Showing posts with label Nora Elena. Show all posts
Showing posts with label Nora Elena. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Lelaki Tidak Pernah Cuba Untuk Menjadi Seperti Seth Tan?

Demam Nora Elena belum habis. Malahan makin panas dikalangan blogger sehingga membawa link puan ahkak merata di FB. Yang lucunya, entry yang lucu tiba-tiba menjadi seperti serius. Ada yang menghentam entry tu seolah-olah surat itu mmg akan diposkan kepada TV3. Takkan ayat mcm tu nak hantar btol2 kot. Adoiii pening pala hotok aku. Yang membantah seolah-olah marah kerana mungkin mereka mendambakan lelaki seperti Seth Tan? Mungkin mereka belum puas mendapat layanan daripada suami masing2. Tapi pernah terfikir ke antara realiti dan fantasi?

Bila aku sebut pasal cerita Nora Elena,ramai wanita yang akan soal aku balik dengan ayat yang hampir sama.

"Lelaki tidak pernah cuba untuk menjadi seperti Seth Tan"

Aku nak tanya balik, jika wanita begitu mendambakan lelaki seperti Seth Tan, "Ada ke wanita yang cuba untuk menjadi seperti Fatimah atau Mutiah, atau seperti Natasha :p ?"

Wanita sentiasa dambakan lelaki yang romantik seperti dalam TV/wayang. Tapi takkah terfikir semua yang dalam TV itu hanya mengikut skrip, fatamorgana bukan realiti. Setelah skrip disiapkan, skrip itu akan direview supaya permulaan, tengah dan ending cerita haruslah dramatik. Bermakna ia bukan berdasarkan realiti. Setiap perbuatan manusia adalah mengikut keadaan, masa, situasi, mood semasa dan keadaanya. Hari ni bergaduh bagai, bertengking sana sini esoknya nak dapat bunga ros merah mcm biase? kemonnnn, back to reality la.


Watak Aaron sama ke mcm kt luar? Watak Hugh Grant (Notting Hill) sama ke kat luar, bukan ke mamat tu baham pelacur negro dlm kete sampai bercerai berai? Fasha Sandha (meowww) sama ke watak Natasha dgn cite dia kt luar? Imuda/apek kelakar ke kt luar, nampak serius je, Richard Gere (Pretty Woman) sama ke dgn watak dia kt luar? Sama ke Di Caprio (Titanic) dgn kt luar? Ben Affleck same ke kt luar dgn mase nk naik roket g bom asteroid? Adam Sandler buat benda yg same ke kt luar mcm 50 First Date tu?

Ya,kajian memang betul bahwe rakyat Melayu Malaysia bukan dari golongan yang romantik berbanding bangsa Eropah. Contoh nyata, pernah kita tengok pasangan tua umur 70 80 an berpegangan tangan seperti baru kahwin berjalan sana sini seperti mat salleh? Tapi kemon la, ada juga mat salleh yang tak mcm tu. Ada yang tak serius dlm hubungan, anak 3 4 pun belum tentu nak kawin dan hidup bsama sampai tua. Kerana apa? Sebab kalo kahwin, bercerai alamat harta kena bahagi2 la, lgpun kalo berpisah, mereka dah bersedia utk pompuan lain.

Romantik adalah perkara yg subjektif. Kdg2 sesetengah org, suami yg tolong lipat kain, sidai baju atau kemas rumah sudah dianggap romantik. Kalo rumah bersepai, bantal dah hitam mcm kena kiwi kasut tapi hari-hari bagi bunga ros, romantik menate gapo gitu. Keliling rumah mcm rumah dah kena tnggal 20 thn, tp kt dlm rumah siap bg cokelat hersyey dgn dinner berlilin bagai, romantik nate apo gitu. Mlm ni kate suami pondan, esok nk suami bunga ros lg?

Hurmmm padan-padanlah dgn cerita Nora Elena, harap ini last cerita pasal citer tak logik tu, Lelaki Perogol Bawah Pokok Pisang Bajet Lelaki Idaman Wanita Malaysia.

"Jangan mengharapkan suami seperti Ali jika anda tidak seperti Fatimah"







Nora Elena Mati Dalam Episod Terakhir, Ending Tak Sama Seperti Novel.


Mungkin sebab hati kami jantan, jadi apabila drama bertajuk ayu-ayu macam Nora Elena ni, kurang sikit nak follow. Namun, fenomena Nora Elena seakan sebati dengan wanita-wanita yang mengimpikan suami romantik seperti Seth Tan (lakonan Aaron Aziz), yang berkemungkinan besar kurang mendapat kasih sayang daripada suami sendiri. LOL!

Seorang blogger, Falihin Jasmy memberikan pendapat yang menarik mengenai Nora Elena yang akan berakhir, hari ini. Menurutnya, ada kejutan yang dilakukan oleh pihak produksi dengan menukar ending cerita Nora Elena untuk memberikan impak yang lebih mendalam kepada rakyat Malaysia! Biar kasi leleh air mata! Pendek kata, Nora Elena akan mati di akhir cerita!

Persoalannya, bagaimanakah Nora Elena akan mati? Falihin Jasmy mengeluarkan beberapa teori yang boleh diterima akal :

1.Nora Elena dibunuh dengan kejam oleh Yvone yang berkomplot dengan suami si Nilawati, Khairul si kaki pukul.

2.Eid kembali ke tanah air untuk membalas dendam kesumat dengan menembak Seth Tan. Malangnya, Nora Elena yang terkena peluru tersebut ketika cuba menyelamatkan suaminya, tragis sungguh!

3.Nora Elena meninggal dunia kerana ketika melahirkan anaknya dan Seth Tan memberikan nama anaknya juga Nora Elena untuk memperingati isterinya yang tercinta. Akhirnya, Seth Tan bahagia dengan Nora Elena, iaitu anaknya buat selamanya.

Yang pasti, ending Nora Elena tidak akan sama dengan jalan cerita di novel untuk memberikan tahap saspen tertinggi kepada penonton setia. Fakta yang menarik, menurut GUA.com.my, Nora Elena berjaya menarik jumlah penonton yang ramai kerana kekuatan jalan ceritanya & nak tengok muka Aaron Aziz yang hensem, opps!

Jumlah tontonan untuk episod 1 hingga 18 sudah mencecah 800,000 di tonton.com.my, sementara episod 16 saja mampu menarik 80,000 tontonan.

Sumber: http://www.ohbulan.com/nora-elena-mati-dalam-episod-terakhir-ending-tak-sama-seperti-novel/#more-15199







Friday, June 10, 2011

Lanjutan isu - Surat Terbuka Kepada TV3 - Bantahan Terhadap Penyiaran Siri Drama Nora Elena

Adoiiiii, nak gelak guling-guling rasa. DUlu jumpa blog pasal surat terbuka tu, aku gelak sorang-sorang kat opis. Tak terlintas pun cerita tu kutuk usaha penerbitan sebuah drama melayu, ia hanyalah sebuah posting lawak. Salah satu posting yang boleh release tension.Malahan, hari aku copy paste (dgn izin ye mak jemah, sbb ade rujukan tu hehehe) blog aku mendapat kunjungan yang ramai juga. Tak sangka ramai yang mcm amik serius pasal posting blog tu.

Adehhhh, gelak lagi skali bile baca respon orang dan jawapan pemilik blog. Kelas gitewww. Macam2 orang ni, kalo dah minat, yg melawak pun ingat serius, dah la, aku nk layan maharaja lawak plak.


Friday, June 10, 2011

"Mak Jemmah Fehmes Hokkeh!!"

Okeh, dah beberapa hari ahkak asik tekan New Post, pastu kensel, tekan balik, pastu kensel. Memang ragu ragulah nak apdet blog sekarang ni..bukan ape, takut nanti ahkak tulis macam biasa ahkak tulis sesebelum ni, hAdEk-hAdek yang jaP tUlIS caMni, PaSTu CamNi emo pulak. Susah lew aq nantiew! Ye lah, kalu hok biasa baca entry ahkak geli, mesti paham camne, tapi kalu hok jenis baca sekali, pastu tak menyempat nyempat nak tekan butang comment, hok tu la susoh tu..

