Friday, December 14, 2012

Di sebalik Nama ‘HARIMAU MALAYA' berasal dari INDONESIA


Secara umum ramai mengetahui Harimau Malaya merupakan nama gelaran bagi pasukan bolasepak negara Malaysia. Tetapi, ada kemungkinan juga ramai yang belum mengetahui asal-usul nama Harimau Malaya  diperolehi.

Sebenarnya, nama tersebut adalah berasal dari gelaran kepada seorang pemain bolasepak era 1940′an. Pemain tersebut bermain di posisi ‘striker’ dan beliau adalah Dollah Don. 

Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pada 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor. Dollah Don pada mulanya bermain bolasepak semasa kecil dengan menggunakan bola tenis. Sewaktu di sekolah Dollah Don juga merupakan atlit olahraga yang berjaya. Pernah memenangi beberapa acara dan membolehkan beliau bergelar Olahragawan di sekolah.

Sebelum bermain untuk pasukan kebangssan, beliau bermain untuk pasukan Johor di era awal Piala Malaya dan Piala H.M.S Malaya.

Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pada 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor.

PERISTIWA DI SUMATERA



Jika kumpulan rock, SEARCH pernah menggegarkan Indonesia dengan lagu Isabella pade era 1990′an, begitu jugalah Dollah Don dengan mutu permainan bolasepaknya.

Dollah Don mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia.













Dari sumber yang dicari, beliau sering menerima jemputan untuk bermain di sana. Pada tahun 1946, Dollah Don telah dijemput untuk bermain menentang Pasukan Medan di Sumatera. Malangnya beliau jatuh sakit dan tidak dapat diturunkan beraksi.

Pada era 1950′an Indonesia dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden negara tersebut. Sukarno begitu kagum dengan Dollah Don sehingga menggelarkan beliau sebagai ‘Harimau Malaya’



Ini semua bermula dari satu perlawanan yang disaksikan oleh Sukarno sendiri. Perlawanan tersebut ialah sewaktu menentang pasukan Peseja di Indonesia, pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu Singapura dan barisan lawan diwakili oleh pemain tempatan dan Belanda. Penjaga gol lawan, Van Der Veen, dianggap terkenal di Asia ketika itu.

Presiden Sukarno turut menyaksikan perlawanan itu. Tamat separuh masa pertama, pasukan Melayu Singapura ketinggalan 3-0. Bermula separuh masa kedua, mereka mengasak ke kubu Peseja dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan seri. Ketiga-tiga gol tersebut telah dijaringkan oleh Dollah Don sendiri. Sejak itu gelaran Harimau Malaya melekat kepada Dollah Don dan hingga membawa ke hari ini kepada Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia.

http://www.erapasca.com/2012/12/cerita-sebenar-di-balik-nama-harimau.html

Tekad Syakirah

Thursday, December 13, 2012

Malaysia Tops Bribery Table


http://blogs.wsj.com/searealtime/2012/12/11/malaysia-tops-bribery-table/

Despite Malaysia’s high-profile anticorruption crusade, half of the corporate executives surveyed by a global corruption watchdog believe that competitors have obtained business through bribery, underscoring the hard task ahead for Prime Minister Najib Razak‘s government in weeding out graft.
Transparency International said Malaysia scored worst in the 2012 Bribe Payers Survey. It asked about 3,000 executives from 30 countries whether they had lost a contract in the past year because competitors paid a bribe—and in Malaysia, 50% said yes. Second on the dubious honor roll was Mexico, at 48%.
European Pressphoto Agency
A Transparency International survey suggests businesses in Malaysia must navigate a haze of corruption.
Japan ranked as the world’s least-corrupt place to do business, with just 2% of respondents saying they had lost out due to bribery; Malaysia’s neighbor Singapore was second-cleanest, at 9%. Even Indonesia, with a long-standing reputation for corruption, fared better than more-developed Malaysia: Southeast Asia’s largest economy came in at 47%. By comparison, 27% of respondents in China said they thought bribes had cost them business.
“It shows the attitude of private companies in Malaysia, indicating that bribery in the public sector could be systemic and in a sense institutionalized,” said Paul Low, president of the Malaysian chapter of Transparency International.
Since taking office in 2009, Mr. Najib has pledged to eradicate corruption and regain public confidence. Hundreds of cases have been investigated. The government has established special courts to hear corruption cases and is working to introduce harsher punishment, said Ravindran Devagunam, director of corruption prevention at government think-tank Pemandu. The body reports to the prime minister’s department.
video

Malaysia Called Most Corrupt Country for Business

3:11
In the 2012 Bribe Payers Survey, Malaysian companies were found most likely to take a bribe. The WSJ's Sam Holmes explains why the government's high-profile anticorruption campaign isn't working.
And yet Malaysia’s overall scores in Transparency International’s Corruption Perception Index have deteriorated for three consecutive years. In 2011, the country scored 4.3—just slightly lower than the previous year’s 4.4, but significantly lower than the government’s benchmark of 4.9.
A revamped scoring system makes comparison with the 2012 number difficult, though the Transparency International said Malaysia’s position in the broader index continues to be in the mid-range average. It ranked 54th—together with the Czech Republic, Latvia, and Turkey.
“Foreign companies looking to supply to the government have to be aware that they’re likely to be asked for a bribe,” Mr. Low said.

Nama TIMANGAN Babi Yang Patut Anda Tahu



Adalah menjadi kewajipan pada era moden ini untuk mengetahui perihal yang berkaitan babi. Dengan perdagangan yang melangkaui sempadan tidak mustahil mereka yang kurang allert akan termakan makanan yang berunsurkan babi terutamanya dalam makanan yang diimport.

Tidak juga sesuatu yang mustahil anda temakan makanan berunsurkan babi ketika melancong atau mengunjungi negara lain atas urusan business atau belajar.

Oleh itu apa kata kita kenali nama TIMANGAN babi dalam banyak keadaan agar terhindar dari semua itu.

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu Babi

9. Lard : Minyak yg berasakan lemak babi.

10. Ham : Daging Bahagian peha Babi

11. Bacon : Daging babi yg diperap dengan garam

12. Khinzir : Bahasa hormat utk babi hehehe


13. Baboi dalam bahasa Melanau

14. Kerbau Pendek : Nama perumpamaan

Wednesday, December 12, 2012

Lupakan Pertikaian "Medan Bertam" dalam Blok PM-307 & sila ambil perhatian pada "Medan Rhu" dalam Blok PM-308.

Sila ambil perhatian... Lupakan Pertikaian "Medan Bertam" dalam Blok PM-307 & sila ambil perhatian pada "Medan Rhu" dalam Blok PM-308.

PM-308 (Medan Rhu)

PM-308A:
1: Telaga Batu Hitam - 1
2: Telaga Janglau - 1
3: Telaga Ara - 1

PM-308B:

1: Merawan Batu

Ada antara kerja2 carigali telah selesai sejak tahun 2011 manakala yang terakhir pula telah selesai pada Oktober 2012. keputusan seismic 2D & 3D serta hasil carigali telah mendapati bahawa antara Telaga2 diatas, ada antaranya menemui Minyak Mentah.

Laporan dari Syarikat yang menjalankan kerja2 Carigali di Blok PM-308A mengesahkan juga bahawa pekatan yang akhirnya disahkan sebagai Minyak Mentah telah naik ke Permukaan Laut ketika kerja2 Carigali menggunakan "Jack-up Rig" dijalankan.


FB-R

Monday, December 10, 2012

Pemuda Ini Adalah Ketua Yakuza di Terengganu

Melayu atau Jepun?


As-Salam.
Tadi saya ada ceritakan dan dedahkan bahawa gelaran The Harimau Malaya bukan milik Jeneral Yamashita tetapi seorang pemuda di atas. Tak baca lagi? Boleh klik SINI. Siapakah pemuda segak berbaju melayu dan bersongkok kemas ini?

Dia bukan seorang Melayu! 

Dialah yang digelar Harimau Malaya sebenar. Dan merupakan ketua Yakuza Melayu sekitar tahun 1930-1940an. Dia ditakuti oleh ahli perniagaan cina dan juga inggeris. Dari tahun 1933, dia telah melakukan kekacauan ala gengster atau yakuza dengan kebanyakkan ahlinya adalah pemuda melayu.


Gambar keluarga Tani Yutaka bersama Ibu dan Ayah serta adiknya.

Namanya Tani Yutaka, pemuda Jepun yang dilahirkan di Malaya, dibesarkan di Terengganu. Tiada siapa menyangka pemuda yang sering kelihatan bersongkok dan berbaju melayu ini adalah ketua Yakuza ketika itu. Ini semuanya berlaku kerana satu tragedi yang berlaku kepada adik perempuannya.

Adik Tani, dua dari kanan.
Adik perempuannya telah dirogol dan dibunuh oleh pemberontakan China akibat pendudukan Jepun ke atas Manchuria. Orang-orang yang berasal dari China yang berada di Terengganu telah merogol adiknya dan membuatkan dia, menyimpan dendam kesumat terhadap orang Cina dan juga inggeris yang tidak melakukan apa-apa terhadap jenayah tersebut.

Rumah keluarganya di Hulu Terengganu, utuh sehinggalah ujung 1940an.

Tani Yutaka mati akibat malaria di Johor setelah Jepun menduduki Singapura. Ceritanya yang diDVDkan menarik perhatian kerana ia mengisahkan perjuangannya di Tanah Melayu yang menentang British, dan dianggap wira kerana cuba menegakkan keadilan.

Sumber: Forum Ehoza, hasil tgk DVD citer ini.


Sumber Asal: Pemuda Ini Adalah Ketua Yakuza di Terengganu http://www.hasrulhassan.com/2011/03/pemuda-ini-adalah-ketua-yakuza-di.html#ixzz2EZXdwgKF
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

Sunday, December 9, 2012

Eksklusif: Melayu Kelantan 60,000 tahun





Orang Kelantan Melayu Sebenar?

Oleh ROZILAN SALLEH 14/07/2006

PULAU PINANG 13 Julai - Benarkan Melayu Kelantan merupakan orang Melayu yang paling asal di negara ini berbanding dengan orang Melayu di tempat lain?


Hipotesis mengenainya mungkin berasas berdasarkan kajian pensyarah Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Univerisiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin.

Menurutnya, hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Ssid Deoksiribonukleik (Mithochondial-DNA) di kalangan beberapa penduduk di pedalaman Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.

Bagaimanapun, katanya, hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam mengenai Siapa Melayu Sebenarnya yang akan dijalankan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun lagi.

Ketika ini, katanya, terdapat 12 etnik Melayu di negara ini termasuk mereka yang berasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang, Champa dari Kemboja dan Yunan dari China.

Bagaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubah sejarah bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah untuk mencari fakta terbaru berdasarkan penyelidikan kita sendiri,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan tesis hasil penyelidikannya mengenai kajian genetik dan forensik pergigian oleh seorang lagi pensyarah Sains Forensik pusat pengajian yang sama, Dr. Mohd. Fadhil Khamis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di sini hari ini.

Tesis itu diserahkan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak kepada Ketua Pengarah JHEOA, Datuk Fadzil Mahamud.

Pada masa yang sama, kata Dr. Zafarina, kajian itu juga bukan mahu menidakkan status Melayu di kalangan etnik-etnik Melayu yang lain tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik Melayu yang mana paling awal wujud.

Dalam pada itu, penyelidikan terulung beliau dan pertama di negara ini yang memberi tumpuan kepada perbandingan genetik Mithochondial-DNA mengesahkan perbezaan antara populasi Melayu Moden dengan Melayu Proto.

Pengesahan itu yang berdasarkan tempoh masa kewujudan dan kandungan Mithochondrial-DNAsekali gus mengenepikan anggapan bahawa generasi paling awal orang Melayu yang ada pada masa kini Melayu Proto.

Pada masa yang sama, hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden berasal daripada populasi 'Mongoloid' dari selatan China atau 'Austranasian' yang berhijrah ke kawasan lain di Asia antara 6,000 hingga 8,000 tahun dahulu.

Ia berbeza dengan populasi Melayu Proto yang wujud lebih awal iaitu kira-kira 200,000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika,'' ujarnya.

Beliau yakin hasil kajian itu dapat digunakan dengan lebih meluas dan pihaknya berhasrat menghasilkan satu pengkalan data khusus sebagai rujukan bagi membangunkan masyarakat Orang Asli yang berjumlah kira-kira 150,000 orang di Semenanjung ketika ini.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, kajian seumpama itu perlu ditingkatkan bagi mencari sebanyak mungkin maklumat agar menjadi hak milik negara.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm#ixzz2EWsP4eZN © Utusan Melayu (M) Bhd