamu tersebut tidak dibenarkan menaiki pesawat disebabkan demam campak. Hal ini telah disahkan oleh doktor lapangan terbang bertugas yang mengisytiharkan bayi tersebut tidak sihat untuk terbang.

Seterusnya, AirAsia telah membuat persediaan untuk menerbangkan kembali ibu, bayi serta 2 orang dewasa secara percuma, setelah bayi itu diisytiharkan boleh menaiki pesawat oleh doktor.

AirAsia mengikuti piawaian kesihatan global di mana para tetamu yang menghidapi demam campak hanya dibenarkan menaiki pesawat sekurang-kurangnya selepas 5 hari dari tarikh mula muncul ruam ditubuh. Ini perlu disokong oleh sijil perubatan atau surat pengesahan layak untuk terbang dari Doktor bertauliah.

Mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk mengurangkan risiko jangkitan; penumpang yang tidak sihat, terutamanya jika mereka demam, harus menangguhkan perjalanan mereka sehingga mereka sembuh. Penumpang dengan penyakit berjangkit aktif tidak dibenarkan menggunakan pengangkutan udara.

Kami menasihatkan penumpang dengan apa-apa penyakit berjangkit seperti cacar air, rubella, demam campak atau beguk untuk melayari laman web untuk informasi sama ada anda boleh menaiki pesawat.

Cara Jadi Isteri Yang Baik - Ustaz Azhar Idrus

Thursday, May 16, 2013

Kisah Cikgu Ibrahim dan Jimmy

Alkisah Cikgu Ibrahim…

Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan.

Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.

Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.

Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.

Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.

Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.

Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.

Darjah 1, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”

Darjah 2, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”

Darjah 3, cikgu Jimmy menulis:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”

Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.

Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.

Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.

Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.

Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.

Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.

Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.

“Apa hal Jimmy?”

“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.

Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.

Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.

Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.

Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.

“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”

Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.

Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”

Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.

“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.

Jimmy berfikir sejenak…

“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.

“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.

Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”

“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.

Selamat Hari Guru.

Senyum.

Artist Creates Mini Dioramas Within Discarded Televisions


 


Remember those cathode ray tube TV sets that are now a thing of the past?

Instead of leaving those thrown-out appliances to rot, China-based artist Zhang Xiangxi has repurposed them as mediums for intricate dioramas.

Within hollowed-out TV sets, he meticulously crafts settings inspired by his life in China—such as his dream home, his parents’ sitting room, a workers’ dormitory he once lived in, his old workspace, and an interior of a train carriage.

Check out his mini replicas within old school TVs below:















 

Selamat Hari Guru

Respon orang yang TAK PUAS HATI :

1. Kerja cikgu ni senang.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.

... HANYA ORANG YANG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SAHAJA YANG BERKATA DEMIKIAN. KERJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI GEMBAR-GEMBURKAN...

Masa pertandingan bola.. cikgu jadi REFEREE..
Masa budak nak bertanding apa-apa acara... cikgu jadi JURULATIH
Masa aktiviti KH.. cikgu jadi PETANI..
Masa kutip yuran.. cikgu jadi AKAUNTAN..
Masa RMT.. cikgu jadi PELAYAN..
Masa budak sakit.. cikgu jadi DOKTOR..
Masa ceramah.. cikgu jadi MOTIVATOR..
Masa hias kelas.. cikgu jadi PELUKIS SENI..
Masa persembahan hari guru.. cikgu jadi KOMPOSER..
Masa baiki kerusi rosak.. cikgu jadi TUKANG KAYU..
Masa budak muntah/berak dalam kelas.. cikgu jadi TUKANG CUCI..
Masa budak mencuri.. cikgu jadi DETEKTIF..
Masa budak wat persembahan... cikgu jadi PHOTOGRAPHER
Masa perkhemahan.. cikgu jadi TENTERA..
Masa hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Masa hari Guru... cikgu jadi PENYANYI..
Masa gotong royong sekolah... cikgu jadi TUKANG KEBUN
Masa masuk waktu solat.. cikgu jadi TOK IMAM..
Masa parent amek lambat... cikgu jadi BABY SITTER..
Masa budak bergaduh.. cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH..
Masa budak sakit kecemasan.. cikgu jadi PEMANDU AMBULANS..
Masa merentas desa.. cikgu jadi POLIS TRAFIK..
Masa budak sedih.. cikgu jadi PELAWAK....

TERIMA KASIH CIKGU!!!

Kota Heracleion: Bandar Mesir Purba Yang Hilang Ditemui Selepas 1,200 Tahun


Sejarah tamadun Mesir Purba sememangnya menyimpan 1,001 
kisah misteri yang sudah tentunya masih belum dapat diungkai 
sepenuhnya..Kini, sebuah penemuan yang menakjubkan telah 
berlaku apabila sebuah kota pelabuhan purba Mesir, iaitu Kota
 Heracleion telah ditemui selepas hilang dalam lipatan sejarah 
selama 1,200 tahun..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha
 kat bawah ni..

















Sebuah kota era Mesir purba iaitu Kota Heracleion telah ditemui 
oleh sepasukan ahli arkeologi selepas 1,200 tahun tenggelam di 
bawah permukaan laut. Pasukan ahli arkeologi turut menemui 
pelbagai artifak yang terpelihara dengan baik pada kedalaman 30
 kaki di bawah permukaan Laut Mediterranean di Aboukir Bay yang
 terletak berhampiran Alexandria yang mengisahkan perihal sebuah 
kota pelabuhan purba yang terkenal pada masa itu.

Menurut Telegraph, "Penyelidikan lanjut kini menunjukkan bahawa 
Thonis-Heracleion merupakan sebuah kota pelabuhan yang penting 
bagi urusan perdagangan Laut Mediterranean dan Sungai Nil".

"Pihak penyelidik juga mendapati kota ini telah dibina di atas
 permukaan tanah liat yang bercampur dengan tanah pasir, dan 
memungkinkan ia tenggelam ekoran kejadian gempa bumi di rantau itu."




Wednesday, May 15, 2013

Himpunan Terkini Gambar Lebuhraka Rakyat KB-Kuala Krai 3.5.2013

















Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Osman-Rani boikot Utusan Malaysia kerana rasism



Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Osman-Rani membuat kenyataan menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya untuk menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabelnya tidak mewakili Melayu Malaysia.

Azran secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial miliknya itu menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan akhbar itu bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."

Dalam akaun Twitter pula, beliau juga menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan.

"Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia," tulis ahli korporat Melayu baharu itu.

Credit : Orenji Ren Oren


Tulisan bos AirAsia X buat PERKASA berang
2:01PM Mei 14 2013 
Ketua pegawai eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani menjadi sasaran cemuhan balas dari pelbagai penjuru hari ini ekoran tulisannya di laman sosial yang didakwa memperlekehkan pertubuhan pro-Melayu PERKASA dan akhbar Utusan Malaysia.

Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu hari ini menyiarkan kenyataan dari pemimpin PERKASA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar sikap “bongkak” dan “lupa diri” Azran.

NONEBerang dengan tulisan Azran, pemangku presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut  “angkuh” kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa “kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia”.

"Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?

"Dia menuduh kerana fikiran sempit Perkasa menyebabkan orang Melayu ketinggalan, tetapi tidakkah dia tahu dengan kuasa politik di tangan orang Melayu sahaja segala agenda dan kepentingan Melayu dapat direalisasikan sehingga kita mampu memiliki syarikat penerbangan yang sama sekali tidak terfikir boleh berlaku?," kata Abdul Rahman seperti dipetik Utusan.

Menurut laporan berkenaan, Azran menulis di Twitter dan Facebook bahawa beliau meluat dengan Utusan Malaysia dan menyalahkan akhbar tersebut kerana menyiarkan laporan muka depan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?'.

