Showing posts with label royalti minyak kelantan. Show all posts
Showing posts with label royalti minyak kelantan. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

Resit Bayaran Tunai 5% dari hasil Petrolium Negeri Terengganu Darul Iman.



Resit Bayaran Tunai 5% dari hasil Petrolium Negeri Terengganu Darul Iman. Bayaran Tunai Pertama diterima pada tahun 1979.

Masa tu x de Runding pun, x de bincang2 pun, x perlu Jawatankuasa pun... Bayaran pun bukan melalui JPP, bukan melalui JKKK... Bayaran diterima terus daripada PETRONAS kepada Kerajaan Negeri.

Nak runding apa lagi..? Nak bincang apa lagi..?

Sunday, August 5, 2012

Majlis tandatangan Akta Kemajuan Petroliam 1974 - Tengku Razaleigh Hamzah (Pengerusi PETRONAS) dan Datuk Mohammad Nasir (Menteri Besar Kelantan)



Majlis tandatangan Akta Kemajuan Petroliam 1974 -
Tengku Razaleigh Hamzah (Pengerusi PETRONAS) dan Datuk Mohammad Nasir (Menteri Besar Kelantan)

Akta Kemajuan Petroliam 1974 jelas menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia & Petronas haruslah membuat pembayaran tunai dalam bentuk Royalti bagi “Pemunyaan Hak” yang diberikan Negeri Kelantan bagi Penerokaan Industri Petroleum



Saturday, June 30, 2012

Dokumen Asal Perjanjian “Akta Kemajuan Petroliam 1974″


Dokumen Asal Perjanjian “Akta Kemajuan Petroliam 1974″

November 10th, 2011 by Truckster
Berikut adalah Salinan Dokumen ASAL Akta Kemajuan Petroliam 1974  yang ditandatangani oleh Tengku Razaleigh Hamzah(yang merupakan Pengerusi Petronas pada masa itu) & Datuk Mohammad Nasir (selaku Menteri Besar Kelantan)
YBM Tengku Razaleigh mewakili Petronas mememterai perjanjian dengan Kerajaan Kelantan.
Akta Kemajuan Petroliam 1974 jelas menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia & Petronas haruslah membuat pembayaran tunai dalam bentuk Royalti  bagi “Pemunyaan Hak” yang diberikan Negeri Kelantan bagi Penerokaan Industri Petroleum




Gambar upacara menandatangani perjanjian – Jun 1975

February 1st, 2010 by Truckster
upacara menandatangani perjanjian di antara Kerajaan kelantan dengan pihak Petronas, dimana petronas diberi kuasa penuh mencari sumber galian minyak di Negeri Kelantan yang mungkin didapati.
Kelihatan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar bagi Pihak Kerajan Negeri dengan Tan Sri Tengku Razaleigh bagi pihak Petronas sedang menandatangani perjanjian itu.
gambar perjanjian

Keratan Akhbar lama, Aktiviti Pendaratan Petroleum Kelantan



Kami senaraikan keratan akhbar yang melaporkan tentang pendaratan Petroleum oleh Petronas, keratan laporan akhbar lama ini diambil dari awal pemerintahan BN di Kelantan sehinggalah kini, terdapat pelbagai fakta yang secara jelas tidak boleh dinafikan lagi!
1
21

4

6
20



Memorandum Himpunan ROYALTI.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
MEMORANDUM GABUNGAN PROFESIONAL TUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE NEGERI KELANTAN (ROYALTI)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Setia.
Dengan hormatnya, ini adalah MEMORANDUM kepada Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan. Bahawa isu Pengeluaran Petroleum sebagai Hasil Bumi Negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui Batasan Kepentingan Politik yang sempit.
Pertama; Kami mewakili NGO-NGO Negeri Kelantan mengucapkan Jutaan Terima Kasih diatas kesungguhan Pihak Kerajaan Negeri Kelantan dalam memikul Amanah dan Tanggungjawab yang telah diberikan oleh Majoriti Rakyat Negeri Kelantan terutamanya didalam isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan yang telah dinafikan oleh PETRONAS.
Kami juga ingin mengucapkan Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana telah mengambil tindakan bijak, membawa isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan untuk dibicarakan didalam Mahkamah yang Sah mengikut lunas Undang-Undang yang telah ditetapkan mengikut Perlembagaan Negara Malaysia yang kita cintai.
Kami percaya, Majoriti Rakyat Negeri Kelantan sentiasa memberi sokongan Padu yang Tidak Berbelah bagi atas usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan dan sokongan itu dapat dilihat hari ini dan juga melalui Kempen mengumpul Tandatangan Sokongan kepada Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan yang telah kami jalankan sebelum ini yang setakat ini telah berjaya mengumpul hampir 70,000 tandatangan Rakyat Negeri Kelantan Pelbagai lapisan Masyarakat dan Umur.
Kedua; Seperti yang dimaklumi oleh Pihak Kerajaan Negeri, Tanah Tumpah Darah kita, Negeri Kelantan Darul Naim yang lebih dikenali sebagai “Serambi Mekah” adalah sebuah Negeri yang kaya Buminya baik di Daratan yang penuh dengan Sumber Alam Semula jadi termasuk Mineral dan Lautannya yang penuh dengan Galian Minyak dan Gas.
Perairan Negeri Kelantan menyimpan sebanyak 17 Trillion Gas Asli yang pada masa ini sudah mula diterokai dan dituai hasilnya oleh Syarikat Carigali Minyak Malaysia PETRONAS semenjak awal 1980-an dan setakat hari ini, 5 blok yang kaya dengan Minyak Mentah, Gas Asli dan Condensate telah ditemui iaitu dari Blok MTJDA (Malaysia – Thailand Joint Development Area), PM301, PM302, PM325 dan PM326.
Pihak kami ingin mengambil contoh Negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu yang juga dianugerahkan oleh Allah dengan Hasil Bumi yang bukan sedikit seperti juga Negeri Kelantan. Masing-masing Negeri tersebut dikenali sebagai Negeri Pengeluar Minyak dan Gas dan masing-masing Negeri tersebut juga diberi kelebihan mempunyai lokasi Pendaratan Minyak dan Gas yang dikeluarkan dari Perairan Negeri masing-masing ke Daratan Negeri masing-masing. Malangnya ini tidak berlaku kepada Tanah Tumpah Darah kita Negeri Kelantan yang kita sayangi.
Merujuk kepada apa yang berlaku semasa Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Dewan Penggal ke-5 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-12, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V telah bertitah;
“Beta berharap, Gas ini dapat didaratkan di Negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan Zon Industri Petrolium di Bachok seluas 4000 ekar sejak tahun 1990-an lagi”
Kami dengan ini Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V menyokong sepenuhnya Hasrat dan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V supaya Hasil Bumi yang disedut dari Perairan Negeri Kelantan didaratkan di Negeri ini supaya Manfaatnya dapat dinikmati oleh Seluruh Rakyat Negeri Kelantan yang amat-amat kita sayangi dan cintai.
Kami juga berharap supaya pihak Kerajaan Negeri Kelantan lebih bersungguh dalam membuat Tuntutan Pendaratan Gas di Negeri Kelantan supaya Hasil dan Manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh Rakyat Negeri Kelantan dari Pelbagai Golongan, Kaum, Bangsa, Agama dan peringkat umur.
Pihak kami mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan satu Jawatankuasa Tuntutan Pendaratan Gas yang dianggotai oleh Pelbagai Profesional dalam bidang berkaitan bagi mengkaji kesan-kesan Sosio-Politik keatas Negeri Kelantan sekiranya Hasil Bumi dari Perairan Negeri Kelantan didaratkan di Negeri Kelantan dan hasil kajian tersebut perlu dibentangkan kepada Rakyat Kelantan melalui apa sahaja cara sebagai bahan umum supaya seluruh Rakyat Negeri Kelantan dari Pelbagai peringkat lebih faham akan Nikmat dan Manfaat yang akan sama-sama kita berkongsi di kemudian hari Hasil dari Perut Bumi Negeri Kelantan sendiri.
Ketiga; Kami juga mencadangkan supaya Plak Royalti yang telah ditandatangani oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V dibuat salinan, digantung dan dipamerkan di permis-permis Kerajaan sebagai simbolik Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan.
Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!
Memorandum ini bertarikh 26hb. Jun, 2012
…………………………
Haji Nazeri bin Deraman
Pengerusi Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)

r
306678_455478464471812_1837942790_n
540950_455556827797309_2070507774_n
540950_455556827797309_2070507774_n
532472_455557674463891_889832604_n


Friday, November 6, 2009

Wang Ehsan @ Royalti?


ok, kita abaikan perjanjian 1975 yg tidak menetapkan jauhnya telaga minyak dgn coastline sebagai hak mutlak untuk mendapat 5% (sahaja). Katakan kita terima ia sebagai wang ehsan.

1.Apa kata wang ehsan itu digunakan utk membina lebuhraya KB-KL dan KB-Baling. Rasanya itu adalah keperluan tertinggi buat masa sekarang yang boleh dimanfaatkan oleh negeri2 jiran sama. InsyaAllah, kadar kemalangan jalan gua musang - kuala lipis dan jalan jeli-grik dapat diminimumkan, kerajaan pun tidak akan rugi apa-apa akan kehilangan nyawa akibat kemalangan jalan raya.

2.Apa kata 50% masuk ke kantung JPP (Jbtn Pembangunan Prsekutuan) dan 50% lagi masuk terus ke akaun negeri. Maka masing2 boleh memikirkan projek pembangunan terbaik yang mengikut keperluan semasa. Manfaatnya boleh dinikmati oleh rakyat juga. Kerajaan negeri juga berhak kerana mereka mendapat kuasa melalui rakyat bukannya mahkamah. Kerajaan persekutuan juga boleh menggunakan duit tu melalui JPP sebagai balasan kepada 40% pengundi parti peringkat persekutuan.

Yang pastinya jangan la duit tu buat masjid kristal ke apa ke. Baik duit tu buat upgrade masjid2 yang sedia ada. Itu lah yang terbaik.