Sunday, September 27, 2009

Selingkar Cerita di Malaysia

Buku yang menyebabkan Mahathir dipecat oleh UMNO


1. Mahathir vs Isa Samad

Isa Samad dijadikan calon tunggal oleh UMNO Teluk Kemang untuk menjadi calon PRK DUN Bagan Pinang. Ini mendapat reaksi segera daripada TPM supaya diberikan sekurang-kurangnya 3 calon untuk dipilih. Saranan ini seolah-olah langkah halus untuk menentang pemilihan Isa yang pernah dijatuhkan hukuman gantung kerana politik wang (baca rasuah).

Dr Mahathir dengan tegas menolak pencalonan Isa sebagai calon PRK Bagan Pinang kerana pernah terpalit dengan politik wang dan memberi amaran kepada nasib UMNO sekiranya Isa tetap terpilih. Manakala umno Telok Kemang tetap mempertahankan keputusan dan membidas Mahathir juga pernah diterima kembali dalam parti selepas dipecat kerana menulis buku Malay Dilema.

Saya pernah membeli buku versi melayu "Dilema Melayu", saya yakin apa yang dicatat dalam buku itu hanyalah teguran ikhlas berkaitan dengan nasib Melayu era Tunku Abd Rahman. Maksudnya Mahathir dipecat kerana mengkritik orang paling berkuasa di waktu itu. Sedangkan Isa digantung kerana politik wang. Tidak boleh dibuat perbandingan antara kes Mahathir dan Isa, sangat jauh perbezaannya.




2. Rais Yatim vs Beyonce

Kenyataan terbaru Rais (berita TV tempatan), Beyonce boleh membuat persembahan di Malaysia sekiranya "menutup aurat dan tidak melanggar undang-undang ketika persembahan". Bila masa pulak Beyonce pernah tutup aurat? Oh ya bini Rais kan tutup aurat......


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0927&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_03.htm&arc=hive

3. Khaled Nordin vs ijazah

Kenyataan terbaru Khaled bahawa tiada penipuan ijazah Master atau PhD pensyarah-pensyarah Malaysia yang mengajar di IPTA dan IPTS. Juga tiada penipuan pengeluaran ijazah oleh universiti-universiti Malaysia. Rasanya khalid kena check betul-betul kes penipuan ijazah ni. Mesti ada orang tersenyum baca pasal ni...hehehehe.

Tuesday, September 22, 2009

Sekitar Raya 2009


Bergambar seksi dengan Bella sebelum balik raya

Kisah 1 : Raya di Kg Pemanok, Machang.

Hari raya pertama masih beraya kat kampung aku. Tak ada masalah, sebab rumah aku dengan rumah mertua 10 minit je perjalanan. Macam biasa, semua berkumpul kecuali abg aku yg berada di Sri Aman, Sarawak. Alhamdulillah, semua masih dalam keadaan sihat sejahtera terutama grandma dan grandpa.

Wahai hida, shiha & hara, kaler baju aku purple, bukan PINK !!!


mek dan ayah (grandma & grandpa) - miss my late dad


Kisah 2: Raya di Pulai Chondong, Machang.

Lepas beraya umah aku, kul 2pm terus gi beraya uamh mertua. Setiap 2 malam berpindahlah dari rumah mertua ke rumah aku. Dah dekat, jadi macam tu pulak, kerap berpindah randah hehehehe. Tapi tak kisah pun. Janji dapat beraya.




Kisah 3: Raya di Taman Teratai, Skudai.

Hari Selasa abang ipar aku dah kena balik Negeri Sembilan umah mertua dia. Tiba sidang parlimen tergempar antara adik-beradik ipar bini aku. Set, semua setuju pegi beraya kat JB keesokan harinya. Jadi, mintak maaflah kat dasuki dan juki siam, tak dapat hadir ke majlis kenduri kawin korang.
Aku bertolak dari Pulai Chondong - Machang - Umah aku kat KT - umah anak abg hasan Kemaman - Skudai, semuanya mengambil masa dari jam 9am sehingga 3am. Hampir 24 jam bawak kereta. Oooo lupa, aku join sekali ni pun sebab kebetulan nak hantar balik kereta Wish abg ipar aku. Kalau tak, tak join ah. Macam biasa, sampai je umah abg ipar aku kat taman pintu belakang UTM tu, aku usha lah kereta-kereta terbaru dia nak jual. Sempat jugak merasa bawak Honda Stream, yang tak sempat kete Jaguar dan Mitsubishi FTO. Takpa, hujung tahun ni pegi lagi, so aku nak try semua yang tak pernah try lagi hehehehe.

Hari Jumaat, kitorang pegi beraya umah linda, kakak ipar aku di Gemencheh. Walaweiiiiiii dapat la merasa bawak kete BMW 3 series, 3.0 dan bullet proof punyer cermin. Langsung tak dengar walaupun selisih dengan kete atau lori kat jalan raya. Pehhh. Aku bawak kete tu dari Skudai - Gemencheh (lepas makan nasi terus ke Segamat - Segamat - kemudian amik kak Nik kat Seremban. Aku bawak dari jam 1pm - 10pm. Lepas dinner, aku bawak balik kete Waja. Memang terasa sangat2 kelainan bila dah naik kete ratusan ribu. Kat haiwey utara-selatan, ada citer lucu pulak. Tengah bawak waja, ada orang high beam, himpit kete aku. Alamak, ahh sudah. Bini aku suruh pecut sampai bawak 130-140. Bergegar dah stereng waja tu. Ingat perompak ke apa. Hampir 30km tu lari dengan MyVi tu terus follow, rupanya nak bagitau tayar kete Waja aku kuar api. Pehhhhh mintak maaf la kat pasangan suami isteri tu. Den ingat korang ni perompak. hehehe. Rupanya kete waja tu tayar dia dah botak, kuar dawai, so bergesel dengan jalan mmg la akan kuar api. Kesian pulak kat diorang, ntah2 abg ipar aku marah dia lepas kena himpit dengan Alphard dia hehehe.

Malam sabtu, nak naik bas, bas tak sampai pulak. Rupanya kawan abg ipar kau terbeli dengan ulat tiket. AKu terus carik JPJ dan LPKP, hangin satu badan dah ni. Bley plak LPKP sound aku apsal sblm naik bas tak gi cek kaunter. "SAPA2 NAK NAIK BAS MMG TERUS GI PLATFORM, BAS TAK SMPAI BARU CARIK KAUNTER DIA". Tinggi suara skit, terus diam. Pastu bini aku kol, ckp ada org nak refund duit tiket. Terus pegawai LPKP tu ajak aku gi kt bini aku. Sampai je sana, abg bas tadi bagi aku tiket baru. Aikk tadi dia suruh beli tiket baru dengan bas dia. Heran aku. Ni mesti diorang nak untung 2 kali ganda tu. Aku terus amik tiket baru depan bas dia, tanpa bayaran apa-apa. Then almhamdulillah dapay sampai KT, tanpa berenti kt mana-mana, ingat berenti bley aku dinner dengan perut kosong ni.


Sila tengok logo kat stereng tu hik hik hik

Ni kat Gemencheh

Lepak kat Danga Bay

Saturday, September 19, 2009

“Women only carriage”


Saya terpesona membaca laporan berkenaan “Women only carriage” atau gerabak keretapi untuk wanita sahaja yang telah dilancarkan di Tokyo sebagaimana dilaporkan oleh akhbar The Star .

Gerabak seumpama ini dilancarkan bagi mengatasi masalah mencabul kehormatan penumpang wanita yang kerap berlaku dalam gerabak-gerabak keretapi di Tokyo yang sentiasa padat, sesak dan sibuk itu. Bermakna perangai buruk mengambil kesempatan ke atas wanita seumpama ini bukan sahaja berlaku di negara-negara rantau ini tetapi juga di negara yang rakyatnya berpendidikan dan berpendapatan tinggi seperti Jepun.

DAHULU. Apabila Kelantan cuba mengasingkan lelaki dan wanita sempena konsert menamakan MPKB Bandaraya Islam, ramai yang memandang sinis. Ramai yang menganggap ia sebagai langkah yang tidak memberi apa-apa kesan pun. Sekurang-kurangnya merka berusaha....kan?

Satu lagi langkah mereka ialah mengasingkan kaunter bayaran lelaki dan perempuan. Pun ada yang memandang sinis. Begitu juga cadangan tidak membenarkan wanita bekerja malam, tiba-tiba sahaja dituduh tidak membenarkan wanita bekerja. Bila masa pulak wanita tidak dibenarkan bekerja, adalah lebih baik wanita hanya bekerja siang dikilang-kilang. Banyak manfaatnya. Keluarga yang baik adalah apabila surinya memberi manfaat besar kepada keluarga tersebut.


Agaknya apa pandangan mereka terhadap keputusan Jepun mewujudkan gerabak keretapi untuk perempuan sahaja?

Thursday, September 10, 2009

Sebat Kartika dan Kepala Lembu

Alangkah bagusnya sekiranya rotan dibuat untuk perabot sahaja, bukan untuk menyebat manusia berdosa, dengan mencapai sifar jenayah.

SEBAT KARTIKA

Sejak akhir-akhir ini, ramai NGO terutama yang memperjuangkan wanita menganggap Kartika telah dijadikan seperti sasaran untuk melaksanakan undang-undang syariah. Mereka juga secara sinis mengatakan kenapa Kartika sahaja yang disebat, kenapa 2 3 lelaki yang juga ditangkap bersama Kartika dilepaskan? Dakwaan ini adalah berbentuk fitnah, ini kerana lelaki-lelaki tersebut bukan dilepaskan begitu sahaja, tetapi mereka berjaya dalam rayuan. Sedangkan Kartika tidak mahu membuat rayuan, katanya sebagai tanda bersalah dan mahu dosa dilepaskan di dunia lagi maka beliau mahu menerima hukuman tersebut secara sukarela walaupun ruang rayuan masih dibuka. Ini beza antara Kartika dan lelaki-lelaki tadi.

NGO itu juga selalu mengatakan apa-apa yang berlaku perempuan akan manjadi mangsa. Cuba lihat kes-kes lama yang juga berkaitan dengan kes sebat meminum arak:

Johor - hukuman sebatan syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan Mahkamah Syariah Johor pada 2000, tetapi ia tidak dilaksanakan setelah rayuan dibuat pesalah.

Kelantan - seramai enam lelaki pernah disebat iaitu pada 1997 membabitkan empat orang, manakala 2001 dan 2003 masing-masing seorang,”


KEPALA LEMBU BERDARAH

Selepas melihat artikel akhbar, youtube dan kenyataan-kenyataan dari penduduk seksyen 23 Shah Alam, apa yang diperjuangkan mereka adalah kenapa kuil dari seksyen lain dipindahkan ke kawasan mereka yang majoritinya adalah beragama Islam.
Ada beberapa persoalan yang boleh ditanya kepada pembawa Kepala Lembu Berdarah ini:

1. Mengikut peraturan pembangunan kediaman, bukankah rumah kediaman perlu dijual kepada bumiputera (kawasan shah alam tentunya Islam) sebanyak 60%? Bakinya 40% barulah dijual kepada bukan bumiputera yang tentunya bukan Islam. Jika benar, maka semua kawasan Shah Alam terdiri daripada majoriti beragama Islam, maka ke mana hendak dipindahkan kuil Hindu itu? Sedangkan kuil lama terletak sangat hampir dengan rumah penduduk berbanding di seksyen 23.

2. Jika isu kuil dibina di kawasan majoriti Islam, cuba bayangkan apa nasib orang Islam yang berada di negara majoritinya bukan beragama Islam. Apa akan berlaku kepada orang Islam di Thailand, Jepun, Korea, USA, Britain, negara Eropah, Argentina, Brazil, Trinidad and Tobago atau beratus lagi lagi negara lain? Bayangkan jika masyarakat majoriti tersebut menggunakan alasan Kepala Lembu Berdarah tadi, alamatnya tiadalah masjid dapat dibina di negara mereka. Alasannya, Islam hanya minoriti di negara itu.

Dalam hal ini, kadang-kadang dari sudut tertentu akan ternampak kejahilan dan kebodohan kita berkenaan sesuatu isu hingga begitu tercemar sekali suasana bulan Ramadhan yang mulia ini.

Monday, September 7, 2009

Yakjuj & Makjuj : Bencana di Sebalik Gunung


Alhamdulillah, akhirnya dapat habis baca buku Yakjuj & Makjuj : Bencana di Sebalik Gunung (564 m/s). Buku ini ditulis oleh Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko, Malang, Jawa Timur (2008). Beliau adalah pensyarah Universiti Brawijaya. AKu sebenarnya beli buku ni di MPH, Midvalley Megamall sebab tertarik dengan tag Best Seller 10 000 dalam sebulan. Isi bacaannya sangat berat sehingga kadang perlu idulang baca berkali-kali. Beliau telah membuat kajian 3 kitab utama iaitu Al Quran, Taurat dan Injil. Kaedah perbandingan yang dipersembahkan cukup menarik untuk di baca dan difahami.

Berikut adalah penemuan beliau yang boleh dianggap sebagai merungkai sejarah sebenar berkenaan Iskandar Zulqarnain, Yakjuj dan Makjuj serta dinding besi diantara dua gunung yang membuatkan aku menjadi sangat berfikir akan hal ini:

1.Bangsa Scythia adalah bangsa yang pertama dapat menjinakkan kuda, maka sebutan Scythia berasal dari kata Saca yang dibaca Sos. Sos dalam bahasa Ibrani adalah Kuda. Bangsa ini pernah melalui laluan sempit (Caspian Gate) di pergunungan Caucasus.

Kaukasus = Couc = Kuda SOS = Kuda

Penduduk Timur Tengah memanggil meraka bangsa berkuda atau Cowc atau Soos. Orang Ibrani menyebut Cowc kemudian menjadi Gog atau Juj.

2. Terdapat kekeliruan dalam penterjemahan dan pemakaian Adon di dalam Bible edisi bahasa Yunani (Greek) dan Inggeris. Adon kadang-kadang diterjemah sebagai Tuan dan Tuhan. Terjemahan sebenar adalah Tuan. Kesalahan ini terjadi bermula daripada penterjemah Yunani yang tidak kenal bahasa Ibrani. Kesalahan ini memberi implikasi pada kesalahan berikutnya iaitu penterjemahan ke bahasa Inggeris yang mencontohi edisi Yunani. Maka, Isa sepatutnya tidak dipanggil sebagai Tuhan Isa tapi Tuan Isa.

3. Daripada esplorasi Tafsir Al-Quran itu dapat diketahui beberapa kata kunci tentang Yakjuj dan Makjuj, iaitu bangsa Tartar, Mongol, Turki, Scythia/ Scythian/ Scythin, Cimmeria, Hun, Hiongno/Xiongno.

4.Sejarawan Romawi iaitu Flavius Josephus dan Whiston, W. (1987) menyatakan dengan tegas bahawa bangsa Scythia adalah salah satu keturunan daripada sepuluh suku yang hilang dari Israel. Ia lebih dikenali dengan nama The Lost Ten Tribes of Israel ialah orang yang dibuang oleh kerajaan Assyria pada lebih dari tahun 700 SM.

5. Ernest L. Mertin dalam artikel berjudul ”Afghanistan (Gog and Magog) malahan orang Jawa juga dituduh sebagai Gog and Magog. Cuba lihat sejarah 2 bangsa ini, setakat mana kekejaman meraka dibandingkan bangsa lain?

6. Dahulu ketika orang Yahudi menjadi korban Hitler Jerman, mereka serentak memanggil Jerman sebagai keturunan bangsa yang disebut Bible sebagai Gormer (bangsa sekutu Gog Magog). Kini apabila berdamai dengan Jerman mereka memalitkan gelaran Gormer kepada Iran dengan menghubungkan nama itu kepada wilayah di Iran iaitu Kerman. Dengan dakwaan ini, ia seolah-olah lesen kepada Barat dan Zionis untuk menghancurkan peradaban Islam di Iran, Afghanistan, Iraq dan Syria.