Turut dibariskan dalam laporan Utusan hari ini ialah ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan yang menyifatkan Azran sebagai individu yang "lupa asal usul" kerana mengecam peranan akhbar tersebut.
"Dalam konteks ini tidak kira setinggi mana pendidikan dan taraf kehidupan seseorang Melayu itu, tetapi dia tidak berhak sama sekali mengkritik suara Utusan Malaysia dalam mempertahankan hak orang Melayu," katanya.
Sementara itu, seorang aktivis anti-PKR Abdul Ghani Haroon pula dalam laporan di halaman sama menyebut, tindakan Azran tidak mencerminkan pemikiran moden seorang tokoh korporat kerana turut menarik balik iklan AirAsia X di akhbar berkenaan.
"Orang seperti ini adalah mereka yang lupa daratan dan lupa sejarah tentang perjuangan memartabatkan anak bangsa sendiri di bumi Malaysia," katanya.

Saturday, May 11, 2013

Asri: 'Mereka apikan isu perkauman langgar ajaran Islam'



DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
11 Mei 2013
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
TINDAKAN sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliah yang diharamkan syarak. Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara 'multiracial' seperti Malaysia ini . Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. Lantas akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas 'prejudice' perkauman.

Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun ‘asabiah' yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan. Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilannya Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama.

Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir sama ada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Cina atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan ALLAH, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.

Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. ALLAH menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) “dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (ALLAH) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).

Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani). Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.

Tujuan ALLAH menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman ALLAH: (maksudnya) (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13). Lihat dalam ayat ini, ALLAH memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini: “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan ALLAH. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
Maka, haram bagi seorang muslim meniupkan api perkauman yang menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana warna kulit ataupun keturunannya. Wajib kita mempamirkan keindahan kesejagatan Islam kepada semua pihak supaya keindahan Islam dapat diterima oleh manusia.

* Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis dan pensyarah di Universiti Sains Malaysia

Thursday, May 9, 2013

Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu


Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.
Cara Wuduk Rasulullah S.a.w

Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”

(Muslim )

Huraian

Wuduk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wuduk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.


Wallahu’alam….

http://www.blogammar.com/memeluk-islam-kerana-mengkaji-wudhu/

'Selamat tinggal Old Trafford' - Ferguson


'Selamat tinggal Old Trafford'
Ferguson akhiri kerjaya 27 tahun tangani Man United

Manchester: Alex Ferguson sah bersara di penghujung musim ini selepas mengharungi 27 tahun karier cemerlang bersama Manchester United yang meletakkannya sebagai pengendali paling berjaya dalam bola sepak British.

“Keputusan untuk bersara antara yang paling sukar untuk dilakukan dan saya tidak mengambil mudah mengenainya,” kata pengendali 71 tahun dari Scotland itu semalam. “Ini adalah masa yang sesuai.” 
Kelab yang dimiliki keluarga Glazer dari Amerika Syarikat dan tersenarai dalam Bursa Saham New York, belum menamakan pengganti Ferguson. 


Sejak menjawat jawatan di Old Trafford pada 1986, Ferguson memenangi 38 trofi, termasuk 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), dua Liga Juara-Juara dan lima Piala FA. Dia pernah menyuarakan hasrat bersara pada 2002 tetapi membatalkannya.

Masa depan terjamin

Selepas United meraih gelaran Liga Perdana terbaru dua minggu lalu – melebarkan rekod kelab kepada 20 kejuaraan – Ferguson mengumumkan dia belum terfikir untuk bersara.

Tetapi kini dia hanya mempunyai dua perlawanan terakhir liga bersama kelab yang diterajuinya menjadi sebuah kelab paling hebat di dunia. “Penting bagi saya untuk meninggalkan organisasi ini pada tahap terbaik dan saya rasa saya sudah melakukannya,” kata Ferguson. 
“Kualiti skuad juara liga ini, dan pemain muda yang ada, mampu meneruskan kejayaan ini pada tahap tertinggi manakala struktur pembangunan pemain remaja akan memastikan masa depan kelab terjamin.”

Ferguson sebelum ini mengatakan hanya masalah kesihatan akan memaksanya untuk melepaskan jawatan itu, dan hujung minggu lalu dia dikatakan perlu menjalani pembedahan di pinggulnya. Namun dalam kenyataan persaraannya, isu kesihatan tidak dinyatakan.

Jadi duta kelab

Dia bagaimanapun akan terus bersama kelab sebagai pengarah dan duta. “Saya perlu menyatakan penghargaan saya kepada keluarga saya, kasih sayang dan sokongan mereka cukup penting selama ini,” katanya.

Ferguson mencetus kebangkitan United daripada sebuah kelab yang bergelut ketika dia tiba lebih suku dekad lalu, selepas menjulang kejuaraan Eropah di Aberdeen, Scotland.

Dia menjulang kejuaraan pertama di Old Trafford pada 1990 – Piala FA – dan pada 1993 kelab berkenaan memenangi gelaran liga utama selepas 1967. Sejak itu United muncul sebagai kuasa bola sepak Eropah dan antara kelab terkaya dunia.

Selain Liga Juara-Juara 1999 dan 2008, United turut mengumpul empat trofi Juara Liga dan Piala Dunia Kelab FIFA 2008. “Pada tahun-tahun awal saya, sokongan lembaga pengarah terutamanya Bobby Charlton memberikan saya keyakinan untuk membentuk kelab ini lebih daripada sekadar pasukan bola,” kata Ferguson. - AP

9 maut kapal langgar menara


9 maut kapal langgar menaraAnggota penyelamat memeriksa lokasi menara kawalan yang tumbang selepas dilanggar sebuah kapal kargo, menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh di pelabuhan Genoa, Itali semalam.
Mangsa tercampak ke laut, terperangkap dalam lif

Rome: Sekurang-kurangnya sembilan orang dikhuatiri terbunuh selepas sebuah kapal kargo Jolly Nero melanggar menara kawalan hingga tumbang ke pelabuhan Genoa, Itali, kata pegawai penyelamat semalam.

Kira-kira 15 orang berada di dalam menara terbabit ketika ia dilanggar, menyebabkan mangsa tercampak ke dalam air dan terperangkap di dalam sebuah lif di menara kawalan itu. 
Kemalangan berlaku ketika penduduk Itali masih trauma dengan kejadian kapal Costa Concordia yang karam pada waktu malam di pulau Giglio pada Januari 2012 menyebabkan sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh. 


Seorang mangsa dikenal pasti sebagai Daniele Frantantonio, 30, yang bekerja di pusat operasi pengawal pantai, manakala mangsa yang lain masih belum dikenal pasti.

Pelabuhan paling sibuk

Pasukan penyelamat menyelam ke kawasan perairan di sekitar pelabuhan paling sibuk di Itali itu dan masih mencari enam hingga tujuh orang yang dipercayai hilang selepas kemalangan, di mana sekurang-kurangnya empat mangsa dilaporkan cedera parah.

Anjing pengesan yang dilatih untuk mencari mangsa di zon gempa bumi juga digunakan bagi mengesan mereka yang terperangkap dalam runtuhan terbabit. 
Bilangan sebenar mangsa yang hilang tidak dapat dikenal pasti disebabkan kemalangan pada jam 11 malam itu berlaku ketika pertukaran syif di menara yang condong sehingga 45 darjah sebelum ia runtuh sebahagiannya.

Jurucakap bomba di tempat kejadian, Luca Cari, memberitahu Associated Press (AP) bahawa mayat keempat ditemui di kawasan lif dan usaha menyelamat masih diteruskan.

Sehingga pagi semalam, apa yang tinggal hanyalah tangga luar menara kawalan terbabit yang condong ke tepi. Menara itu sendiri terkeluar dari pelabuhan, sama ada di dalam air atau dalam timbunan runtuhan.

Seorang doktor, Andrea Furgani, yang juga anggota pasukan penyelamat berkata krew pada awalnya membawa empat mangsa cedera ke hospital di Genoa.

“Keadaan mereka kritikal. Mereka mengalami kecederaan akibat daripada ditindan, patah tulang dan cedera pada bahagian dada,” katanya kepada AP.

Kapal Jolly Nero adalah milik syarikat perkapalan Itali, Ignazio Messina & C. SpA.

Berdasarkan laman webnya, Messina Line yang berpejabat di Genoa, memiliki 14 kapal kargo dengan kapal Jolly Nero berukuran 239 meter panjang dan 30 meter lebar.

Agensi berita ANSA memetik pegawai syarikat itu, Stefano Messina, berkata bahawa kejadian seperti ini tidak pernah berlaku kepada syarikat itu yang diasaskan pada 1921. - AP/AGENSI