Sunday, August 9, 2009

ankel ajae dtg umah i (versi ajae utk darwiys)


Salam,

arini i nak citer pasal ankel ajae. lupa nak post minggu lepas. mama kabor ke i ankel ajae dgn anti tiha nak dtg umah. nak cubo terai test tgk masakan mama.

i pun berdebar la, ishh guane la muka ankel ajae. mesti buwokkkk. bila je dia sampai, i terkejut. walaweiiiiiiii encem nya ankel ajae. nanti i besor kekgi i nak jd encem cam ankel ajae la.

i main2 jap soram2. pastu tgk diorang dah mentakdaroh, tinggalkan i. i nak mainnnnnnn. sedeh i tau, diorang mentakdaroh, i main soram2. mmmm i rase lain mcm la. i rase cam masakan mama tak beh, tak sedap. tapi heran i, apsal ankel ajae makan sampai tambah 2 kali. hik hik hik. i tau, ankel ajae mmg saje nak amik ati mama i je. papa pun mkn biase2 je, ade budu beyeh la papa i.

pastu mama kemas dapur, i gelak soram2 tgk mama kena basuh pinggan hik hik hik.

pastu i tgk ankel ajae dah nak balik, ala sedehnyerrrr. ankel encem dah nak balik. mama pun satu, bukan nak tahan ankel ajae.

gegendang telinge i dgr, ankel ajae nak terjak ankel poklan. hurmm ankel poklan? ala yg hencem jugak tu la. bertuah mama i dpt kawan encem2 hik hik hik hik.

p/s dah ah mimi aku dah puas gelak sorang2 dlm bilik ni hahahahaha

Muhamad Zohadie tak kesal pertaruh jawatan demi UPM

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090808235122/Article/index_html

Bekas Naib Canselor teruskan jalinan intelektual dikurnia Profesor EmeritusBICARANYA tipikal ahli intelek - berterus-terang, jujur dan berani meluahkan kata-kata - menegakkan apa yang dirasakan benar tanpa terselit sebarang cubaan untuk berdolak dalik. Sikap itu jugalah yang pada pendapat ramai, membawa noktah kepada tugasannya bagi jawatan akademik tertinggi di Universiti Putra Malaysia (UPM), antara institusi pengajian tinggi awam tertua dan ternama negara.

Itu kisah empat tahun lalu yang skripnya berakhir dengan penamat cukup mengecewakan sehingga menjadikan nama Prof Ir Dr Muhamad Zohadie Bardaie seakan-akan lenyap terus daripada persada bidang akademik arus perdana. Plot kepada kisah itu bertunjangkan sikapnya yang berani dan berterus-terang sehingga dianggap cuba melawan Datuk Dr Shafie Mohd Salleh, ketika itu Menteri Pengajian Tinggi. Puncanya hanya kerana isu bantahan bekas Naib Canselor UPM itu terhadap pemindahan program kejuruteraan aeroangkasa dari universiti berkenaan ke sebuah universiti lain.

Ketika itu, lebih tepat lagi sekitar Mei 2005, isu terbabit mendapat tempat di dada media, diwarnai pula dengan pelbagai pendapat daripada beberapa pihak lain, baik di dalam atau luar UPM, ada yang menyokong dan tidak kurang yang mengkritik. Akhirnya, pakar dalam bidang kejuruteraan pertanian itu melepaskan jawatan yang disandangnya selepas kira-kira empat tahun menerajui universiti berkenaan. Menyusul jejak anak tempatan pertama berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Pertanian itu ialah menteri terbabit yang digugurkan daripada senarai Kabinet kerajaan beberapa bulan kemudian. Berjauhan dari Bukit Serdang tidak membataskan Muhamad Zohadie daripada dunia akademik yang amat dicintainya, sebaliknya beliau sanggup berkelana selama tiga bulan ke Jepun, menjadi felo penyelidik di Universiti Tsukuba.

Tiga bulan meninggalkan anak dan isteri, beliau kembali semula ke tanah air dan mencuba bidang keusahawanan dengan membeli ekuiti dalam sebuah syarikat perunding kejuruteraan dan bersama beberapa rakan membuka sebuah syarikat pembuatan. Kesibukan menguruskan perniagaan tidak langsung menyekat cintanya kepada bidang akademik melalui tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Universiti Selangor (Unisel) dan Ahli Jurnal Kejuruteraan Antarabangsa.

Pada usia 58 tahun dengan semangat pendidik yang masih menebal, beliau dikurniakan pengiktirafan tertinggi akademik apabila dianugerahi Profesor Emeritus daripada UPM. Anugerah itu disampaikan sempena Konvokesyen Ke-33 universiti berkenaan, semalam dan turut diterima oleh bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof Dr Muhamad Awang.

"Kejadian (isu perbalahan dengan bekas menteri) tidak menjejaskan niat saya. Bagi saya sebagai Naib Canselor atau dalam bahasa korporatnya, Ketua Pegawai Eksekutif, sudah tentulah saya perlu pertahankan organisasi saya. "Saya ada prinsip... kena pertahankan. Isu yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah kerana program aeroangkasa UPM mahu dipindahkan ke universiti lain," kata Dr Muhamad Zohadie, mengulas kembali apa sebenarnya berlaku pada 2005 itu.

Tidak lama selepas meninggalkan UPM, atas kerelaan sendiri atau pun kerana muak dengan desakan pihak tertentu yang mahukannya meletak jawatan, beliau terus dikunjungi pegawai akademik Jabatan Aeroangkasa UPM.

"Mereka meluahkan penghargaan kerana saya sanggup mempertaruhkan jawatan untuk mempertahankan mereka. Saya beritahu mereka sebagai Naib Canselor, saya kena pertahankan apa juga yang menjadi kepentingan UPM. "Itu penting... kita tak boleh mengharapkan orang lain yang melakukannya untuk kita (mempertahankan kepentingan). Kita kena buat apa yang perlu dibuat," katanya.

Ditanya sama ada beliau sudah melupakan peristiwa empat tahun lalu itu, Muhamad Zohadie berterus-terang mengakui masih ada rasa terkilan sehingga kini, tetapi hidup perlu diteruskan.

"Ya... saya teruskan hidup saya, tetapi ada grudges sikit. Perkara seperti itu sepatutnya tak berlaku pun, dunia akademik sepatutnya jadi tempat untuk cari kebenaran... (kejadian itu) amat malang sekali," katanya.

Selain menggalas tanggungjawab di Unisel dan jurnal kejuruteraan antarabangsa, beliau kekal aktif dalam penulisan akademik dan kadangkala dijemput memberi syarahan, termasuk di luar negara.

"Saya juga cuba bidang keusahawanan... sebabnya ketika di UPM dulu sering saya katakan kepada graduan supaya apabila habis belajar, ceburi bidang keusahawanan. Jadi, nampaklah saya buat apa yang saya cakapkan... walk the talk. "Hubungan saya dengan UPM juga terus berjalan, saya masih berhubung dengan fakulti (kejuruteraan) kerana saya banyak rakan di Jepun. Bila ada apa-apa isu, saya hubungkan mereka yang di Jepun itu dengan fakulti kejuruteraan UPM," katanya.

Mengenai gelaran Profesor Emeritus dalam Kejuruteraan Biosistem itu, datuk kepada seorang cucu ini mengakui, ketika dimaklumkan mengenai tawaran itu lebih sebulan lalu, beliau menolaknya kerana berasakan tidak perlu dianugerahi apa-apa.

"Saya maklumkan kepada mereka, tak payahlah bagi saya anugerah... tanpa anugerah pun saya sanggup bantu UPM. Saya masih boleh menyumbang kepada UPM dan kejuruteraan... itu memang perkara yang saya sentiasa minat," katanya.

Bagaimanapun, beliau akhirnya akur dan bersetuju menerima anugerah berkenaan selepas berpendapat ia boleh menyuntik merit kepadanya untuk terus menyumbang dalam bidang akademik, termasuk pada peringkat antarabangsa.

Profil Nama: Profesor Emeritus Ir Dr Muhamad Zohadie Bardaie
Asal: Meru, Klang
Tarikh lahir: 29 Disember 1950
Isteri: Datin Umi Kalsum Hussein
Anak: Zahrina Azian, 33, doktor perubatan; Zaireen Aliza, 26, lulusan Universiti Multimedia; Zaireen Azrin, 21, pelajar kejuruteraan kimia di Universiti Monash


PENGALAMAN AKADEMIK DI UPM

April 2001-Disember 2005: Naib Canselor
Ogos 1993: Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)

Januari 1993: Profesor bidang kejuruteraan
1988: Dekan Fakulti Kejuruteraan
1983: Ketua Jabatan Kejuruteraan Ladang, Kuasa dan Jentera
1979: Ijazah PhD Kejuruteraan Pertanian, Universiti Cornell, Amerika Syarikat
1978: Pensyarah UPM
1975: Sarjana Sains Kejuruteraan Kejenteraan, Universiti California
1974: Sarjana Muda Sains Kejuruteraan dan Sarjana Muda Pengurusan dan Sains Pertanian, Universiti California
1971: Diploma Pertanian Kolej Pertanian Malaya
p/s orang politik datang dan pergi. Tapi seorang akademik, datangnya dirai, perginya diratapi.

Tuesday, August 4, 2009

Konspirasi Kematian Michael Jackson


Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki.

Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira disitu. Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson. Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya.

Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

"Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu".

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu "Give Thanks To Allah" khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain . Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain . Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun. Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata:

" Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini".

Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia. Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih. Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari.

Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan. Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

"Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya".

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu? Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV).

Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat. Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland.

Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tu. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)

The Brotherhood of Islam

Buletin of Bahrain

H1N1


Lawak betoiiiiiiii

Monday, August 3, 2009

Sindrom Warga Berpencen

Mengeluarkan kenyataan yang dia sendiri tak buat semasa berkuasa....

Jimmy Carter (Bekas Presiden USA)

"Rakyat awam Palestin kini dilayan seperti binatang seolah-olah mereka ini telah didapati bersalah kerana mengundi calon-calon dari gerakan Hamas. Amerika kini menjadi kuasa utama bagi menghalang rakyat awam Palestin daripada menikmati hak mereka. Mereka dinafikan sebarang bantuan hatta bagi memenuhi keperluan kehidupan harian mereka sendiri."

Paklah (Bekas PM Malaysia)

"ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru dalam melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA"

Upgrade lesen Dive di Redang version 2


baju merah ni dah tahap ngeng tertinggi


nemo n his parent



awat tak stabil ni, asyik turun je wakakakkaka





Upgrade lesen Dive di Redang version 1

mamat pink mane ntah ni
masa ni baru sampai, papahal `judi' dulu hahahaha

perghhh sapa la ajar skill ni

rosak la meja ni hahahaha

jom dive


cantik kan

nak? ipoh mali hehehe

test navigation

pisssss, yg kiri skali tu instructor

baru naik, penat wooo, tp shore dive je ni

sesi bilas air pas naik

ni bukan aku yg snap hahahahaha

ptg2 kitorang main volleyball pantai


haiya, pink lagi mamat ni
Best kat redang, sapa2 nak buat lesen dive buat dgn joe redang bay, JoeTeo25@yahoo.com. i rekomen sbb he's so friendly