Showing posts with label Selingkar Kisah Kelantan Darul naim. Show all posts
Showing posts with label Selingkar Kisah Kelantan Darul naim. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Jambatan Sultan Yahya Petra


Jambatan Sultan Yahya Petra dibina semasa pemerintahan PAS di Kelantan dalam tahun 60an menghubungkan Kg Sireh dan Pasir Pekan. Apabila siap, ia menjadi salah satu jambatan terpanjang di Malaysia pada waktu itu. Ia mengenakan tol bagi setiap kenderaan yg menggunakannya. Tol ini telah menjadi salah satu sumber pendapatan utama bagi kerajaan PAS waktu itu ekoran diskriminasi yang amalkan kerajaan pusat. Agaknya kalau tiada diskriminasi, Kota Bharu dah jadi bandaraya yg terbesar di pantai timur. Dan mungkin juga dengan tiadanya diskriminasi, Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua telah lama disiapkan.
 




Sunday, July 22, 2012

Suasana Solat Tarawih Di Mesir & Kelantan



Suasana Solat Sunat Tarawih di Negara Islam Mesir era kepemimpinan hafiz 30 Juzu' Al-Quran, Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir].
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!




Pandangan dalam kemah Qaryah Ramadhan sewaktu Solat Sunat Tarawih di Kelantan. Khemah ni boleh memuatkan seramai 2,000 jemaah dalam satu-satu masa. Tahun ini sebanyak dua buah kemah disediakan. Satu berhawa dingin dan satu lagi tiada penghawa dingin. Pada setiap malam dijangkakan seramai lebih 3,000 org solat berjemaah di Qaryah Ramadhan ini.

Saturday, July 21, 2012

Pelabuhan Tok Bali

11 JULAI 2012: Operasi pemunggahan bijih besi daripada tongkang besar ke kapal besar menggunakan kren terapung (floating crane) kira-kira 6.5 batu nautika dari Pelabuhan Tok Bali (PTB). Foto ihsan: EastCoast Terminal Sdn. Bhd. (www.portokbali.com.my) atau layari laman Facebook Portokbali Malaysia, iaituhttp://www.facebook.com/pages/Portokbali-Malaysia/345077918872516