7. Bukti daripada Hebrew Bible (Perjanjian Lama) dan inskripsi Assyria menunjukkan dengan jelas beberapa ratus ribu orang Israel dari Northern Ten Tribes (sepuluh suku Utara) ditangkap dan dibuang di kawasan kaki pergunungan Caucasus. Gerombolan ini dikenali sebagai orang Scythia dan Cimmeria. Mereka juga telah mengembara ke Barat iaitu Eropah Utara dan Barat seterusnya ke Denmark, Scandinavia, Perancis, Kepulauan Inggeris, Sepanyol dan Amerika.

8. Dr. Jacques Abbadie (1723) menulis buku The Triumph of Providence menyatakan “Adalah tidak mungkin sepuluh suku Israel terbang menghilang ke udara, atau terbenam ke dalam bumi, mereka itulah sepuluh suku Gothic yang masuk ke Eropah pada abad ke 5 SM selepas dihalau dari Jerusalem dan mendirikan sepuluh bangsa Eropah Moden”.

9. Yakjuj dan Makjuj disebut Gog dan Magog dalam inskripsi yahudi, berasal dari utara dan anak keturunan Yafits bin Nuh. Dalam perjanjian lama, baru dan Talmud terdapat ayat-ayat berkaitan dengan Gog Magog tanpa menghubungkan dengan Zulkarnain. Berlainan dengan Al-Quran yang telah menghubungkaitkan cerita sebenar antara Zulqarnain dan Yakjuj Makjuj (Gog Magog).

10. Nabi-nabi bani israel seperti Ezekiel, Nahum, Amos, Joel dan Jeremiah diutuskan untuk mengingat bani Israel akan ancaman “pasukan berkuda dari Utara” iaitu dari Gog Magog.

11. Kisah Yakjuj dan Makjuj di dalam Al Quran dituduh sebagai plagiat dari kisah Gog Magog dari inskripsi Yahudi. Padahal apabila seluruh sumber yahudi dibuka, maka sumber-sumber itu tidak memenuhi kriteria kisah Yakjuj dan Majuj seperti dalam Al Quran. Kisah di dalam Al Quran mempunyai 3 kata kunci iaitu Yakjuj Makjuj, Zulqarnain, dinding besi diantara dua gunung dan diceritakan di dalam satu kisah. Sedangkan dalam kitab yahudi cerita Zulqarnain dan Gog Magog adalah 2 kisah asing, seolah-olah tiada kaitan.

12.Para evengi-zionis membuat kesimpulan bangsa-bangsa Eropah dan Amerika adalah keturunan Scythia (Israel). Disimpulkan juga, Gog Magog adalah Scythia, atau Saca atau Saxon (Anglo-Saxon) adalah keturunan Israel, yang sekarang menjadi bangsa Eropah dan Amerika. Logiknya, kolonialisme bangsa Eropah terhadap negeri-negeri Timur dan Islam pada abad 18-20M merupakan salah satu episod keluarnya Yakjuj Makjuj/Gog Magog.

Saturday, September 5, 2009

Pejuang la sangat....





Ini muka yang kononnye pejuang Islam, membantah pembinaan kuil? Itu je ke yang diperjuangkan?

Kekecohan ini berlaku semasa dialog dengan penduduk seksyen 23 berkenaan pembinaan kuil. Belum apa-apa dah kecoh satu dunia. Molek sangat la perangai tu.
Lihat gambar di bawah. Gambar ini bukan berada di negeri yang ramai penduduk bukan Islam. Gambar ini dirakan di Tumpat, Kelantan di mana penduduknya hampir 100% beragama Islam. Tidak pernah pulak terdengar berlaku perbalahan agama sehingga hilang naluri kemanusiaan. Atau tiba-tiba muncul pejuang atau hero agama Islam.
Jangan pula berlagak serba tahu, hayati maksud ayat ini :
Surah al-An’am ayat 108 “Dan janganlah kamu maki sesembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat men...ganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan

Wednesday, September 2, 2009

Rahmat daripada kes Kartika!


