Thursday, October 11, 2012

MPKB Terima Anugerah Audit Terbaik.


KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), mendapat pengiktirafan sebagai Audit Kewangan Terbaik seluruh negara peringkat PBT 2011 baru-baru ini.

Sempena pengiktirafan yang diadakan di sebuah hotel itu, Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat menerima cenderahati dari Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob.

Pengarah Perhubungan Awamnya, Azman Mohd Daham, berkata dengan penganugerahan itu membuktikan MPKB-BRI merupakan sebuah agensi kerajaan negeri yang bersih khususnya dalam menyalurkan sumber kewangan.

Katanya, ekoran pentadbiran kerajaan negeri khususnya MPKB-BRI sendiri yang teliti dalam menjaga sumber kewangan, akhirnya hasil yang baik telah diperolehi.

“Ia juga turut membuktikan pengurusan kewangan yang cekap serta tidak boros,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Fauzi serta semua kakitangan MPKB-BRI kerana telah memberikan contoh yang baik kepada semua hingga ianya diakui di peringkat negara.

Baru-baru ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob, menyampaikan cenderahati kepada Fauzi yang mewakili kerajaan negeri dan MPKB sempena pengiktirafan itu.

No comments: