Monday, August 24, 2009

PELIK




IPOH: “Saya tidak akan menyaman mana-mana pihak,” kata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya, bahawa penahanan dan hukuman sebatan dikenakan kepadanya sebagai melampaui batasan.Ibu kepada dua anak itu bagaimanapun berkata, dia menerima dan menghormati pandangan Ismail itu.

Saya menghargai pandangan beliau, tetapi tetap dengan keputusan sebelum ini selepas berbincang dengan keluarga saya,” katanya. Laporan akhbar semalam memetik Ismail mengeluarkan kenyataan Kartika boleh mengambil tindakan saman kerana penahanan dan hukuman sebat terhadapnya tidak sah.

Hukuman sebatan itu dilihat sebagai ‘ultra vires’ atau melampaui bidang kuasa kerana hanya banduan saja boleh dikenakan hukuman itu dan saya bimbang ia menjadi satu isu sekiranya tetap dijalankan.“Dalam kes ini, Kartika hanya boleh dipenjara sekiranya gagal membayar denda RM5,000, tetapi saya difahamkan dia sudah menjelaskannya. Justeru, (dengan pembayaran denda) hukuman sebatan terhadapnya tidak boleh dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Kartika berkata, dia sudah bersedia sepenuhnya untuk dihantar ke Penjara Wanita Kajang hari ini bagi menjalani hukuman enam kali sebatan selepas disabitkan kesalahan meminum arak.Dia tetap akan meneruskan niat menjalani hukuman yang pertama kali dilaksanakan di negara ini walaupun ada beberapa pihak memujuknya supaya menarik balik keputusan itu.Katanya, tidak pernah terlintas di hatinya untuk menarik balik keputusan itu kerana ia dibuat dengan kehendak dirinya sendiri tanpa paksaan daripada orang lain.

Saya tahu saya tidak bersendirian kerana keluarga dan rakan-rakan tetap menyokong saya walau apapun terjadi dan ia menjadi kekuatan saya,” katanya.

Kartika yang kelihatan tenang mengharungi hari-hari terakhir sebelum dibawa ke Penjara Wanita Kajang berkata, dia kini berasa lega dan segala beban yang dipikulnya seakan-akan hilang apabila banyak pihak memberi sokongan dan kata-kata nasihat kepadanya sebagai bekalan ketika menjalani hukuman itu.

Saya ada berjumpa dengan individu yang arif mengenai agama bagi meminta nasihat dan banyak panduan diberikannya.“Saya juga dibekalkan dengan ayat-ayat zikir dan doa yang akan saya amalkan sepanjang berada di penjara,” katanya.Kes Kartika mendapat liputan meluas selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu menjatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 terhadapnya selepas dia disabitkan kesalahan meminum arak.

Terdahulu pada 1 Disember tahun lalu, wanita itu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating, Kuantan, kira-kira jam 11.40 malam, 11 Julai 2008.Sebelum ini, Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus, memerintahkan Kartika ditahan di Penjara Wanita Kajang, berkuat kuasa hari ini bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan.

p/s aku dah pening sekarang dengan apa yg berlaku. Satu pihak melaksanakan undang-undang yang diluluskan. Satu pihak lagi kata cukup dengan membayar denda. Agaknya undang-undang ciptaan manusia memang tak pernah lengkap. Khabarnya hari ini beliau sudah dibebaskan. Padahal beliau redha dengan hukuman malahan mohon dilaksanakan di tonton awam lagi sebagai peringatan kepada yang lain.