Setelah seminggu hingga 2 minggu ini memerhati dan meneliti kes Kartika, rupanya lebih banyak rahmat muncul. Saya agak kabur juga berkenaan hukum Islam berkaitan dengan kesalahan meminum arak. Rupa-rupanya sebelum undang-undang ini dilaksanakan, penjualan arak secara berleluasa haruslah diharamkan terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Barulah hukum itu boleh dilaksanakan.

Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim pernah berkata hukum sebat mahkamah sivil ibarat dipukul dengan besi dan kemudian dipukul dengan rotan jadi sangat kejam, ganas dan tidak berperikemanusiaan. Sesiapa yang pernah melihat hukuman sebat sivil, boelh sampai hilang selera makan daging. Saya pernah melihat sebatan sehingga 20 kali sebatan. Daging terkoyak seawal sebatan ke 4 lagi. Pesalah hanya mengeluarkan kata-kata "Allahuakbar" berulang kali. Sampai ke sebatan 9, langsung tiada kedengaran suara pesalah. Hancur daging punggung sehingga tidak boleh berjalan sendiri lagi. Khabarnya sebulan dua memang pesalah tak boleh tidur terlentang seperti biasa.

Sebenarnya menurut hukum syariah, orang yang disebat perlu berpakaian (berlapik), mesti menutup aurat dan sebatannya tidak boleh di satu tempat sahaja. Rotannya tidak boleh besar dan apabila sebat dilaksanakan tukang sebat tidak boleh mengangkat tangan lebih dari paras bahu (menampakkan ketiak). Sebat dalam Islam ini bukan untuk menyakitkan tetapi sebagai hukuman disiplin seperti ibubapa memukul anak. Lebih kepada mendidik dari menyeksa.

Ini dibuktikan dengan mengikut cara perlaksanaan telah diperincikan dengan jelas sekali di dalam Seksyen 125(2) dan (3) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002. Menurut peruntukan ini, alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 m dan tebalnya tidak melebihi 1.25 cm. Jika pesalah itu hamil, hukuman hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya. Hukuman perlu dilaksanakan di depan pegawai perubatan dengan tidak boleh terkena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Jika membahayakan nyawa ketika sebatan, pegawai perubatan boleh menangguhkan hukuman sehingga pesalah sihat kembali.

Hukuman sebat bagi meminum arak sebanyak 40 kali dan sekiranya seseorang itu melakukan perbuatan tersebut berulangkali ia dikenakan sebat tidak lebih daripada 80 kali.

Oleh itu, ingatan tulus dari saya. Sekiranya kita agak kabur berkenaan hukum dari Allah, lebih baik diam dari bercakap. Risau apa yang kita ucapkan sedikit mencabar hukum Tuhan. Fikirlah sedalamnya.

Kepala Lembu!!! Ntah betul ntah tidak....

WALLAHUALAM


Tuesday, September 1, 2009

Spiderman Perancis


WARGA Perancis, Alian Robert (Spiderman) berjaya memanjat menara Berkembar Petronas
KLCC setelah tiga kali mencubanya sejak 1997. Beliau mula memanjat pada jam 6 pagi dan tiba di puncak pada jam 7.40 pagi tanpa di sedari orang ramai dan pengawal keselamatan, hari ini. - Foto Rosdan Wahid.

Tahniah kepada spiderman ni. Setelah berusaha banyak kali, akhirnya dapat jugak dia habiskan kerja-kerja hebat dia ke puncak KLCC. Sesetengah orang menganggap dia gila. Bagi aku, itu semua adalah kebolehan dia. Cuba suruh orang lain, jangan harap dapat.

Dulu seingatnya, dia dapat panjat setakat tingkat 40 je, terus kena tangkap. Sekarang, sampai ke puncak. Tak sangka boleh berdiri kat puncak tu, nampak kecik je.

Lain kali, tak payah la susah-susah nak tangkap dia. Kalau jadi apa pun, dia tanggung sendiri, kita tak rugi apa pun. Kalo susah sikit pun, cuma polis dan ambulans, sebab kena amik body dia kat atas lantai hehehehe. Lagipun, dengan kes ini, semua akhbar dunia mungkin menyiarkan berita ini. Famous sikit Malaysia.