Monday, June 20, 2011

Kisah Azam Si Tukang Rumah

Suatu petang
Hujan begitu lebat sekali
Sesiapa pun tahu, bumi Pantai Timur amat tega dengan hujan
Bisa membanjiri seluruh kawasan rendah
Tanpa amaran, kadan-kadang terjadi begitu sahaja
Azam pasrah, ahhhh seronoknya, sejuk

Suatu petang (again, hari yg same la ngek)
Seluruh dapur dibanjiri
Rupanya hujan tadi mem'penetrate' lubang-lubang yang ada
Maka seluruh lantai basah bergenang air
Azam pasrah, lalu disapu air yang membanjiri

Suatu petang (yg ni hari lain la plak)
Bumbung harus dibaiki
Jika tidak, perkara berulang, masalah bertambah
Maka mencucilah dedaun
Bumbung diintai, dedaun acasia disapu
Atap terlalu rapat, mengganggu aliran air hujan
Tersumbat, itulah puncanya
Azam pasrah, terus berusaha

Suatu petang (yang ni pun hari yg lain la)
Rasa tidak puas hati membara, tido tidak menentu
Jika tidak diselesaikan, aliran hujan terganggu lagi
Diambil tangga, memanjat bumbung dari dalam
Atap yang mungkin tercabut dan mengganggu aliran air harus dibuang
Azam tekad, pertama kali masuk bumbung rumah sendiri

Gelap, bertemankan lampu suluh
Panas, berseluarkan pendek pinggang ke atas berbogel
Peluh mengalir bak air Bukit Bakar
Sunyi, gelap, panas, kuar Ju On mampus kt situ juga
Atap diselak-selak sambil membuang dedaun yang memenuhi
Akhirnya atap yang mengganggu aliran hujan dijumpai
Senyum, dalam keadaan tempat yang sempit, kepala terpaksa ditunduk
Yang mengganggu dibuang, senyum bangga
Azam bangga, misi tercapai

Keluar sahaja dari bumbung, tangga diangkat ke luar
Pengait dibawa untuk membersihkan sisa-sia daun
Naik sahaja tangga
Mata TERBELALAK, dengus dihembus kuat, tangan di dada mata ke atas
"ADA LAGI GETING HOK SEKAT ALIRAN?"
"DOH AKU BUANG ATAP GETING HOK MANE TADI?"
Niat mencuci saki baki daun dibatal
Sambil menggaru kepala
Azam pasrah, sengih sendirian

Azam pasrah malam itu, berdoa tidak hujan
Azam pasrah malam itu, kalo hujan dibimbangi bocor
Azam pasrah malam itu, seperti tukang kasut membaiki kerete
Azam pasrah malam itu, seperti pomen kete labi membaiki ferari
Azam pasrah malam itu, ligat berfikir namun, Azam pasrah jua!!!!!



No comments: