Friday, June 17, 2011

Nora Elena Mati Dalam Episod Terakhir, Ending Tak Sama Seperti Novel.


Mungkin sebab hati kami jantan, jadi apabila drama bertajuk ayu-ayu macam Nora Elena ni, kurang sikit nak follow. Namun, fenomena Nora Elena seakan sebati dengan wanita-wanita yang mengimpikan suami romantik seperti Seth Tan (lakonan Aaron Aziz), yang berkemungkinan besar kurang mendapat kasih sayang daripada suami sendiri. LOL!

Seorang blogger, Falihin Jasmy memberikan pendapat yang menarik mengenai Nora Elena yang akan berakhir, hari ini. Menurutnya, ada kejutan yang dilakukan oleh pihak produksi dengan menukar ending cerita Nora Elena untuk memberikan impak yang lebih mendalam kepada rakyat Malaysia! Biar kasi leleh air mata! Pendek kata, Nora Elena akan mati di akhir cerita!

Persoalannya, bagaimanakah Nora Elena akan mati? Falihin Jasmy mengeluarkan beberapa teori yang boleh diterima akal :

1.Nora Elena dibunuh dengan kejam oleh Yvone yang berkomplot dengan suami si Nilawati, Khairul si kaki pukul.

2.Eid kembali ke tanah air untuk membalas dendam kesumat dengan menembak Seth Tan. Malangnya, Nora Elena yang terkena peluru tersebut ketika cuba menyelamatkan suaminya, tragis sungguh!

3.Nora Elena meninggal dunia kerana ketika melahirkan anaknya dan Seth Tan memberikan nama anaknya juga Nora Elena untuk memperingati isterinya yang tercinta. Akhirnya, Seth Tan bahagia dengan Nora Elena, iaitu anaknya buat selamanya.

Yang pasti, ending Nora Elena tidak akan sama dengan jalan cerita di novel untuk memberikan tahap saspen tertinggi kepada penonton setia. Fakta yang menarik, menurut GUA.com.my, Nora Elena berjaya menarik jumlah penonton yang ramai kerana kekuatan jalan ceritanya & nak tengok muka Aaron Aziz yang hensem, opps!

Jumlah tontonan untuk episod 1 hingga 18 sudah mencecah 800,000 di tonton.com.my, sementara episod 16 saja mampu menarik 80,000 tontonan.

Sumber: http://www.ohbulan.com/nora-elena-mati-dalam-episod-terakhir-ending-tak-sama-seperti-novel/#more-15199







No comments: