Saturday, October 6, 2012

Perbandingan kos pemilikan kereta Hyundai Sonata 2.4 di Malaysia VS Amerika.

Artikel ini disediakan 100% oleh pembaca amenoworld yang aku dapat via email. Jom share pandangan dan analisis dia mengenai perbandingan tersebut. Umno, rileks. Belum masa untuk tercekik. MITI dan Muhkriz Mahathir, rileks juga. 

Rakyat malaysia tak seme nya mabok2 oke. Majoriti dalam keadaan waras dan sedar. Parpu kari aku tak jamin. 

KAH KAH KAH

Perbandingan kos pemilikan kereta Hyundai Sonata 2.4 di Malaysia VS Amerika 
 

1) Harga Pasaran : 

Malaysia   =  RM169,888 

USA         =  USD20,895 (RM63,802
2) Insurans : 

Malaysia  =   RM 4,705 
USA        =   USD 1,088  (RM3,322)  

3) Cukai Jalan : 
            

Malaysia  =  RM795  setahun 
USA        =  USD326  (RM995) setahun
 

Di US, konsep road tax berbeza berbanding di Malaysia. Mereka membayar cukai pendaftaran kenderaan setiap tahun dan jumlah cukai ini berbeza-beza mengikut negeri. Saya mengambil contoh harga cukai pendaftaran ni negeri Nevada untuk perbandingan. 

Rujuk rajah di bawah : 

4) Financing untuk tempoh 5 tahun : 

Malaysia  ==> RM 3185 sebulan =  RM38,220 Setahun 

USA        ==> USD 413 (RM1,261) sebulan  = RM15,132 Setahun 

Kadar purata semasa interest untuk di US ialah 3.75% manakala Malaysia 2.5%. 

Sila rujuk rajah di bawah : 

5) Kos petrol untuk setahun (anggaran 1,200 liter) 

 Malaysia    =   1200 x RM1.90 = RM2,280
 USA          =   1200 x RM3.00 = RM3,600 


JUMLAH KOS PEMILIKAN HYUNDAI SONATA 2.4 : 

Malaysia    = RM46,000 / tahun   @  RM3,833 / bulan
USA          = RM23,049 / tahun  @   RM1,920 / bulan 


Juga harus ingat pendapatanan perkapita USA jauh lebih tinggi dari Malaysia. Sudahlah jumlah yang perlu di bayar mereka untuk memiliki kereta sudah lah jauh lebih rendah dari kita, malah purata pendapatan mereka jauh lebih tinggi dari kita. Untuk pakai Sonata ni gaji kita paling kurang RM10,000 baru mampu… Oh Malaysiaku… 



------------------------------------------------------------------

Kenapa perbandingan seperti ini di buat? Ini sebab ajaran MITI aka mukhriz mahathir. Dia yang start buat perbandingan macam neh. Dia dok canang dalam paper berita apa seme yang pemilikkan kereta di malaysia adalah yang ter-rendah dan blablabla.. tapi dia lupa satu perkara.

Sesiapa boleh canang begitu begini dan apa2. Tetapi sesiapa juga boleh periksa untuk pastikan apa benda yang dia dok hebahkan itu benar ke tidak. Last2 terkantoi kat batang hidung sendiri. Straight kena tepat kat muka ko mukhriz weh. Rasakan.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/10/perbandingan-kos-pemilikan-kereta.html#ixzz28X7ZqDhx

No comments: