Wednesday, January 28, 2009

YB



Yang Berhormat

Sejak kecil, minda kita telah di pasak dengan keadaan sekeliling dan media. Wakil rakyat mempunyai gelaran tersendiri sebagai penghormatan iaitu YB atau lebih disukai oleh orang kampung dengan panggilan penuh iaitu Yang Berhormat. Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, semasa kecil saya tak ambil port pasal YB ni.

Kemudian selepas berlaku peningkatan usia dan minda sendiri, saya mempunyai pandangan sendiri berkenaan dengan panggilan YB ini. Sebelum ini, orang kebanyakan sangat teruja untuk memuja-muji individu bergelar YB dan ada yang sangat berbangga dengan gelaran yang didakap itu. Sebelum ini, bila sahaja disebut YB, akan terbayanglah individu yang mempunyai kereta besar, pakaian mahal dan biasanya hisap cerut, paip atau paling koman rokok ciggarate. Bini di sebelah dengan pakaian serba mengerlip, rambut berjambul di depan. Belum sampai ke kampung dah dapat tahu signal awal, siren polis trafik menghambat pembayar cukai jalan lain untuk ketepi. Cepat sikit Yang Berhormat tiba di tempat yang ditujui. Orang kampung mesti bangga, Yang Berhormat datang ke kampung sendiri. Tambah pulak individu yang selalu keluar tv.

Tapi itu dulu…..

Sekarang, pandangan generasi muda terhadap Yang Berhormat sudah berubah sama sekali. Faktor generasi, semasa, kehidupan, ekonomi mungkin memainkan peranan. Jangan ingat bila masuk kampung atau bandar dengan mercedes berbush jaket di iringi polis trafik akan mendapat sambutan dengan mulut menganga takjub atau tersengih-sengih untuk bersalam. Silap-silap hati dan mulut menyumpah-nyumpah bila polis trafik mengarahkan kereta ke tepi jalan untuk memberi laluan kepada Yang Berhormat. Mana tahu, ada yang sedang memandu dalam keadaan urgent, kecemasan atau baru bergaduh dengan bini. Bukan pujian, sumpah seranah yang dihamburkan. Hanya kepada pemandu ambulans yang masih mempunyai penghormatan tersebut. Percayalah!!! Yang lain makan sumpah seranah je lah.

Konsep Yang Berhormat itu sendiri lama kelamaan akan menyebabkan hilang hormat rakyat kepada Yang Berhormat. Jika dulu rakyat menggambarkan Yang Berhormat ini berkemampuan untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan bantuan kewangan, perparitan, longkang dan sebagainya. Tapi itu dulu. Sekarang konsep Yang Berhormat dilihat sebagai konsep pengasingan antara kemewahan dan kemiskinan. Konsep kekuasaan dan abdi penyokongnya. Lama kelamaan, Yang Berhormat akan semakin jauh dengan rakyat. Rakyat pula semakin malu untuk berjumpa Yang Berhormat. Ada yang berbasikal, bermotosikal mungkin malu untuk berdamping dengan Yang Berhormat yang bermercedes. Atau Yang Berhormat yang malu untuk berdamping dengan orang miskin.

Yang Berhormat di negara maju.

Negara maju seperti Jepun, Korea, England, Perancis, Jerman dan USA rasanya jarang di panggil dengan panggilan sesuatu yang di anugerahkan seperti di Malaysia. Di USA presiden hanya dipanggil Mr President, bila menganggur seperti sekarang, Bush kembali dipanggil Bush. Tidak dipanggil Dato Seri. Perdana Menteri England pun dipanggil Mr Tony Blair atau Mr Gordon Brown. Menganggur pula Tony Blair masih dipanggil Tony Blair. Tak dipanggil Tun. Sejarah negara Eropah memang orang politik dianugerahkan pangkat seperti Duke ketika penguasaan istana di sesebuah negara. Tapi rasanya amalan itu sudah tidak dipraktikkan. Malahan istana dianggap bukan penentu halatuju sesebuah negara.

Negara Jepun lagi dahsyat. Mempunyai 4 Perdana Menteri dalam masa kurang 2 tahun. Perdana Menteri pertama selepas Koizumi meletakkan jawatan tiba-tiba selepas menganggap tidak dapat membawa kemajuan kepada Jepun. Ini semangat yang jarang berlaku, sanggup melepaskan kuasa. Keretapi peluru eksiden pun, semena-mena Menteri Pengangkutan letak jawatan atas dasar ambil kebertanggungjawaban. Tak pernah dengar Maharaja Jepun memberi apa-apa pangkat kepada mereka. Setakat pingat keberanian tu biasalah, itu yang sangat dihargai oleh meraka.
Manusia dianggap hebat seperti Bill Gates pengasas Microsoft pun masih dipanggil Mr Bill Gates. Kalau dia dilahirkan di Malaysia paling koman dapat Tan Sri. Tapi mereka tidak, mereka lebih berbangga dengan nama sendiri. Sebut sahaja satu dunia mesti kenal. Itu contoh jika dari kalangan bukan ahli politik.

Kesimpulannya, bagi saya cukuplah orang politik dipanggil sebagai ADUN, ahli parlimen, ahli dewan rakyat/negara atau senator. Dengan memansuhkan panggilan Yang Berhormat rasanya hubungan antara pemimpin dan bawahan akan lebih rapat, satu usaha yang akan dapat dilihat 10 – 20 tahun akan datang. Seperti juga gelaran Yang Berhormat yang sudah tidak di senangi selepas 51 tahun merdeka. Akhirnya, pemimpin dan bawahan akan bersatu dan boleh bersimpuh makan malam sekali. Tetapi itu bukan bermakna tidak boleh makan di meja makan. Bezakanlah, sebab di bawah sana akan tetap ada orang miskin.

No comments: