Tuan Yang di-Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Gua Musang di atas pertanyaan yang telah dikemukakan.
2. Seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, isu tuntutan bersama Malaysia dan Brunei Darussalam ke atas Blok L dan M telah pun diselesaikan melalui P
ertukaran Surat, atau dengan izin "Exchange of Letters" pada 16 Mac 2009. Pertukaran Surat ini telah berjaya memuktamadkan penyelesaian pertindihan tuntutan dan perbatasan maritim antara kedua-dua negara berdasarkan aspek-aspek teknikal persempadanan maritim dan undang-undang antarabangsa termasuk, dengan izin "United Nations Convention on the Law of the Sea" (UNCLOS) 1982".
3. Melalui Pertukaran Surat berkenaan, kedua-dua negara juga bersetuju untuk mengadakan Aturan Komersial, atau dengan izin, "Commercial Arrangement" bagi membolehkan perkongsian hasil daripada penerokaan dan eksploitasi sumber hidrokarbon di Blok L dan Blok M dalam zon maritim Brunei.
4. Bagi tujuan kerjasama di Blok L dan Blok M, Blok-blok ini telah dinamakan sebagai Blok CA1 dan Blok CA2. Perjanjian Perkongsian pengeluaran, atau dengan izin "Production Sharing Agreement (PSA)" untuk Blok CA1 telah ditandatangani di Putrajaya pada 21 September 2010, manakala bagi Blok CA2 pula pada 31 Disember 2010 di Bandar Seri Begawan. Kedua-dua PSA tersebut telah dimeterai oleh PETRONAS dan Petroleum BRUNEI bersama-sama dengan operator-operator dan kontraktor-kontraktor yang dilantik.
5. Kerjasama penerokaan dan eksploitasi sumber hidrokarbon di Blok CA1 dan CA2 kini sedang giat dijalankan sejak akhir 2011. Lebih dari itu, kerjasama antara pihak-pihak berkuasa petroleum kebangsaan dari kedua-dua negara juga terus dikembangkan meliputi potensi eksploitasi sumber hidrokarbon di blok-lok lain dalam zon maritim Brunei serta potensi kerjasama di negara ketiga.
Sekian, terima kasih.

No comments:
Post a Comment