Ok, sepanjang tidak mengapdet blog ni, bermacam perkara-perkara baik, rezeki datang. Alhamdulillah. Takpe, blog kita bole tinggalkan sekejap. Sekarang mungkin masa yang baik. Oleh itu, mari kita amik masa yang ada ini untuk menjawab persoalan mahupun komen komen positif mahupun negetif dari pembaca-pembaca. Tak daya nak jawab sesatu kat sudut komen bahagian surat tu..jadi ahkak rangkumkan sini, jawab sekaligus!

Soalan Pertama
Ko sombong kan? Asal tak jawab komen orang kat entry Surat tu? Ramai yang sentap, harus kau balas tau!!
Tak kira hadek hadek, hakak hakak, bini orang, macik macik ada jugak yang sentap tuh..ko bgtau la derang entry tu memain je

Jawab
Kak nowa kutuk Aaron Aziz, mesti la kiteww owrang mawrah!!

Biarkan lah yang emo emo tu, derang tak baca sampai abis, kelam kelibut dah tekan button komen..
Takpe, kak nowa tak marah. Bagi kak nowa itu perkara normal, hadek hadek pun macam kita dolu dolu..Jiwa memberontak. Nak orang dengar pendapat dan kemahuan kita jugak. Kalu kita nak pendapat kita orang lain dengar, kita dulu lah kena dengar pendapat orang lain. Terima secara positif..ebendo kalu dia kata ahkak geli bangang pun, kita terima lah, sebab kalu satu jari tuding kat kita, pat jari lagi tuding kat diri sendiri..haa..gittuew..
Jadinya, kalu orang orang tu kata, ahkak bangang, bodow, takde motip, kita jangan marah, jangan emo balik, jangan maki hamun balik, kita cuma bole kesian kat derang...
Kesiannnnn.......

Soalan Dua,
Kau tak reti bezakan antara Drama dan Realiti? NI kan novel semata mata..??

Jawapan,
Kau tak reti beza antara Entry Suka Suka dan Entry Serius?
Sekali lagi,
KESIANNNNNN.....

Soalan Tiga,
Dah sampai belum TV3 ni? Memang nak antar TV3 betol ke ni?

Jawapan,
Tak serius nak antar lah...saje sesuka..Eh, tapi dah bebetol sampai ke TV3 kan??

Soalan Empat,
Kesian kau kan? Laki kau dah tak romantik, nak dengki ngan Nora Elena pulak. Kesiannnn..(eh kat aku pulak?)

Jawapan,
Takdenye aku nak dengki ngan Nora Elena. Watak dalam drama pulak tu..
Adui, diulangi sekali lagi, ahkak tau beza antara realiti dan drama jugak lah..takde la bangang sangat..
Oh isu romantik..
tak payah la ckp, laki ahkak tak romantik.
Laki ahkak romantik gile masa belum kawen tu. Ahkak tak tau la macam mana korang nak huraikan pasal romantik tu, sebab ahkak tak main la bunga bunga ni..
Kalu nak ckp romantik, tu, gunung Kinabalu tu, Chinta ahkak nak korek ritu bawak balik Pekan, wat hantaran kawen. Bukan nak korek pakai bekho tau, nak korek pakai sudu...Ahkak je ckp, tak payah la buat Gunung Kinabalu tu as hantaran..takpe, ai tau dah yu romantik nak mampus.

Itu tak kira lagi tahap romantik sampai bengkok grill pintu depan umah sewa ahkak kat Presint 11 dulu, rumah tingkat 11, no 11, gara gara ahkak merajuk, 4 jam dia tunggu ahkak kat luar rumah. Tak romantik? Tapi, romantik tu hanya semantara. Bila dah kawen, sikap romantik tu bertukar kepada Tanggungjawab dan ambil berat.

Mana lagi kau nak, laki kau balik rumah, bawak balik bunga, bagi kat kau, dan kau pun goes, OOOO EMMM JAAAYYYY, romantiknyewww lakieww kueww..

Lepas tu terus dia silang kaki duk depan tibi, pasang tibi, sambil pegang erat remote tibi sedangkan kau bersilat kat dapur? dengan anak lagi bergayut kat kaki kau, melalak nak itu ini?

Atau kau lebih suka, laki kau balik rumah, muka penat, tapi masih mampu senyum tengok kau, kau cium tangan dia, dia amik alih tugas jaga anak, tolong susukan anak dan kau bole masak dengan tenang?

Atau, laki kau bangun lebih awal dari kau, tolong basuh beras wat bubur anak, basuh botol susu anak yang malam tadi, basuh pinggang mangkuk malam tadi, masakkan air, lepas dia mandi, barulah dia kejutkan kau, yang dia tau kau kepenatan sebab melayan anak menangis tengah malam, atau semalaman anak melekap kat dada kau, dan memang ko tak dapat lena sangat. Kau bangun pun ko cuma bancuh air untuk laki kau, dan laki kau sapu roti sendiri..itu je? Mudah kan kerja kau pepagi?

Atau, masa kau nak bersalin, laki kau dengan tenang temankan kau di dewan bedah, bacakan ayat ayat suci kuran untuk kau yang tengah sakit, tolong genggam tangan kau masa kau tengah sakit..dan azankan anak korang?

Atau, laki kau sendiri imamkan kau sembahyang, dalam saat kau masih bertelekung, kau salam laki kau, dan laki kau cium dahi kau..tak rasa sayu, sebak? Tak rasa romantik?

Pasal romantik sebelum kawen, dan lepas kawen amatlah berbeza. Sebab bila dah kawen, romantik tu lebih banyak bertukar kepada tanggungjawab dan keperluan. Bukan la maknanya ilang terus aura romantik, tapi akan datang juga romantik bila tiba tarikh penting, macam birthday, anniversary..Haa, masa tu la bole wat treasure hunt, suh bini pegi cari sendiri mana laki sorok kad..hahhahaha..

So, kalu nak kata laki ahkak dah tak romantik, tidak la jugak. Yang penting, dia ada kat rumah, mengadap tivi dalam rumah sendiri, masa orang lain sibuk tengok bola piala omputih kat kedai mamak, atau Club, dan dia tetap ada sebelah ahkak, melayankan kenit, kat kenduri, majlis makan makan, supaya ahkak dapat makan dengan selesa, disaat laki orang lain, tinggal terus anak kenit kat bini, supaya kaum bapak-bapak bole merokok sambil sembang sembang ngan laki lain.

Yes, kalu ada isteri yang claim, laki dia masih lagi romantik macam dulu dulu, ahkak tumpang gembira, dah rejeki yuols noks.. Bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada kau..Tak semua orang bertuah macam kau..

Dan kepada kita yang claim, laki dah "kurang romantik" kita harus lihat dari sudut positif, sebab suami adalah segalanya..dan bila Allah jodohkan kita dengan dia,maknanya, dia adalah yang terbaik. Ingat, Allah tidak bagi kita apa yang kita mahukan, tapi Allah bagi kita, apa yang kita perlukan...

Soalan Lima,
Kesian perempuan ni kurang kasih sayang.

Jawapan
hahhahahah...Oooo Emmm Jayyyyy....hahhaha...alhamdulillah, buat masa ni, cukup je kasih sayang yang keluarga ahkak bagi..


Soalan Enam,
Bodownya orang. 2 pun nak jewles..

Jawapan.
Ahkak klik profile ko dik.. Ko kata ko student..ahkak dah kompius, ko student ke stupid..??


Soalan Tujuh?
Kau giler noks!! laki kau tak marah ke kau tulis cenggitu??

Jawapan,

Pasal laki ahkak seorang suami yang memahami, paham sebuah lawak, dia langsung tak marah. Siap call ahkak tiap kali ada komen yang dia rasa lawak. Sepertinya

"hahahahha...gile betol bunga mawar tabur kat kubur"
"apehal emo tu?? orang memain je la.."
"tu ada satu perkataan "MARAH" tetinggal atas perenggan pertama tu"

Kalau entry tu tidak mengecilkan atau membuatkan dia amarah, entry itu akan kekal. Ada jugak beberapa entry yang sebelum ni dia bantah, jadi terus remove walau ada mungkin beberapa orang dah terbaca!

Soalan Lapan
Sokong lah citer melayu skit. Kalu citer melayu, cepat je bantah, tu citer indon, siap dengan pari terbang, kuda terbang tu, Citer korea yang meleret-leret tu, takmo bantah?

Jawapan,
Erm..aduyai..Citer indon, citer korea yang meleret leret, mengarut ngarut, langsung ahkak tak tengok. Dah katanya kau tengok, kau sendiri kata tak logik, apa kata kau wat bantahan. hahhha..

Ekseli diknon, ahkak bila ahkak review sesuatu citer tu, maknanya ahkak tengok. BIla ahkak tengok , ahkak suka, bila ahkak suka, ahkak review la..tengok macam ahkak review 2 alam, walau orang kata tak sedap lagnsung, hampeh, ahkak tengok, ahkak suke je.siap review lagi. Macam citer yang korang tengok tu, pari terbang, tukar tukar anak tu, camne ahkak nak bantah kalau ahkak satu episod citer tu pun ahkak tak te ngok? Korang tolong bantah la sebagai tanda korang sokong citer melayu..bole?


Akhir kata,
Yang emo tu, jgn emo, sebab ahkak tak de la nak emo sangat ngan korang pun. Tiap orang bebas nak nyatakan pendapat masing masing kan?

Kepada kekawan pengomen, yang tolong mengomen balik kepada mereka yang emo,
Siap tolong balas komen, terima kasih ye korang. Mekasih ye jugak kepada mereka yang berkunjung dan memahami bebetol isi hati ahkak geli..

Kepada pembaca lain, yang paham entry ni hanyalah sesuka, Yu Rawkkkk!!!

Oh tetinggal lagi sorang pengomen kata,
"saya tak heran ngan bunga ros, saya orang cameron, bunga ros tu saya wat tabur atas kubur je"

Komen kau ahkak paling suka la yuols..walau memula ahkak sentap, ada orang tabur bunga ros atas kubur. Ahkak nak pegi kubur beria la keliling rumah cari bunga kertas, bunga loceng ngan bunga tahi ayam je tabur tabur..kau khellas tau tabur bunga ros..tabiklah..hahhahahah

Dan kepada mereka mereka yang share, secara "hahhaha..kelakar la, baca taw" mahupun "apa la bangang, drama pun nak jeles", ahkak ucapkan terima kasih jugak, sebab koranglah traffic ahkak mencanak..duit pun bertambah walau sebelum ni hauzzzzz!!




sebelum ni dalam akaun nuff, ada belas belas ringgit je, dalam seminggu, bole naik jadi figure kat atas tu..

Akhir kata, terima kasih sekali lagi, kepada mereka mereka yang share, forward, sampaikan bebetol samapi ke TV3 walau niat asal hanya untuk entry suka suka..Terima kasih Gua.com.my

Mekaseyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!

Ikhlas Tapi Jauh,

Nowa,
Bendahari,
Tabung Kelab Ibu-Ibu Menetet Sambil Memandu
Sumber: http://cikgeligeli.blogspot.com/2011/06/mak-jemmah-fehmes-hokkeh.html










Wednesday, June 8, 2011

Surat Terbuka Kepada TV3 - Bantahan Terhadap Penyiaran Siri Drama Nora Elena

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya
Sumber: http://cikgeligeli.blogspot.com/2011/06/surat-terbuka-kepada-tv3-bantahan.html