Tuesday, June 14, 2011

Layan Suami Macam Pelacur Kelas Pertama

Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ - Dr Rohaya, Naib Presiden Kelab Isteri Taat.

Kesian Dr Rohaya, niat asalnya baik, sangat baik. Melayan seperti pelacur kelas pertama bukan bererti menjadi pelacur atau manjadi hamba abdi.

Seperti biasa sekonyong-konyong ada orang besar menuduh Dr Rohaya seperti menggalakkan lelaki mengambil peluang ke atas golongan wanita. Yang paling lawak, menuduh beliau menggalakkan kaum lelaki berpoligami. BODOH. Menjadi seperti, bukan bererti menjadi pelacur, BODOH!!!

Bila baca paper, hari-hari kuar cerita pasal ni. Orang lelaki senyap je, kenapa? Tak pernah terfikir kenapa? Malahan orang besar lelaki senyap 'tupah'. Yang bisingnya orang besar wanita.

Dari sudut lain, memang mungkin bagi yang 'beriman' kononnya agak tersentap dengan penggunaan perkataan pelacur. Mereka lebih suka menggunakan layanan seperti wanita kelas pertama. Tapi harus diingat, manusia ni ada pelbagai jenis. Ada jenis yang tak reti bahasa, ada yang sekali bgtau pun dah paham, ada yang kena rotan baru paham dan ada yang kena jerkah pun masih tak paham-paham lagi.

Hina ke layan suami macam pelacur kelas pertama yang berharga beribu-ribu semalaman? Menjadi pelacur kepada lelaki lain dijanjikan neraka, tetapi menjadi pelacur kepada suami silap-silap kejap je dihisab sebelum diarak ke syurga!!!

Ahhhh lain orang lain pemahaman. Berikut ialah cerita yang boleh dijadikan pedoman kepada orang wanita besar berduit banyak tu.

Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti'ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi?

Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.

Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa'alaikumussalam ! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.

"! ! ! Saya Fatimah, puteri Rasulullah ". "Alhamdulillah, alangkah bahagianya
saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya," terdengar kembali
jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan
pintu."

Sendirian, Fatimah ? "Aku ditemani Hasan". "Aduh , maaf ya," suara itu terdengar jadi menyesal. " Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki ".
" Tapi Hasan masih kecil". " Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang
lagi, saya minta izin kepada suami," sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali.
Selepas memberi salam dan dijawap gembira , Mutiah berkata dari dalam.
" Datang dengan Hasan, Fatimah? Suami saya sudah memberi izin"
'Ya dengan Hasan dan Husain "
"Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin ?! ! !
Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami,
" jawab Mutiah.

Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.

" Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya, "kata Mutiah sambil sibuk di dapur.

Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas mampan.
Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah, " suamimu kerja di mana?! ! !
"Di ladang". "Sebagai pengembala?" soal Fatimah.
"Bukan. Bercucuk tanam".
"Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?"tanya Fatimah.
"Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, "sedap", takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami".

"Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu,"tanya Fatimah.
"Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami."

Nah!!! mcm mana? Itu baru layanan kelas pertama di dalam rumah. Bezakanlah, si orang besar wanita tu boleh buat macam tu, silap suami dia plak yag kena ikut cakap dia, hahah malang suami itu. Boleh tiru mcm mutiah? dia memang dah konpom syurga. Beliau yang akan menarik pedati dinaiki Fatimah ke syurga. Maknanya kaki beliau yang pertama jejak syurga, bukan Fatimah. Amcam? ada lagi ke wanita mcm tu kt dunia ni???







1 comment:

Ahmad Liwauddin bin Mardi said...

Suka cerita ni... bagus klu dikongsi kat semua wanita di dunia...