Friday, July 1, 2011

Menyelami Pemikiran Obefiend - Blogger Johor

Lanjutan dari posting OBEFIEND !!!

Tengah skodeng-skodeng FB member pagi tadi,tetibe terbaca satu blog yang boleh dikatakan sebagai seorang yang SANGAT anti dengan orang Kelantan. Mula2 agak tergamam dan terkejut jugak la dengan pandangan dia kepada orang Kelantan. Tulisan dia adalah pandangan beliau dan nampak berfakta juga, tiada lah tulisan kosong. Dan dia juga memberi contoh pada setiap 'kajian kes' yang beliau lakukan. Panas juga, mane tak, aku lahir Kelantan, walaumacam mana pun, sampai mati aku akan cakap aku orang Kelantan. Takdirnya sudah begitu. Tapi bila fikir2, sesuatu benda tak perlu dilayan dengan marah. Ada baiknya kita berhujah secara berfakta juga. Zaman membelasah dengan kekerasan dah berakhir. Zaman pakai rantai emas, isap dadah adalah individu yang menjadi orang digeruni atau disegani atau ketua geng sudah berakhir.

Perengggan pertama Obefiend ialah dengan menyerang individu tokoh Tok Janggut.

Name me one notable Kelantanese in History? Tok Janggut? Nawh he ain't shit. He is a murderer who stabbed a Policeman because he won't pay his taxes. What a faggot he is. Is that a warrior? A man who stabbed the Police? If a guy called Suleiman today stabbed a policeman arresting him for not wanting to pay taxes today, he will be fucken pilloried by the masses. But since he is from Kelantan and he got an awesome pubic beard he is suddenly a hero.

Kenapa beliau menyerang Tok Janggut? Adakah kerana ketidakpuasan hati beliau kepada generasi sekarang sehingga terbawa-bawa kepada perkara lepas? Bagi saya, Tok Janggut bukan pahlawan. Siapa yang memberi gelaran pahlawan? Bagi saya, beliau seperti Tok Kenali, Mat Kilau, Abdul Rahman Limbong dan sebagainya adalah ulamak. Apa kerja ulamak? Bukan ke dia mengajar kita WAJIB bangkit mempertahan tanah air jika diserang atau dijajah. Walaupun sudah 500 tahun di bwh pemerintahan luar, mereka tetap dalam golongan penjajah. Warga Palestin sudah separuh abad berperang dengan Israel. Apa gelaran yang nak Obefiend beri kepada warga Palestin. Obefiend lahir ketika Malaysia sudah merdeka. Cuba Obefiend lahir di Palestin, adakah beliau akan lari untuk menikmati wang dan perempuan di luar Palestin?

Penentangan kepada penjajah bukan bermula pada zaman Tok Janggut. Malah sudah lama, mereka hanya hadir ketika Sultan-sultan bukan lagi seperti dahulu yang bangkit melawan, atau nego dengan menjual pulau-pulau dengan harga 15k pound atau 30k pound. Siapa yang mengangkat mereka sebagai hero atau pahlawan? Mereka bangkit sebagai kesedaran,bukan bermakna mereka mengkhianati kerajaan semasa. Lain la kalo Tok Janggut lari ke Siam, kemudian lawan kerajaan Siam, barulah boleh dipanggil penderhaka.

Kemudian beliau mengangkat Johor sebagai negeri terbaik di Malaysia. Dengan pelbagai etnik, maknanya mereka tidak rasis. Siapa yang menghalang cina masuk ke negeri masing-masing. Malahan cina yang membuka sektor perniagaan di kawasan ceruk-ceruk. Jangan tgk bandar2 besar, tgk kawasan kampung je. Mereka inilah yang menghidupkan perniagaan di Kelantan dan Terengganu atau tempat lain. Apa masalahnya, most welcome la, lagipun zaman dulu memang cina datang untuk berniaga. Selangor dan Perak jika tiada timah seper Terengganu dan kelantan, apa akan jadi? Cuba fikir kalau tiba2 waktu tu Kelantan dan Terengganu adalah pengeluar bijih timah terbesar, silap2 Perak akan jadi Terengganu, landasan keretapi pun xda. Percayalah, pembinaan bandar dan sistem perhubungan dulu adalah untuk kepentingan British. Jika tiada semua tu, mcm mana dia nk kaut kekayaan Malaysia.

Tun Dr Ismail's dad was a Johor government officer in the early 20th century. He helped so many Chinese migrants to settle in Johor that many of them offered their first born children to him as a sign of gratitude.

Ayat di atas agaknya mungkin faktor penyebab kenapa ramai cina di Johor dan Singapura (walhal bagi sy, ekonomi tetap menjadi sbb kenapa cina ramai di situ). Dan sy sendiri tidak pernah menghina cina yang berniaga di Kelantan, rumah kedai abah sy pun beli dari supplier cina. Melayu? paham2 je la mcm mana nak berniaga dengan Melayu. Modal kecik, nk buat mcm mana.

Statement seterusnya mengatakan orang Kelantan tidak bergaul dengan orang luar. S..T, boleh tgk sape kawan sy. Di mrsm, matrikulasi, UPM dan UMT, sy masih bergaul dengan sesiapa sahaja. Dengan cin dan india pun sy tidak punya masalah, kami boleh bersalam dan berpelukan ketika mengambil gambar. Jangan hanye melihat sekumpulan yang duduk di meja makan di kedai dianggap tanak bergaul. Dah itu geng2 kwn mereka, mmg la.

Kelantan in the other hand can't wait to treat outsiders as orang luar. They don't like mixing around with people outside their shit smelling circle too. No wonder the state is so podunk! If you look at Kelantan today it look exactly like Johor Baharu circa 1872. We are so damn advanced in all that matters. Back in 1890 we have airplanes in every lawn (yes we superceeded the Wright Brothers - we are damn advance you see) . Every Johorean were given light aircrafft. Even the Masjid Sultan Abu Bakar got it's own airport so worshipper can land their planes and park it there to semayang. Then in 1957 when we gained independance, owning of private airplanes were banned. Why? Because all the other states were jealous of the awesome Johoreans. So we being good people of the south sold off our planes as to be sama rata with the rest of the mundurs. This is true story. Just go to the Arkib Negara. You can find pictures of makciks going to pasar on her privet Sopwith Camels and De Haviland DH4. Why would I lie to you?

Soal orang Johor punya private airplanes, xda sape pun yang jeles. Tak pernah sekalipun tak percaya dengan fakta ni, malah kami berbangga. Tak perlu ke arkib negara, Obefiend yang nampak intelektual takkan nak menipu soal fakta kan. Pemilikan private airplanes tu patutnya takyah la citer kat post untuk org Kelantan, sbb negeri lain pun mcm la ramai yang ade jugak private airplanes.

Kemudian, Obefiend kate sesetengah tempat di Kelantan seperti JB di tahun 1890.Come onnnnnn, ini bukan fakta ni. Cuba tgk negeri lain, yang majunya semua ibu negeri kan. Logik la tu, pusat pentadbiran dan ekonomi. Kita tolak ketepi KL dan Selangor, yang lain semua maju di ibu negeri je. Kuantan, Pahang paling maju, bandar lain dia mcm mana? Kangar, Perlis, ada satu je pasaraya, The Store. Kelantan pasaraya besar2, kuasa beli tinggi, even kalo tgk kat TV, yang disiar bulatan kijang jugak la.

JB, Pasir Gudang memang besar, sbb ape? sebab dia ada 2 pelabuhan antarabangsa, dan dekat dengan Singapura. Sy beli alat saintifik pun, kompeni eropah masuk melalui singapura juga. nak tanak kite kena berniaga dengan singapore. Tapi apa yang ada di Buloh Kasap atau Bukit Kepong? baca buku sejarah mcm same je dgn keadaan skang kat sana.

