Sunday, January 18, 2009

Minyak di Kawasan Miskin

Perlombongan di daratan


Salam

Masa kecik-kecik dulu, aku tak pernah terfikir pun bab-bab minyak atau apa-apa pun. Yang aku tahu, kedai runcit umah aku ada jual minyak moto untuk orang kampung hehehehe. Maklumlah, zaman aku start baca paper tu adalah tahun perang antara USA dan sekutu menyerang Iraq atas alasan Iraq menakluki Kuwait.


Perlombongan di lautan


Tapi bila dah meningkat dewasa ni, banyak dah kita dapat ilmu sampingan dari sekolah, surat khabar, buku-buku dan sekarang ini internet. Dulu aku ingat internet ni untuk dunia chatting je hehehehe. Melalui pembacaan baru terperasan negara-negara yang memiliki minyak ini adalah dari kumpulan negara/kawasan yang miskin/terpencil.


Kalau kita lihat contoh dari negara lain terutama US, minyak pertama ditemui di California dan Texas. Malahan syarikat Caltex itu sendiri adalah gabungan dari kedua-dua negeri terbabit. Dahulu California ni adalah kawasan gurun, tandus. Dan Texas pula dikenali dengan kawasan cowboy.


Simbol Caltex

Contoh-contoh lain adalah negara-negara arab. Tempat yang dikatakan di mana negara yang `terapung' di atas minyak. Siapa sangka, bangsa arab yang dipandang serong oleh negara lain sebagai negara yang suka berbalah sesama sendiri rupanya memiliki kekayaan yang tiada tara. Jika kita baca sirah nabi pun, sudah ada bayangan-bayangan mengenai kekayaan ini. Contohnya negara Iraq tidak akan aman kerana manusia berebutkan `emas hitam'. Keduanya bangsa yang dulunya miskin dan hanya memakai selipar akan membina kekayaan dan bangunan yang tinggi-tinggi. Tiada yang salah bayangan dari seorang nabi, lihatlah bagaimana Dubai dibangunkan sekarang. Bangunan Burj Dubai, hotel terapung dan kawasan bandar yang dialiri dengan sungai, bot laksana ingin meniru bayangan syurga yang diceritakan. Namun ada kelemahan jugak, kandungan sulfur minyak mereka adalah tertinggi maka harganya adalah rendah. Kelebihannya, simpanan minyak dalam perut bumi mereka tidak terkira banyaknya.


Perbandingan ketinggian Burj Dubai dengan menara lain


Contoh kawasan gersang lain ialah, kawasan Iran dan Laut Kaspia. Dengan bumi yang tandus dan cuaca ekstrem pun menyimpan kekayaan yang dianugerahkan oleh Tuhan Sekelian Alam. Laut Kaspia nampaknya dikuasai oleh Russia sejak zaman Soviet Union lagi. Kawasan sebelah parsi dikuasai oleh Iran. Satu lagi Afghanistan, ntah apa nasib masa depan negara ni. Contoh kritikal adalah Timor Leste (Timur Timor). Dulu mahukan kemerdekaan, Presiden Gus Dur kata nak merdeka macam mana, tanah situ berbatu, nak buat pertanian pun rugi. Australia bersungguh-sungguh menolong untuk tuntut merdeka. Last-last, rintihan dari Xanana Gusmao, Australia patut bahagi kekayaan minyak sama rata, bukan sedut sendirian minyak tu. Rupanya ada sebab kenapa Australia nak sangat tolong. Padan muka.


Bagi contoh domestik ambil sahaja Malaysia. Semenjak zaman penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun an Inggeris, kawasan yang dimajukan adalah kawasan yang memberi manfaat kepada kerajaan British sahaja. Di mana ada bandar, jalan raya, keretapi disitulah ada bijih besi, bijih timah, emas dan sebagainya. Ratusan tahun kawasan Barat Malaysia dimajukan oleh penjajah mengaut keuntungan. Tiba-tiba menjelang penghujung zaman penjajahan, Malaysia telah dikurniakan emas hitam yang jauh lebih memberi keuntungan. Bukan di Kuala Lumpur, Perak, Johor atau Melaka. Tetapi emas hitam itu telah dijumpai di negeri-negeri termiskin di Malaysia iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak. Kemudian dijumpai pula petroleum (emas hitam) di laut Kelantan, entah bila akan ditapis dinegeri kelahirannya sendiri.

Telaga minyak dan gas Kelantan (Blok A18, Blok B17 & C19, PM3, Sub-Blok Ular
PM301 & PM302, PM303, PM311 & 312)



Jadi, contoh-contoh inilah yang menguatkan hujah bahawa Allah telah mengurniakan satu amanah untuk dijaga oleh manusia untuk dimanfaatkan di negeri-negeri yang sekian lama jauh dari pembangunan. Allah itu Maha Adil. Negeri/negara kaya dikurniakan kekayaan dengan cara lain, dan di negeri miskin lain pula dikurniakan Tuhan.




Kajian oseanografi di Angsi Selatan, Laut Kemaman



Yang penting, manusia harus menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menguruskan kekayaan yang telah dikurniakan. Lagipun sejak sekolah lagi kita telah diberitahu minyak di Terengganu adalah yang termahal sekali di dunia kerana kandungan sulfur yang sangat rendah. Adakah kita bersyukur dengan kelebihan ini??? Gas asli di perut bumi Kelantan pula dikatakan cukup untuk digunakan untuk 7 keturunan rakyat Kelantan, sekitar 500 tahun (13 trillion kaki persegi). Teringat akhbar harian yang pernah menyiarkan beberapa tempat di Pasir Mas, terdapat gas yang keluar dari lubang sehingga penghuni rumah itu menjadikan ia sebagai gas memasak semulajadi. Penyambungan paip sendiri ke dalam rumah, mungkin gas pun tak sabar-sabar untuk keluar dan dimanfaatkan rakyat.


Akhir sekali, cuba kita renung kembali petroleum yang dikeluarkan oleh Petronas mencapai hampir sejuta tong sehari. Sekitar 700 000 hingga 800 000. Kalau sampai 1 juta tong sehari, kena jadi negara OPEC la Malaysia. Baik jangan, nanti harga, pengeluaran dan undang-undang di kawal oleh negara-negara arab. Barangkali, sudah banyak ruang kosong yang kita tinggalkan di dalam perut bumi. Padahal minyak itu sendiri yang memadatkan struktur untuk mengukuhkan bumi kita. Risau jugak kalau banyak ruang-ruang kosong di bawah sana. Kalau diganti dengan benda lain seperti air atau entah apa sahaja tentu tidak sekukuh seperti mana yang dibina asal oleh Maha Pencipta.


Fikir-fikirkanlah.

No comments: