Tuesday, November 25, 2008

Bunuh diri di kalangan Melayu / Islam

sejak 1999 sehingga kini, sudah banyak kali aku dengar kes bunuh diri yang melibatkan orang Melayu (baca Islam) di Terengganu. Walaupun aku takkan terima Melayu itu Islam. Tidak semestinya. Cina pun tidak semestinya Budha, Islam, Kristian. Malahan di negara China penganut Islam lebih ramai dari seluruh penduduk Malaysia (Melayu+Cina+India dll).

Antara kes yang pernah aku dengar, gantung, minum racun dan terjun bangunan. Bila kita berdiskusi dengan orang muda, mereka akan kata yang membunuh diri adalah kerana tekanan hidup, dianiaya suami atau ditinggalkan wanita/isteri. Tetapi bila kita tanya org lebih tua, simple jawapan, TADOK IMAN (tiada iman di dada).
Aku terima jawapan yang kedua. Kalau nak dikirakan tekanan perasaan, semua orang ada masalah, tekanan dalam kehidupan. Yang membezakan adalah ketebalan iman itu sendiri. Jika sudah disematkan di dalam hati, mati bunuh diri itu membawa ke neraka selama-lamanya nescaya tiada siapa berani. Tetapi kalau peringatan begini didengar 10 tahun sekali???

Itulah peranan masjid. Kenapa kita digalakkan mendengar kuliah? Sebab manusia memang mudah lupa (bukan melayu sahaja mudah lupa). Perlu diulang-ulang sepanjang hidup. Tetapi peranan masjid dibataskan oleh sebab tertentu. Sekarang ini lebih mudah, CD, DVD, cetakannya lebih meluas.

Mudah sahaja, jika kamu membuat kebaikan selama 50 tahun, tetapi selepas bunuh diri, langsung ke neraka tanpa tiket. Buat rugi berpenat lelah berbuat kebaikan (solat, bantu org lain, puasa. etc) tetapi akhirnya ke neraka.

Untuk ke syurga tiketnya adalah pahala. Untuk ke neraka tiketnya adalah dosa. Membantu seseorang menangkap pencuri, membina masjid, mengasingkan akaun konvensional kepada akaun islamic, menutup judi juga diberikan pahala. Sama ada kepada penyokong atau yang berkuasa. Tapi biasanya perkara kecil tapi mempunyai kesan yang besar, akan dipandang enteng.

1 comment:

mai secawe said...

Tahniah diucapkan kepada Saudara Azam kerana membuka ruang untuk kawan-kawan berkongsi pendapat. Secara tak langsung ruangan ini memberi ruang kepada kawan-kawan membicarakan perkara-perkara ilmiah demi kebaikan dan kesejahteraan semua. Saya amat tertarik bile saudara Azam membicarakan tentang soal pahala dan dosa. Sememangnya kita umat islam memang sudah tahu akan istilah ini. Cuma pengertian disebaliknya banyak yang tersirat dan tersurat???? Sejak kita kecik2 lagi, kita telah didedahkan dengan istilah ini. Mak, abah dan cikgu kita dulu-dulu pernah kata kat kita jangan buat itu dan ini..nanti berdosa..Masuk neraka nanti!!!!He5..Betoi tak?Sememangnya kita tidak boleh lari untuk membicarakan soal pahala dan dosa yg amat berkait rapat dengan syurga dan neraka. Sebabnya kenapa???Jawapannya mudah jer coz kite orang Islam!!!! Kita tahukan kejadian kita????? Kita dijadikan Tuhan dari setitis air mani yang amat hina, kemudian segumpal darah dan seketul darah yang amat hanyir untuk memakmurkan bumi yakni sebagai khalifah bumi.. Sesungguhnya kita wajib bersyukur ke hadrat Ilahi bahawa kita adalah hamba yang terpilih kerana lahir-lahir terus dapat merasai nur islam itu sendiri. Bagaimana yang lain?Terus Kuffar selamanya???Kesian kan?? Cuma seperkara yang kita perlu fikir, adakah kita benar-benar menghayati dan melaksanakan islam yang telah direalisasikan sekian lama. Kita tidak boleh kata islam itu hanya sekadar solat 5 waktu, puasa, bayar zakat fitrah, pegi ají jika mampu kerana itu sememangnya merupakan perkara wajib bagi umat islam. Nak tak nak kite kena buat sebab kita orang islam..kita tidak boleh sama sekali mempersoalkan???Walaubagaimanapun Islam bukan hanya menjurus perkara itu sahaja ia mencakupi keseluruhannya tak kiralah soal ekonomi kar?soal Sosial kar? Soal Politik kar? Soal Sukan kar? Bahkan keseluruhannya..Itulah sebab islam itu dikatakan syumul. Dari situlah Allah wujudnya dosa dan pahala. Saya cakap memang mudah, tetapi perlaksanaan amat payah. Betul tak? Saya tidak kata kepada orang lain bahkan diri saya banyak yang kena diperbetulkan. Biasalah kawan-kawan, kita hamba yang hina disisiNYA tidak lekang dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Sekian..Sekadar luahan bicara…..(Mai secawe)