Tuesday, August 18, 2009

Selingkat Kisah - Muar to Bahau

Kisah 1 : PERJALANAN YANG MEMENATKAN

Hari pertama, aku dan en nawi fmsm bertolak ke Muar. Sebelum tu hantar barang kat umah en nawi. Dah sampai Hock Kin Seng, kena pulak balik smula umah aku sbb tertinggal beg ajaib aku. OTW ke umah aku, Dr Razak kol aku tertinggal alat Distance Finder pulak. OTW nak gi amik alat tu dengan azri, tiba-tiba dia kol kata alat dah dipinjam kepada student. Terpaksa U turn plak. Kemudian kitorang gi amik trailer bot. MASIH buat hal, lampu rosak (walaupun baru). Terpaksa antar bengkel, baiki dekat 3 jam, aku dah resah. Zul dah tunggu dekat 2 jam kt kedai Kain Tudung Serada. Dah baiki amik zul, lampu tak menyala plak. Hantam sajalah. Masa kat Bukit Payung lampu sebelah kiri jatuh, nasib baik ada kete lain tlg bagitau.Yang sedih, nak kuar haiwey LPT jatuh yang kanan plak masa nak bayar tol. Aku buat bodo je kuar angkat atas treler lampu tu, kete blkg tgk je. Sampai Kepong isi minyak, lekat lagi sejam. Stesen Shell (kat area org main layang2 tu) tak boleh nak swipe kad.Hampesss, last2 diorang swipe kat hos lain, pastu isi dlm tong, then tuang balik dlm tank bawah tanah....aku terkedu. Aku cakap kat en nawi "banyak betul dugaan kite hari ni, harap sampling esok takde masalah". Masa tu jam dah pukul 7pm lebih. Then kitorang teruk ke Sekinchan nak amik bot Baung Utara. Jauh gilerrrr ingat dekattttt. masa ikat bot, takde kabel plak, ikat dengan tali biasa je lah, jatuh ke hape ke ikut ah. Jam 10 kitorang sambung pjalanan ke Muar. Sampai kat hentian USJ, berenti tido tepi jalan dr jam 11 hingga 2.30 pagi. Pastu sambung ke Muar, jam 5.30am baru aku boleh rebahkan tubuh atas katil. Sebelum sampai hotel, aku jumpa kg parit panorago??? apa tu???
Tunda bot Baung Utara
Kisah 2: Sampling kat Muara Sungai Muar

Aku bangun jam 8 lebih. Aku saje buat-buat lambat. Ngantuk yang amat. Orang lain smua dah tido cukup. Aku zul dan en nawi mmg tak cukup tido. Sampai kat Sungai Muar, aku sangatla terkejut. Dalam giler Sg Muar. Tugas aku check water quality je guna multiparameter YSI. Salinity, depth, conductivity, DO. senang sangat2 je kije aku. Stesen setiap 5km. Can u imagine, jarak perjalanan kami hari pertama adalah 105km, tapi kedalaman adalah 10m-18.5km. Kapal kontena pun boleh masuk smpai bukit kepong. Tu pun kalo boleh lepas jambatan la hehehe takpun kabel letrik. Masa rehat kat Bukit Kepong,boleh la bergambar dlm balai polis bukit kepong yang bersejarah tu. api dengar citer dari sana, berlainan pulak cerita serangan komunis tu dengan cerita dalam buku sejarah. Adakah perlu menipu untuk membangkitkan semangat patriotik??

Balai Polis Bukit Kepong


Sebelum hari gelap, kami drive ke Segamat untuk carik hotel New Paris Hotel. Nasib baik ada dalam GPS guna fon aku je, N97 hehehe. Pastu carik tak jumpa, park kat tepi jalan. Aku kuar tanye abg India kedai runcit mana hotel tu. Dia ckp india kat sorang pompuan, adik dia kot. Pompuan India tu kuar kedai dia kemudian dengan selamba tunjuk kat signboard tepi 4WD kami sambil ckp "tuuuuu". Aku tahan perut, pi kat kenderaan kami kemudian gelak KAH KAH KAH KAH KAH. Member2 aku dah blurr. aku gelak menahan malu. cehhhh. Aku dgn zul baung utara naik tgkat atas hotel tu. Pehh hotel ke ni, gelap je, dinding mcm playwood je bilik2 hotel.


Zul : Uncle, ada bilik tak?
Uncle: Pompuan tak ada!!
Zul: Err bilik ada tak?
Uncle: Pompuan tak ada!!!!!!
Aku: Zul, dah zul, jom turun.

Aku turun sambil gelak dengan zul. Member lain hairan. Aku citer. Kemudian gelak ramai2 dengan 2 kes yang berlaku ni. Kemudian jumpa hotel pine classic. Bagus hotel ni, internet pun free setiap floor.

Kisah 3

Awal pagi, kami kembali ke Balai Polis Bukit Kepong. Masuk smula Sg Muar. Hari kedua agak mencabar, sungai dah start cetek. Banyak "ambai" suatu alat yang merentangi sungai untuk menangkap ikan, perlu dipamerkan lesen sbb teknik menangkap ikan yg terkawal. Tali ada di sepanjang kiri dan kanan sungai. Tergantung tali kail udang. Banyak juga jumpa nelayan kg. Sebelum sampai Buloh Kasap, terlalu banyak halangan.Banyak balak jatuh merentangi sungai, air pun cetek sampai enjin bot beberapa kali mati. Ptg tu lapar sangat, jumpa kedai rojak ayam dalam GPS henpon aku. Terus carik walaupun GPS tunjuk 7.2km lagi. Biar kedai lain bersepah tepi jalan pun. Tiba2 jalan dah jadi pelik nak ke sana, siap masuk ladang sawit. AKhirnya jumpa jugak, kecik je kedainya pun. Sapa la yang set kedai ni dalam GPS. rojak? soto? TERBAIK. patut la ada dlm GPS.



Jambatan lama yang dibom British untuk menyekat kemaraan Jepun.

Kisah 4

Hari ni hari last sampling. Tak naik bot dah. Hari ni guna 4WD je carik jalan untuk ke setiap jambatan sungai Muar. Masih sama, amik gambar, amik data dan water quality.Awal pagi takde masalah sangat, setiap jambatan senang nak carik. Belah ptg baru jumpa masalah, kami terpaksa masuk ke jalan kelapa sawit Kg Awat. Yang heran setiap jln masuk ada polis bantuan. Sebelum masuk polis tu siap pesan, "hati2, orang sini pelik skit". Kitorang terdiam, gabra. Kenapa sampai dia pesan mcm tu???. Ada 3 jambatan dalam tu. Mmg pedalaman betul. Ada jumpa satu jambatan, otw kena jln kaki, yang heran smua rumah kg tu tertutup. sunyi, tak ada org. bunyi ayam saja. aku dah start gabra dengan hairi. lepas amik gambar, terus aku balik ke 4WD. hahahahahaaha.

Kisah 5.

Dah abis sampling, kitorang bincang dengan team Sungai Pahang dari Pekan sampai Bahau. Diornag hari pertama santai je perjalanan. Tapi bila sampling air plg dalam 2m je. Terbalik dengan keadaan kami. Beberapa kali diorang kena turun air, tolak bot. hehehehe, kesian.

Aku termenung kejap. Memikirkan sungai2 yang kami telah lalui. Semuanya adalah perjalanan Hang Tuah membawa Tun Teja untuk di persembahkan kepada Sultan Melaka. Sungai Muar juga adalah satu jalan dari siam ke Melaka. Setengahnya untuk menuntut ilmu agama atau perdagangan. Masuk melalui pekan, Pahang terus masuk ke sungai muar untuk ke selat melaka. Selat melaka ni airnya agak tenang berbanding Laut China Selatan. Terfikir juga, jauhnya perhalanan Hang Tuah. Sultan takda kije lain. Tun Teja lah, Putri Hang Li Po lah. Pompuan seolah-olah menjadi alat dagangan untuk setiap perhubungan antara 2 kerajaan.

Monday, August 10, 2009

Sindrom Sebelum Berkuasa


1966 : Dr Mahathir ketika berucap dalam pindaan rang undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Tiada manusia yang berakal akan menerima ISA kerana ia menggadai segala prinsip demokrasi." Ketika berkuasa pula : "ISA adalah undang-undang yang perlu. Kami tak pernah salah gunakan ISA. Sesiapa yang ditahan itu merupakan ancaman kepada negara."


1988 : Paklah : "Jika kita mahu selamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir mesti disingkirkan kerana beliau menggunakan ISA untuk menutup mulut pengkritiknya."

1989 : Paklah : "Undang-undang seperti ISA tidak ada tempat di Malaysia kini. Ia adalah draconian and bar-baric law."

2009 : Paklah : "Mengikut pandangan saya, ISA patut dihapuskan. Saya tidak menghapuskan ISA ketika menjadi PM kerana ketika itu tentangan terhadapnya tidak sebegitu hebat seperti sekarang"


1995 : Rais Yatim : Thesis PhD beliau bertajuk "Kebebasan di bawah Kuasa Eksekutif, Kajian tentang ISA". Dalam thesis ini ISA dicadangkan supaya dihapuskan.

Konsep Kuarantin Sudah Lama Diamalkan

Artikel tulisan Prof Dr Haron Din

Hadis Rasulullah SAW:

"Jika kamu mendengar di sebuah negeri ada penyakit merbahaya dan berjangkit (seperti taun) maka janganlah kamu pergi ke negeri itu dan jika kamu sedang berada di sebuah negeri yang merebak penyakit itu, maka janganlah kamu keluar daripadanya"

Rasulullah yang ummi (buta huruf) di ajar oleh Allah dalam penganjuran kuarantin yang biasa diamalkan apabila pandemik ini menjadi kenyataan tetapi tiada siapa pun peduli kepada hadis itu.

Sama-samalah kita fikirkan.

p/s tpt kije aku bila nak cuti? dengarnya sekolah aku kat kampung dapat cuti seminggu dah.

Mentaliti Orang Kita


Pesta kebas beras

MARANG: Kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan 800 kampit beras jenama Jati di Kilometer 41, Jalan Kuala Terengganu-Dungun berhampiran Kampung Selawa, Merchang, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam, bertukar pesta apabila penduduk berebut-rebut mengutip beras percuma yang bertaburan atas jalan. Tindakan penduduk terbabit membuatkan pemandu, Ibrahim Yusof, 36, yang terselamat dalam kejadian itu pening kepala apabila penduduk turut melarikan berpuluh-puluh kampit beras.Walaupun ditegah kelindannya, Mohd Jefri Embong, 27, serta pembantunya, Mohd Irwan Shah, 22, orang ramai termasuk kanak-kanak tidak menghiraukannya, sebaliknya semakin ghairah merebut peluang terhidang.

Ini rezeki kami, kalau kami tak ambil, orang lain yang ambil,” kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Amir berusia 20-an.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Pak Mat berkata, kejadian itu secara tidak langsung membolehkan penduduk mendapatkan bekalan beras percuma sebagai persediaan menjelang Ramadan tidak lama lagi.

Dianggarkan, kira-kira 200 daripada 800 kampit beras musnah dalam kejadian itu yang dipercayai berlaku selepas tayar kiri bahagian hadapan kenderaan berkenaan pecah.Ibrahim dari Kampung Sungai Buaya, Dungun, berkata sebelum kejadian, dia bersama Mohd Jefri dan Mohd Irwan dalam perjalanan menghantar beras dari Dungun ke Kuala Berang.

Katanya, mereka bertolak dari Dungun kira-kira jam 11.30 pagi selepas selesai memunggah beras dari gudang milik sebuah pembekal beras di Taman Permint, Dungun.Bagaimanapun, menurutnya, ketika berada di jambatan berhampiran kampung itu secara tiba-tiba tayar kiri hadapan pecah menyebabkan kenderaan berkenaan terbabas sebelum melanggar besi penghadang.Akibat kejadian itu, lori berkenaan tidak dapat dikawal dan terbalik sebaik tiba di selekoh berhampiran jambatan berkenaan.

Mujur kami tidak mengalami kecederaan teruk dan hanya Mohd Irwan Shah yang duduk di bahagian tepi mengalami luka pada siku dan paha kiri dipercayai bergesel di atas jalan ketika kenderaan terbalik,” katanya.

Menurutnya, selepas kenderaan itu terbalik dan tersadai di tengah jalan, mereka bertiga yang bertindih sesama sendiri dalam kenderaan itu segera menyelamatkan diri dan keluar melalui pintu pemandu. Katanya, semua beras bermutu tinggi dianggarkan bernilai RM16,000 itu untuk dihantar ke enam premis di Kuala Berang sebagai persediaan Ramadan tidak lama lagi.

Saya pening kepala apabila banyak beras kami dilarikan penduduk. Pada awalnya saya hanya membenarkan mereka mengambil beras bertaburan di atas jalan raya saja, tetapi keadaan berlaku sebaliknya.“Daripada terbiar rosak, saya bagi mereka ambil. Mungkin itu sudah rezeki mereka, tetapi tindakan penduduk mengambil beras dalam plastik yang pecah sedikit memeningkan saya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Asisten Superintendan Zohan Seman, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12 tengah hari dan terus ke tempat kejadian beberapa minit kemudian.Katanya, pihaknya tiba awal di tempat kejadian kerana ketika itu anggotanya sedang bersiap sedia memulakan tugas di Kilometer 39, Jalan Kuala Terengganu-Dungun.Beliau berkata, kemalangan itu dipercayai berpunca selepas tayar hadapan sebelah kiri pecah menyebabkan kenderaan berisi muatan beras itu tidak dapat dikawal sebelum melanggar besi penghadang jambatan dan terbalik.

Akibat kejadian, berlaku kesesakan lalu lintas apabila berpuluh-puluh kampit beras pecah dan bertaburan di atas jalan. Kemalangan itu menyebabkan Mohd Irwan yang duduk di bahagian tepi sebelah pintu penumpang cedera ringan dan dirawat di Klinik Kesihatan Merchang manakala pemandu, Ibrahim dan kelindan Mohd Jefri tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.Menurutnya, kerja pembersihan jalan dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Marang kira-kira jam 2 petang.