Thursday, December 31, 2009

Russia may send spacecraft to knock away asteroid


MOSCOW – Russia's space agency chief said Wednesday a spacecraft may be dispatched to knock a large asteroid off course and reduce the chances of earth impact, even though U.S. scientists say such a scenario is unlikely.


Anatoly Perminov told Golos Rossii radio the space agency would hold a meeting soon to assess a mission to Apophis. He said his agency might eventually invite NASA, the European Space Agency, the Chinese space agency and others to join the project.


When the 270-meter (885-foot) asteroid was first discovered in 2004, astronomers estimated its chances of smashing into Earth in its first flyby, in 2029, at 1-in-37.


Further studies have ruled out the possibility of an impact in 2029, when the asteroid is expected to come no closer than 18,300 miles (29,450 kilometers) from Earth's surface, but they indicated a small possibility of a hit on subsequent encounters.


NASA had put the chances that Apophis could hit Earth in 2036 as 1-in-45,000. In October, after researchers recalculated the asteroid's path, the agency changed its estimate to 1-in-250,000.


NASA said another close encounter in 2068 will involve a 1-in-330,000 chance of impact.
Don Yeomans, who heads NASA's Near-Earth Object Program, said better calculations of Apophis' path in several years "will almost certainly remove any possibility of an Earth collision" in 2036.


"While Apophis is almost certainly not a problem, I am encouraged that the Russian science community is willing to study the various deflection options that would be available in the event of a future Earth threatening encounter by an asteroid," Yeomans said in an e-mail Wednesday.
Without mentioning NASA's conclusions, Perminov said that he heard from a scientist that Apophis is getting closer and may hit the planet. "I don't remember exactly, but it seems to me it could hit the Earth by 2032," Perminov said.


"People's lives are at stake. We should pay several hundred million dollars and build a system that would allow us to prevent a collision, rather than sit and wait for it to happen and kill hundreds of thousands of people," Perminov said.


Scientists have long theorized about asteroid deflection strategies. Some have proposed sending a probe to circle around a dangerous asteroid to gradually change its trajectory. Others suggested sending a spacecraft to collide with the asteroid and alter its momentum, or hitting it with nuclear weapons.


Perminov wouldn't disclose any details of the project, saying they still need to be worked out. But he said the mission wouldn't require any nuclear explosions.


Hollywood action films "Deep Impact" and "Armageddon," have featured space missions scrambling to avoid catastrophic collisions. In both movies, space crews use nuclear bombs in an attempt to prevent collisions.


"Calculations show that it's possible to create a special purpose spacecraft within the time we have, which would help avoid the collision," Perminov said. "The threat of collision can be averted."

Boris Shustov, the director of the Institute of Astronomy under the Russian Academy of Sciences, hailed Perminov's statement as a signal that officials had come to recognize the danger posed by asteroids.


"Apophis is just a symbolic example, there are many other dangerous objects we know little about," he said, according to RIA Novosti news agency.


p/s Dulu pernah baca tentang ramalan ulamak terdahulu, umur dunia hanyalah sehinnga berakhir tahun Hijrah 1499, takan ada 1500. Maknanya umur dunia masih ada 69 tahun sahaja lagi. atau berakhir pada 2078.

Sunday, December 13, 2009

Ariel Sharon - Nasib Si Penyembelih Rakyat Palestin



PENDERITAAN penduduk Palestin sememangnya satu tragedi bagi umat Islam. Sebut sahaja sebarang bentuk penganiayaan dan penderitaan yang tidak dilalui mereka. Sehingga kini masih belum terdapat sebarang pembelaan yang nyata terhadap nasib Palestin.

Sejak bermulanya sejarah kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin pada 14 Mei 1948, pelbagai alasan dan fitnah ditebarkan untuk menafikan kekejaman yang telah dilakukan. Pelbagai perang, konflik dan perjanjian damai telah berlalu namun ia gagal merobek keegoan Israel untuk menilai kembali kekejaman dan pertumpahan darah yang telah dilakukan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Namun yang hak pasti akan tertulis dan kekejaman yang dilakukan manusia akan dibalas tuhan walaupun ketika masih hidup.

Itulah nasib yang dialami oleh bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon.

Beliau yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari bulan Mac 2001 hingga April 2006 namun kemudian tidak mampu untuk melaksanakan tugas-tugasnya selepas jatuh sakit akibat menderita angin ahmar pada 4 Januari 2006.

Pada awalnya beliau berada dalam koma sebelum mampu membuka mata. Namun sejak dari itu dirinya tidak ubah seperti mayat hidup. Ini kerana dirinya kini sedar tetapi menderita lumpuh sepenuhnya melainkan matanya sahaja yang masih terbuka. Dari sudut perubatan keadaannya dipanggil "vegetatif persisten" iaitu lumpuh sepenuhnya walaupun tidak koma.

Hanya matanya yang terbuka dan boleh memberi isyarat namun tidak boleh menggerakkan badan.

Menurut sumber yang diperoleh dari sebuah media Israel, keadaan terkini Sharon yang juga digelar "Sang pembunuh rakyat Palestin" boleh diibaratkan seperti bangkai bernyawa.
Menurut sebuah akhbar Israel, "Hume Israel" keadaan kesihatan Sharon kini masih menderita angin ahmar dan terbaring di hospital selama lebih dari empat tahun.

Sharon yang ketika ini menjangkau usia 81 tahun telah dirawat di Hospital Syaiba tidak jauh dari kota Tel Aviv. Beliau diberitakan terbaring dalam keadaan kedua mata terus terbuka. Para perawat yang menjaganya kemudian menempatkan Sharon di depan televisyen yang menayangkan filem-filem panorama alam dan pelbagai jenis haiwan terutama lembu.

Akhbar itu mendakwa bahawa keluarga Sharon masih tidak berputus asa dan kerap menjenguk dan berinteraksi dengannya. Ini seolah-olah mengisyaratkan bahawa Sharon masih hidup dan mampu sembuh seperti sebelumnya. Seorang anggota keluarganya kerap membacakan akhbar harian di sisinya sambil memberitahu dan menggambarkan perkembangan ladang lembu yang dimilikinya di daerah selatan Israel. Di samping itu beliau turut dibacakan beberapa buku dan diperdengarkan muzik-muzik klasik.

Walaupun menderita sakit yang tidak boleh dipulihkan namun beliau tetap diberikan penjagaan rapi oleh keluarganya.

Diberitakan seorang lelaki telah ditugaskan khas untuk mencukur janggutnya. Malah dikatakan Sharon sering memberikan isyarat mencukur janggutnya dengan terketar-ketar menggerakkan jarinya kepada lelaki berkenaan.

Doktor yang merawat beliau Solomo Segev memberitahu, keadaan dan kesihatan Sharon yang hanya terbaring di atas katil di hospital sejak beberapa tahun lalu sukar diramal. Sehingga kini Sharon masih hidup kerana degupan jantung dan tekanan darahnya masih bergerak seperti manusia normal.

Malangnya keadaannya ini adalah sama seperti kali pertama dirinya dimasukkan ke hospital pada empat tahun lalu.

Ketika ditanya lebih lanjut sampai bila keadaan Sharon akan terus begini, Segev memberitahu tiada sebarang jaminan beliau akan sembuh.

"Kalau dikaji dari purata usia ahli keluarga Sharon, ibu dan neneknya mati sekitar usia 90 tahun.
"Oleh itu Sharon dijangka akan tetap dengan keadaannya sekarang mungkin sehingga usianya lebih 90 tahun nanti," kata Segev.

Beliau kemudiannya ditanya apakah peluang bagi Sharon untuk sembuh dari koma. Segev menjawab, "Sharon bukan manusia biasa, ada pesakit lain yang berada dalam keadaan koma lebih lama dari Sharon, namun pesakit-pesakit itu masih dalam usia muda.

"Pesakit seumur Sharon biasanya tidak bertahan lama, apatah lagi jika mereka mampu bertahan hingga empat tahun. Kalau itu terjadi, tentu ia dilihat diluar kewajaran," katanya.

Walau apa pun jawapan yang diberikan oleh doktor yang merawatnya namun hakikatnya penderitaan yang ditanggungnya adalah pembalasan tuhan kepadanya. Kekejaman yang dilakukan ketika muda sebagai anggota tentera hinggalah menjawat jawatan tertinggi dalam Kabinet Israel adalah tindakan yang diluar batas kemanusiaan.

Maka penderitaan yang ditanggungnya kini hanyalah sekelumit dari ribuan kematian dan penderitaan yang ditanggung rakyat Palestin. Namun sekurangnya-kurangnya beliau telah merasai sendiri pedihnya seksaan tuhan di dunia sebelum menerima seksaan di akhirat kelak.

Saturday, December 12, 2009

Malaysia negara 'sumpahan minyak'


http://www.malaysiakini.com/news/119695

Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas."Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi."Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.Malahah Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.


Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.

Monday, December 7, 2009

KB MALL 7.12.09






KOTA BARU:Two shoppers were killed after a driver lost control of her car on an upstairs open air parking of a mall, slamming the vehicle into a retaining wall before plunging down three stories.

Another shopper was seriously injured in the freak accident that occurred at 4.45pm when the mall in Jalan Hamzah was packed with weekend patrons.

Nurain Said, who was in the car when it plunged down, miraculously survived the 54-metre fall.
The dead have been identified as trainee nurses Siti Nuramira Shamsuddin, 19, and Siti Nurdiana Azman, 18, from a local college, both of whom died on the spot after being hit by falling debris.

Both Rashidah Ahmad Latif, 18, and Nurain have been admitted to the Raja Perempuan Zainab II Hospital with head injuries.

District OCPD ACP Zahruddin Abdullah said the original driver of the car - identified only as Sabri - had earlier gotten out of the car, which had stalled at the parking area.
He said Sabri then told his 17-year-old sister Nurain to get behind the wheel while he pushed the car in an attempt to jumpstart the engine.

ACP Zahruddin said while Sabri was pushing the car, the engine suddenly came to life, causing the car to lunge forward and smash into the retaining wall, which also served as the building’s ventilation airway.

He said Siti Nuramira, who was on the second floor of the building, and Siti Nurdiana, standing on the ground close to the escalator, could have died after being crushed by concrete debris.
“We are looking for Sabri and another woman identified as Nurul Atikah to assist police in their investigations for reckless driving,” he said.

A witness Hazura Ariffin, 25, said she heard a loud bang that shook the building.“I thought it was an earthquake at first. I was shocked to see the wrecked car lying in the middle of the mall between the escalators,” she said.

Police had since cordoned off the building and advised all patrons to vacate the building to avoid further casualties.

Crowds waiting outside the mall attracted the curiousity of motorists, causing serious traffic jam along the road. Traffic only resumed to normal two hours later.

Friday, December 4, 2009

UNESCO iktiraf Batu Bersurat




"UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik Dan Kebudayaan PBB) mengiktiraf Batu Bersurat Terengganu. Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan menyebut bahawa ia akan menarik minat pengkaji, penyelidik untuk membuat kajian tentang Batu Bersurat, sebagai pemangkin kedatangan pelancong, menggalakkan inisiatif pemeliharaan khazanah wrisan negara pada masa depan.

Berikut adalah maklumat yang boleh diperolehi dari wikipedia:


Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.

Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri.

Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.

Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu

KANDUNGAN

Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.

Muka pertama
1.RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
2.Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
3.Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
4.Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
5.Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
6.Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
7.Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
8.Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
9.Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
10.Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
11.Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
Muka kedua
1.Keluarga di Benua jauh kan
2.Datang berikan.keempat orang berpiutang.
3.Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
4.Kelima derma barang orang....(mar)dika.
5.Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
6.Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
7.Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
8.Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
9.Seratus ratun jika merdeka beristeri.
10.Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
11.Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
12.Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....

Muka ketiga
Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........
Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....
Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............

Muka keempat
..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.
..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.
...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

Catatan Penulis:

Saya pernah terbaca sebuah artikel seingat saya dari akhbar harian. Batu bersurat menjadi bukti bahawa undang-undang Islam dipraktikkan di negeri Terengganu lebih awal (1326 atau 1386)dan di gazetkan di batu tersebut. Mungkin untuk tontonan ramai memandangkan di zaman tersebut mungkin tak ada buku dan internet (undang-undang Hammurabbi juga di pahat di tiang-tiang batu untuk bacaan rakyat). Bila undang-undang tersebut digazetkan di batu, automatiknya membuktikan bahawa masyarakat terengganu waktu itu sudah terpelajar dan buta huruf. Nah, apabila kerajaan tersebut ditumbangkan atau dijajah, perkara utama yang dibuat adalah memansuhkan undang-undnag Islam.

Artikel itu juga menerangkan batu itu sebenarnya dijadikan alas tangga (membasuh kaki) untuk naik ke atas masjid/surau. Ia terjadi sekian lama. Dalam keadaan normal tentulah orang tidak mahu memijak batu itu kerana banyak tertulis mengenai agama, rasulullah dan Allah. Hanya Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari sahaja yang menyedari ketika mahu naik ke masjid tersebut. Beliau terlihat seakan tulisan jawi, dan terus mengambil batu itu sebagai penghormatan dari menjadi tempat alas basuhan kaki.

p/s Jika dahulu kerajaan Melaka dan kerajaan Terengganu sudah boleh mempraktikkan undang-undang Islam, kenapa di zaman kita tidak. Zaman sekarang penyebaran ilmu mudah dan meluas, lagi senang berbanding dahulu. Kerajaan Melaka tersohor dengan pelabuhan entrepot menunjukkan pelbagai kaum/bangsa tinggal di sana. Jadi, alasan tidak boleh dipraktikkan di negara majmuk sangat boleh disangkal.

Saturday, November 28, 2009

Sir Henry Gurney

Terjumpa artikel menarik di internet.

Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "di maki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "di kencingkan" oleh generasi mendatang!

Tahun 70an, buku Tawarikh(Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki. Digambarkan juga bagaimana beliau "menghapuskan kejumudan" orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki dan meperkenalkan topi menggantikan kopiah. Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai Kerajaan zalim dan mundur.
Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Artatturk perwira Islam Turki.

Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh(Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita dalam keadaan kita sudah merdeka.

Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris. Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan.

Awal tahun 80an, barulah kisah mereka semua "dipulihkan" dalam buku Sejarah sekolah setelah puluhan tahun perjuangan mereka di hina dan "di kaburkan" oleh kita sendiri.

Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM)di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951. Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda. Tololkah kita?

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Saya berharap pada guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.

Tuesday, November 24, 2009

Royalti Minyak Kelantan II

http://razaleigh.com/2009/11/28/oil-payments/ (That agreement is made out in language simple enough for a schoolboy to understand, in both Bahasa Malaysia and English- Ku Li)

Tuan Hasan Harun? Rasanya Dato Hasan Harun tu kan? Pengerusi KUB. Apapun tahniah, kerana beliau orang pertama yang memperjuangkan tuntutan royalti minyak Kelantan di peringkat awal lagi.

Saturday, November 21, 2009

Dua Tokoh Tersohor Malaysia

Lupakan sekejap soal perbezaan pendapat.



Kebelakangan ini ada 2 tokoh utama Malaysia yang menjadi ikon kebanggaan Malaysia. Dua tokoh ini sedikit sebanyak telah mengharumkan nama negara Malaysia di peringkat dunia. Mereka ialah:

1. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad (Mantan PM Malaysia)

Mahathir telan muncul dalam saluran History kendalian Astro yang memaparkan kisah hidup beliau sebelum dan selepas menjadi PM Malaysia. Antara sinopsis yang diambil dari website astro ialah:

Mahathir:
Discover the life of Mahathir Mohamad, one of Southeast Asia´s most outspoken and controversial leaders. As Prime Minister for 22 years, he modernises Malaysia. The world´s tallest twin towers is one of his projects. Mahathir strives to modernise his country and encourage confidence and pride in his Malay race. He fearlessly lashes out at the U.S., the U.K., Australia, and anyone who dares challenge him. He makes Malaysia one of the most successful economies in the region and secures its place on the world map. But success comes at a price. Power struggles, crises, and scandals plague his career; institutions and free expression are among the victims. With the sacking and jailing of his own deputy, Anwar Ibrahim, accusations of ´dictator´ echo throughout the western media. Mahathir makes an art form out of bold outrageous statements, such as his speech asserting that "Jews rule this world by proxy", which the West condemns. But why would a man so fearless and powerful, suddenly break down in tears at the podium?