Kemudian, Obefiend menyerang gelagat penyokong Red Warrior. Come onnn bagi la pluang kpd kami. Kami bukannya selalu kuat, cuma skrang ni kami lebih bernasib baik. hehehe. Lagipun normal la kan, kami tak dengki pun bile Pahang, KL, Selangor menguasai bola Malaysia, dah zaman mereka. Rasanya topik ni x perlu pjg sgt, sbb xde pekdah sgt pun, just hobi kan sokong bola ni. Gelagat suka main mercun tu hanya segelintir, yess memang annoying, tp bukan smua. Sy mengalu-alukan polis menangkap mereka yg terlibat. Xda masalahpun.

Last nak komen pasal bahasa. Kenapa marah orang Kelantan ckp Kelantan, itu adalah bahasa asal mereka, malah selatan siam pun mempunyai bahasa yg sama. Kedah ada bahasa sendiri. Terengganu bersebelahan Kelantan pun lain bahasa. Cubalah jgn komen bahasa orang semata-mata posting di FB menggunakan bahase Kelantan. Itu adalah lumrah. Sepatutnya orang Johor berbangga kerana Malaysia memilih bahasa Melayu Johor-Riau sebagai bahasa rasmi Malaysia. Maka kami kena belajar lah. Bagaimana kalau ditakdirkan puast ekonomi bermula di Pantai Timur, pemimpin ramai dari Timur, bahasa terengganu menjadi bahasa rasmi, nak tanak Obefiend kena belajar la bahasa Terengganu di sekolah kat Johor tu kan. Itulah logik dia.

KESIMPULANNYA, terimalah perbezaan. Allah mentakdirkan kita mempunyai 14 negeri. Ada 14 bahasa, 14 adat, 14 alam semulajadi (hutan, jenis tanah), 14 masakan, 14 segala segalanya 14. Bagaimana, jika semua negeri ni mcm KL, tak ke boring Obefiend??? gi KB ade KLCC, gi Sedili ada KLCC, gi Kg Tok Imam Lapar ada KLCC???? Tak merasa la nk mkn kopok lekor ori di Terengganu, x merasa nk gi pulau redang, pangkor Tioman, x merase la nk dgr maharaja lawak guna bahase lain selain johhor riau tu. Perbezaan adalah kemesraan. Jika smua same, boring la idup, kan?

Apa yang baik dari blog Obefiend, sy dpt tahu apa pandangan org Johor terhadap org Kelantan seperti saya. Bagus untuk dinilai kebenaran atau fake. :) Lain orang lain pandangan, x smua org akan dpt berpuas ati. Takdir Tuhan telah begitu!!!

Kedai mamak Shah Alam, suatu masa selepas konvo (*sy je Kelantan, lain smua "luar".
kawan2 : Order air mamak.
cupai : Teh Ais. bla bla bla bla.
Apad : Teh O Ais. bla bla bla bla.
Ajae : Fresh Oreng, eh mung nok g mane pahni?
KAWAN A: Kau ni dah kat sini, tak habis-habis dengan bahasa Kelantan.
ajae : (Tergamam, tersentap)
Semua sunyi sepi.
kawan2 : Ahhh biar la jae,order mkn, order mkn.
Ajae : (Aii depan awek baru nk tunjuk power la plak, ko ckp utara skang pun aku x xde nye nak sindir2, ckp je lah, tu bahase ko).

Selang selepas tu, hurmmmm kuarnye juga utara dia.. "hang" "hang" "hang" "hang"







2 comments:

mimi said...

Hihihi...best kang kalu bahasa resmi malaysia bahase teganu??? mesti lidoh keras belake..hahaha

Unknown said...

biasa dah dengan johorean ni..kebanyakan mereka mmg anti kelantanese walaupun mereka tak kenal betol dengan kelantase..mesti dah dimomokkan oleh atuk nenek moyang mereka bad things about kelantanese..walhal orang kelantan senderi pun tak der la anti johorean pun..tapi sesetengah johorean ni buat ada orang kelantan yang jadi anti johorean.