Antara sejarah yang tidak dilupakan ialah:

a.Dipecat dari UMNO oleh Tunku Abd Rahman kerana mengkritik beliau melalui buku "Malay Dilema". Diampun semula oleh Tun Razak sehingga diangkat menjadi menteri.
b.Menjadi PM Malaysia 1981, tahun di mana Malaysia mula memperolehi nikmat emas hitam iaitu petroleum.
c.Pergaduhan dengan Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah sehingga UMNO diharamkan atas dakwaan wujud perwakilan haram smeasa pengundian. Mahathir mewujudkan UMNO Baru dan Ku Li menubuhkan parti baru Semangat 46. Tahun 1990 di mana perkataan BARU dibuang dan UMNO dikenali dengan UMNO semula. Musa Hitam kekal dia di dalam UMNO.
d.Pergaduhan dengan Anwar Ibrahim menyebabkan hilang Terengganu kepada PAS.


2. Tuan Guru Dato' Bik Abdul Aziz Nik Mat (MB Kelantan)

Sumber gambar : http://www.flickr.com/photos/33126057@N07/3493653168/

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009. Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia) Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Berikut pula sejarah kehidupan TGNA:

a.Belajar di pondok Besut, ijazah Universiti Deoband, India. Seterusnya ke Pakistan untuk belajar ilmu tafsir Quran. Terus ke Mesir untuk menyambung ke peringkat sarjana perundangan Islam. Selepas berbelas tahun di luar negeri, akhirnya pulang ke Kelantan selepas mendengar ada orang Malaysia memaklumkan ingin pulang ke Malaysia (Tanah Melayu).

b.Masuk politik dengan memilih PAS sebagai wadah perjuangan.

c.Menjadi MB Kelantan pada tahun 1990 dengan menempa sejarah di kalangan ulamak yang pertama memegang kuasa eksekutif selepas pelancaran Kempimpinan Ulamak.

d.Banyak mempunyai pandangan yang berlainan dengan orang lain sehingga menjadi isu untuk difikirkan/dibahaskan ramai di dada-dada akhbar.

Wednesday, November 18, 2009

Royalti Minyak Kelantan

(Sapa nak tengok peta telaga minyak ni, boleh lah melawat di Stadium Negeri Terengganu, sama ja, fikir-fikirkanlah)


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974 bersama perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri hanya memperuntukkan bayaran tunai bagi petroleum dicarigali dan diusaha hasil dalam sempadan negeri. Katanya, berasaskan tarif sempadan negeri itu, tiada petroleum diusahakan di perairan Kelantan, sekali gus tiada asas perundangan bayaran royalti petroleum kepada negeri itu.

"Mengikut Ordinan Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1969 (no 7), perairan sesebuah negeri ditakrifkan kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika diukur dari tikas air surut dan ketika ini, medan minyak dan gas di perairan Malaysia yang mengeluarkan hasil adalah di luar tiga batu nautika atau di luar kawasan perairan negeri," katanya ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat.

Ketika 1st year degree marine science dulu, nota aku mencatatkan 1 batu nautika =1.852 km. Maka tanpa menggunakan teori cakerawala Adi Putra, 3 batu nautika bersamaan dgn 5.556 km. Secara automatisnya, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan tidak layak LANGSUNG menerima royalti JIKA jarak 3 batu nautika diambil kira. (Teringat sejarah Sabah & Sarawak hampir keluar Malaysia sebab dapat royalti 5% shj).

Untuk memudahkan pemahaman jarak 3 batu nautika ini, sila lihat senarai jarak antara tanah besar dengan pulau-pulau tersohor di Malaysia. (sapa2 yang pernah melancong ke tempat2 ni boleh lah mengagak jarak 3 batu nautika atau 5.56km tu).

1.Jeti Merang - Pulau Redang = 24km.

2.Besut - Pulau Perhentian = 18km,

3.Marang - Pulau Kapas = 5.3km,

4.Mersing - Pulau Tioman= 43.7km,
5.Lumut - Pulau Pangkor = 3.6km,
6.Burterworth - P.Pinang=8.21km,
7.Kuala Perlis - Langkawi=24.9km.
Maka, mana2 negeri jgn perasan nak dpt royalti, korek je la antara tanah besar dgn pulau korang tu je ye...jgn lupa, jangan lebih 5.5km dari pulau (tanah terdekat) ke offshore. Ingat, jangan lebih.

Pertama apa yang perkara sangat penting dalam menentukan atau menguruskan permasalahan ini? Antara yang boleh di bincangkan adalah seperti berikut:

1.Jarak pesisir

Garis pangkal: Tertakluk kepada subseksyen (2), garis pangkal bagi maksud menentukan zon maritim Malaysia ialah-

(a) garis air surut sepanjang pantai sebagaimana yang ditandakan dalam carta berskala besar;
(b) garis air surut arah laut suatu terumbu sebagaimana yang
ditunjukkan dengan simbol yang sesuai di atas carta;
(c) garis air surut pada ketinggian air surut yang terletak keseluruhannya atau sebahagiannya pada jarak tidak melebihi lebar laut wilayah dari tanah besar atau sesuatu pulau.
2.Jarak EEZ (zon ekonomi ekslusif)

Sumber gambar:
(http://www.cybertroopers.net/modules.php?name=News&file=article&sid=351)



3.Perjanjian asal Petronas dan kerajaan2 negeri (main point).

Intipati dalam perjanjian:
a.Akta Kemajuan Petrolian 1974:
i."Tanah" berhubung dengan Negeri di Semenanjung Malaysia, ertinya mana-mana kawasan tanah di daratan dan termasuk tanah di luar pesisir yang bersempadanan dan berdmapingan dengan tanah di daratan dan berhubung dengan negeri Sabah dan Sarawak; ertinya tanah di luar pesisir sahaja.
ii. "Tanah di daratan" termausk pantai di pesisir depan dan kawasan bawah laut di bawah perairan wilayah negeri.
iii."Tanah di luar pesisir" ertinya kawasan luar pantai benua.

b.Perjanjian antara Kerajaan Kelantan & Petronas 1974.
Cuba lihat perjanjian ini pula antara MB Kelantan, Datok Mohamed Nasir dan Pengerusi & Ketua Eksekutif Petronas:



KESIMPULAN

Dalam perjanjian antara setiap kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia dengan Petronas tiada di berikan secara spesifik jarak hak milik Pusat atau negeri di perairan Malaysia. Asalkan ia berada di bahagian Sabah, maka sabah la pemiliknya. Jika berada di Terengganu, maka Terengganu lah miliknya. Perjanjian ini kekal di pegang sehinggalah sekitar 2000-2001. Kenapa harus berlaku begitu?

Kerajaan negeri mempunyai hak milik sepenuhnya ke atas tanah, air dan balak di negeri masing-masing. Jika diikutkan logik, sepatutnya royalti kepada pusat hanyalah 5% dan negeri mendapat 95% kerana berada di dalam tanah negeri. Tapi itu tidak berlaku kerana semua negeri bersetuju ia diberikan jagaan kepada pusat agar semua orang dapat menikmati nikmat Tuhan tidak ternilai ini melalui perjanjian tahun 1974 tersebut.

Saturday, November 14, 2009

Pulau Payar Marine Park

Pada 7.11.09 kami bertolak ke Alor Star untuk ke Pulau Payar Marine Park. Projek penyelidikan ini adalah kerjasama dengan Agensi Remote Sensing Malaysia, Fisheries Research Institute (Bt Maung), Seafdec, USM dan UMT. Semasa perjalanan kami singgah tugu peringatan lebuhraya Timur-Barat. Dah lama nak berenti, nak tgk apa dia tulis kat situ? Guess what? ramai pekerja JKR meninggal diserang komunis, 63 trak pembinaan jalan di bom.


Malam 8hb, kami makan di Stadium Darul Aman, Kedah. Sambil menyaksikan pesta bunga api di Stadium Nasional Bukit Jalil. Keesokannya terus ke jeti Kuala Kedah untuk ke Pulau Payar. Opsss lupa, kami suka tinggal di Hotel Seri Malaysia Alor Star. Tapi malam tak best, siang je best kat lobi tu hehehe.


Dah sampai dah Pulau Payar.............


Aktiviti malam? tak ada apa pun kat pulau ni, main terup, declare. Sempat ajar 2 abang2 dari Jabatan Perikanan main, meriah la skit main ramai2. Aku ade jugak hatrik kena cong. Tapi Shuk dahsyat, dah la pecah rekod aku, boleh plak cong fourtrik (4 cong berterusan). Kalo kat redang xpe la, ada kedai lepak2, minum, ada live band sambil tgk org mabuk (rosak kije kt pulau nih), karaoke free, dan bley main pool.

Tempat tido? 7 Bintang beb....sebenarnya meja tempat main terup tu la katil aku. Chalet yang dia kasi 2 je untuk 10 orang!!!! Ajaibnya pulak, bilik aku ekon rosak, so kitorang mai dok wakaf kat lereng bukit tu, line tepon pun agak kuat situ. Nyamuk? toksah citer panjang la kalo dok pulau.


Ni je lah gambar masa buat keje. Tu pun tolong geduak, dia kije dengan Agensi Remote Sensing Malaysia skang. Menyelam 3 orang rekod seabed (pasir, hard coral, soft coral), aku kat atas pulak guna alat spectroradiometer dan poklan rekod position guna DGPS.

Ni pic kat pantai sebelah utara jeti. Kena jalan kaki la skit untuk ke tpt ni. Ada kusi malas, sempat lena dua kali situ. Sambil mata tgk orang mandi, alamakkkkkk takde spek itam, nanti kantoi hehehehe.


Sunrise at Pulau Payar. Subhanallah.


Friday, November 13, 2009

Realiti yang berlaku di Bukit Jalil...


Terjumpa artikel yang menarik untuk dibaca.


Apa Sebenarnya Berlaku Disebalik Kejadian Keganasan Penonton Di Stadium Bukit Jalil TUESDAY, 10 NOVEMBER 2009 17:52

AMPANG, November 09, 2009 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.

Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh.

Penonton yang kebanyakannya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.

Suasana yang tenang pada mulanya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat. Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak nampak saja apa yang berlaku diluar sana.

Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya di anak tiri dalam segala hal.

Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan RELA, membawa segala-galanya.

Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini? Pintu akhirnya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.

Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.

Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalaulah “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan RELA akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air.

Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.

Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain. Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.

Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah. Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop.

Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya. Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan.

Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut.

Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib. Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah.

Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA. Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika meraikan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa? Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis? Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?

Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku? Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased”kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi. Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras. Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, November 11, 2009

abah...12.11.1997


Jam dah 11.15pm. Lagi 45 minit, masuk tarikh baru dalam hidup kita iaitu 12.11.2009. Tarikh ni sangat penting bagi sesetengah orang, berbilion manusia di bumi pasti ada kenangan masing-masing pada tarikh ni.

12 tahun lalu, 12.11.1997, abah aku meninggalkan dunia, menuju dimensi peralihan sebelum ke dimensi kekal abadi. Meninggalkan isteri, 8 anak dan anak bongsu yang masih 6 bulan di dalam kandungan.

10.11.1997 - Pagi yang biasa, tapi mungkin agak senyap, sunyi. Sudah mandi, pakai baju sekolah, aku dok depan umah sambil pakai stokin. Abah ada sebelah. 5 - 10 seconds baru perasan, dari tadi abah perhatikan aku.Jeling jugak kiri kanan kot2 ada salah pape kat baju aku ni. Biasa kalo kena tenung, ada yang abah tak berkenan. Lepas minum, aku terus tunggu bas sekolah depan umah. Abah terus bonceng dgn adik2 ke SK Ayer Merah. Jam 3pm, aku sampai umah, adik aku cakap abah masuk wad, punca tak tahu. Rupanya lepas solat zohor, abah hampir rebah kat tangga, strok. Malam pertama aku jaga abah kat wad.

11.11.1997 - Abah boleh dikatakan dah sedar, tapi sebelah badan (kanan) dah tak boleh bergerak. Tak boleh bercakap. Banyak dia buat isyarat mata, tapi tak faham. Khabarnya memang abah kena strok, agak teruk, dan ada tanda-tanda kencing manis. Malam tu, aku berjaga dengan abang sulung (arwah tahun 2000, denggi di JB). Terlelap juga. Kul 5am, ma dan makcu bagitau abah macam menggeliat-geliat tadi, sampai sakit tangan abg pian kena cengkam. After a minutes, abah terus diam, mata tutup.

12.11.1997 - Abah masih tak sedar. Giliran abg no 2 dan pakmuda (adik abah) berjaga. Dapat khabar, jantung abah pulak bermasalah. Aku balik rumah sebab esok SPM start dah. Malam, jam 9pm, dapat call dari Kubang Kerian, abah dah takda. Aku terdiam, sampai jam 2am. Aku masuk bilik, belek buku-buku untuk recover semula. Aku blank....

Dari kecik, abah sangat tekankan pelajaran, ma cakap dia tanak anak-anak dia jadi mcm dia. Blaja pandai, tapi tersekat sebab perceraian parent. Sampai aku pernah sembunyi buku rekod sebab tanak abah tau aku dapat no 11 dalam kelas. Abah nak paling kodi 10 ke bawah.

Masa kecik-kecik abah selalu cakap nak beli kete, tp tak mampu...aku tak dapat tunaikan.

Masa kecik-kecik abah selalu cakap nak naik kapal terbang, tp tak mampu....aku tak dapat tunaikan.

Abah kije kat SK Ayer Merah, ma kata abah hampir jadi askar kat sabah sebab ma ada bf lain masa tu. Jawatan abah tukang kebun sekolah je, yang mengkagumkan, dapat je abah jaga anak-anak dia 8 orang tu. Dapat je besarkan umah dari dinding buluh ke kayu, 1995 terus ke umah batu. Abah memang pandai bertukang. Gaji abah terakhir RM464, takde je anak-anak dia kebulur tak boleh makan. Aku yang gaji 3k pun rase tak cukup, ntah lah, edaran zaman atau tak berkat ke apa ke tatau la.

Waktu sekolah, aku tukang bukakkan semua pintu-pintu kelas, abah bagi kunci. Rasa bangga jugak, budak2 semua kena tunggu aku bukakkan. Yang paling best, ada cikgu suruh aku yang gelek kertas soalan untuk copy budak2 kelas aku. Belum pun start exam, aku dah baca soalan. Maklum la zaman tu mana ada fotostat atau printer. Kalo abah ada keje, dia soh aku je.

Sekarang, aku tak sempat nak tunjukkan ijazah aku (zaman dulu, ni je la harapan paling besar ibu bapa). Tak sempat nak tunjukkan aku dah ada kete, umah sendiri.

Aku belum dikurniakan zuriat sebagai penyambung warisan keturunan abah dan ma. Kalau ada, aku buat benda yang sama kat diorang. Yang paling penting dalam hidup, PENDIDIKAN. Walaupun setiap orang ada hadnya, tapi kesungguhan perlu ada. Berjaya atau tidak itu cerita lain. Teringat ayat abah ke cikgu faizul "cikgu buat ah anak saya mcm2 mana pun, janji dia dapat english A, asal tak buta, patah". Biasa ayat gini kita dengar citer2 dulu2 atau dalam tv je, ini live depan aku sendiri. 3 bulan, lebam jugak pipi dengan paha aku kena penampar n cubit.

Aku janji akan sambung kesungguhan abah. Juga berusaha untuk dapatkan zuriat keturunan abah. InsyaAllah, jika dikurnia Tuhan aku terima, jika tidak, aku anggap itu kehendak Tuhan. Anak angkat? ada jugak cadangan dari kawan. Tapi aku tak amik anak angkat kot, aku terima jika Tuhan mentakdirkan begini. Lagipun aku masih muda, baru 29. Masa masih panjang untuk terus berusaha. Seronok juga dengar cerita, 10, 15 tahun kawin baru dapat anak. Seronok dengar cerita kesabaran mereka.

Al fatihah untuk abah, Mat Yaacob Bin Abd Aziz

Friday, November 6, 2009

Wang Ehsan @ Royalti?


ok, kita abaikan perjanjian 1975 yg tidak menetapkan jauhnya telaga minyak dgn coastline sebagai hak mutlak untuk mendapat 5% (sahaja). Katakan kita terima ia sebagai wang ehsan.

1.Apa kata wang ehsan itu digunakan utk membina lebuhraya KB-KL dan KB-Baling. Rasanya itu adalah keperluan tertinggi buat masa sekarang yang boleh dimanfaatkan oleh negeri2 jiran sama. InsyaAllah, kadar kemalangan jalan gua musang - kuala lipis dan jalan jeli-grik dapat diminimumkan, kerajaan pun tidak akan rugi apa-apa akan kehilangan nyawa akibat kemalangan jalan raya.

2.Apa kata 50% masuk ke kantung JPP (Jbtn Pembangunan Prsekutuan) dan 50% lagi masuk terus ke akaun negeri. Maka masing2 boleh memikirkan projek pembangunan terbaik yang mengikut keperluan semasa. Manfaatnya boleh dinikmati oleh rakyat juga. Kerajaan negeri juga berhak kerana mereka mendapat kuasa melalui rakyat bukannya mahkamah. Kerajaan persekutuan juga boleh menggunakan duit tu melalui JPP sebagai balasan kepada 40% pengundi parti peringkat persekutuan.

Yang pastinya jangan la duit tu buat masjid kristal ke apa ke. Baik duit tu buat upgrade masjid2 yang sedia ada. Itu lah yang terbaik.

Wednesday, November 4, 2009

1421: The Year China Discovered the World


1 November 2009 aku ke Batu Maung, Penang untuk hadir ke satu mesyuarat projek penyelidikan bersama Institut Penyelidikan Perikanan di sana. Oleh kerana dapat surat lambat, tak sempat nak keluarkan waran MAS, so apa lagi, naik airasia je la. Sedang jalan-jalan kat LCCT sorang2, tiba2 aku terpandang buku yang dah lama nak beli, 1421: The Year China Discovered the World, ditulis oleh Gavin Menzies. Harga RM49.90.

Antara ayat-ayat yang paling menarik dalam buku ini ialah:

Lost was the knowledge that Chinese ships had reached America seventy years before Columbus and circumnavigated the globe a century before Magellan. They had also discovered Antarctica, reached Australia three hundred and fifty years before Cook and solved the problem of longitude three hundred years before the Europeans and last of all comes the biggest controversy.

Menarikkan? Seperti yang kita pernah tengok dalam filem-filem cina, ada banyak faktor yang menyebabkan kenapa bukti-bukti ini hilang. Contohnya apabila berlaku pertukaran dinasti atau maharaja, biasanya mereka akan memusnahkan kegemilangan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kerajaan terdahulu. Inilah yang akan menyebabkan sejarah hilang di telan zaman. Jika dihukum bunuh, biasanya satu keturunan akan dibunuh tanpa meninggal bekas. Penemuan baru dalam buku ini membuktikan sejarah sentiasa perlu ditulis semula sekiranya terbukti wujud bukti-bukti baru. Sekurang-kurangnya kita tidak mengharapkan sejarah dari barat dan telan kata-kata mereka bulat-bulat. Yang menariknya, buku ini ditulis oleh orang barat, bekas navy.


Ini website penulis tersebut: http://www.1421.tv/. Banyak disertakan gambar-gambar artifak dan sebagainya sebagai pelengkap kerana beliau tidak sempat masukkan semua dalam buku.

Bacalah sejarah lepas supaya kita dapat memperbaiki kehidupan pada masa akan datang!

Monday, October 19, 2009

Bencinya Kerajaan China Kepada Rasuah

Bencinya Kerajaan China kepada rasuah. Dengan penduduknya 1 billion, 90% bukan beragama Islam, mereka membuat hukuman yang sangat keras dalam memerangi rasuah. Rasuah adalah perosak kepada sistem bermasyarakat.
Malaysia negara Islam, tak perlu sampai tembak hingga mati, semua sudah termaktub dalam undnag-undang syariah. Bila lagi?

Saturday, October 17, 2009

Cerita Netball INOS

Minggu depan, sukan antara PTJ di tempat keje kami akan bermula. Pasukan bola jaring INOS berlatih dari jam 8 hingga 9 pagi. Amboiiiii berlatih sakan diorang, sekurang-kurangnya dapat jugak tengok diorang bersukan. Kalau tak, tak nampak berpeluh pun.
Tengah berlatih tu, tiba- kejadian lawak berlaku. Tapak kasut hida tercabut. Rasanya bukan sebab selalu pakai, tapi sebab terlalu lama tak pakai hahahahahahahaha. Tapi aku dah bincang dengan laki dia. Ni hanyalah taktik korea hida untuk dapatkan kasut baru berjenama. Tengok laki dia pakai kasut adidas, nike, mungkis jeles kot. Sambil main, sambil2 pijak tapak kasut, last2 tercabut. Huh...taktik korea betul. Tengok mama darwisy plak, amboiiiii gelak sakan ye. Tengok pic last kat bawah, ada nampak senyuman? takde kan hehehe.


Haaaaa kan, baru seminggu gelak-gelak, dah berbalut. Aku ingat tak berlatih last thursday. Tangok ym smua online, aku lepak lab poklan. Pastu dpt mms, dahhhh berbalut. Pegi tengok kat opis, boleh plak dok buat keje lagi. Bukan sibuk2 nak pegi spital. Lepas check hospital, hurrmmm rupanya terseliuh je, aku ingat ada fractured ke apa ke, susah jugak nak sia (sembuh).





Sunday, October 11, 2009

Ditindih Hantu Ketika Tidur


Dapat email dari kawan:

Kena tindih / Sleep paralysis

*Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu. Fenomena kene tindih.... kepercayaan dan kebenaran..just to share.... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni........betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu? Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruhbadan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu,makhluk hitam dan sebagainyer)

Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu....aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar....boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar....tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer.....

tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia..... ni aku nak citersket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis' Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'....adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary(sementara). . ...

Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement).... Waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kiramacam switch off kejap.....REM atonia (tader muscle tone)......ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activatingsystem RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni......so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state.

Tpi kadang2, lectrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan iter...... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik......mmg menakutkan tapi benar..... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full.. kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....

Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasamender sentuh/hempap dll..) Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla bla
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetibaesok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu... Korang lagi hantu sebenornye..........Tapi kalau korang yang terutamanya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki...bacalah Alhamdulillah! !!!.....

Heheheeeee…..
(p/s semalam pun aku kena, sorang2 plak tu kat umah)

Monday, October 5, 2009

Bagan Pinang: Menginterpretasi Semula Istilah Rasuah


Bagan Pinang

1. Medan menginterpretasi semula perbedaan istilah Politik Wang dan Rasuah. Sudah bertahun lamanya kita dikelirukan dengan istilah politik wang (menggunakan kuasa wang untuk mendapatkan sokongan, cth: undi). Sehingga agak sukar untuk membezakan antara rasuah yang sebenar dan politik wang. Jika dalam sektor kerajaan, sedikit sahaja perbuatan sudah dilihat sebagai rasuah. Contohnya memberi hadiah hamper atau sejambak bunga setiap kali perayaan. Apatah lagi sehingga mendapat sport rim, sebuah kereta atau rumah. Pernah suatu ketika Prof DiRaja Ungku Aziz menyelar penggunaan istilah politik wang, panggil sahaja rasuah supaya manusia jijik mendengar, kata beliau tegas. Nampaknya Prof Ungku Aziz jijik dengan istilah politik wang.

2. Juga perbedaan politik wang dalam berpersatuan dan politik wang dalam urusan kerajaan/swasta. Sesetengah menganggap, politik wang adalah urusan persatuan tersebut, tiada kena mengena dengan dunia luar atau undang-undang luar. Caranya senang sahaja, beri duit. Manakala politik wang dalam pejabat dipandang sangat jijik pula. Caranya juga sangat sama, beri duit. Kedua-dua kes tadi menggunakan medium yang sama untuk mendapatkan sesuatu, iaitu duit. Tetapi ia tidak dianggap jenayah apabila ia melibatkan duit dalam berpersatuan.

3. Dewan Bahasa & Pustaka..... Komen? Oh ya, tak mengapalah, saya dapatkan jawapan dari pihak lain. Terima kasih.

"Selalu Bencana Ya" (SBY)


JAKARTA - Sesetengah rakyat Indonesia menyalahkan nasib malang Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (gambar) dan bukannya pergerakan kerak bumi sebagai punca gempa bumi kuat melanda wilayah Sumatera Barat pada Rabu lepas.Susilo yang popular dengan singkatan SBY kerap dipersalahkan berhubung bencana dan tragedi di Indonesia termasuk ombak besar tsunami yang membunuh 220,000 di rantau Asia selepas beliau memenangi pilihan raya Presiden pada 2004.

Susulan pelbagai bencana yang menimpa Indonesia sejak beliau memerintah, penduduk tempatan menggelarkan singkatan SBY sebagai 'Selalu Bencana Ya'.

Sumber:


Senang betul orang sekarang, bencana yang melanda nama dan tarikh lahir pemimpin pula yang disalahkan. Kalau disalahkan sifat keji atau perbuatan zalim pemimpin mereka sebagai penyebab bencana yang menimpa tidak terasa ralat sangat. Ini kerana doa orang yang dizalimi tiada pendinding antara doa mereka denga Allah. Tunggulah, sama ada lambat atau cepat, pasti akan dibalasi. Tidak didunia, di akhirat. Sebelum ini terdengar juga sesetengah kumpulan manusia yang selalu membacakan Qunut Nazilah dalam solat mereka. Memohon pertolongan Allah dari orang yang dizalimi.

Tetapi, entahlah, rasanya orang sudah tidak takut dengan doa. Apa yang paling ditakuti ialah kehilangan kuasa. Kuasa mengawal duit.

Sepatutnya orang Indonesia tidak percaya dengan ramalan mengarut ni. SBY juga boleh di namakan sebagai "Selalu Berusaha Ya", "Selalu Bergembira Ya", "Selalu Bersama Ya" dan banyak lagi. Apa yang pelik dengan nama beliau?

Rally Raya...

Rumah 1 : Kami telah bertandang ke rumah Hida dan Edi. Terima kasih, Hida dan Edi. Nasi goreng sotong korang memang sedap. Tahun depan aku nak Nasi Goreng USA pulak, ok. hehe.
Rumah 2: Rumah adik da abang lan adalah lokasi wajib untuk dihadiri. Sedap mekda masak (jekkk skit). Tahun depan buat lagi, janji beras siam. Yang best tahun depan sure kat rumah baru kan. Jadi tambah la lauk lagi. Takpe aku bawak tong besar (azri).


Rumah 3 : Rumah ketiga pula rumah mama darwisy. Kalau nak dikirakan takda dalam jadual awal, tapi setelah dipsiko, mama darwisy setuju la (ceee macam peras ugut plak). Mama darwisy memang sedap masak (jekkk lagi), aku sampai tambah 3 kali, maknanya aku mentakdaroh 4 pinggan malam tu. Siap tolong makankan untuk azri dan zie yang tak sempat hadir. Erkkkk Alhamdulillah.


Aikkk stim semacam je darwisy ni hikhikhik





Rumah 4 : Rumah keempat pula rumah Laila (epi). Ala din takde, bomba kena kije malam. Entah sembur air kat mane tatau din tu. Sian ikhwan, mama dia ganggu tido. Tapi masakan mama dia best jugak, mula2 heran tengok nasi, apa putih2 tu...ooo santan rupanye. Mane aku tau hehehehehe. tapi pandai mama ikhwan pilih ikan bilis halus, besttt.




Rumah 5 : Rumah terakhir kami serbu, rumah Fathy. Baru balik dari Australia. Balik masa raya, tak sempat hias rumah, sian diorang. Apa pun, best jugak ade menatang besi kesihatan tu. Umah nasiaq ada kuda besi. Test la jugak dengan azri. Umah fathy kitorang makan kuih-kuih raya. Saje tanak bagitau diorang awal, nanti susahkan diorang pulak nak hidang makanan. Dah la banyak keje nak kemas rumah.